Mac 22, 2013

Ikrar Bapa Moden Malaysia 2013


Bismillahhirahmanirrahim,
Saya (Sebutkan nama anda)

Hari ini berikrar,
Atas nama kebaikan dan faedah kepada masyarakat,
Ingin mempertahankan kembali
Kuasa menentukan jodoh anak kami
Daripada tangan pihak isteri

Jika kami dikurniakan anak perempuan,
Kami tidak akan menyusahkan urusan perkahwinan
Dengan harapan agar perkahwinan
Yang mengikut anjuran Islam sepenuhnya
Dapat dilakukan di Malaysia
Dan menjadi satu budaya masyarakat kita.

Kami berikrar,
Tidak akan menyusahkan mana-mana lelaki
Yang sudi menjadi menantu kami
Tidak akan meminta itu ini
Juga tidak bersaing bila nak berkenduri

Jika calon menantu ingin memberi,
Kami persilakan
Jika tidak mewah pemberian,
Kami masih alu-alukan.

Kami berjanji,
Akan memudahkan perkahwinan
Kerana perkahwinan yang paling baik
Adalah perkahwinan yang paling mudah

Jika kami mendapat tentangan
Daripada isteri kami, atau isteri-isteri kami,
Jika ada yang mahu berbelanja dan bermewah,
Dengan niat nak bermegah-megah,
Kami tidak akan marah
Tapi kami akan sanggah.
Kerana kami ini abah.

Tapi bukan semua wanita macam tu, kan?

Kami semua memahami,
Sebagai bapa,
Tugas menentukan jodoh anak,
Bukan ditangan isteri kami,
Tapi di tangan kami.

Dengan ikrar ini,
Kami berjanji.



11 ulasan:

  1. bro, terbaik!

    sebagai anak, turut menyokong ikrar kaum ayah ini.

    BalasPadam
  2. Tak tau lak aku selama ni isteri yg berperanan menjodohkan anak2 mereka. Kalau ya pun, why not? Buruk sngt ke wanita/ibu membuat keputusan?

    Knp ko ni Mantot? Anti kat perempaun kemain? Nak jd lelaki seksis takpe, tapi tak payah la bitchy sngt. Kalah feminis. Heh.. *expect bom atom dr pencacai*

    BalasPadam
  3. @terbaru
    Aku rasa mantot mungkin terlebih mkn pil estrogen,tu sbb dia rs nk mengamok je ngn pompuan. X lama lg tumbuh la dada2 mantot tu... Heeehe gurau je mantot

    BalasPadam
  4. sebab perempuan yg selalu ikut nafsu lain, laki ikut nafsu seks je..sebab tu laki nak senang kawen, ohoho

    kalau ikut perempuan,nafsu ke arah barangan (hantaran dan pelbagai), pujian dr kawan2&sedara utk majlis kahwin, dan sebagainya..




    anyway,ayah/bapak yg ada hak menjodohkan anak dia dengan mana2 lelaki kalau dia nak, ibu tak ada kuasa, tapi , ibu merangkap isteri ada kuasa magik yg suruh suami ikut cakap dia, kalau tak dia merajuk..dan suami mana tak sayang isteri, pun ikut laa kehendak bini dia nak majlis grand2,hantaran tingi2


    okay,maybe bukan semua,
    ~ don't hate me cuz half of this is true

    BalasPadam
  5. Ah boring giler la posting mantot kali ni..

    1. Mcm laki tkt bini, xberani bangkang bini depan2, wat keluhan dlm blog

    2. Mcm bapak yg blum ade anak pompuan...ade anak laki je so dia rs anak laki dia telah 'win hands down' bile besar nnt psl bab2 kawen ni...kecoh ar

    3. Aku yg emo, padahal ptt aku abaikn je post kali ni..haha

    BalasPadam
  6. semoga anda dan isteri memperoleh menantu misali bila tiba masanya nnt ^^

    BalasPadam
  7. erk..aku pompuan tp da bce ikrar..cemane nie..hahaha
    btw aku pnah gtau mem2 nk hantaran 3k je..tp kne bantai gelak kaw2..
    siap ade yg ckp.."ko murah sgt dowh"
    "amik engin tp 3k??da rosak ke??"
    bikin aku hot je if ckp kt member2..
    aku rse mentaliti org skrang lg2 pompuan mesti nk hantarn tinggi..bru diri tu mulia..
    so pas kne gelak tu da malas nk borak psal hantaran dah..

    BalasPadam
  8. Mmg stuju sgt.klu yg pompuan jd laki br tau betapa sshnye nk kmpul duit.klu jupe mak2 yg hasut suami ltk hntaran tggi2 aku nk luku kepala dia laju2.

    BalasPadam
  9. Aku memberikan persetujuan lebih daripada persetujuan2 yang lain mengenai isu ini kat blog ni... Maka Insya Allah, akan terhapuslah SYIRIK, RIAK, JUDI, ARAK & RIBA mengikut pengalaman saya dlm majlis kahwin yg lepas2...

    BalasPadam
  10. Media BN ni kena decrypt dengan baca terbalik

    Kalau ramai tolak PAS kenapa aku balik JOHOR makin banyak bendera dan markas PAS yang sebelum ni susah sangat nak jumpa?

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.