Kalau kau ikut apa aku tulis dari awal, korang mesti tau aku cukup tak suka bakal suami isteri bergambar pre-wedding. Kita pun tau, bila dua orang lelaki perempuan tengok mata masing-masing lebih daripada beberapa saat, ada perasaan lain yang bakal muncul dalam hati diorang. Perasaan tu, tak eloklah...
Yang memelikkan, bila dah kahwin, takde pulak nak tengok muka laki bini lama2. Hahahaha.
Tapi kalau kita tengokkan, budaya masyarakat kita sekarang bergambar pre wedding dah jadi satu keperluan meraikan perkahwinan. Jadi kita boleh dapat lihat bakal2 pasangan Melayu ni berpeluk, berpegang, bertentang mata sebelum mereka kahwin. Yang ganjilnya (pada aku la) masyarakat kita ni suka pulak tengok benda2 macam tu. Kau boleh tengok benda ni dalam blog-blog gosip bila2 ada aje selebriti nak kawin dan postkan gambar pre-wedding diorang, bersorak lah masyarakat kita dan bila ada orang kata benda tu haram, kena kutuk la dia kata dengki, jeles dan busuk hati.
Yang kau pegi puja orang yang tak berapa ada perasaan malu kenapa?
Aku tak nak tulis panjang-panjang, tapi kalau kau nak tau apa hukum bergambar pre-wedding, kau boleh carik jawapan dia. Ustaz Azhar Idrus dah jawab.
Tapi trend zaman sekarang ni terlalu ramai orang yang mampu beli DSLR, membuatkan semua orang nak jadi photographer wannabe siap offer service ambik gambar wedding orang. Berebut2 orang kita buat benda tu sebab ingat dia dah tere gila la tangkap gambar sudu dengan background blur lepas tu ada watermark.
Aku just nak tanya korang, wahai photographer2 pre wedding, yang suruh couple peluk2, yang ajak couple bersentuh pipi, pegang2 tangan dan menghelakan nafas dekat pipi masing-masing...
1. Kau rasa apa hukumnya kau jadi photographer camtu?
2. Kau rasa, apa status rezeki kau?
Letakkan konsep ni dalam semua konteks. Fikirkan sekali apa status rezeki ;
1. Film director yang suruh pelakon dia buat adegan ranjang
2. Pereka fesyen yang reka fesyen mendedahkan aurat
Dalam dunia yang sangat mementingkan nilai pendapatan, pernah tak kau nilai apa sebenarnya yang kau buat atau selama ni, kau hanyut dan kau hanya nampak berapa nilai yang kau dapat? Mungkin dari situ kita boleh dapat apa sebab sebenarnya, kita ni terlalu menghargai hiburan.

ya. tak pernah sokong pre-wedding foto. kalau dah banyak duit sangat, buat la post-wedding photo. dah sah-sah halal.
BalasPadambila ditanya kenapa buat pre-wedding photo, jawabnya suka-suka.
tapi, kalau tangkap pre-wedding photo namun masih menjaga adab, agaknya bagaimana tu mantot?
Setuju dgn mantot.Pre wedding dh jadi mcm satu adat.Sapa yg x buat rasa janggal.Kang,bila kita tegur kata kita dengki lah,apalah.Ni trend baru plak,bertunang pun,tunang sdr yg sarung cincin.Bkn mcm dulu,bakal suami xleh ada pon dlm majlis.Kang,kalo ditegur,kata kita kolotlah,apa lah.Org yg buat wedding sederhana,ikut syariat,dituduh kedekut,sengkek,tak tau adat.Aku dulu masa nikah mmg kecil kecilan dan simple,terus kene marah dgn keluarga belah suami sbb tak beradat katanya.Huhuhuhu.
BalasPadamye. hidup suka-suka.... then mati pun suka-suka la.
BalasPadamheho..ai dulu xde la pre wedding foto ni.tak mampu ai.sponser pun xde.hikhikhik.
BalasPadamPre wedding photo? Kena eh? Mcm membazir jeeee
BalasPadamZaman sekarang kan zaman orang nak puaskan hati.. Hati tergedik2 nak wat pre-wedding tak puas kalau tak ikut kan.. Siap ada thema lagik.. macam2 thema pre-wedding ni..
BalasPadamHukum? tolak ler tepi.. tu bila orang tegur.. mula la beremosi kata orang dengki la apa.. Nak buek camno.. Hati tu lebih utama.. Hukum? tolak tepi dulu..
Rezeki Fotografi? Tangkap benda haram rezeki jadi haram..Tak kira la nak makan ke nak guna buat beli lense ka apa.. takda pekdahnya.. dah tak kekal mana pon..
jgn kata pre wedding.. bertunang pun dah bersanding sekarang ni. Adat baru orang melayu..
BalasPadamBoleh kata setiap event dari merisik, bertunang, menikah & besanding ada photography session skrg ni. Tak masuk lg yg pre/post lg. Dosa, pahala tu satu hal la, byk betul duit org2 skrg ni ek.
BalasPadamTp aku cukup pantang klau org ckp seumur hidup sekali ape salahnya. Ceh, mcm tau je sekali. Kalau dh salah tu xpyh la nk alasan menghalalkn plk.
tu lah, tak leh nak ditegur langsung.. ada yg baru bertunang je pon, upload pics mcm baru lepas bersanding nikah tu, peluk2 kat taman.. perghhh advanced gila babeng.. hai apo nak dikato...
BalasPadammari kita kongsi hukum rezeki fotografi sebegini...
BalasPadam-----------------------------------
Assalamualaikum..
Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.
1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.
2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.
4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).
Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Actually aku tak suka pasangan (haram ke halal ke) yg suka snap gambar peluk2, kiss2, gedik2 utk tatapan umum. Biasanya pompuan la, akan post gambar2 mesra camni kat internet- tengok, I & En.Suami yg bahagia. Salah satu matlamat berkahwin skrg ialah utk show off.
BalasPadamTiru We Got Married la tu. Gambar pre wed bagai -..-"
BalasPadamkena tunjuk keromantikannye pada umum haha..
BalasPadamtapi mungkin sebab ramai orang menyampah maka banyak perkahwinan yang begitu tak kekal? Orang doa yang bukan2?
kita hindarkan la rasa tak senang orang kawin nikah takyah la tunjuk keromantisan perkahwinan pasangan kita kat umum.. biarla kita dan pasangan je...
ini pendapat aku sahaja, mungkin ada yg tak setuju. tapi apa yg aku perhatikan selalunya org yang beria2 nak buat photoshoot bagai tak kira la pre-wedding ke post-wedding ke adalah dari side pengantin perempuan. diorang tak kisah belanja keluar duit banyak2 semata2 nak buat album gambar apa ntah yg jadi trend tu, atas nama kenangan la apa la. biasa orang lelaki relaks je, dan kalau boleh tak nak la habis beribu2 semata2 nak buat wedding photo album yg akhirnya duduk dalam almari tidak berbuka lagi selepas beberapa bulan kahwin. duit tu byk lagi benda boleh buat terutama lepas dah kahwin tu, tapi yelah, sebab sayangkan bakal bini punya pasal terpaksalah dituruti kehendak hati...
BalasPadamYea betul Noob dan perempuan memang biasanya mudah ikut kehendak hati. hati orang boleh kita tolak tapi kehendak hati sendiri seksa nak menolaknya..
BalasPadamDan lelaki juga kerena hati sayangkan bini ikut ajer la
ko rasa ape hukum meletakkan gambo pompuan tak tutup aurat kat blog ko?
BalasPadamkalau ye pun nak buat blog sosial komentari yg pseudo bijak sekalipun, jgnlah adopt polisi "holier than thou"..
bye2
aku setuju dgn anon kat atas aku ni... apa hukum peroleh pendapatan dari komisen iklan dalam blog yg ada pamer pompuan x tutup aurat/maksiat mantot?
BalasPadam1. setuju dgn isu pre-wedding ji.. tak sesuai langsung dengan norma agama adat dan budaya kita
BalasPadam2. setuju dengan dua anon di atas.. mantot..tak payah le letak gmbar2 perempuan bukak aurat gambar pelik2 dalam blog ko ni.. ko sama je buat dosa..
Tot, mane ulasan KL112?
BalasPadamByk kali dlm seari aku usha page ni, namun hampa..heh
-peugeot-