Januari 23, 2013

Allah Juga Bersama UMNO Bro!

UMNO...UMNO.
Bila dah tak ada modal lain, UMNO akan recycle balik isu ;

1. Amanat Haji Hadi
2. Gerakan penyebaran Kristian di Malaysia
3. Bible Bahasa Melayu

Ni dah kali ke berapa isu ni naik. Aku dah lost count. Modus operandi UMNO senang ;

1. Tuduh
2. Kalau takleh nak tuduh, reka cerita
3. Tunggu yang tertuduh respon
4. Kalau ada yang respon...buat2 tak tau
5. Teruskan pretend yang isu diorang tu hangat dan sukses
6. Teruskan pretend yang solutionnya ada dalam tangan diorang

Kalau isu-isu ni tak jalan, UMNO akan ;

1. Keluarkan video lucah.
2. Putar balik isu liwat.
3. Main balik isu siapa bapak kepada anak sumbang mahram.
4. Bangkitkan isu mak mana yang tak mengaku dia ada anak.

Sambil main isu ni hari-hari ; UMNO akan :

1. Declare diri diorang terbaik
2. Mengaku UMNO adalah pilihan Tuhan
3. Puji masing-masing
4. Suruh rakyat ingat sejarah
5. Ingatkan orang Melayu ini TANAH MELAYU

Kepada orang Melayu, UMNO main isu :

1. Isu Cina nak conquer Malaysia.
2. Isu DAP nak jadikan Malaysia macam Singapura.

Kepada orang Cina, MCA main isu :

1. PAS nak jadikan Malaysia negara Islam
2. Isu hudud

Last resort :
Diorang bangkitkan isu 13 Mei 1969....

Jom kita buat calculation sikit ;

1. UMNO kata orang Cina akan naik lemak kalau Barisan Nasional tumbang.
2. Malaysia akan jadi macam Singapura
3. Malaysia akan jadi negara Islam di bawak Pembangkang
4. Hudud akan dilaksanakan kalau PAS dapat bentuk kerajaan

Kita gabungkan ke empat-empat isu yang selalu dimainkan ni.
Kesimpulan yang aku dapat adalah ;

"Malaysia di bawah Pakatan akan jadi sebuah negara Islam di bawah pemerintahan seorang PM Cina
yang mampu menjadikan Malaysia macam Singapura, malah mampu melaksanakan sistem negara Islam
dan hukum hudud di negara kita."

Ini ikut kata Barisan Nasional lah, suara UMNO dan suara MCA, sebab ni adalah benda yang aku baca hari-hari dekat Utusan dan The Star. Not a bad choice, kan?

Walaupun diorang tengah bising pasal isu Bible BM dan kalimah Allah yang aku malas nak ambik port sangat sebab dah boring, tapi tak salah rasanya kalau kita ramai2 tadahkan tangan doakan agar terbuka pintu hati pemimpin DAP terima Islam.

ps - nak dekat pilihanraya nanti sudah pasti mangsa liwat atau mangsa liwat baru akan muncul kembali.
Kita tunggu dan lihat dan gelak.


38 ulasan:

  1. bro..isu amanat haji bukan tuduh sebarang tuduh

    aku dulu kecik2 masa zaman sekolah menengah selalu dok dengar paklong aku orang pas dok suruh mak ayah aku mengucap balik sebab diorang sokong umno..

    aku ingat jugak paklong aku ckp haram solat berimamkan imam org umno

    dan bila aku igt jugak anak paklong aku (masa tu dia dah 18thn) pi kenduri dengan aku tanya "chik..lauk ni org umno sembelih ke? ayah ckp klu umno sembelih tak boleh makan.."

    dan sekarang bila aku dah tua umur 29tahun ni baru aku tau.. apa yang paklong aku tu dok cakap semua tu berpunca dari amanat hadi.. aku bodoh tak tahu sebelum ni sebab sebelum ni aku tak ambil pusing hal politik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kengkadang pengikut ni taksub sgt sampai boleh salah faham.Amanat Hadi tu tidaklah mengkafirkan org UMNO secara total.Dia tak sebut pun "org UMNO",tapi fahaman pengikut politik ni,teruslah ditujukan kpd UMNO.Kesianlah paklong awak nih.Lain org maksudkan,lain plak dia faham.
      Fanatik politik ni,datanglah apa fakta pun,dia tak akan terima selain dr apa yg dia percaya.Tak kiralah dia UMNO atau PAS.

      Padam
  2. Terus terang, aku menyampah dengan politik di Malaysia

    - pejantan tangguh-

    BalasPadam
  3. apa2 pon parti yg korg pilih, jgn main2 ngan agama... jgn sempitkn pemikiran.. aku mngaku mmg ada org pas yg anti ngan UMNO smpi ckp haram semua bnde dr UMNO, tpi itu org yg cetek akal je.. pemikiran sempit... gunakn agama utk kepentingan politik.. apa2 pon pastikan kita pilih parti politik utk tegakkn kebenaran. InsyaAllah.. sekurg2 nya niat kita adalah utk jihad ke jalan Allah..

    BalasPadam
  4. elehhh tak makan ayam org UMNO sembelih kununnnn.. pi belasah ayam KFC, ayam McD yang ko sendiri taktau dan ragu2 sape yang sembelih ok jerrr kannnn..

    kalau nak dijadikan sebab tu apa2 pun boleh..

    BalasPadam
  5. Saya dah tulis intipati wacana ilmiah amanat haji hadi yg berlangsung semalam. Semoga boleh beri pencerahan

    BalasPadam
  6. Kelas menyusun dan meringkaskan ayat ke? Nice!

    BalasPadam
  7. aku rasa dorang sekarang tgh main isu air.itu hari umah aku dekat sebulan takde air.pastu bila org dah bising,dorg bukak td.td aku balik aku baca notic kat board,syabas nak tutup lg paip air.anak haram betol.selagi tak election,selagi tu la dorang on off water supply.baikk punya sabotaj area PKR.stupid BE END

    BalasPadam
  8. Amanat hadi? itu hanya ucapan tetapi either penyokong fanatik PAS atau mungkin agen jadikan amanat siap buat frame lagi macam hadis pulak kemudian dinamakan amanat Hadi.

    Padahal Nik Aziz presiden PAS buat ucapan takda pun dijadikan amanat Nik Aziz..

    Ucapan biasa bole tak laksanakan Islam bila halang Islam mempertikai Islam undang-undang Allah dan sebagainya maka fikir la sendiri apa hukumnya.. Apalagi kalau terlalu taksub dengan parti UMNO seolah2 UMNI saja penyelamat Melayu.. maka fikir fikir la balik akidah kita.. Padahal kalau Allah mahu sesiapa pun boleh jadi penyelamat Islam bahkan DAP sekalipun.. Kun Fa Ya Kun...

    Isu nama Allah takda masalah kalau diperjelaskan dan diterangkan mengikut kaedah yang betul..

    nama ALLAh tu sendiri sudah melindungi dirinya dari dimanipulasikan kalau faham arab ALLAH tu maksudnya tuhan yang satu tungal dan esa.. Jadi kalau Kristian gatal sangat nak pakai nama tuhan dalam bahasa arab -? Allah pakai je la yang pasti dengan mengunakan nama Allah bagi sesiapa yang faham akan menyangkal trinity dan juga akidah asas Kristian yang kata JESUS tu anak tuhan atau bayangan tuhan etc. apalagi konsep trinity dsb.

    Jadi kenapa Melayu takut sangat Kristian nak pakai?

    Tetapi aku juga muskhil dan konfuse kenapa DAP termasuk perangkap yang ungkit nama Allah ni dekat2 nak PRU13 ni? Hilang akal ke apa.. gatal sangat.. selama ni dalam Injil takda pakai nama ALLAH ok je.. Penting sangat ke bible dalam bahasa melayu nak masuk kesemenanjung ni? mana lebih penting dari PRU13 ni? Bukan perkara ni boleh bincang bila dah menang nanti dari keruhkan keadaan sebelum menang ni?

    BalasPadam
  9. Hamba Allah yg mula komen kat sini mmg confirm hardcore anti PAS... nampak sangat auta dia... masa kecik sekolah menengah , confirm umur dah at least 13 tahun masa tu, amanat hj hadi dah 30 tahun.. patut umur dah 43 tahun.. tapi hari ni baru 29 tahun...dasar penipu

    BalasPadam
  10. Pas sekarang berbeza dari dulu kerana memang dulu PAS ni agak hardcore dan keras cara mereka. Susah untuk kita dekati PAS berbanding sekarang sampai ada kawasan yang beriya-iya mewujudkan 2 masjid/surau kerana pandangan mereka yang berbeza.

    Walaubagaimanapun Alhamdullilah Pas yang sekarang lebih lembut dalam menarik dan berdakwah. Tidak sekeras dulu jadi lebih mesra dan mudah didekati hingga bukan Islam pun berminat sampai menubuhkan kelab penyokong Pas.

    Islam itu lembut tidak keras jadi tunjukanlah akhlak Islam yang sebenarnye semoga kita selamat..

    Selamat menyambut Maulud Nabi semua.

    BalasPadam
  11. Tak kira parti apa yg anda sokong, jika ada isu berkaitan maruah dan tggungjwb anda sebagai org islam, tlg ketepikan fahaman politik masing2 dan terus perjuangkn islam.aku tgk org melayu islam ni kebykannya sempit pemikirannya.

    BalasPadam
  12. wow...ramai cik anon bila sampai kat blog2 politik nih.haha..ape2 je. hak bersuara ada, kita guna.

    Politik malaysia sekarang ni, lebih kepada..."nak menang". betul salah tu cerita lain. yang penting, "menang" dulu.. shit, shit everywhere.

    BalasPadam
  13. Allah maha adil dan maha mengetahui.

    Allah bukan saja bersama UMNO bahkan setiap makhluk kejadiannya.

    Cuma samaada makhluk ciptaannya bersyukur atau tidak dan mendapat kebaikan atau tidak diakhirat kelak.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  14. Argh, aku jarang tgk Mantot tunjukkan bengong dia, tp kali apsal ade unsur2 mengong tu?..argh Mantot, cmon..

    mgkn aku salah menilai bila mantot tulis "tapi tak salah rasanya kalau kita ramai2 tadahkan tangan doakan agar terbuka pintu hati pemimpin DAP terima Islam"

    Salah tu mmg xsalah..tp tny hati kau, rasional kau..Kn baik kalau ko doa pemimpin BN tu sendiri terbuka hati, sedara seagama, satu kiblat..

    Mmg skrg ni BN mcm sengal haramjadah, tp ko penah tpikir x maksud hadis "org islam ibarat satu tubuh, jika satu anggota sakit, seluruh tubuh juga rasa sakitnya."

    cmon la, doakan yg terbaik utk kita semua org islam dulu...lps tu baru kita doakan...

    -voltron

    BalasPadam
  15. 55 tahun dah berdoa kasi la doa sekali untuk orang lain..

    BalasPadam
  16. isu pas??tak recycle?
    ye.. sebab pas dah lupa tujuan utama parti tu lepas join pr..
    visi misi dah masuk recycle bin

    BalasPadam
  17. UMNO juga dah lupa dan lari jauh daripada tujuan asal membela melayu sebaliknya membela kroni (Kroni yang juga terdiri bukan melayu) banyak harta milik melayu tergadai oleh kerakusan UMNO bukan saja dalam negara pulau batu Puteh hingga sampai satu-satunya tanah milik tanah melayu di Singapura pun sudah tergadai

    Perjuangan membela Islam dan bangsa Melayu hanya retorik dalam menagih simpati.. hakikatnya Islam dan Melayu telah lama digadai UMNO selama berpuluh tahun memerintah.

    --------------------------------

    BN - ni semua dah tahu salahguna
    kuasa, kroni dan korup..
    PR - Masih lemah dalam muzakarah apalagi pasal perbezaan agama..

    alternative? bebas?

    BalasPadam
  18. jangan la sampai mati kena tipu..

    Apa bukti UMNO dan Sultan menjaga dan membela Melayu?

    CHINA DAN INDIA PENDATANG HARAM
    maka timbul persoalan
    macam mana kuala lumpur ini jadi pekan china?
    macam mana bukit genting dimiliki oleh china?
    macam mana setul dimiliki oleh china?
    macam mana china lebih kaya dari melayu?

    KALAU INDIA PENDATANG HARAM
    macam macam mana ananda krisha dapat lesen astro
    macam mana india ini dapat beli klcc

    KALAU CHINA PENDATANG HARAM
    macam mana vincent tan milik bukit bintang
    macam mana vincent tan milik judi ekor
    macam mana lim goh tong milik bukit genting

    SOALAN INI WAJIB DI JAWAB
    selama 54 tahun negara ini
    dibawah united malays national organisation
    selama 54 tahun negara inidibawah ketuanan melayu
    macam mana negeri melayu ini tergadai
    macam mana orang melayu jadi bodoh
    macam mana orang melayu kena kelentong
    macam mana tanah reserve melayu tergadai

    CHINA GADAIKAN TANAH RESERVE MELAYU?
    INDIA GADAIKAN TANAH RESERVE MELAYU?

    NOTA:
    siapa bagi mat pilipina kad pengenalan segera?
    siapa beri mat indon warga negara segera?
    siapa beri mat myamar jadi warga negara?

    china buat kerja ini?
    india buat kerja ini?

    kalau india dan china tak buat kerja ini
    siapa punya kerja?

    BalasPadam
  19. Psl filipina tu ko kena baca blk sejarah.

    Itu ade kaitan dgn Jeffrey kitingan yg belot di hujung2 sblm pilihanraya n keluar parti.

    Ko nmpk hanya 'luaran' je knape org2 melayu indon jd warganegara. ko xnmpk rasional dia knape org minang indon, jawa indon, bugis indon, banjar indon jd warganegara.

    Ko ingt warga china n india yg msk tu sume salah BN?, ko rs DAP xbuat mende sama mcm mentor dorg PAP singapore?

    Psl tanah reserve, ye BN pn salah, so kt perak ms nizar jd MB xde bg tanah kt cina? Cer gugel blk

    Byk la, bnda2 cmtu jd xkira BN @ PR, skrg ni kita perlu yg neutral, PAS insyaAllah ok, tp ble dgn DAP, cuba bgth aku tang mane yg dorg ade toleransi wlpn sikit ble ckp psl islam?

    Voltron

    BalasPadam
  20. Bagi aku yg dh bergelar Dr ni, amat sukar tuk aku vote BN kerna tahap kesyaitanan yg dh takleh blah...

    cuma tahap kesyaitanan PR tu je blum nmpk lagi...so, aku pikir, aku vote PR kali ni...

    kalau sama syaitan mcm BN, PRU ke 14, vote BN plak

    Melayu, hanya identiti bangsa saje...no more...tak ada apa yg nak dibanggakan kalau nak dibandingkan ngan agama ISLAM tu sendiri

    -aku yg dh bergelar Dr-

    BalasPadam
  21. terang lagi bersuluh.. kenapa skg kecoh2 psl kalimah Allah... bkn sblm ni isu ni pernah hot ke.. siap ade kuar verdict dr mahkamah penggunaan kalimah Allah ni.. even menteri2 dr UMNO/BN pon ade kuar statement psl kalimah Allah ni dibenarkan.. psl nak election aje ade la batu api - batu api nak buat onar...

    for me, kalo nak berjuang biar lah atas agama ISLAM dan bkn bangsa.. pikir2 la.. ape definisi melayu? kenape mamak2 mengaku diorg pon melayu..padahal keturunan india & kat umah ckp tamil/hindu jgk.. selagi ade org bkn islam peluk islam selagi itulah ade melayu...

    jgn pejam sblh mata.. kalo pemimpin2 melayu skg pon dah synonim sgt dgn rasuah and perkara2 mungkar.. kenapa kite kene sokong jgk.. bkn tidak diberi peluang dan bukan xde alternative.. kita tukar GE13 & if PR xperform kite tuka balik..

    jgn pulak la kate dlm mase 4 tahun habis semua hak2 melayu bole hilang.. bkn senang semua tu nak diluluskan.. PR pon ramai melayu..

    -Mat Kilang-

    BalasPadam
  22. nak tambah pasal tanah melayu yg hangus kat Spore selain pulau batu putih.. tanah KTM kat Tanjung Pagar.. mmg untung gile spore.. dah la luas area KTM tu..

    Bodohnye bangsa aku.. bukan takat dibodohkan ngan cina.. tp dibodohkan dgn bangsa sendiri juga..

    BalasPadam
  23. Yang pegang kuasa BN dan Hasil yang kita lihat BN? tapi pelik bila salahkan orang lain pulak..

    Selamana 54 tahun dah buktikan UMNO/BN ni tak mampu jaga Melayu dan ubah minda Melayu, at the end salahkan dan takutkan bangsa Melayu pulak. Yang mereka jaga ialah kroni2 termasuk para cina india tauke2 yang kaya raya.

    Orang melayu hanya pakai songkok tinggi tanah felda pun kena gadai saham tak pernah stabil pada harga jualan asal.. Naik tinggi sekali tu hanya untuk mereka meraih keuntungan dengan menjual saham free mereka. lepas itu saham turun jauh di bawah harga jualan. Kesian orang felda yang majoritinya Melayu kena jual hidup2. Kesian tangung hutang pinjaman sebab mimpikan keuntungan..







    BalasPadam
  24. CursingMalay, nanti anak hang dah besar panjang, pastu lepas dia dapat result 10A+, hang suruh dia apply scholarship syarikat2 swasta. Bukan scholar kerajaan ataupun GLC, tapi syarikat swasta.

    Aku tak mintak banyak, aku suh hang wat yang tu saja.

    Lepas tu baru hang faham realiti kat Malaysia ni.

    BalasPadam
  25. ape salah mintak scholar kat Gov? ape duit scholar tu duit BN ke?

    Rakyat kene bersyukur.. betul. Tp BN tu kena 10x ganda bersyukur!!! pasal rakyat yg bg mandat & mmg tanggungjawab diorg utk serve rakyat!!!! x faham2 lagi?

    Malaysia ni milik mutlak party BN ke? duit taxes pon milik BN ke? kalo camtu xyah la dok canang demokrasi, nak buat election bagai.. Samdul..

    BalasPadam
  26. By the time anak2 mantot nk mintak scholar, kerajaan masa tu dah bertukar dah..bukan kerajaan BN lagi..tp kerajaan MALAYSIA!

    haha, bodoh. kalau cmtu, kerajaan BN kutip cukai daripada pengundi2 BN je lah...time kutip mintak kat semua, time beri bagi kat kroni jaaa..

    BalasPadam
  27. ape punye mentality la Anon January 28, 2013 at 1:37:00 PM GMT+08:00..

    dah kene brainwash ngan BTN ke?.. xfhm2 konsep parti dgn kerajaan..

    BalasPadam
  28. Ini hasil brainwash Mahathir dia yang tukar Kerajaan Malaysia jadi Kerajaan BN padahal Malaysia bukan hak milik BN pun.. Ada parti BN bayar gaji pegawai kerajaan yang bengong sangat ni kenapa?

    Semua perwakilan yang menang undi adalah wakil rakyat adalah pegawai Kerajaan Malaysia semua dapat elaun dari Kerajaan Malaysia..

    Jadi Wakil BN wakil PR atau Bebas sekalipun berkerjalah untuk rakyat dan Kerajaan Malaysia tak payah la berkempen sebelum pilihanraya.. bersaing secara sihat tak perlu ada Kerajaan BN Kerajaan PR banyak isu dalam negara yang perlu diselesaikan bersama.. demi kemakmuran dan sesejahteraan Malaysia tercinta ini.

    BalasPadam
  29. Sebenarnya isu kristian memang benar2 berlaku. Mereka bawa isu ni dan bincangkannya hingga ker luar negara. Mereka2 yang tegar mengkristiankan Malaysia ni ada sokongan antarabangsa tapi silapnya pemimpin kita cuma menggunakan isu ni sebangai bahan politik. Tidak benar2 mencari punca dan mencegah supaya impian 'mereka' tidak menjadi kenyataan.

    Mereka sibuk dengan politik demi periuk nasi-bukan demi agama/bangsa/negara pun. Sebab masalah sosial remaja tidak dirawat dengan cara yang betul. Malah disuntik lagi dengan hiburan berterusan hingga tiada ruang langsung untuk jiwa mereka menerima agama. Inilah pemimpin yang kita buat sekarang yang akan memusnahkan bangsa kita.

    BalasPadam
  30. My opinion.
    1. Kenapa melayu ketingggalan tak leh kejar kemajuan cina n india... sebab melayu majoritinya malas... mudah lupa... byk cakap dari kerja... dr M tubuhkan khazanah purposely utk crate new melayu. Tu yg wujudnya glc. Proton. Etc... concepnyer big investment... projek mega.... cina pulak mmg bangsa peniaga... pantang ada peluang... semua dia kaut.... tokei genting tu berjaya sebab dia ada idea, rajin dan berani ambil risiko... ananda berjaya sbb dia pandai main stategy n marketing. Majoriti melayu pulak tau kondem dan jatuhkan bangsa sendiri. Najib aku sokong sebab dia tubuhkan Teraju... fungsi teraju ni semata-mata nak create taikoon melayu dlm ekonomi. Concept take over n support. Pasal tanah kat singapore mmg patut jual pon... apa feeling kita kalau dlm kebun kita ada pndok yg dimiliki orang lain... itu yg singapore rasa... apa yg najib buat... dari gaduh panjang baik bg pondok tu kat tuan kebun dgn syarat minta dia usahakan kebun kita yg masih hutan lg... hasil kongsi sama2... takyah kuar modal... tanah kita punya... pd sy ini perkongsian bijak.. tp pd pmbangkang... rugi sbb bg org usahakan tanah tanah tu... habis sendiri x mampu nak usaha... duit takde....
    2. Pasal amanat hj hadi... sy rs hj hadi kene responsible.. kalau org terpesong sebab ucapan dia...dia wajib betulkan balik... bukan biarkan berlarutan dan beri syarat macam2. Cth mcm cikgu didik murid.. kalau dia ajar murid huruf a tu bunyinyer macam huruf u... kalau murid tu pandai bezakan takpe... ni kalau murid yg follow 100%... tak ke sesat budak tu... exam sure fail.
    3. Pasal hiburan pulak... lesen judi... lesen arak... ni masalah demokrasi yg kene takle dgn berhemah. Org cina ni mmg kaki judi... org india pulak mmg kaki minum... kenapa melayu yg urus lesen pusat2 ni... cuba bygkan kalau yg urus cina... confirm tiap penempatan nanti ada pusat judi... kalau india jaga pulak confirm bersepah pusat jual arak... kalau melayu jg ada terkawallah sikit. Nak delete semua tentu semua mengamuk.... bisness arak n judi untung cepat n byk... tu yg india n cina berebut nak buat kalau gov bg... apa gov boleh buat ialah tetapkan macam2 syarat... jumlah penduduk sekitar.. melayu x leh beli... cukai tinggi...etc...semua bn dah buat... zaman nabi pun ada kedai arak... tapi nabi letak syarat hanya di kawasan kapir majoriti je.
    3. Pasal kritiankan org melayu... org melayu bertuah sbb satu-satunya bangsa yang wajib islam ialah melayu semenanjung malaysia... tertulis dalam perlembagaan malaysia.... sejak merdeka.. bijaknya raja melayu dulu tetapkan syarat tu dalam perlembagaan... kita tgk melayu di sabah n sarawak.. diorg ni masuk malaysia lambat... diaorang dah hampir sama macam indon... nama melayu tapi kristian... kita tengok concept indon... dia 1st priority is satu bangsa... cina sana nama mesti nama indon... dia tak utamakan agama... bila budak sekolah pergi tadika... lalu depan gereja ada tulis Allah.. mesti dia terpikir tu pun rumah Allah ker... sebab tu kat smnanjung ni kita kene jaga... jangan beri peluang org yg tak faham tentang Allah guna sewenang-wenangnya kalimah ni... boleh menyesatkan org lain... nak2 org politik yg xpaham... main sebar n sebut je...tu yg jadi sesat dan menyesatkan.

    BalasPadam
  31. Nak tambah sikit... pasal nak cuba tukar pemerintah yang agak stabil sekarang... kalau beri peluang pada PR dengan alasan BN dah lama memerintah... aku tak berapa bersetuju... nak betulkan cuma tukar orang sahaja.. parti tak perlu... dalam BN parti dominan is UMNO... terang-terang melayu n islam... kalau bagi PR takde yg dominon... tak boleh buat keputusan bersama... lagi hancur adalah... yg kat luar ni nampak DAP lebih dominon dari PKR n PAS. Nak beri PR perintah 1 penggal... tak ok patah balik BN... tak payah lah... macam pasangan suami isteri dah hidup bersama lama... pastu nak cuba cerai kasi bini kat orag lain try... dengan harapan kalau dia tak serasi boleh patah balik...jangan haraplah nak kembali... kalau perempuan tu cantik... laki baru confirm xnak lepaskan... ataupun suami lama dapat kawin balik... byk sakit hati je jd bahan bandingan... byk buruk dari baik...

    BalasPadam
  32. Anon January 30, 2013 at 4:41:00

    Kejujuran ahli UMNO yang sedar diri kuat rasuah dan khianat pada negara...
    Rakyat takkan undi UMNO BN
    kalau PR dah menang...

    Bini tua yang curang main kayu tiga memang patut diceraikan...

    Kawin baru carik anak dara yang fresh..

    BalasPadam
  33. Pandangan aku plak

    1) Yes. melayu mmg pemalas. Asyik nak kene suap.. Mahathir & pemimpin2 atas suh melayu (rakyat) berdikari tp anak beranak, kroni disuap & dibantu dr segi project & bail out.. Guna duit sape? duit sendiri? ckp xserupa bikin.. kenape kene ade double standard? Proton, GLC & etc.. tu ditubuhkan kononnya nak naikkan melayu.. tp bape bnyk melayu yg naik aje? dah terang2 implementation hancur.. bkn untungkan rakyat (melayu) dah.. menyusahkan ade la.. end up rakyat kene beli keta low quality with a higher price!!

    Satu lagi, kenapa asyik muke yg sama aje yg kaut semua.. eventho xpernah pon ade experty dlm bidang yg depa nak masuk? terbaru psl Syed Mokhtar dpt 4G contract even with 0 experience.. WTH? semua dia kaut.. kalo ade experience & mmg efficient (bkn mcm syabas) xpe jgk..

    Yg psl tanah KTM,bkn takat kat Tg Pagar aje hbs, tp the whole KTM land kat spore (175.7 hectares) transfer to spore. Area kat Tg Pagar alone worth of 2 Billion & 175.5 hectares easily worth btw US$0.25 to US$0.5 Trillion.

    Ironinya.. deal btw Najib-Lee Hsien Loong xopen/xtransparent and tanah2 tu hangus without adequate compensation. even with tanah kat Marina South and Ophir-Rochor (joint venture btw Khazanah & Temasik), there is a so call "development charge" yg Khazanah kene byr. by right msia should get it for free since all the KTM land spore akan dpt camtu aje!!!

    Conclusion, kalo hasil kebun x diberi dgn adil (merugikan).. baik xpyh. develop la tanah tu sendiri. Untung sendiri amik...

    Hal air, jambatan pon xsettle2 lagi. Patut amik kesempatan utk include kan isu2 tu dlm agreement ni..

    2) Isu amanat haji, cuba check blk ape yg dia ckp.. nape isu ni jd isu bile time nak election aje? padahal dr tahun 1980an? nape xde tindakkan yg diambil? kenape xdiberi peluang utk dia explain padahal awal2 dicabar oleh BN? main pusing2 plak...

    3) psl pusat hiburan, arak, judi.. setuju kene ade for non-muslim.. tp tang mane controlnye smpi org melayu islam sendiri kerja, minum, berjudi kat premis2 ni.. smpi kes anak luar nikah bersepah2 (melayu jgk yg ramai).. psl kes2 murtad bersepah... mane initiative pejuang2 melayu & islam selama ni yg sebuk hunus & cium keris? bile nak election aje baru highlight kan issue ni..

    4) Bab kalimah Allah, aku setuju yg Ia tidak patut disalahgunakan... utk elakkan kes murtad berleluasa, this is 1 of the best way..

    BalasPadam
  34. nak tambah skit psl tukar pemerintah..

    kalo nak BN aje perintah xpyh declare ini negara demokrasi.. xpayah nak buang duit buat election..

    China yg komunis pon ade undang berat for courruption.. hukuman mati..

    kalo dah terang2 time UMNO jugak tanah2 rizab melayu totally reduced.. kalo dah terang2 jgk kes murtad & anak luar nikah berleluasa mase UMNO perintah.. plus xde nmpk usaha2 nak implement undang2 Islam.. baik tukar la.. xde ruginye..

    hutang negara makin bertambah.. salah guna kuasa agensi2 yg sepatutnye neutral terlalu obvious.. kroni hidup senang.. cost of living rakyat makin tinggi.. pemimpin2 tinggi buat salah boleh terlepas...
    dah porak poranda dah jdnye.. buat malu negara luar aje..

    kalo xdituka makin hancur la Msia.. bukan makin maju.. wawasan 2020 ntah kemana... ingat, Msia, spore & Korea selatan 1 masa dulu berdiri sama tinggi.. ape jd skarang? xrase pelik kenapa negara2 tu bole naik tp Msia yg kaya dgn resources ni terkebelakang?

    BalasPadam
  35. Nak tukar orang BN? haha sape yang ada lagi yang boleh agaknye.. kalau KuLi aku rasa Ok ler tapi sape la nak naikan kuli lol.

    Chua Soi Lek yang kena tangkap khalwat MCA nak tendang tu pun masih menang.. lol..

    Jangan MIMPI la nak tukar orang.. Mahathir takan benarkan tukar sesuka hati korang punya kalau takda cable kroni.. cuba tengok sistem pemilihan macamana?

    Pilihan yang ada ialah tukar Parti..

    BalasPadam
  36. Dlm UMNO sape lg yg nmpk ade karisma, ade visi & full of ideas.. yg aku nmpk ade harapan Saifuddin.. tp ape nak buat.. UMNO punye pemilihan bkn base on competent.. but base on kroni, "lu tolong gua, gua tolong lu".. and also seniority.. Muhyddin jd PM?? Hahahaha.. selamat la Msia.. nak tambah hutang bape bnk lagi..

    Khairy, nmpk sgt plastic & opportunist. but aku bg dia credit psl dia willing to debat & come face to face for discussion / forum...

    The rest, habuk pon tarak.. reti menjilat & menjilat shj utk dpt pangkat, habuan etc.. YES SIR man..

    nak2 si tua bangka rais yatim.. cth issue kalimah allah.. aih, dia yg cabar suh Hadi explain dia juga yg pusing blk kate xpyh explain.. konon2 takut org ramai bole confius pulak.. alahai.. nape la level ni aje intelek menteri2 M'sia.. kalo menteri Jepun dah 20x bunuh diri dah.. belum kire psl kes lagu "balas budi"..

    UMNO dah xde pelapis2 yg credible.. kalo ade pon 1,2 org.. tu pon kene tgu que bg yg tua2 bangka yg xcompetent ni naik.. dah teruk dah UMNO ni smpi kan Mahathir pon admit.. yg bengap2 aje tlg dlm UMNO..

    BalasPadam
  37. Khairy naik pun sebab bapak mertua.. lepas Pak Lah turun dia hanya dapat kekal sebagai ketua pemuda saje pun mungkin sebab najib jaga air muka atau mungkin Khairy ada rahsia Najib.. tepi dia tak jadi menteri pun.. pertama kali dalam sejarah ketua pemuda tak jadi menteri dengan alasan nak kukuhkan barisan pemuda hahaha..

    Aku cuma nampak Ku Li je yang telus dan jujur pandangan dia bila bercakap pasal fakta pasal royalti minyak dan isu semasa tapi sayang dia dah kena cantas dengan Mahathir dulu dan tak banyak kroni atau orang yang nak sokong dia..

    Sapa dalam UMNO yang beragama, berkarisma dan berpengaruh ni? Muhyidin? Mukhriz? boleh lawan Anwar?

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.