Disember 21, 2012

Awkward Agama : Jangan Tunjuk Pelangi Pakai Telunjuk Nanti Kudung

Ada satu hari dalam beberapa bulan lepas, aku gi hantar makanan dekat anak aku. Selalunya bila nak hantar, aku sedaya upaya menyorok supaya anak aku tak nampak. Bila aku sampai kat situ tengok pintu rumah terbukak (tapi grill kunci la) aku nampak anak aku tengah duduk dekat ruang tamu dengan budak2 lain. 

Anak aku tengah meniarap sambil baca apa benda aku tak sure ( jangan Harian Metro atau majalah Mangga sudahlah) tapi dia memandang ke arah lain. Jadi dia tak nampak la aku. Aku berdiri aje la situ tengok dia tengah membaca sambil budak2 lain kat sebelah dia berebut something.

Kau pun tau, bila kau meniarap sambil membaca, secara automatiknya, kaki kau akan naik atas dan goyang2. Itulah benda yang aku buat. Membaca sambil goyang2 kaki.

Satu masa dulu, waktu aku kecik, kakak aku selalu kena marah dengan mak aku sebab dia suka buat macam tu. Orang2 tua dulu kata...

"Kalau selalu buat macam tu dengan kaki kanan, mak meninggal dulu..kalau kaki kiri..abah meninggal dulu.." Aku sure korang pun melalui benda yang sama. Ditakut-takutkan dengan benda2 yang karut yang membuatkan hidup kau jadi kelakar.

JANGAN TUNJUK JARI TELUNJUK DEKAT PELANGI NANTI KUDUNG!
JANGAN INTAI ORANG MANDI NANTI KETUMBIT!
JANGAN MAIN TIME MAGHRIB NANTI HANTU TETEK AMBIK SOROK BAWAH KOPEK!

Aku tau niat orang2 tua kita baik...tapi bila dah besar ni, aku merasakan benda tu seolah-olah memperbodohkan budak-budak. Sebab budak2 akan percaya bulat2 apa kita cakap. Kadang-kadang, benda ni jadi tahyul pun ada...bila dah tahyul, dah boleh ganggu akidah...Macam mana pulak kalau ada mak atau bapak yang mati awal...tak ke aniaya anak aje kalau anak tu betul2 ingat dia yang sebabkan kematian tu?

Dan sebaik-baiknya, pada aku la, bila generasi aku ni dah jadi mak bapak (ramai dah pun jadi mak bapak), adalah lebih baik kita berterus terang dengan anak-anak dan cakap dekat dia benda betul, kenapa jangan buat benda-benda tu.

Bagaimanapun...tolong aku dalam satu benda boleh?

Orang2 tua kita kata, jangan tunjuk kat pelangi pakai jari telunjuk sebab nanti kudung....sebab utamanya supaya nak ajar kita tunjuk satu direction pakai ibu jari...lebih sopan.

Tapi....kenapa pelangi? Kenapa tak awan? Langit? Objek atas tanah? Buku?

ps - ada apa lagi kepercayaan superstitous Melayu yang niatnya baik tapi tak sepatutnya terjadi? Ada ke orang Melayu yang percaya hari ni hari terakhir Bumi sebab Kiamat berlaku Jumaat dan hari ni Jumaat?

15 ulasan:

  1. dulu cukup takut nak tunjuk pelango dgn jari ;).skrg aku buat kat anak aku pulak.hahaha

    BalasPadam
  2. PELANGO PELANGO PELANGO PELANGO !!

    BalasPadam
  3. owh, aku tak pernah diajar untuk percaya benda2 tahyul tu smua ^^

    BalasPadam
  4. Salam mantot, harap kau boleh bagi emel kau sebab aku ada 1 entry yang aku nak sangat share lagi-lagi dekat orang perempuan. Please bagitahu emel kau. Selalu aku tengok emel ko ada kat page ni tapi kali takde pulak dah.

    So nanti ko emel kan dekat aku,

    sasafreil@gmail.com


    Please ..
    (Aku bukan spammer or whatsover scam, aku cuma nak share je)

    - ZH -

    BalasPadam
  5. jangan duduk atas bantal nanti bontot bisul

    jangan potong kuku waktu malam.

    -_-

    BalasPadam
  6. aku nak main time maghrib la biar kena sorok bawah kopek hehehe

    BalasPadam
  7. memang selalu menyanyi kat dapur. especially masa cuci pinggan.xpon masa masak. sebab hati senang.
    banyak kali kena tegur,dgn nenek dan mak, yakni( 2 generasi)
    .jangan menyanyi. jangan menyanyi.
    sebab,
    anak dara jangan nyanyi kat dapur, nanti dapat suami tua.

    BalasPadam
  8. Ambik gambar bertiga, sorang akan mati.

    Main payung, nanti ular sengat.

    Wahai generasi lama, matlamat tak menghalalhan cara. Cukup2 la 'ngajar' benda ngrarut krn berniat 'baik'.

    BalasPadam
  9. Mungkin sebab pelangi terjadi time hujab sikit-sikit lepas tu muncul matahari.. Awan, langit, objek atas tanah dan buku dah selalu nampak.. dah boring nak tuding jari.. haha..

    Oh.. btw, benda2 mengarut macam ni aku tau bukan dari mak ayah aku.. aku tau dari kawan-kawan aku. Kira mak ayah aku moden la..baq ang.. haha

    BalasPadam
  10. Mantot, aku pernah baca dalam Majalah Ujang kalau tak salah aku, ada satu kartunis dia nama cina,so aku assume dia cina la. dia ada satu section ni dia kata dalam kepercayaan cina, tak boleh tunjuk pelangi pakai jari sebab nanti jari bengkok.ini kerana pelangi adalah tempat dewa dewi duduk melepak.

    BalasPadam
  11. hahah alhamdulillah selama hdup 28thn mak dgn abah tak pernah ajr bnda gitu..

    BalasPadam
  12. Kita di ajar untuk jadi pak turut.. ketua/pemimpin kata apa kita hanguk.. Itu yang ditanam dalam pemikiran Masyarakat melayu dengan Kisah Hang Tuahnya..

    ANGAN TUNJUK JARI TELUNJUK DEKAT PELANGI NANTI KUDUNG!

    - aku tak pasti kenapa tapi dulu memang cuak sekarang hurm gila apa sakti sangat ka pelangi tu wakakaka mitos je semua tu banyak kali tunjuk tak kudung pon takda dah ajar orang benda karut ni

    JANGAN INTAI ORANG MANDI NANTI KETUMBIT!

    - Orang dedulu nak disiplinkan orang supaya beradap kot takda cara nak buat ialah menakutkan mereka.. :)

    - Taktik sama yang diguna bila nak larang orang makan Kepak ayam, larang makan bontot ayam atau leher ayam.. padahal semua tu dongeng je.. dulu mungkin susah dapat ayam so orang tua-tua reka cerita supaya budak2 takut nak makan dah diaorang nak makan..

    JANGAN MAIN TIME MAGHRIB NANTI HANTU TETEK AMBIK SOROK BAWAH KOPEK!
    - Ini betul sebab masa aku kecik banyak hantu bergentayangan dan aku pernah nampak species hantu ni berlari-bermain2 di waktu magrib bahkan ada kes orang kena sorok dengan hantu atau bunian ni berhari2 tak balik.. Tapi sekarang? tak pasti.. hutan pon dah ditebas.. mungkin sesetengah kawasan lasih lagi panas/keras

    BalasPadam
  13. Tido cepat malam jumaat. Malam kliwon. Sbb malam jumaat ada hantu. Ada bunyi bunyi seram jgn tego. Padahal.. mak bapak kita nak buat projek. Bunyi menyeramkan la sangat..bunyi sedap kot.. bhahahaha


    -N-

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.