September 13, 2012

Percubaan Untuk Menakut-Nakutkan Masyarakat

Aku nak menulis pasal benda ni sebab benda ni jadi dekat kawan wife aku. Tujuan aku, tak lain tak bukan ada 2;

1. Menakutkan masyarakat
2. Mempersoalkan statistik keselamatan Malaysia

Sepanjang beberapa bulan lepas ; ada satu geng perompak/penyamun yang menjadikan pengguna jalanraya di MRR2 sebagai mangsa. Modus operandi dia simple ;

a. langgar kereta dari belakang
b. kau turun dari kereta
c. dia acu pisau/parang
d. dia masuk dan drive kereta kau
e. dia tinggalkan kereta yang dia guna untuk langgar kau

Ada beberapa sifat murni dalam perompak ni;

a. kalau ada budak dalam kereta atau warga emas, dia suruh turunkan dulu
b. dia tinggalkan kereta sebijik untuk kau

Jadi, kalau nasib kau baik kau drive kereta Perodua (kereta low class berharga mahal) tapi dia tinggalkan kereta Nissan ke, Honda ke atau Ford ke...kau bakal pulang dengan memandu kereta yang jauh lebih baik daripada kereta kau. Tapi masalahnya...kereta tu kereta curi. Kereta kau tadi pulak...dia ambik untuk buat menyamun.

Benda ni akan dia ulang banyak kali sampailah dia rasa puas hidup kot...tapi yang menariknya mengenai perompak ini........dia tak peduli kereta apa dia dapat. Asalkan dia dapat tukar kereta curi yang dia tengah bawak ke sebuah kereta lain. Macam kes kawan bini aku....dia ambik Honda...dia tinggal Nissan. Dah boring menyamun pakai Honda...dia tibai Proton. Jadi last update...penyamun ini sedang menjelajah sepanjang MRR2 dengan menggunakan kereta Proton Persona mencari mangsa.

Cuma aku rasa dia still akan aim kereta baru sebab nak mengelakkan kerosakan mekanikal ketika menyamunl. Lagipun, kereta baru air cond cantik, cuaca pun tengah panas sekarang. Nak menyamun pun mesti dalam keadaan selesa.

Lalu haruslah diingatkan di sini; kalau anda dilanggar di MRR2 atau di mana2 saja lah sekalipun, sila berhati-hati. Perompak tu masih lagi bebas pada ketika ini.

Susah benar jadi orang Melayu. Semua benda perlu takut. Atas jalan takut.
Nak tukar kerajaan pun ditakut-takutkan.

12 ulasan:

  1. baru2 ni aku kena langgar dengan bmw dari belakang, xpulak dia tinggalkan kete dia.. dia bg ak duit ja...hehehe
    thanks information, tiap2 ari aku lalu mrr2, akan berjaga2 la lepas nih...

    BalasPadam
  2. suka plak dgn ayat ni:

    Susah benar jadi orang Melayu. Semua benda perlu takut. Atas jalan takut.
    Nak tukar kerajaan pun ditakut-takutkan.

    BalasPadam
  3. Serious perompak tu terpengaruh dengan game Grand Theft Auto, nak rompak kereta sapa2 selamba je... tapi nasib diorang tak langgar orang dgn selamba jugak

    BalasPadam
  4. Ambiga dan rakan2 bersetuju menjadikan ayat kau....
    "Susah benar jadi orang Melayu. Semua benda perlu takut. Atas jalan takut.
    Nak tukar kerajaan pun ditakut-takutkan." sebagai moto perhimpunan bersih selanjutnya..

    BalasPadam
  5. Bukan Ambiga aje setuju, aku pun suka dan setuju....

    "Susah benar jadi orang Melayu. Semua benda perlu takut. Atas jalan takut. Nak tukar kerajaan pun ditakut-takutkan."

    By the way, thanks for the info Mantot...

    BalasPadam
  6. Susah betul jadi orang melayu..semua benda nak dipolitikkan..

    BalasPadam
  7. susah btol jd mantot

    semua melayu nk diapi2kn menentang pemerintah

    cis

    BalasPadam
  8. susah btul korang nie. smuo tak nak appreciate komen whatever side hahah

    BalasPadam
  9. Susah betul kalau kita tak cakapkan mengenai hal ini...

    BalasPadam
  10. susah betol ada kereta...hahaha wtf??XD

    BalasPadam
  11. kalu naik motor, kene langgar jugak ke?

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.