Rahmat memijak pedal minyak perlahan-lahan. Kebanyakan kawasan parking sudah dipenuhi kereta. Hujung minggu sudah menjadi kebiasaan ramai orang menghabiskan masa menelaah barang-barang di kompleks membeli belah.
"Abang, tu ha ada parking," beritahu Nora.
"Kita menapak sikit takpe la kan? Jauh jugak dengan entrance dia," tanya Rahmat. Nora mengangguk. Dua anak mereka, Remy Daniel dan Nor Balqis Hariyati menjenguk memandang keluar tingkap.
"Daddy,daddy, kita kat mana ni?" tanya Remy.
"Kita kat Desco ni, bukan ke selalu kita datang sini?" tanya Rahmat. Balqis mengangguk. "Abang ni buat-buat lupa ni bah!"
Keempat-empat beranak lalu bangun dan keluar daripada kereta. Balqis memegang tangan ibunya.Pantas kaki mereka melangkah menaiki eskalator. Sampai saja di atas Rahmat melihat sekeliling. Penuh lautan manusia membeli belah.
"Kita terus beli barang aje la bang...tak nak saya window shopping. Rimas penuh sangat orang," beritahu Nora. Rahmat mengangguk. "Pegang tangan mak dengan abah, jangan lari merata-rata, nanti hilang lagi macam hari tu!" pesan Rahmat.
Mereka sekeluarga melangkah ke pintu masuk pasaraya. Ramai orang berkerumun di sana. "Aiseh Nor, troli habis la, kena tunggu troli sampai la pulak," bisik Rahmat pada isterinya. "Pakai bakul dah la bang.." cadang Nora.
"Tak nak saya. Bukannya awak yang angkat, saya yang kena angkat," jawab Rahmat. Kedengaran bunyi besi berlaga. "Mintak laluan..tolong beri laluan.." Sebaris troli bersusun rapat ditolak oleh dua orang pekerja Bangladesh. Hampir-hampir mereka terlanggar seorang lelaki yang sedang menunggu di situ. "Hoi, bodoh punya Bangla!" herdik lelaki itu.
"Ni la masalah dia bila berharap sangat dengan pekerja asing. Nak dapat troli pun kena beratur, diorang kerja pun main-main, bukannya susah kerja diorang ni, sapa-sapa pun boleh buat..." senyap-senyap Rahmat menegur lelaki yang mengherdik pekerja tadi.
"Kerja lembap, Bangla ke Myanmar ke...datang sini kerja main-main, troli pun boleh habis stock!" Lelaki itu meneruskan herdikannya. Pekerja dua orang tadi hanya diam dan meneruskan kerja mereka. Entah faham atau tidak apa yang dibualkan Rahmat dan lelaki itu tidak diketahui. "Abang ni,tak baik kutuk-kutuk orang macam tu, dah la depan anak kita ni.." bisik Nora menegur suaminya.
"Alah...pekerja asing, bukan boleh bagi muka sangat. Awak ingat lagi apa orang gaji kita dah buat dulu?" Nora diam. Tak mahu dia teringat kembali pengalamannya menggaji seorang amah dan kisah buruk yang menimpa dirinya.
Cepat Rahmat memegang satu troli sementara yang lain berpusu-pusu mengambil troli mereka. "Jom!" ajak Rahmat tersengih. "Abah, Remy nak Ben 10!" pinta Remy.
"Ok, nanti mak belikan.." jawab Rahmat.
Troli mereka sarat dengan barang. Lenguh juga tangan Rahmat menolaknya ke sana ke mari. Remy leka memegang raksasa Ben 10 yang baru dibeli, Balqis pula khusyuk memeluk anak patung lembut dengan rambut blonde. Mereka sekeluarga melangkah kembali kepada kereta mereka yang berada agak jauh dari pintu masuk.
Teet teet. Rahmat membuka bonet kereta lalu dia dan Nora sama-sama memasukkan barang-barang yang baru dibeli sambil diperhatikan Remy dan Balqis.
"Tadi yang saya punya air Pepsi tu mana? Kan ada dalam plastik kecik tadi," tanya Rahmat. "Tu haa..saya dah letak kat seat depan," jawab Nora.
"Jom, Remy, Balqis, kita balik.." ajak Nora. Rahmat masuk ke tempat duduk pemandu lalu menghidupan enjin menyalakan penghawa dingin. "Bang..bang...troli kita lupa hantar balik.." beritahu Nora.
"Biarlah..jauh benar nak pusing semata-mata nak hantar troli.." jawab Rahmat. "Lagipun, takkan la nak biar Bangla-Bangla tu makan gaji buta?" kata Rahmat dengan nada sinis.
Nora hanya mampu menggelengkan kepalanya.

............

Sian mat bangla tu...
BalasPadambagus...penulisan n jalan cerita yg seakan2 reality rakyat bandar ini tiada menampakkan oksi moron dan klise...hahahaha
BalasPadampatut la troli abes
BalasPadamaku ada byk komen jugak pasal isu pekerja2 asing ni... tapi kalau aku komen nanti tak cukup space nak tulis kat ruangan komen ni, so mana2 yg rasa nak baca komen aku tu boleh baca kat sini, yg tak nak baca tak payah baca... aku tak paksa ok...
BalasPadamFU Noob, x nak komen byk2 konon, cukup2lah promote blog ko yg macam cibai tu.
BalasPadamKo ni mmg manusia x faham bahasa ker?
actually link yg Noob bagi tu mmg ada kaitan isu pasal entry mantot ni...just my 2 cents
BalasPadamAnonymous September 3, 2012 7:14:00 PM GMT+08:00...anda telah melanggar peraturan ke 9 dunia anom...memasuki ruang udara musuh...noob tu musuh kita...
BalasPadamkahkahkah persatuan anon2 kelihatan mula menunjukkan kerapuhan dlm formasi jet2 pejuangnya menentang noob..
BalasPadamBewak pnya Noob. Menyamar anon defend diri sendiri. Hang bak mai no badan anon hang!
BalasPadamorg malaysia pndai ngutuk je,
BalasPadamkeje hampeh,
pesanan utk diri sendri jugak,
hahaha...
Tesco Kajang dan Econsave Reko Sentral.
BalasPadamTapi Econsave tu Melayu yg tarik troli.
Kalau mat saleh tarik troli pun, minda org2 kita yg suka bersikap langgar peraturan dan 'tak apalah' tu mmg susah nak diubah. Tiada sistem, penguatkuasa dan pendidikan formal dan tidak formal yg tidak kukuhlah antara sebab2nya.
Mulai skrg, siapa yg baca blog ni, cuba2 lah bawa troli ke tempat sepatutnya.
biarla noob promote blog dia.bukan susahkan korg pun.xsuka xpayahla baca.
BalasPadam-noob yg menyamar-
kalau kita tolak troli simpan kat tempat dia balik,mesti ada mata yg pandang kita macam pandang alien...
BalasPadambetul,tak cube cube try ... peace ~
1. aku selalu susun semula troli sbb da terbiasa.
BalasPadam2. aku selalu buang sampah/susun tray bila mkn kt mcD/kepsi/ikea kecuali mamak.
3. aku selalu susun kerusi sendiri bila habis mkn kt tempat awam.
sapa engkau kt luar, mencerminkn sape engkau kt rumah. jadi..mari berpura2 diluar hahaha
yg malas hntr blk troley tu x rase membazir ke kt 20sen yg korang tinggalkn tu. dh la pemalas, membazir plk tu.bygkn klu 100 org tinggal 20sen tu sehari, x ke kaye tukang tarik tu?
BalasPadamwan aka anon
Haritu aku makan Burger King kat Mid Valley. Habis makan je, aku bawak tray pi kat tong sampah, buang sampah tu, pastu taruk balik tray kat kabinet (utk letak tray tu la). Tak memasal 2 3 family pandang aku mcm aku ni Bad Ugly Martians pulak.
BalasPadamp/s: tu mmg perangai aku bila mkn fastfood. tak sanggup aku tinggal sampah kat atas meja.