September 10, 2012

Cerpen : Kalau Tak Ada UMNO, Anda Tak Mampu Pakai Smartphone


" Bro, kau sokong Anwar peliwat tu apasal bro?" tanya Rashid kepada kawannya Asri.

" Bukannya aku sokong dia mangkuk, tapi dah kerajaan sekarang ni kelakar benar.." kata Asri dengan nada mengejek. Rashid sengih, konfiden.

"...lu bukan budak sekolah asrama ke? Lu tak ada rasa bersyukur ke dapat belajar, masuk U dan sekarang kerja PTD ni?" tanya Rashid lagi tak puas hati.

"Kau cuba explain dengan aku, kenapa bila gambar PM kena pijak, polis siasat...tapi bila gambar pembangkang, tak kena apa-apa? Mana keadilannya kat situ? Kita kena accept, being the opposition leader also means he is a part of the government..." Asri sedikit mendengus.

"Standard la tu...orang ada kuasa...kena accept la some abuse of power..." Rashid menjawab bangga. "Lagipun, kau pun tau...kalau Anwar Ibrahim naik...Lim Guan Eng naik! DAP naik....makin lemak la orang Cina control Malaysia..itu semua gejala komunis. Kau tak sayang ke bangsa Melayu?"

Dalam hati Asri, dia nak aje jawab tak sayang, kalau orang Melayu majoritinya macam si Rashid. Tapi dipendamkan saja buah fikirannya.

"Kau tengok sini, pembangkang ada 3 parti. PKR...tah hapa sebenarnya perjuangan diorang? Kau boleh explain dengan aku?" Asri mengeluh.

Rashid sengih bangga. "Then, kita ada PAS....kau pun takkan la tak sedar PAS tu hanya dipergunakan oleh PKR dengan DAP untuk pancing orang Melayu? Come on la. Kita PTD la bro! The creme of the crop. Takkan la itu pun kau takleh nak fikir?"

Asri menjuih bibir. Meluat dia dengan sesetengah staff PTD yang merasa dia holier than thou berbanding penjawat awam lain hanya kerana tak ramai yang lulus peperiksaan PTD. Walaupun dia juga seorang lulusan PTD Kerajaan, tapi kadang2 hatinya terdetik rasa malu melihat tingkah laku rakan2 nya yang melayan staff2 kerajaan lain seolah2 alas kaki mereka yang perlu diarah-arahkan.

Rashid menghirup air kopi pekat. Lalu dia memandang tepat ke arah Asri. "Kau fikir ye? Kalau Anwar naik, DAP naik...kepentingan Melayu dah tak ada. Kita semua sama level dengan orang Cina dan India."

"Apa point kau?" tanya Asri, menyampah.

"Kau suka ke kalau anak2 kau nanti diorang tak dapat jadi staff PTD sebab ada calon Cina dengan India yang ambik tempat dia?" tanya Rashid, sangat pasti yang Asri tak mampu membalas hujahnya yang sangat mantap.

Asri diam. Otaknya berfikir. Lalu dia bangun daripada kerusinya. "Kau nak gi mana tu Ri?" tanya Rashid.

Dia pergi ke sebuah meja lain yang diduduki 2 orang lelaki Cina sedang enak menikmati nasi campur. Asri memperkatakan sesuatu kepada mereka. Mereka berdua memandang Rashid lalu bangun dari tempat duduk. Seorang datang duduk sebelah Rashid. Seorang lagi duduk sebelah Asri.

"Apa soalan kau tadi Shid? Tak berapa jelas soalan kau tadi." Asri sengih. 

Rashid berpeluh-peluh. "Err...apasal sekarang ni ramai orang Cina bakar colok tepi jalan aa? Hungry ghost festival ka?"

22 ulasan:

  1. JPA dah kena soal dah kenapa ramai sangat melayu di jabatan kerajaan. INi Malaysia, bukan Melayusia. takde bezanya kerajaan bertukar. skrg melayu pemalas ramai menghuni jabatan kerajaan dengan lagak mereka. kelako giler. kalau cina naik lagilah. tanya org2 yg dok sarawak. kerja swasta semua diboloti chinese2 ni. kat iklan jwtn kosong bukan main lagi mintak sapa yg pandai Mandarin. Sekali yg mintak Melayu, Iban, Bidayuh yg skolah Cina dan A+ Mandarin derang. Last2 derang tolak atas alasan, WE ARE LOOKING FOR CHINESE ONLY. Swasta dibolot cina, govt dibolot melayu, mana kaum lain nak pergi?

    BalasPadam
  2. Ni ke maksud ko mantot? selagi mentaliti kt mana2 jabatan x dperbaiki, x kira la kaum apa pn msk jd PTD.. mrk endup akan sama2 lepak dikedai mkn...ye mantot? Walaupn x semua ptd yg poyos..tp aku ttp x suke dgn profesion tsb.
    Hatta ptd msk meminang pn aku tepaksa rejek. Nsb baik dia jumpa jodoh lain. Semoga bbahagia.
    Aku keje gomen, dlm jab ada kaum2 pelbagai. Since kami wat keje2 research, kami bersaing cara sehat.

    BalasPadam
  3. cik siti
    agak kau kalauu jd PTD pn poyo gak kan?

    BalasPadam
  4. hehe..sy org ghomen.. maafla, sy tak kisah pun dgn ptd ke ape.. xpndg pngkat,takot dgn pangkat hlg 2/3 iman, Rasulullah ajar hormati org lain kerana ilmu,n umur. n antara tanda rosak n keras hati bila asik pntgkan pngkat.. kata ustaz badlishah pangkat plg tinggi dlm ghomen ni pencen. sape pernah kje swasta tahu, even rmai boses xrs gap pun.. dkt ghomen lain pngkt/skim lain kasta mcm mati sok kain kapan lain2..(kemntrian lain xtau, )manusia n dunia.

    BalasPadam
  5. Msti la c siti pun poyo jgk.

    BalasPadam
  6. Msti la c siti pun poyo jgk.

    BalasPadam
  7. Kau mesti suka mende ni mantot

    http://youtu.be/W5ptb6_NdHI

    BalasPadam
  8. apsal ada gambar awek tu weeehh... btw mostly PTD kat gomen ni mmg poyo dan rasa diri mereka superior dari penjawat awam lain. aku ni takla nak belah bn atau pr, tapi kalau korang baca tulisan kat blog APA kat sini, mungkin sedikit sebanyak dapat buka mata orang2 yg terlalu taksub dgn "orang melau hanya boleh diselamatkan oleh umno".

    BalasPadam
  9. creme of the crop? kelakarnya.

    *ops, marah abang saya encik yem :p

    BalasPadam
  10. Alo bro.. gua baca tajuk, gua tegok gambar & gua baca cerpen lu punya posting, ade kaitan x masing2..fz

    BalasPadam
  11. salam.

    6 tahun dulu, aku mintak kerja, aku pernah terkena interview "mandarin only".

    masa tu aku sangat marah.

    last2, sepanjang 6 tahun dlm dunia kerja ni, bos yg menggajikan aku adalah chinese dan jepun.

    kita semua perlu sedar, kerajaan/swasta/chinese company memang beri gaji, tapi yang beri rezeki adalah Tuhan.

    dan kita kena tanya, kita mahu gaji, pangkat atau rezeki Tuhan itu?

    kalau duk pikir pasal cina/melayu, x kan selesai. bila amik view "rezeki Tuhan bagi", insyaallah x de masalah.


    BalasPadam
  12. Kah kah kah...ckp belakang berdegar2...bile org yg dikutuk tu depan mata, testis pun bertukar jadi telur burung puyuh...ada la 2-3 org kwn aku, depa mmg PTD, perangai sama mcm si Rashid dlm artikel ko ni Tot..

    BalasPadam
  13. Tajuk lain, cerita lain, gambar hiasan lain...mendalamnya maksud

    -Ida

    BalasPadam
  14. Aku nak tahu la apa yang dikatakan Asri pada 2 orang Chinese tu eh? Siapa tahu? Bagitau aku...

    BalasPadam
  15. Aku nak tahu betul apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan mantot melalui posting kali ni?

    Budak2 PTD poyo? Itu eh?

    BalasPadam
  16. Mantot nk bgtau..dia pernah ada crush muka cam heliza..tp malang heliza tpikat kt boss berjawatan PTD. Sbb masa tu org PTD je mampu pakai smartphone. Mantot plak br tahun lepas dpt beli phone tu.
    Ingat tahun ni mantot plan nak amik exam ptd.

    BalasPadam

  17. Macam2 aku pk

    -mantot suke heliza sbb mata besar
    -org kerajaan g keje mst pakai bj kurung,pehtu minum jap b4 masuk keje.
    -rashid minum kopi pekat (rujuk gambar)
    -aku jln2 tgk ada iklan "khas utk pegawai kerajaan shj, pakej pembelian smartphone" murah dooww..
    -aku penah keje swasta dan gomen,dlm gomen mmg berkasta cam haram, officer xleh baik sgt ngn supporting staf mcm dlm kubor nanti tanya 'awak pangkat ape?", kt swasta mkn semeja ngn bos pn lepak jer..
    -ptd biasanye poyo, biasenyer lah..kalo sembang tu mcm keje dialah yg plg best abad ini,
    kalo ptd yg tak menonjol kena g hantar bhgn yg tak best dan tak menonjol mcm jaga exam.
    -aku penah dgr, ptd yg tak bape cerdik kena g anta kt kementerian sumber manusia,haha..taktaula sahih ke tak..(eh gua bkn ptd ye)
    -sume org sangka keje gomen hidup terjamin, tlgla ingat rezeki tu dari Allah,tolong...nanti boleh menghampiri syirik...rezeki dah ditetapkan Allah,amal ibadat tu yang kena usaha sebab takde sapa nak tolong buat..
    -aku plg bosan org sembang nk kena sokong kerajaan skrg sbb takot melayu hilang hak, lemah sgt ke kita ni..hmm..bosan giler..tp nk sokong pembangkang skrg pn takdela suke sgt...haihh..

    Ok, makCik dah puas bebel
    -makcik kpg sebelah-

    BalasPadam
  18. Ya saya juga pernah menghadapai kawan2 begitu. saya akan jawab begini je. Saya tak terhutang budi satu sen pun dengan umno. semua yang saya dapat dari biasiswa, sekolah asrama dan universiti kerana saya memang layak dan itu semua pemberian KERAJAAN MALAYSIA. Nak harapkan UMNO apa yang UMNo boleh? nak buat tadika pun tak reti. PAS ada juga PASTI. MCA ada juga TARC. UMNO ada apa?

    member2 umno yang bangang akan pompang pompang bersembur air liur menyalakkan fakta bagaimana hebat dan berjayanya BN/UMNO memajukan negara. pooodah. Ini semua hasil kerja penat lelah agensi/jabatan kerajaan dan penjawat2 awam yang korang cakap pemalas dan makan gaji buta tu.

    lepas tu orang umno akan suka guna hujah bengap korang kerja kerajaan jadi jangan sokong pembangkang. trololol sungguh bodoh orang umno begini. orang kerja makan gaji dengan KERAJAAN MALAYSIA bukan kerajaan umno. adalah umno bayar gaji.? hahahahah

    BalasPadam
  19. Sesungguhnya mereka yg pro pembangkang dan penulis.blog ini sangat kecewa dgn hidupmereka. Semua benda salahkan org lain. Tu je kejenya

    BalasPadam
  20. xde la kecewa pun.. rezeki Allah bg kan.. sikit ke byk as long as berkat.. itu yg pentg. nyampah je tgk manusia yg besarkn pangkat itu je..

    BalasPadam
  21. sesungguhnye mereka2 yg berasa bersyukur dgn UMNO kebanyakannye mereka2 yg mendpt fulus/pangkat/kepentingan dr parti ini. Xslh kalo mereka2 ini nak bersyukur & taksub dgn UMNO. Itu hak mereka tp the same thing shud apply kat org lain. jgn la pulak nak label org lain xbersyukur atau lupa diri. xsemestinya org lain pon mendapat manfaat macam mereka2 yg terpilih dr parti UMNO ni.. xpernah trpk ke kalo dah ramai org melayu sendiri yg xsehaluan ngan parti UMNO, mesti ade something wrong.. Contoh plg baik tanah rizab melayu. adakah kebanyakan org2 melayu yg dpt manfaat atau hanya sebahagian kecil shj?

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.