Waktu aku tadika dulu, aku tadika dekat sebuah tadika belakang rumah aku.
Aku tak berapa ingat sangat apa memori aku kat situ tapi aku still boleh ingat lagi layout tadika tu macam mana, dinding kaler hijau dan lantai marmar kaler light grey, ada satu ruang disusun meja kecik banyak2 dan ada almari banyak compartment untuk kitorang letak barang kat situ.
Tiap2 kali bulan puasa aje...mesti aku teringat balik tadika tu.
Pada waktu aku tadika tu, dalam bulan puasa, aku ada cuba try2 puasa sebab mak aku suruh. Tapi selalunya aku puasa sampai pukul 12 tengahari aje. Tepat jam 12 tengahari, cikgu akan panggil budak2 makan tengahari. Yang tak join makan tengahari masa tu hanyalah aku, seorang budak lelaki yang tiap2 masa bersongkok dan seorang budak pempuan lain.
Budak lelaki bersongkok dan budak pempuan tu tak pernah tewas, seingat aku. Aku? Aku tewas. Sehari dua aku boleh lagi. Tapi kemudiannya, aku baru perasan kenapa. Dinding tadika tu penuh dengan poster alphabet. Jadi ada la pelbagai jenis poster ditampal. Salah satunya meununjukkan "A untuk Air Sirap." Air sirap berais. Dalam jag. Siap ada titisan air yeng melekap pada jag menunjukkan betapa nyamannya air itu.
Ada satu hari, aku cuba jugak tahan...mata aku menjeling poster itu dan terus terpaku di huruf A. Slow2 aku bangun dan join budak2 yang tak puasa. Nasib baik cikgu aku memahami dan menghulurkan aku segelas air dalam cawan plastik dan makan nasi dengan sup ayam.
Mula dari hari tu, aku nekad nak puasa sampai pukul pukul 12 sahaja. Pukul 12 aku nak makan. Sahur aku bangun tapi aku dah cakap kat mak aku aku tak puasa. Puasa setengah hari aje.
Makin tua, makin senang pulak puasa ni. Cuma kadang2 bila berjalan dekat pasar ramadhan, memori air sirap tu kembali menghantui aku membuatkan aku phobia pegi pasar ramadhan. Makanan aku tak kisah sangat...tapi air....memang takleh tahan.
Nasib baik kebanyakan orang yang jual air dekat pasar ramadhan nampak macam air tak sedap. Balik2 air "standard" dalam tong besar berperasa honey dew,soya,teh bunga, cincau, milo atau air soya panas atau air tebu.
Takde ke pasar ramadhan yang jual air kreatif sket yang mampu menggoda aku sepertimana gambar air sirap dalam poster abjad tadika aku dulu?

oh terkenang daku waktu di tabika Pasti dulu curik2 minum air paip bersama rakan tabika ku waktu tu subramaniam yang tak poser dan cuba mempengaruhiku... namun lepas tu perutku penuh dengan cacing kerawit kerana minum byk sgt air paip yg masa tu penuh dgn klorin dan tidak wujud lagi penapis air MLM diamond dr sukida.
BalasPadambtw ana 1st!
Aku sungguh tak paham adult yang dh tua berbulu masih tak dapat tahan puasa.
BalasPadamKecuali la kalo keje bawah terik matahari ke. Ni kalo keje duduk dlm aircon je sepatutnya xde hal.
Yang tak tahan time puasa kadang2 ngantuk je. Maklumla..bangun sahur awal, makan banyak pastu tido balik.
huh...mengoda betul gmbr air tuh... slurpppp...
BalasPadamhari ini hujan pasti ada jualan lelongan air heh
BalasPadambro, air sirap lu menggoda tahap laa..budak tadika tengok mesti tewas punya..mengancam air sirap tu..perghh..kah3
BalasPadamwww.anakkedah.com
entri kurang kasih sayang. mintak perhatian
BalasPadamsya x penah masuk tadika, tros masuk darjah 1..hahahaa
BalasPadamsirap mmg air yg terbaek time bukak pose dolu2..pulak tu ada biji selasih. Lagilah kecur tgk... skrg jarang2 nk jumpa sirap selasih, adapun sirap yg dimodenkan cam sirap bancau = bandung + cincau, sirap laici, siren = sirap + oren..dsbnya. Kecik2 dulu punyala eksaited minum sirap selasih..abes sekole, jumpa taik cicak dlm cawan tu! hahahahaha
BalasPadam