Ogos 31, 2012
Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Sedari Semasa Pengisytiharan Kemerdekaan
Sambil layan perarakan kemerdekaan, aku berfikir....apa kaitannya kemerdekaan dengan budak2 B-Boys, Parkour dan Flashmob?
Ogos 30, 2012
Kesihatan Rakyat Lebih Penting Berbanding Kutipan Cukai Rokok Berjuta-Juta
Tiap-tiap kali bila kerajaan bercerita pasal kenaikan harga rokok, alasan yang selalu digunakan adalah "untuk mengurangkan bilangan perokok di negara kita.
Aku tak pernah rasa kerajaan ikhlas dalam bab ni. Sebab walaupun alasan yang diguna pakai adalah "kurangkan perokok" tapi benefit sebenarnya pegi pada kerajaan dengan kutipan cukai yang lebih tinggi. Dan aku tak nafikan, kalau nak cukai perokok, cukaikan lah.
Tapi aku tak setuju dengan cara yang kerajaan ambik tu. Kalau cukai dinaikkan sebab nak kurangkan perokok, adakah langkah yang sama juga diambil dan dikenakan kepada cukai kenderaan? Adakah cukai kenderaan yang tinggi sebenarnya sebab kerajaan nak kurangkan bilangan kenderaan atas jalan dan ajak orang ramai naik pengangkutan awam?
Cukai tinggi tak semestinya mengurangkan bilangan perokok...sebab trend ni dah berulang banyak kali...walaupun harga naik...akan muncul perokok lain. Perokok2 tegar pulak akan carik jalan carik rokok seludup. Benda ni takkan berkesudahan....sebab tindakan kerajaan tu tak tepat.
Kenapa?
1. Rokok masih amat mudah didapati. Kau boleh beli kat mana-mana. Nak beli susu anak? Kau kena pegi farmasi, kedai ubat cina, shopping kompleks. Rokok? Semua orang jual. Apa yang kerajaan boleh buat? Hadkan penjualan rokok kepada tempat2 tertentu. Kalau arak boleh dikawal, rokok juga boleh.
2. Penjualan 20 batang minimum adalah langkah yang agak membuatkan perokok ketawa. Ada dua aje benda yang perokok sangat takut...rokok takde dan ada rokok tapi tak ada lighter. Jadi, dengan memaksa orang ramai beli 20 batang sekali beli...ini membuatkan bekalan rokok individu akan sentiasa ada. Tabiat perokok yang ingin berhenti ni mudah...selagi ada rokok selagi tu dia akan terhisap.
3. Walaupun iklan2 di kaca tv dan media massa dah tak ada, tapi di kedai2 makan dan kedai runcit, almari yang paling besar dan paling cantik adalah rak jualan rokok. Siap ada poster, ada gambar koboi, ada gambar gunung dan slogan yang membuatkan rasa cool merokok. Buatkan akta supaya display2 macam ni diabolished- kan.
Kepada yang belum tahu, di Australia baru aje diluluskan akta oleh kerajaan mereka yang memaksa semua pengeluar rokok menggunakan kotak standard yang sangat generik dan langsung tak menarik perhatian. Langkah ini amat ditentang oleh pengeluar rokok kerana dengan penggunaan warna yang sama pada semua kotak rokok, agak susah marketing jenama rokok dapat dilakukan dan sedang dibantah keras.
Tapi itu adalah langkah berani yang diambil oleh kerajaan Australia dan sepatutnya dapat dicontohi oleh kerajaan kita, tapi adakah kerajaan berani menanggung risiko syarikat2 pengeluar rokok tutup kilang di Malaysia dan bukak kilang di tempat lain?
Itu adalah sesuatu yang aku rasa kerajaan perlu beranikan diri untuk lawan dan tidak perlu takut kepada demand syarikat2 ini kerana kita semua sedia maklum, kesihatan rakyat jauh lebih penting berbanding kutipan cukai.

Ogos 29, 2012
"Pakcik! Seringgit Aje Pakcik? Menyesal Saya Datang Sini! Ptuih!"
Masa aku kecik dulu, waktu sekolah rendah, time raya aje, aku dengan sepupu aku mesti gi jalan area kampung masuk aje rumah sapa-sapa dan pegi beraya...dengan harapan dapat duit.Time tu, dapat 50 sen...sangat mewah. Dapat seringgit, banyak tu. Total duit hari raya kalau sampai seratus ringgit, kaya benar rasanya.
Tapi, sekarang ni. bila lepak kat kampung, nak jumpa budak2 datang beraya pun susah. Budak-budak sekarang pun makin pandai, diorang pegi beraya kat taman-taman. Rumah rapat2, berjalan tak jauh, kutipan pun dapat dimaksimakan.
Apa yang aku tak suka bila aku tengok gelagat budak2 ni adalah bila diorang datang, tangan masing-masing pegang henfon. Aku tak tau kaya mana mak bapak diorang tapi selalunya henfon diorang lagi canggih daripada henfon aku....jeles bai. Aku ada nampak budak-budak pegang Blackberry (apa kejadahnya bagi budak2 Blackberry?) dan ada jugak budak beraya pegang iphone....dan extreme sket...bawak ipad.
Dan bila budak2 tu datang beraya...diorang bukan beraya...diorang duduk dalam rumah kau...sambil minum air...lalu main game. Yang lain pakat kerumun ramai2 tengok.
Fenomena ni juga agak jelas kelihatan dekat anak2 buah aku bila mana yang ada henfon canggih (atau pau bapak dia punya) ini akan membuatkan budak2 lebih tertumpu dengan henfon atau tablet dan bukannya nak berborak dengan pakcik. Mana2 yang jenis loner pulak boleh duduk sorang2 kat ceruk2 dan main game dengan PSP.
Dalam 20 tahun, perubahan ni sangat jelas kelihatan. Budak2 datang beraya, lalu main game dan sebenarnya datang semata2 sebab nak dapat duit.
Paling gua bengkek adalah kalau kau bagi seringgit...dia mengeluh. Aku pernah kena sound dengan sorang budak beberapa tahun lepas bila aku bagi seringgit, dia sound kata "rumah besar, takkan bagi seringgit?" (rumah mak aku takde la besar cuma corner lot aje). Semenjak hari tu, aku bersumpah dalam diri aku, aku takkan bagi duit raya dekat budak2. Kah kah kah.
Kalau dia boleh datang rumah aku kononnya nak beraya tapi tangan pegang iphone, itu maknanya dia tak memerlukan duit tu. Dan nampaknya, nilai duit raya yang acceptable untuk budak2 sekarang ni pun mengalami inflasi yang agak hebat. Standard sekarang ni, RM5.
Makin maju kita, makin hilang rupanya nilai tradisi kita. Sehinggakan tradisi raya kita pun dibaham dengan pemahaman kapitalis yang mementingkan nilai wang ringgit dan harta benda.
Dan masyarakat kita terus mengajar anak2 kecik menjadi pengikut kapitalis yang sangat setia. Nak tengok benda ni dengan jelas? Gi kedai buku. Cuba kira berapa banyak judul buku yang ada tajuknya "Bagaimana Menjadi Millionaire?" atau "Rahsia Menjadi Kaya."
Cuba fikirkan, budaya bagi duit dalam angpao raya ni sebenarnya datang dari siapa? Kenapa kita buat? Kenapa sampul duit raya kita panggil "angpao"? Atau istilah orang Melayu selalu pakai.."Angpao Raya."
Mesti DAP punya pengaruh ni!

Ogos 27, 2012
Kenapa Dalam FIlem Hero Lepas Bercuti Dia Jadi Sangat Bertenaga?
Aku sangat memerlukan cuti raya yang lepas kerana aku memerlukan waku rehat yang agak panjang selepas satu tempoh bekerja yang agak exhausting. Tidak ada yang lebih me-rechargingkan diri selain daripada balik kampung jumpa family tercinta.
Walaupun raya aku tahun ni agak kelam kabut ke sana ke mari, tapi sekurang2 nya buat pertama kalinya dapat jugak isteri aku jalan2 tengok Kedah macam mana.
"Macam mana rupanya Kubur Panjang itu?" tanya isteri aku.
"Kubur tu panjang, tiap2 kali ukur, panjang dia bertukar2 ikut hari.." kata aku. Aku assume Kubur Panjang itu terjadi kerana tersimpannya seorang alim ulamak Kedah yang agak warak perwatakannya selama ni. Tapi Raya kali ni barulah aku diberitahu bahawa sebenarnya yang arwah dalam Kubur Panjang tu adalah mangsa kena tikam lepas kalah bergaduh judi sabung ayam.
Aku balik kampung tapi aku tak pernah berkesempatan nak berjalan pusing tengok Alor Setar sekarang jadi pada satu pagi, bertemankan anak buah aku yang tak mandi, aku pun pusing carik sarapan sekeliling Alor Setar pada hari raya ke dua. Kedai masih lagi tak bukak jadi mana2 kedai yang bukak akan diserbu oleh orang2 Kedah. Waktu aku lepak kedai mamak tunggu, masih lagi kedengaran bunyi2 golongan2 yang agak lucu yang aku gelarkan "orang luar cuba cakap Kedah."
Pernah dengar orang bukan orang utara cakap loghat utara?
Sama macam biawak tersepit kan?
Pernah dengar istilah "like a trainwrecked?"
Deer caught in front of a headlight?
Pusing punya pusing aku sedar dah banyak perubahan berlaku dekat Alor Setar. All for the worst la, ikut kata Barisan Nasional. Boleh nampak makin ramai orang miskin merempat tepi jalan meminta sedekah, kanak2 tidak cukup zat berlari-larian di tepi jalan. Rumah-rumah usang tidak berpenghuni memenuhi bandar Alor Setar dan kawasan hutan yang makin menebal menjadi pemandangan biasa di sini. Kita semua sedia maklum, jika kita memilih bukan Barisan Nasional, ini adalah masa depan negara kita, seperti kata mereka.
Aku juga sempat ke Padang Besar, layan perjalanan yang aku rasa mempunyai scenery TERBAIK antara mana2 jalan yang aku dah lalui dan aku juga sempat melawat sebuah kilang gula yang super besar.
Di Padang Besar, aku tak mampu beli macam2 sebab orang packed sangat hinggakan nak berjalan pun susah. Adalah beberapa benda yang aku berminat nak beli macam jersi Manchester United baru, sebab aku tengok design dia sesuai untuk buat alas meja aku tapi niat tu terpaksa dibatalkan sebab aku tak sempat nak keluar duit.
Boleh dikatakan raya tahun ni adalah satu percutian yang aku sangat2 tunggu. Pernah tengok dalam TV dalam sebuah cerita lepas hero bercuti panjang dan dia kembali kerja produktiviti dia meningkat 200%.; Aku nak perasaan itu. Aku nak rasa macam mana fully recharged tu. Target aku kalau selama ni aku buat 2 kerja serentak, kali ni aku nak buat 3 kerja serentak dengan tenaga yang diperolehi lepas cuti raya.
Cuti raya tahun ni membuatkan aku rasa macam tu. Aku dapat second wind. Jadi, pada hari Rabu petang bersamaan hari raya ke empat, kami bertiga pun mula bertolak dari Alor Setar dengan tenaga baru dan keazaman yang membara. "Yeah!" jerit isteri aku dalam kereta, sangat hyper. Aku pun join jugak. 30 minit kemudian, kitorang sangkut jam dekat tengah2 highway.
Semua tenaga baru yang diperolehi masa cuti hilang diganti dengan sumpah seranah.
Mungkin hanya karakter dalam filem yang mampu mengecas diri dia semula selepas satu tempoh percutian dan imaginasi ini, langsung tidak sesuai dipraktikkan dalam kehidupan sebenar.
Dan di pagi Isnin ini, hari pertama kerja, aku dah malas nak pegi kerja.
Selamat Hari Raya Semua.
Maaf Zahir Batin.

Ogos 15, 2012
Trend Baru Filem Bertemakan "Anwar" Bakal Bermula
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem “Tanda Putera” arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali. Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.
“Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.
“Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini,” katanya dalam laporan Sinar Harian.
Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah.“Kami akan berunding dan membantu pengarah filem “Tanda Putera” itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa ‘sensor’ (tapisan).
“Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu,” kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.
..............
Kalau benda ni betul2 berlaku, cuba kita fikir siapakah pelakon yang paling sesuai memegang watak protagonis, iaitu Saiful Bukhari Azlan dan siapakah paling tanjak memegang watak antagonis iaitu "Jelmaan Syaitan Anwar Ibrahim" (mengikut kata sesetengah orang UMNO).
Untuk watak Rosmah Mansor aku dah tau siapa, tak lain tak bukan Azizah Mahzan, itupun kalau watak Rosmah Mansor relevan kepada jalan cerita la. Mungkin kalau benar watak tu nak dimasukkan, jalan cerita pun boleh diolah balik, mula2 adegan liwat, lepas tu adegan shopping, lepas tu cut scene liwat balik...lepas tu shopping balik...lepas tu maki orang sikit2...shopping balik...scene china doll...sampai habis cerita.
Director, tak lain tak bukan lah...dR.Rozmey. Takde pilihan lain lagi. Kalau meletup...boleh start trend perfileman baru. Pengeluaran filem bermula dengan tema Anwar.
Anwar Gangster, Pontianak Anwar Sundal Malam, Janda-Janda Anwar Gangster, Anwar Pilih Jalan Hitam, Anwar Lambung, Anwar Sewel Datang KL.
Kalau tak cecah Rm100 juta...tak tau lah.
Ogos 14, 2012
Kalau Aku Bawak Ikut Had Laju, Bila Aku Boleh Sampai Bro?
Dalam Harakah beberapa menjak ni kecoh pasal pelaksanaan sistem speed trap baru yang dinamakan AES..apa maksud dia aku tak ingat..automatic enforcement system kot? Atau "Auto Ekor Saman."
Beberapa pemimpin PAS memberikan pandangan dan kebanyakan pandangan diorang berbunyi agak negatif mengenai pelaksanaan benda ni. Antara yang disebutkan adalah ;
1. Ini projek kroni
2. Sistem ini tidak adil
3. Kenapa kena rahsiakan lokasi sistem tu dipasang?
4. Ini bertujuan untuk menghukum!
Aku kurang bersetuju mengenai pandangan diorang. Sebab pada aku, kalau lokasi diberitahu kepada orang ramai, surely...orang ramai hanya akan slow pada lokasi2 tertentu. Kita semua sudah maklum, itu adalah mentaliti pemandu Malaysia sekian lama.
Kita ambik petikan ini dari satu forum yang jelas menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia ;
Ini lah mentaliti orang Malaysia. Najib bagi projek kat kroni, salah...tapi diri sendiri tak dapat nak patuh had laju jalanraya. Salah satu benda yang paling aku tak suka dalam pelaksanaan undang2 Malaysia adalah undang2 trafik yang main2. Benda paling cilaka sekali yang selalu dibuat oleh orang lain, khasnya kereta2 besar (dan kadang2 Perodua Viva bikin) adalah tidak langsung takut had laju jalan raya. Kenapa orang putih yang bawak Ferrari, yang bawak Rolls Royce atas jalan...boleh ikut speed limit? Kenapa orang negara lain yang bawak motor 1300cc boleh ikut had laju yang ditetapkan...kenapa kita tak boleh padahal ramai yang bawak setakat Yamaha LC135cc?
Sebab ada mangkuk2 ayun diluar sana yang berpendapat, dia boleh bawak laju selaju mana dia nak dan jangan ada sapa2 pun blok jalan dia kalau dia tak akan high beam dan high beam dan high beam...dan apabila dah potong, usha buat muka tak puas hati. Kau nak buat macam tu kalau orang tu bawak 50-60km/j dekat lane kanan buat la, tapi kalau kau dah capai limit had laju jalan tu, kalau kau nak pegi laju lagi pandai2 la kau cilok mangkuk!
Orang2 macam ni adalah parasit atas jalan raya yang perlu dibendung...sebab mereka bukan setakat parasit...tapi mereka juga adalah talam dua muka. Sebab kalau dia nampak polis trafik kat depan, cepat2 dia akan masuk lane tengah dan bawak ikut had laju.
Aku cukup setuju kalau kerajaan menjana pendapatan negara dengan mengutip hasil daripada wannabe racer macam ni. Dah sah2 kalau kena saman dengan polis trafik, dia akan buat muka seposen dan mintak tolong. Sebab dia tau dia boleh lepas.
Jadi, aku cukup setuju sistem ni dilaksanakan. Sebab apa? Sebab ramai di luar sana yang bawak kereta takde rasa takut dengan undang2...melainkan ada kelihatan polis atau JPJ.
Pelbagai faedah boleh dinikmati, antaranya ;
1. Kurangnya peluang untuk polis trafik menjana pendapatan sampingan
2. Menerbitkan rasa takut kena saman pada setiap pemandu
3. Menjana pendapatan negara
4. Rosmah Mansor gembira kerana nilai2 murni dapat diterapkan pada masyarakat
Tak banyak benda yang aku setuju dengan tindakan polis, tapi ni adalah antara langkah bagus yang telah diperkenalkan.
Mungkin selepas ini, pihak polis boleh letak kamera di mana2 lokasi hotspot trafik jam dan saman golongan2 pemandu yang suka potong queue trafik secara AES jugak. Bayangkan, berapa juta kita boleh kumpul setiap hari? Dan letakkan gambar diorang dalam internet. Kah kah kah kah!
Yang paling penting...takkan la rakyat biasa aje kena speed trap ni. Menteri yang bawak untuk personal reason atau anak2 menteri yang bawak kereta macam lahabau takkan tak kena kot?

Just drive over 160KM/H than you avoid saman because i heard that speed trap machines in Malaysia cannot do over 160KM/H reading...
Bawak aje lebih 160km/j kau boleh elak saman sebab aku dengar mesin speed trap detector Malasia tak dapat tangkap lebih dari tu

Ogos 13, 2012
Makin Lama Makin Merapu Kerajaan BN Ni
HARAM
HALALAN TOYYIBAN
..............
Salah satu sebab aku cukup benci dengan Barisan Nasional sekarang ni adalah bila frontpage Utusan Malaysia keluar besar2 haram pangkah DAP tapi tak pernah pulak keluar depan frontpage dia, haram ambik loan untuk buat pelaburan ASB. Mungkin sebab adik beradik PM yang jaga bank kat Malaysia ni kot?
Kalau kau Melayu dan duduk dekat kawasan mengundi yang calonnya hanya ada calon DAP dan MCA, kalau kau tanya mufti...mungkin mufti akan jawab wajib pangkah MCA.
Upacara pembayaran zakat paling meriah dalam dunia.
Ogos 09, 2012
Salah Faham Orang Melayu Mengenai Bulan Puasa
Mungkin masih ramai yang keliru dengan benda ni masa puasa.
Sebenarnya, korek hidung dan korek telinga masa bulan puasa, tidak membatalkan puasa asalkan dengan niat nak membersihkan kotoran. Aku tak tau siapa yang ajar kata batal puasa, sebab dari kecik aku dah ingat macam tu. Sebab tu lah time puasa, ramai orang melayu, tahi hidung tergantung dan terdedah, tapi terpaksa dibiarkan...sebab kita dah pegang hukum yang salah.
Janganla ada pulak yang kata, "Wow! Tak batal eh? Kalau lalu mulut aje batal eh? Bolehlah aku tuang air sirap ikut telinga aku! Tak batal!"
Ogos 07, 2012
BB, Ayunk Cayunk Abunk Giler-Giler Gitew!
Terima kasih dik kerana menceriakan hari pakcik hari ni. Walaupun video ni dah lama, tapi pakcik dapat rasakan rasa cinta suci adik dekat boifren adik mekar. Sekarang ni dah break ke atau boifren adik masih lagi setia? Orang lelaki mudah boring dik, kalau tak nak dia boring, satu aje benda buat. Jangan bagi dia pegang tangan, ringan2. Paling penting jangan bagi dia pegang vagina adik.
Insya Allah kekal selamat.
Kalau dah kahwin, maintain tau bercakap macam tu dengan suami. Jangan jadi macam ramai yang lain..lepas kahwin...keluarlah suara singa yang tak pernah kedengaran masa berkenal-kenalan dulu dan kalau boleh, janganlah tulis nota2 cinta menggunakan perkataan "Ayunk cayunk Abunk" atau "Hatie Inie Milik Abunk Ittew!"
Ogos 05, 2012
Nik Aziz Berlakon Porno....Kat Mekah
Aku ada beberapa cadangan lagi untuk perhatian orang UMNO;
1. Video Nik Aziz liwat remaja Kota Bharu dalam masjid sampai terjatuh dalam kolah masjid kemudian ada kedengaran azan Subuh tapi aksi liwat tak dihentikan.
2. Video Nik Aziz dengan Anwar Ibrahim threesome dengan awek Arab dekat Mekah...tapi awek Arab tu jadi boring sebab dia tak terlibat sangat.
3. Video Nik Aziz dalam bilik hotel di Israel tunggu minah Israel lepas meeting dengan Benjamin Netanyahu pasal cara nak menjatuhkan UMNO.
Imaginasi ada Tuhan bagi.
Gunakan. Banyak lagi cara nak dapat duit raya.
Ogos 04, 2012
Ogos 03, 2012
Awkward Agama : 6 Trend Ramadhan Masyarakat Melayu Yang Ganjil
Tiap2 kali bulan Ramadhan ni..akan bermula la bermacam trend. Trend-trend ni HANYA akan muncul di bulan Ramadhan.Kenapa? Aku tak tau. Susah nak explain tabiat orang Melayu...
1. Trend Wanita Bertudung Sebulan Sekali
Ni lah antara trend yang kelako. Masuk aje bulan puasa, dengan tiba-tiba, yang tak bertudung, pakai selendang. Yang free hair tiba-tiba pakai tudung. Tapi habis aje bulan Ramadhan...selendang simpan balik dalam almari. Tak basuh. Boleh pakai terus tahun depan punya Ramadhan.
Mungkin explanation kenapa benda tu terjadi kita boleh nampak kat masjid. Ada perasan, kalau kau pegi masjid, mesti ada signboard bergambar "Ini Zon Menutup Aurat." Kalau signboard tu untuk orang bukan Islam..tak apa. Tapi masalahnya gambarajah dekat sign tu..gambar perempuan berbaju kurung tak bertudung dengan logo pangkah besar2. Apa kebenda?
2. Trend Berhenti Buat Maksiat Untuk Sebulan
Ada orang macam ni dan orang macam ni wujud. Daripada bulan Syawal sampai bulan Syaaban, dia pegi disko. Tapi bila tiba aje Ramadhan, dia tak nak pegi disko. Kalau sebelum tu kerja dia nak dating sambil ringan2 dengan awek, Ramadhan aje dia stop. Dengar aje takbir Raya...habis solat pagi Raya..call awek, ajak ringan2. "Ayang..dah 1 Syawal. Kita boleh ringan2 balik tanpa rasa bersalah!"
3. Trend Berbelanja di Luar Kemampuan Ketika Ramadhan
Selama ni aku ingat isteri menarik muka masam sebab sofa kat rumah tak diganti baru atau langsir tak update design latest hanya berlaku dalam drama. Tapi bila benda tu dah terjadi dekat kawan aku dan dia terpaksa save duit kaw2 sebab tak nak isteri dia masam, itu menunjukkan walaupun tagline Ramadhan adalah bulan rahmat..lebih ramai yang assume time Ramadhan adalah time untuk jadi lahanat
4. Trend Artis dan Selebriti Beramal
Banyak orang buat jamuan anak yatim time ni. Tapi yang peliknya, antara bulan Syawal ke bulan Syaaban, kenapa tak ramai yang nak meraikan anak yatim time tu? Adakah sebab Ramadhan adalah satu2 nya bulan di mana kalau kau perlu push diri kau untuk buat kebaikan? Atau anak2 yatim hanya memerlukan kebahagiaan di bulan Ramadhan? Atau mungkin...kalau buat bulan lain, promosi diri kurang?
5. Trend Televisyen Semua Tiba-Tiba Bertukar Jadi "Separa Alim"
Kau bukak TV pada bulan Ramadhan, dengan tiba-tiba magically..semua rancangan penuh dengan unsur2 Islamik dan nilai pengajaran. Drama pun penuh dengan kisah teladan yang menggunakan agama sebagai dasar. Dengan tiba-tiba wajah2 bersongkok, berkopiah, bertudung labuh memenuhi kaca TV. Wajah2 seksi dan gedik jadi berkurangan. Ceramah banyak, perbincangan agama banyak, bacaan ayat2 pun banyak.
Dan fenomena ini akan berterusan..sehinggalah sampai seminggu lepas Syawal. Dan slowly, imej2 itu akan digantikan dengan visual biasa...
6. Trend Majalah Hiburan Pun Jadi Alim Sebab Ada Edisi Ramadhan
....daripada bertukarnya media televisyen menjadi separa alim...perubahan itu juga akan jatuh sedikit kepada media cetak yang kerjanya 24 jam mensensasikan berita2 hiburan. Cover depan Pancaindera ada gadis bertudung, URTV ada sekumpulan lelaki dan perempuan pakai baju raya...even majalah haram mughallazah iaitu Mangga pun letak gambar perempuan berbaju kurung dekat cover dia siap keluarkan cerita pasal pengalaman artis berpuasa...
Semua itu berlaku dalam sebulan Ramadhan. Dalam setahun..ada sebulan orang Melayu ingat Tuhan dan kita gunakan sebulan itu sebaik mungkin. Tahniah. Sudah pasti segala amalan yang kita buat dan segala kemungkaran yang kita jauhi dalam Ramadhan akan menjadi bekalan yang cukup untuk sepanjang tahun.
Kenapa perlu kerja setahun kalau boleh kumpul simpanan untuk setahun dalam sebulan? Work smart babeh!

................

Ogos 02, 2012
20 Tips Harian Yang Berguna Untuk Kesenangan Bersama
10 tips yang sangat berguna dan tidak ada kaitan dengan gerakan Illuminatti dan Freemason dalam Olimpik yang sekarang ni sedang hangat disebarkan.
Ogos 01, 2012
Kenangan Berpuasa Waktu Tadika
Waktu aku tadika dulu, aku tadika dekat sebuah tadika belakang rumah aku.
Aku tak berapa ingat sangat apa memori aku kat situ tapi aku still boleh ingat lagi layout tadika tu macam mana, dinding kaler hijau dan lantai marmar kaler light grey, ada satu ruang disusun meja kecik banyak2 dan ada almari banyak compartment untuk kitorang letak barang kat situ.
Tiap2 kali bulan puasa aje...mesti aku teringat balik tadika tu.
Pada waktu aku tadika tu, dalam bulan puasa, aku ada cuba try2 puasa sebab mak aku suruh. Tapi selalunya aku puasa sampai pukul 12 tengahari aje. Tepat jam 12 tengahari, cikgu akan panggil budak2 makan tengahari. Yang tak join makan tengahari masa tu hanyalah aku, seorang budak lelaki yang tiap2 masa bersongkok dan seorang budak pempuan lain.
Budak lelaki bersongkok dan budak pempuan tu tak pernah tewas, seingat aku. Aku? Aku tewas. Sehari dua aku boleh lagi. Tapi kemudiannya, aku baru perasan kenapa. Dinding tadika tu penuh dengan poster alphabet. Jadi ada la pelbagai jenis poster ditampal. Salah satunya meununjukkan "A untuk Air Sirap." Air sirap berais. Dalam jag. Siap ada titisan air yeng melekap pada jag menunjukkan betapa nyamannya air itu.
Ada satu hari, aku cuba jugak tahan...mata aku menjeling poster itu dan terus terpaku di huruf A. Slow2 aku bangun dan join budak2 yang tak puasa. Nasib baik cikgu aku memahami dan menghulurkan aku segelas air dalam cawan plastik dan makan nasi dengan sup ayam.
Mula dari hari tu, aku nekad nak puasa sampai pukul pukul 12 sahaja. Pukul 12 aku nak makan. Sahur aku bangun tapi aku dah cakap kat mak aku aku tak puasa. Puasa setengah hari aje.
Makin tua, makin senang pulak puasa ni. Cuma kadang2 bila berjalan dekat pasar ramadhan, memori air sirap tu kembali menghantui aku membuatkan aku phobia pegi pasar ramadhan. Makanan aku tak kisah sangat...tapi air....memang takleh tahan.
Nasib baik kebanyakan orang yang jual air dekat pasar ramadhan nampak macam air tak sedap. Balik2 air "standard" dalam tong besar berperasa honey dew,soya,teh bunga, cincau, milo atau air soya panas atau air tebu.
Takde ke pasar ramadhan yang jual air kreatif sket yang mampu menggoda aku sepertimana gambar air sirap dalam poster abjad tadika aku dulu?