Mac 09, 2012

Awkward Agama : Hubungan Kekeluargaan Yang Terlebih Akrab

Pak Ariff duduk di depan komputer di rumahnya. Lega dia dapat mengguna komputer berseorangan di rumah tatkala isteri dan anak perempuannya keluar ke pasar membeli bahan mentah. Selalunya, anak perempuannya lah melekat 24 jam depan monitor.

"www.facebook.com..." kata dia sambil menaip. "Apa password aku hari tu?" Fikirannya berfikir seketika. Ditaip password akaun Facebooknya lalu keluarlah di monitor profail Facebook Pak Ariff. dengan gambar zaman mudanya kacak bergaya dengan seluar bell bottom. Dia leka seketika menelaah apa isu dan buah fikiran yang terpapar oleh kawan2 Facebooknya yang berjumlah 126 orang itu. Kebanyakan dari mereka adalah sanak saudara dan keluarga terdekat tapi ada juga ramai dalam senarai kawan virtualnya yang sama menjawat jawatan di sebuah syarikat

Kedengaran anak lelakinya Rosman sedang berdengkur di dalam biliknya menghilangkan kesunyian di dalam rumah satu tingkat yang telah berbelas tahun mereka duduki di pinggir Kuala Lumpur. Pak Ariff mula sengih. Jiwanya sejak kebelakangan ini sudah semakin kacau. Dia kini kurang berselera melihat isterinya yang telah dikahwininya 18 tahun dulu jadi bila ada waktu kelapangan sebegini Pak Ariff akan menyusuri internet untuk melampiaskan nafsu kerbau jantannya. Air kat kepala dah bertakung. 3 minggu dia tahan lapar.

Jari dia mula menaip "gadismelayuseksitapibertudung.blogspot.com"....blog separa lucah kegemarannya yang gemar memaparkan gadis2 Melayu yang gemar bergambar tapi suka memakai baju ketat. Kalau nasib baik, ada la update gadis Melayu bertudung tapi tak pakai seluar. Dia suka blog tu kerana semua wajah gadis di dalamnya di censoredkan. Pak Ariff lebih gemar membayangkan bagaimana wajah gadis seksi tapi bertudung itu dalam kepalanya. Lebih ghairah.

Dalam kepalanya waktu tu..dia mahu puas. Tangan kiri Pak Ariff mula mengular sambil tangan kanannya terus menekan update terbaru blogger tersebut. "Cantik..seksi..mulut mesti muncung macam penguin," fikir Pak Ariff sambil melakukan apa yang digelar remaja sekarang "fap fap" atau "fapping."

Bunyi pintu pagar rumah dibuka mengejutkan Pak Ariff. Isteri dan anak perempuannya sudah balik dari pasar. Cepat2 dia bangun dan terus masuk ke dalam bilik air lalu dipasang air shower.

"Ita, kau gi letak dulu sayur dalam peti sejuk! Asyik2 nak berfacebook aje kau! Kau tu ambik SPM tahun ni!" bebel Mak Halimah. "Iye mak," Rozita mencebik bibir lalu terus ke dapur menyimpan barangan yang baru dibeli. "Lepas dah simpan kau nak berfacebook..kau mainlah! Ish adik kau ni, tak bangun-bangun lagi! Rosman! Rosman! Bangun! Dah tegak matahari tu oi! " Mak Halimah terus membebel seolah2 machine gun yang tidak akan kehabisan peluru.

"MAK! ROSMAN TENGOK BLUE LAGI MAK!" jerit Rozita.

"Mana-mana?" Mak Halimah pantas menuju ke komputer di ruang tamu. "ROSMAN! YA ALLAH BUDAK NI! MAK PASANG INTERNET KAT RUMAH BUKAN SURUH KAU TENGOK BENDA2 MACAM NI!"

"Dia buat2 tidur aje tu mak!" Jerit Rozita. Rosman terkebil2 apabila terjaga mendengar namanya disebut-sebut.Pak Ariff yang sedang buat-buat mandi menggelabah. Dia terlupa tutup browser internetnya sebab kelam kabut nak berlakon mandi tadi.

Rozita menelaah sebentar blog yang terpapar di depannya. "Isk..budak2 sekarang ni. Tah hapa-hapa! Benci!" fikirnya dalam hati. Terdiam dia bila dia melihat satu gambar yang ada di situ. Seorang gadis bertudung tapi memakai jersi Malaysia yang agak sendat membuatkan tubuh badannya kelihatan menggiurkan sedang menonton bola di Stadium. "Cilaka! Siapa upload gambar aku ni?" Rozita gelabah.

Keadaan jadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi Mak Halimah sedang mengemas dapur. Pak Ariff hanya diam membiarkan air jatuh ke tubuh menunggu keadaan sedikit bingit tadi reda.

Dia lega sebab dia tahu isteri dan anaknya takkan sangka dia yang layan gambar gadis seksi Melayu. Tangannya kembali mengular membelai diri sendiri. Imaginasinya kembali teringat akan bentuk tubuh gadis dalam stadium berjersi Malaysia yang baru dilihatnya tadi.

"Mantap.." fikirnya sambil terus tersengih membayangkan gadis itu yang tidak diketahui wajahnya.

Fap..fap..fapppp....


14 ulasan:

  1. ceh,anak sendiri rupanya yg bogel tuh

    BalasPadam
  2. "Dia kini kurang berselera melihat isterinya yang telah dikahwininya 13 tahun dulu"


    "Ita, kau gi letak dulu sayur dalam peti sejuk! Asyik2 nak berfacebook aje kau! Kau tu ambik SPM tahun ni!"


    ada sedikit kemuskilan disini...dia kawin ngan janda yer?

    BalasPadam
  3. Pak Ariff tu Mantot kah? :P

    Btw, pengajarannya.... Mak Limah kena layan Facebook gak. Amik awek2 seksi wat contoh utk menyeksi kat rumah.

    BalasPadam
  4. thx!tak perasan.

    walaupun cerita tak senonoh,kualiti kena jaga

    BalasPadam
  5. camne kawen baru 13 tahun, tapi dah ada anak nak amek SPM...?

    heh.

    BalasPadam
  6. haha, kesian rosman....rosman kena bagi tau kt mak dia, dia xlayan budak melayu...dia layan amerika nakal jer...ahakz

    BalasPadam
  7. ini bermakna remaja lelaki zaman sekarang makin baik.....ke?

    hahahaha

    BalasPadam
  8. tpt keja aku dulu ada sorg brader tu
    napak warak, masuk waktu solat ke masjid berjemaah, tapi 1 hari tu aku dpt tau dia guna intenet opis tuk layari web porno..adussss..terus tak respek dah...apekebenda...

    BalasPadam
  9. YEAH MANTOT...WALAUPON CITER XSENONOH MESTI ADA FAKTA DAN BETOL...BARU NAMA CITER...

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.