Mac 27, 2012

11 Issue Pun Tak Mampu Mengubat Hati Yang Kecewa

Aku malas nak berfikir sebab emosi tak menentu (pms) jadi aku nak recycle isu yang aku selalu tulis.



1. First issue...aku nak terangkan lagi sekali, kalau kau ambik loan conventional untuk buat pelaburan ASB, apa yang kau buat itu berstatus haram. Jadi gi balik bank, cakap kau nak kansel pinjaman kau tu.

2. Second issue...kalau kau apply Skim Sara 1Malaysia dan kau tengah tunggu aplikasi pinjaman RM5000 kau lulus..sila tarik balik aplikasi kau tu sebab sbnrya...takleh buat pinjaman untuk melabur. Duit yang kau dapat tu nanti haram. Biarlah miskin daripada bagi anak makan ayam haram.

3. Banyak benda mengenai perbankan kat Malaysia ni haram tapi kerajaan buat tak peduli. Mana ada kau boleh jual rumah yang baru nak launching dan baru nak pecah tanah? Itu semua meniaga macam tauke besar...nak duit mudah. Cara tu tak betul dan sebab tu lah ramai yang tak ada rumah (terbengkalai) tapi still kena bayar loan rumah.

4. Satu masa dulu aku pernah tulis yang kelajuan had laju jalanraya adalah 110km/j tapi ada yang jawab "kepala hotak kau,kalau macam tu bila nak sampai?" Cuba la fikir sket kenapa angka tu dipanggil had laju. Kau bawak 111km/j kau still boleh kena saman,bang.

5. Kau masih lagi bergambar pre wedding pegang2 tangan? Kau tak baca lagi cerita pasal couple yang bergambar kat Taman Tasik Perdana tu betemu pakcik misteri kat situ?

6. Adakah anda masih lagi salah seorang pembeli setia water filter atau halogen cooker atau mesin elektrostatik "hebat" dan "magical" keluaran syarikat2 bumiputera yang beridentiti Islam? Tak sedarkah anda kena scam dengan satu sistem yang kerajaan kita "halalkan"..sebab nak meramaikan usahawan bumiputera?

7. Tolong berhenti percaya yang kereta nasional itu murah! Please...tolong..jangan....itu semua superficial.

8. Kau pernah nampak polis bawak kereta polis macam cilaka tanpa on siren? Kau rasa polis ni sebenarnya termaktub ke tidak dalam undang2?

9. Perempuan yang sewaktu bercinta percaya boifren bermati-matian adalah perempuan yang tidak pakai akal tetapi lelaki yang berjaya membuat aweknya percaya kepadanya mati-matian adalah seorang genius.

10. Semalam Irma Hasmie bertunang. Dengan anak Datuk. Aku tewas. Makin lama senarai wanita yang dibenarkan oleh isteri aku untuk jadi madu dia (yang aku imaginekan sendiri) dah makin berkurangan.

11. Kalau rasa tak nak pakai tudung sebab rasa tak cantik wajah kau bila pakai tudung...cuba pakai helmet. Helmet full face. Carik yang ada gambar naga.

30 ulasan:

  1. no 11. TERBAIK!!!!!

    BalasPadam
  2. "Siren? Kau rasa polis ni sebenarnya termaktub ke tidak dalam undang2?"

    Tidak, undang2 hanya termaktub kpd org2 tertentu shj. Bukan setakat undang2 jalan raya, segala macam undang2 (perhimpunan halal, maid, cukai, blog politik, dll). Fact.

    BalasPadam
  3. aku pon frust nonggeng gak bila irma hasmie betunang. nak tunggu neolofa betudung ntah biler la agaknya...

    BalasPadam
  4. no.9, maksud nyer lelaki genius hanya sesuai ngan pompuan yg x pakai akal la kn...? patut la....

    nk crk anak datuk yg baik2, crk depan kaabah.br sejuk hati..untung irma hasmie

    BalasPadam
  5. 1.setuju

    2. setuju

    3.setuju. same apply kpd proton yg buat prebook sblm launch harga kete.

    4. setuju.

    5. setuju

    6.tak penah beli dan takkan beli. setuju dgn montot.

    7. tak percaya kete nasional murah. tp saya sokong proton.

    8. tak penah. yg slalu nmpk kete2 jabatan kerajaan, terutamanya 4wd.

    9. setuju.

    10. banyak lagi Dato lain montot. teruskan mencari.

    11. tak terasa nk pki tudung lg.

    BalasPadam
  6. 4. Someone (law grad) told me boleh bawak sampai 120 km/j(just jangan lebih eg. 121km/j) bila speedlimit 110km/j. So aku rasa ok lagi kot.

    11. Haha. Kalau pakai full faced masks macam kat parades tu pun cool gak.

    BalasPadam
  7. "senarai wanita yang dibenarkan oleh isteri aku untuk jadi madu dia "

    Robert Pattinson masih ada. Imagine.

    BalasPadam
  8. masih ada ke mentaliti kata kereta nasional murah? kereta kot. mmg mahal la. adoiii.

    BalasPadam
  9. MANTOT - Issu no 7

    Ko pkai kete ape? N kete ape yang sepatutnye rakyat malaysia pkai? Dgn harge psaran skang. Mngkin ko blh buat base on pendapatan golongan pertenghan/bawahan. aku nk tau pendapat ko.

    Ko ade buat isu ni x? aku x prasan la. Nk bace.

    KID

    BalasPadam
  10. motip? yg paling tak best no 1 sampai 11.... boring

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. I like...especially no 9

    Tp bab no 4 tue rasanya speedtrap dia ada +10km/j...tp yang celaka bila moto kena speedtrap...waaaa...nangis wooo 300...

    BalasPadam
  13. ok before ko bash aku ke ape, aku just nak tanye, knp yg no 1 tu haram? aku xtau sbb tu aku tanya. ko maksudkan ASB smuanye ke, ke yg ko maksudkan tu ASB loan je? tlg explain, aku nk tau & xnak tjebak, cuz aku ade ASB la pulak

    ~haris

    BalasPadam
  14. kalau melabur dalam ASB..ada yg kata harus..ada yg kata haram (sebab pelaburan still majoriti investment ke arah institusi perbankan konvensional) dan diragui.

    tapi meminjam untuk melabur,maksudnya kau invest tak guna duit kau dan kau pinjam melabur guna duit pinjaman tu yang haram...

    cthnya,kau pinjam bank 10 ribu..buat invest ASB. bulan2 kau bayar installment. duit dividen yg kau dapat itu haram sbb dia dah jadi riba..hasil tu adalah faedah yang kau sebenarnya takde langsung share duit kau dalam tu

    aku pun tak reti nak explain better camne.

    BalasPadam
  15. tak payah la nak mintak2 si mantot ni explain... dia bukannya pakar dalam bidang perbankan dan ekonomi islam... apa dia ckp dari kepala hotak dia jer... kalau ada kemusykilan pasal asb bank apa semua tu tanya ustaz zaharuddin... ko tanya mantot pun buang masa ko je... tak pasal2 ko nanti dapat ajaran yg salah

    BalasPadam
  16. nah.kau baca la bawah sekali artikel ni sebelum bhgn komen

    http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html

    BalasPadam
  17. tak salah kongsi ilmu aku rase.tapi kalau nak sumber yg lagi sahih,cari la orang yang berilmu. thanx mantot.aku pon pernah plan nak wat camtu jugak dulu.

    BalasPadam
  18. kau pinjam duit kena bunga 10sen pun da kira riba' tahu tak??
    sepatutnya tujuan takaful dlm negara islam ialah bg bantuan pd mereka yg memerlukan @zero% interest.. tetibe

    BalasPadam
  19. Pasal pinjaman tu bagi aku serah pada Allah je, sbb yg salah bukan ko tp kerajaan, ko sbg rakyat marhaen terpaksa lalui semua tu disbbkan oleh pemerintah yg tetapkan, aku tanya ko kenapa sampai sekarang majlis fatwa x pernah keluarkan fatwa pasal bank2 di malaysia ni haram ke tak? "matlamat utk menghalalkan cara je beb!"

    BalasPadam
  20. ada sebenarnya tapi tak diwartakan secara public...
    aku updatekan post hari ni utk korang tahu

    BalasPadam
  21. Utk "Anon March 27, 2012 9:15:00 PM GMT+08:00", hang pa pi ngaji dulu sebelum komen ntah pape tu...Nak jumpe dr zaharuddin, gua bleh adjustkan pasal gua pon nak jumpe dia nak tnye psl VGMC...

    BalasPadam
  22. No. 6.

    baru pas baca blog http://aididmuaddib.blogspot.com.

    Mari sama2 sedarkan bangsa kita supaya tak menyusahkan bangsa sendiri.

    BalasPadam
  23. rasa mcm nak menangis bila baca pasal haram pelaburan ASB tu..xtau nak buat ape.

    dah banyak duit yg aku mkn woiii...

    BalasPadam
  24. thanks for your info.
    Pernah je nampak polis bawak kereta polis laju2.
    Bapa mertuaku polis.
    Tapi, kalau bawa kereta kat highway, memang statik 90km/hour..............Fuhhhhhhhh...

    BalasPadam
  25. aku bekerja dgn Institut perbankan Islam dan aku mmg didedahkan oleh company aku dgn pelaksanaan urusan perbankan mengikut shariah dan bezanya dgn perbankan conventional.

    byk point yg mantot tulis adalah benar belaka mengenai skim pelaburan ASB, pinjaman kewangan utk pelaburan, pembelian property tapi batang hidung property pun x nampak lagi tapi kau dah start bayar bulan2.

    saya x cukup masa untuk mengutarakan pendapat saya dan berkongsi apa yg telah diajar kepada saya mengenai mengapa perbankan konvensional adalah haram tapi ckuplah jika saya katakan semenjak mengetahui tentang keburukan pelaburan conventional, saya telah memindahkan kesemua wang simpanan saya di bank conventional ke Bank Islam walaupun Bank islam pun belum 100% bersih tetapi saya tidak mahu lagi terlibat secara x langsung dlm aktiviti2 yg menjurus kepada riba, perjudian dan pembangunan industri haram dlm negara ini.

    Kita mmg gembira bila mendapat imbuhan,dividen yg diberikan pihak kewangan setiap hujung tahun tapi adakah kita tahu punca2 imbuhan/dividen yg kita dapat itu dtgnya dari hasil pelaburan pihak bank ke atas sumber yg halal atau tidak dan tahukah kita imbuhan/dividen itu boleh dikategorikan sebagai riba? Pihak perbankan conventional mmg mengamalkan sistem ini tetapi pada masa yg sama tidak mahu hilang sokongan maka wujudlah produk2 yg berasaskan Islam dan berlandaskan shariah untuk mendapatkan kembali sokongan pengguna majoriti. Contohnya Maybank Islamic, CIMB Islamic, produk2 takaful dan sbgnya.

    Jadi saya harap byk yg akan belajar mengenai perbankan conventional setelah membaca post dari mantot dan sesungguhnya kita hidup di atas dunia ini adalah untuk mendapat keberkatan dari Allah SWT..

    BalasPadam
  26. :). ASB n ASN kepada yang terlibat dan nak stop, kalau tak silap aku ader ulama bersepakat mengenai konsep tazkiah,Pembersihan atau dlm kes melabur nie pelabur just ambik balik wang asal dia, tapi ader konsep kiraan dia yg betul.

    Aku tak ingat dan tak ambik port sangat pasal nie, sebab aku tak join asb n asn..:). So kalau ader sapa2 yang arif atau ader rujukan pasal tazkiah dalam kes pelaburan nie boleh la share. :)

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.