Pemuda Umno mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula sebuah majalah tempatan yang didakwa mempunyai kandungan yang melampau dan berbentuk lucah.
"Kita sudah mempunyai garis panduan tertentu mengenai penerbitan majalah tempatan. Bagaimana majalah ini boleh melepasinya?" soal bertanya Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda, Muhd Khairun Aseh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas majalah yang bertajuk ‘Mangga’ atau 'Mango', yang boleh didapati di rangkaian kedai buku tempatan.Majalah yang ditunjukkan oleh Muhd Khairun kepada pemberita memaparkan gambar lelaki dan wanita yang tidak lengkap berpakaian dengan alat kelamin masing-masing. Ia juga menunjukkan aksi lelaki dan perempuan yang mendekati hubungan seks.
"Tetapi lebih daripada imej, kandungan majalah itu juga amat membimbangkan,apa yang menghairankan saya tajuknya Mangga tetapi kandungannya lebih kepada Betik atau Tembikai..ini seperti satu bentuk pembohongan kepada pembaca.." kata Muhd Khairun lagi.
Beliau kemudiannya membacakan beberapa petikan dari majalah itu yang menerangkan kurangnya rasa malu lelaki dan perempuan secara terperinci.Ini termasuk satu petikan yang dengan jelas menerangkan bagaimana ada seorang VIP mengajak seorang artis yang tidak boleh disebutkan bersetubuh dan bagaimana seorang artis mengatakan dirinya sudah insaf tapi masih lagi gemar menunjukkan kemaluan secara tertutup .
Menurut Muhd Khairun, majalah yang ditulis dalam bahasa yang amat mudah itu diletakkan di rak-rak buku-buku untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah di kedai-kedai buku.Katanya lagi, penjualan buku tersebut adalah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan bahan-bahan lucah.
Pemuda Umno, katanya, akan menghantar memo bantahan kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, esok bagi menggesa siasatan dijalankan dan menawarkan kerjasama sepenuhnya. (Link)
hahahhaaha...makan dalam...
BalasPadamCis!...hampir2 aku tertipu..tgk berita asal buku lain..tgk blog majalah mango lak ahahahahah...bayik punya edit..
BalasPadambengong gambo lidah tersentil.
BalasPadamhahaha!
aahahaha bahaya mangga...side efek power,pegang pun lidah boleh tersentil!
BalasPadammajalah ni pon patut diharamkan lama dah..nape takde sape pun yg nak ambik tindakan..
BalasPadambtw..pandai edit gambar tu hehehe..
hang mmg lawak la mantot....pe hal pun majalah mangga/mangkok ni mmg patut pun diharam/diharamjadahkan....dah lama dah...bak kata seorang tua...
BalasPadammajalah mangga memang tak boleh blah..artis2 yang baru nak up slalunya suka nak pose for majalah ni..selagi ada benda nak tayang boleh bagi dato2 tan sri2 tengok...tayang jelah hihi
BalasPadam1st skali bile sy tgk issue ni kuar dlm berita, sy terus terfikir..
BalasPadamfor sure abg mantot akan post pasal kes ni nnti..confirm nk kaitkan dgn mangga..
hahaha..
teror x sy teke?
=)
pelik kan..
BalasPadambuku yang tah mana dtg dia nampak...
majalah yang dah berapa tahun ada...dia elak2...
mungkinkah pemuda umno suka mangga?
ahahah...bto,majalah mangga tu majalah lucah pd aku
BalasPadamparents kalo perasan anak remaja ada magazine tu silalah amik perhatian lebih.
tak phama aku konsep mangga tu
kalo tak satu badan basah.musti nak kepit or kembang dada.
yuck!
Mangga - majalah penuh gambar2 foto berunsur lucah dipersembahkan oleh org Melayu.
BalasPadamNovel2 Cinta(penulis2 Melayu wanita) - karya2 asli penuh babak berunsur lucah dipersembahkan oleh org Melayu.
Tak caya? Cuba baca sampel2 kat web penulisanu2 pun dah cukup.
Kalau gomen nak haramkan Mangga, baguslah, gua sokong. The problem is MASYARAKAT MELAYU sendiri yg terhegeh2 & bermatian2 carik bahan lucah dari mana2 sumber pun.
entah apa yg orang suka beli majalah mangga ni. gambar basah2 tayang dada tepi kolam. hampehla
BalasPadamHow bout fhm msia? Byk tgk ad dia thru astroguide.
BalasPadamtgk la ni http://www.freeimagehosting.net/eavn2 aku baru dapat tadi...dah la merepek, xlaku, baik mansuh kan jer...bangang!!
BalasPadamKenapa tajuk majalah picisan lucah tu diberi nama "MANGGA"??
BalasPadamApa signifikan "MANGGA" dgn isi kandungan tu?
Kekdg gua terfikir gak?? Ada sesape yang ada pandangan yang jitu?? Mantot?? Hang ada analisis pasal soalan gua ni...
Dan kenapa tak TEMBIKAI Ke, ANGGUR ke EPAL ke??
taktau kenapa mangga tapi pada awal penerbitan majalah ni, mangga ialah sebuah komik. dapatla tgk muka2 artis kesayangan dalam bentuk kartun selain citer2 komik yg biasa kita tgk. lepas tu dia selit sikit2 citer artis... makin lama makin banyak sampailah mangga jadi lebih teruk dari URTV.
BalasPadambegitulah kisah mangga dari komik ke majalah berunsur lucah tempatan. aku tau ler sebab aku biasa beli masa mangga mula2 wujud. sekarang dah lama aku x beli, malah aku anti.