Disember 23, 2011

Awkward Agama : Kenapa Kita Mengagungkan Mereka Yang Kerjanya Berstatus Haram?


Ambik contoh...penyanyi wanita.

Kau debate la macam mana pun,kau declare la macam mana pun suara dia anugerah Tuhan jadi dia sharekan...still..rezeki dia tu haram.Pelakon, berlakon dalam filem kena peluk awek..rezeki haram tu.

Kenapa..masyarakat kita seolah-olah diajak mengidolakan diorang ni dan bukannya petani atau penoreh getah yang carik rezeki halal dengan cara yang halal?

23 ulasan:

  1. Kalau mendengar muzik mereka, menonton filem mereka..haram ke mantot?

    BalasPadam
  2. entah..aku tak sure.aku dengar ceramah smlm psl tu.tak sebut pulak pasal org yang dengar/tengok..

    BalasPadam
  3. Yang 'mengagungkan' pelakon & penyanyi wanita sebenarnya ialah media je. Hakikatnya bukan 'mengagungkan' pun, tetapi take advantage of it, bikin duit dll. Media yg basuh minda manusia bodoh supaya 'mengagungkan' yg haram.

    Dlm masa yg sama, kita tak boleh salahkan media je. Deep down pelakon & penyanyi wanita tu jugak la yg jadi sajian mata korang(lelaki). You enjoy LOOKING at them, gosip, kongsi gambar di internet, blog, buat bahan gurauan dll, don't deny it! Korang gak yg 'mengagungkan' kejelitaan pelakon & penyanyi wanita tu. Of course la artis2 cantik ni akan menjadi idola kpd masyarakat because korang jugak la yg 'mengagungkan' mereka.

    Kalau korang buat dunno, tonjolkan bahawa korang tak ter-impressed pun dgn kegedikan pelakon & penyanyi wanita, mungkin takkan berlaku masyarakat 'mengagungkan mereka yang krjanya berstatus haram'.

    BalasPadam
  4. duit tidak boleh menghalalkan yang haram.

    BalasPadam
  5. Yg halal X sensasi (less demand). Yg haram tu double the best, majority X bleh sabar dgn ganjaran akhirat. Salahkan syaitan? Salah manusia lemah, manusia kuat bg alasan. Cth: Penoreh getah / Petani X cun X handsome. Fitrah manusia suka/mudah terpengaruh dgn ciri2 luaran/fizikal/rupa-paras yg menawan.
    Drp,
    RYSMHP

    BalasPadam
  6. keje haram ok...tp mkanan xde cop halal x blh...kih3 ;P

    BalasPadam
  7. yes. in the end, semuanya salah lelaki kenapa pompuan jadi bitch *sarcasm*

    BalasPadam
  8. Kah kah kah...sinis baik punye..

    BalasPadam
  9. mak ayah aku petani,penoreh getah yang berjaya!
    aku bangga!

    BalasPadam
  10. aku stujulah bahawa kerja2 yg berkait dgn berlakun, menyanyi dan seumpanya adalah haram, paling kurang pun subahat. nape orang sanjung pekerjaan macam ni sdgkan ianya melibatkan aurat, riak(nak nyohor), melalaikan dan amat disenangi syaitan.

    BalasPadam
  11. ape nih mantot??
    takde kaitan ngan politik pun entri kali nih..bengang aku bace..
    arghhhhhhhh!!!!

    BalasPadam
  12. Sarkastik atau tidak, menjadi bitchy seolah2 menjadi satu 'keperluan' utk seseorang wanita 'sukses'. Bertuah sekali golongan pompuan yg hidupnya luar biasa best tanpa menjadi seorang bitch.

    BalasPadam
  13. Pernah dengar ade ustaz tu cakap ulama' berpendapat tak haram bila tengok dorang buka aurat asalkan bukan live (kalau dalam tv takpe, dgr dalam radio takpe) asalkan tidak menimbulkan syahwat.
    Jika menimbulkan syahwat, jatuh hukum haram.
    Wallahualam~

    BalasPadam
  14. akhirnya ada jugak orang soalkan benda ni!

    BalasPadam
  15. uih. kalau tgk strip dance bukan scara live la tp tak syahwat mcmana, haram tak ?

    BalasPadam
  16. Islam Itu Agama Yang Syumul24 Disember 2011 pada 11:21:00 PG SGT

    assalamualaikum...

    sekadar ingin berkongsi pendapat...

    ada juga pendapatan haram yang lain...selain dari jadi artis/berlakon/menyanyi...tapi ramai yang tak sedar...

    contoh untuk orang yang makan gaji, masa kerja yang telah diamanahkan Allah untuk bekerja....kita pi lepak2, makan2...shopping2...sembang2....guna peralatan yang disediakan untuk kegunaan diri sendiri...tengok fb kat ofis...melayari internet...so duit gaji kita tu termasuk kategori duit haram sebenarnya....boleh nak tengok internet untuk selain hal kerja...tapi silalah buat kat rumah dan di luar masa kerja dan guna peralatan yang dibeli sendiri...

    then bagi makan kat anak-anak dan isteri guna duit gaji yang dapat tu...tu zaman sekarang ni ramai anak-anak tak dengar cakap mak ayah, isteri tak dengar nasihat suami...dan akhlak (terutama penganut agama Islam) yang tidak mematuhi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW...

    ermmm...cuba kira berapa ramai yang tak guna mesin photostat ofis untuk tujuan dan kepentingan diri sendiri...

    tu baru bab mesin photostat...belum pen ofis...pensil ofis....pemadam ofis...lampu ofis...meja ofis...tanpa kita sedar hal kecil2 yang kita abaikan ini akan membawa kita ke neraka...

    untuk direnung2kan...semoga ada redhaNya...insyaAllah...

    saya kasihan dengan generasi Islam zaman ini...tidak semua yang tersasar....namun sebilangan besarnya sudah melupakan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW...

    #boleh rujuk bagaimana kisah Khalifah Umar Abdul Aziz melaksanakan tugasan2 yang diamanahkan oleh Allah kepadanya...insyaAllah...

    BalasPadam
  17. Benda besa yg dihebohkan/dipersoalkan, perkara2 kecik yg sering dibuat tanpa sedari da jd benda besa. Thanks a lot atas komen yg bernas dari 'Islam itu Agama yg Syumul' To me,its like a wake-up call...got to be very2 careful from now.
    Drp,
    RYSMHP

    BalasPadam
  18. encik 11:21:00,anda kerja ape ye.sy kagum dgn komitmen anda kepada kerja.utk yg lain2 boleh merujuk kpd ustaz terdekat.pendapat sy,selagi kerja yg diamanahkan dipenuhi,x berdosa pun nk buat perkara lain time kerja..

    BalasPadam
  19. Islam Itu Agama Yang Syumul25 Disember 2011 pada 12:27:00 PTG SGT

    assalamualaikum...

    saya seorang jurutera kanan di sebuah jabatan kerajaan...tugas yang sangat banyak terlibat dengan peruntukan kewangan untuk rakyat...

    dah lali dengan penggunaan laptop, kamera dan handphone dari projek2 kerajaan yang akhirnya masuk ke poket kawan-kawan seangkatan tanpa mahu membeli sendiri apabila satu2 projek sudah ditamatkan...padahal gaji masing-masing ribu riban...yang selalunya duit gaji akan habis sebelum pertengahan bulan pun walaupun kebanyakannya masih single dan solo (adakah berkaitan dengan keberkatan duit itu sendiri? 'berkat' tu ada kaitan dengan redha Allah kan...)

    saya juga lali melihat solat Zuhur dilaksanakan pada pukul 3 atau 4 petang...padahal itu di dalam waktu kerja...sudahlah solat lewat (dah dikira satu dosa juga melewatkan solat ni kalau takde urusan2 lain), antara pukul 1 dan 2 iaitu masa rehat yang telah diperuntukkan pula hanya duduk lepak-lepak, sembang-sembang...dan ada juga yang main game dengan menggunakan komputer pejabat....

    Khalifah Umar Abdul Aziz sangat menjaga pengunaan peralatan untuk negara dan untuk 'kegunaan bagi kepentingan diri sendiri'...juga Khalifah Umar Al-Khattab...

    penggunaan kenderaan projek2 kerajaan juga digunapakai sesuka hati sehingga dijadikan seperti kenderaan sendiri...malah ada juga yang menggunapakai untuk ambil anak2 di sekolah tanpa membuat 'pembayaran balik' kerana penggunaan tersebut...

    ya...saya bukan sekadar melihat...sesekali berfikir untuk itu...dan kepada mana-mana pegawai di bawah kelolaan saya sendiri....saya akan tegur (okey....jika saya tidak tegur dan boleh faham situasi serupa ini...saya tahu saya akan ditanya oleh Allah nanti di akhirat...saya malu dengan Allah...)

    saya tak halang pegawai di bawah kelolaan saya buat sesuatu yang lain apabila tugas masing-masing dah disiapkan...tapi tak bolehlah guna peralatan pejabat untuk sesuatu yang nak dibuat tu pula...beli sendiri, itu lebih baik...tak ada hutang dengan sesiapa...takkan ada RASA BERSALAH KEPADA ALLAH...kerap atau tidak kita ada rasa bersalah kepada Allah dalam kehidupan sehari-hari kita?

    ini untuk ingatan kepada diri saya sendiri...saya pun bukan manusia yang sempurna...

    tapi kalau boleh, kepada anda semua pembaca blog ini....dalam keinginan untuk membuat apa-apa perkara....sebelum memulakan sesuatu ada tak kita bertanya pada diri kita - ada redha Allah-kah untuk apa yang kita akan buat nanti? Allah murka atau tidak kepada kita? Hal yang kita buat itu patuh kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW ataupun tidak...

    gejala sosial makin banyak...sangat ketara kepada remaja-remaja Islam...

    kita perlu bendung. rezeki yang haram jadi darah daging yang busuk dan akhlak yang buruk. rezeki yang halal akan jadi peneguh iman yang kuat...

    'kejahatan' yang jadi 'kebiasaan' memang biasanya 'sukar dilihat oleh orang yang biasa membuatnya'...

    tapi rujuklah semula kepada Al Quran dan Sunnah. nanti kita berjumpa dengan penyelesaiannya. Allah Maha Membantu dan Allah Maha Mengetahui...

    di akhir kehidupan nanti, kita hanya akan 'MATI' sahaja dan membawa AMALAN YANG BAIK DAN DIREDHAI ALLAH...

    buatlah apa saja...tapi dengan niat menganggap ia sebagai satu 'ibadat' yang akan memberi manfaat kepada diri sendiri, kepada agama dan kepada orang lain...

    semoga ada redha Allah...insyaAllah...

    BalasPadam
  20. sgt setuju dgn islam itu agama yg syumul... thanks a lot d atas nasihat & pndgn tuan... sgt terasa byknya dosa sendiri yg x dsedari. yg sedar apatah lg... insyaAllah cuba perbaiki diri & buat yg terbaik starting now...

    BalasPadam
  21. ko ni mantot. soalan bodoh. memang semua dalam dunia yg menyeronokan haram.

    Cina pun pandai cakap mb perak haram jadah.

    apekejadahnya.

    sape suruh ko dengar cramah haram. memanglah haram.

    BalasPadam
  22. kalau kita mengidolakan kaum petani dan pekerja, nanti kita di cap sebagai komunis. Lagi 'berdosa besar' kita nanti. Hahaha

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.