November 10, 2011

Orang Melayu dan Tuah Nombor

Mesti kau selalu nampak kereta yang ber-plate nombor "8888" ke "888" ke "88" ataupun lebih hebat lagi,satu angka 8 aje..Kalau orang Cina yang drive kereta tu, oklah..reasonable. Memang diorang percaya benda2 camtu sebab orang Cina mempercayai angka 8 membawa "ong" dalam kehidupan. Tapi bagaimana pulak kalau pemiliknya orang Melayu...sanggup berbelanja ribu-ribu semata-mata nak dapat plate nombor 8...sebab dia pun percaya angka 8 bawak "ong."

Tak ke bangang orang Melayu yang agamanya Islam tu?

Kita orang Melayu..beragama Islam..tapi kita percaya satu nombor ciptaan manusia boleh berikan nasib yang lagi baik..dekat kehidupan kita? Syirik ke tu? Bergantung nasib dengan benda lain dan mempercayai yang hidup dia dikawal satu benda lain selain dari Allah Yang Maha Esa..syirik la kan?

Belum masuk lagi kes JPJ bukak bidding untuk nombor "ong" tu. Pada pandangan kau...apa status pendapatan JPJ lelong hasil dari jualan nombor tu dari sisi agama? Nombor tu sepatutnya tak dijual, kan?

Tapi benda berkaitan nombor ni bukan setakat stop macam tu aje. Dah lama dah benda ni menular ke nombor henfon. Pegi kedai jual henfon kau akan nampak ada list "VIP Number." Nombor yang mahal sket dari nombor yang lain. Jadi ramai la yang berebut nak beli VIP number..

Sebab dia hanya akan rasa macam VIP kalau dia tuan punya nombor tu.
Kah kah kah kah. Bengong!

Orang Melayu..

Berenti lah percaya dekat tuah nombor. Kita orang Melayu. Nombor berapa pun kita beli..berapa ribu pun kita bayar..kalau Yang Satu kat atas tu tak selalu kau "call"...hidup tak ke mana walaupun kau berkereta nombor platenya "8888" dan kau pemilik nombor VIP dekat henfon kau.

Lagipun..satu-satunya masa orang lain tau nombor kau adalah bila kau bagitau nombor kau dekat orang tu. Lepas dia dah save nombor tu dekat henfon dia....haram langsung dia takkan tengok atau ingat nombor kau.

32 ulasan:

  1. PEN15...hahaha. no plat keta ni bpe la harganya..hahaha

    -zam-

    BalasPadam
  2. hey, sentap tau! num tepon aku ada 88 jugak. tapi bukan sebab ong sebab tahun aku lahir tue. num tepon pakai tarikh lahir, senang nak ingat sebab aku sendiri pun susah nak hafal num sendiri! hehehe

    BalasPadam
  3. Saya pun suka jgk pilih2 nombor utk no tepon atau kete. Tp mmg takde kaitan dgn nak 'ong' atau 'oink-oink'. Hanya sebab nak no cantik dan senang ingat je. Fengshui ke apa tak percaya pun.

    BalasPadam
  4. jpj tak salah. diorg pun nak buat business jugak. bila demand tinggi, supply terhad, mesti lah harga tip top.

    try be positive la kepada semua ok. jgn terlampau benci kan satu benda, satu kaum kena cela.

    lagipun benda camni dah lama jadi trend kan. nombor plat pun boleh melambangkan kekayaan seseorg. bukan kat Malaysia je. satu dunia kot pikir benda yang sama.

    kadang2 nombor plat boleh jadi sentimental value kepada seseorg. contoh family car nya plat ikot tarikh anniversary ke, favourite number arwah ayah 88 ke. u know.

    aku ckp ni bukan apa. kot la kau ternampak kereta orang melayu plat no.88 je kau dah pandang sinis kat orang tu. kau tak kenal org tu kan. so tak baik la buruk sangka sangat ni. tah2 plat 88 tu memang dia beli dari owner lama dah ada nak buat camne kan.

    try la pikir sudut lain.kau ni penuh dgn perasaan marah kat org lain tak tentu pasal la. full of hatred. raya haji baru lepas. cuba lah berhijrah sikit. bukan apa, aku suka baca blog kau.tp bila kau marah2 melayu ni pada benda2 camni, aku pun jadi nak marah kat kau plak. sinikal sgt.

    jgn marah2 ye. take it easy.

    BalasPadam
  5. takut lupa keter yang mana satu. dahla baru beli, bila parking cari tak jumpa pulak.. kan susah tu..nombor tu jela yang jadi identiti pun... :)

    BalasPadam
  6. hehe...btul3. bknnya org 2 nk igt n hfal pon no 2. sentap jap. haha

    BalasPadam
  7. gila membazir harga plate kereta sama dengan harga sebijik kereta... lebih baik buat sedekah duit tu.. (",)

    BalasPadam
  8. pendapat sy,mmg sy purposely beli nombor chantek keluarga kami menggunakan nombor plat kereta yg sama. Selain itu, kebanyakan kedai kereta terpakai adalah kaum cina. jd, sekiranya nak jual kereta tersebut, peratusan nak jual tu mmg tinggi sedikit berbanding nombor kurang chantek. itu saja. bukan sbb nombor tu membawa tuah atau tak. tp, sy mmg elakkan dari membeli nombor kurang chantek la.=)

    BalasPadam
  9. Ong tu satu hal. syirik. tahyul. hal lain, nombor cantek. aku rasa nombor cantek itu ok mantot, mcm pen15 tu. atau 8888 tu kire cantik.

    BalasPadam
  10. ada org tu kan, dia percaya no.11 ada ong...wooo.

    Kalau ada org beri no. 999 suruh dail bila kecemasan jgn x percaya pulak.

    BalasPadam
  11. beli keta daftar no sama tarikh lahir bini... tengok keta ingat bini.. sure tak lupa nye...

    BalasPadam
  12. aku suka nombor cantik. kalau nak 'follow' blog pon, aku pilih nombor. ntah ape-ape.. ;)

    hakikatnya, plat no. cantik itu memang bisnes yg menguntungkan. :-)

    BalasPadam
  13. ada kenalan family aku, seluruh ahli keluarga dia mesti pakai no '6996'. Dia cakap ni no plat utk family....

    BalasPadam
  14. jgnlah singkat sangat pemikiran anda bila nampak orang pakai kereta or no phone 888 or 88 or 8 atau no yang cantik2 tu dia mesti taksub kat no tu especially kalau orang tu orang melayu.

    Aku setuju dengan komen yang panjang lebar dr unknown tu. Jangan dengan mudah jadikan blog sebagai tempat untuk menghentam segelintir masyarakat.

    BalasPadam
  15. tak pernah peduli pasal nombor. no telefon sendiri pun main ambik je je masa dia suruh pilih. no plat lagilah tak peduli. setujulah gak. VIP. ape ade kat pangkat? no aku susah orang nak ingat? buat ape nak ingat? aku sendiri pun tak ingat no aku sendiri.

    aku setuju dengan pendapat kau yg wujud SEGELINTIR bangsa MELAYU yg pilih nombor sebab nak nasib baik. (aku tulis huruf besar sebab nanti org tembak aku cakap aku cakap semua Melayu).

    BalasPadam
  16. sebabkan percaya benda cenggini la kadang2 rumah xterjual. konon nombor rumah sial, xde ong, bawak mati.
    kalau kaum lain xpe, ni melayu terikut sama. *sigh*

    BalasPadam
  17. Unik nye Melayu ini sbb ianya satu kaum yg adapt to survive. Mentaliti mudah terikut2/terpengaruh dgn budaya lain, inilah yg buatkan Malaysia unik. Tp aku percaya lbh ramai sebenarnye yg suka pada nombor2 tertentu sbb numbor tu cantek/menarik perhatian org, ada sentimental value & mudah ingat, bukan sbb TUAH.
    Drp,
    RYSMHP

    BalasPadam
  18. sokong unknown juga.

    jpj jual tinggi kerana ada permintaan.bukan dia iklan 'ini no ada ong maa.mai bid tinggi-tinggi'

    yg betol.pujilah sekali-sekala.

    selamat raya haji.

    BalasPadam
  19. aku sama pemikiran dengan unknown.bg aku ni isu kecil utk diketengahkan dan agak negative thinkg.dan yg palg pelik ble kau mention psl status pendapatan JPJ lelong hasil jualan nombor tu dari sisi agama.clearly its all about business.

    BalasPadam
  20. Eh aku memang pernah nampak BMW plate no PEN15 kat area Jelatek tahun lepas, drebarnya handsome siot! Aku tak ambik port segala bagai nombor, cuma yang aku kesah, jangan ada no 2, no 3 dan no 4 selepas aku...kalau ada siap la..

    BalasPadam
  21. Setuju dgn unknown. nuff said.

    BalasPadam
  22. Ala, apa salahnya pakai plet no 888? Cantik hapa? Kalau orang melayu ni percaya tuah no, tentu takdak yg bid utk no 4, atau 444, atau 4444, atau 114, 411 dsb.. org melayu je yg sanggup beli nombor2 ni sbb diaorg beli atas dasar cantik, bukan sebab percaya nombor ke hapa. kalau ikut kepercayaan cina, 4 maksudnya MATI!!!

    No. kete dan no hp aku pun spesel gak, aku tatau la maksud dia hapa, tapi aku suka sbb cantek!! bukan nak menunjuk ke hapa, perasan VIP jauh sekali. Semata2 sebab cantek dan senang nak ingat/sebut. So what kalau org lain tak ingat pun lepas key in dlm hp diaorg? it's not for others to appreciate, it's just for me to enjoy

    Agree 100% with unknown

    By the way, PEN15 tu bukan BMW la, Honda Accord black colour. Aku tau sapa owner dia. Pi jenguk keta tu kat parking lot Wisma HLA Jln Raja Chulan, owner dia keje situ. And, no, he's not handsome at all. buruk nak mampus, tapi playboy bukan main..

    --Jingo--

    BalasPadam
  23. setuju ngan unknown..even aku pn mmg klo pilih no..mmg nk no cantek...bkn utk bangga or utk ong..tp utk kepuasan diri sendiri..asenyer mmg ramai suka beli no cantek2 nie...
    plat keter aku pn no cantek n terbaek..tp aku xbeli..kebetulan rezeki aku..dpt no cantek..
    aku suka baca blog ko..tp sekali sekala..buat la blog yg positive n x kondem pihak lain..cnthnyer.. cerpen ko tu..mmg terbaek..

    ^_^

    BalasPadam
  24. Tapi bagaimana pulak kalau pemiliknya orang Melayu...sanggup berbelanja ribu-ribu semata-mata nak dapat plate nombor 8...sebab dia pun percaya angka 8 bawak "ong."

    Tak ke bangang orang Melayu yang agamanya Islam tu?


    Kalau tak buat,buat apa nak terasa?

    BalasPadam
  25. Kalau orang Cina yang drive kereta tu, oklah..reasonable.
    So, kalau org melayu yg drive, tak reasonable lah? Sebab apa? Sbb sure dia bawak keta tu sbb dia percaya no tu byk ong..?
    Ko memang cepat jump to conclusion lah

    Pegi kedai jual henfon kau akan nampak ada list "VIP Number." Nombor yang mahal sket dari nombor yang lain. Jadi ramai la yang berebut nak beli VIP number..

    Sebab dia hanya akan rasa macam VIP kalau dia tuan punya nombor tu.
    Kah kah kah kah. Bengong!


    What kind of a dumb statement is this? Assumption semata2. Ini bukan soal terasa ke tidak, ini soal ko buat general statement yg tak adil

    BalasPadam
  26. aku tak pernah terfikir pasal ong pun. aku pun suka nombor cantik phone/plat saja suka2. so aku tak terfikir pun yg jpj tu semata2 nak jual nombor ong. nombor cantik, ramai org nak, sbb tu kena bid.

    BalasPadam
  27. pada aku, pasal ong tu, tak bnyak sangat, tapi lebih kepada menunjukkan betapa kaya nyer pemilik kereta bernombor cantik/kecik ni, tapi tak semua la (nnti ada org ckap aku generalise suma) SEGELINTIR( BANYAK) JER, btw, aku pernah nampak honda ex5 guna 2 nombor jer... hahahahahahaha

    BalasPadam
  28. ak rsa rmai yg pilih num yg byk repetition tue sbb senang nak engt, esp num phone... klu num 019-3718513 cmni (men tekan je num nie), x ke ssh nak engt... klu mak2 or nenek2 nak call anak2 dier n cucu2 dier kan ke susah nak hafal... sbb tue rmai org pilih num cantik2, mcm 019-8877665 cmni sng nak engt... yg psl num kete, pon reason yg sma gak... xsume amik num 8888... ada yg amik date yg cantik2 sbb tue significant ngn hidup derg...
    anyway, cantik pe num 8888... nnt ak ada kete ak pon nak amik num byk 8... sbb ak lahir bln 8, thun 88...

    BalasPadam
  29. pilih nombor atas alasan nak senang ingat, ada sentimental value, dan yang berkaitan pada aku tak salah. Sebab ia langsung tak berkaitan dengan akidah.

    Tapi, kalau pilih nombor tu sebab percaya yg nombor tu ada tuah, sehingga terlupa bahawa tuah kau ditentukan oleh Allah, maka itu dah kira syirik. Sebab menyekutukan Allah, dgn nombor... sgt jahat la sebab nombor biasa pun ko nak samakan kuasa dia dgn Allah. Padahal, nombor tu Allah yg cipta.

    Jadinya, pada aku... inna a'mallu binniyah... sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat. Kalau niat buruk, maka buruk la padahnya. Kalau niat baik, maka baik lah balasannya... Wallahua'lam.

    BalasPadam
  30. Mamak pun same je... Byk keta nombornya ade 786....x faham?

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.