September 30, 2011

Awkward Agama : Datuk Mat Mencari Ilmu Pendinding Untuk Menangkis Musuh Politik

Datuk Mat memandang pembantunya, Abu, "kau pasti ke tok bomoh tu duduk tempat macam ni?Ni kampung ceruk mana kau bawak aku ni Bu?"

Abu memandang ke belakang sambil terus memandu,"jangan risau Datuk..ni tok bomoh baik punya.Gerenti dia dapat penuhi apa saja yang Datuk mintak!" Datuk Mat terus menatap ke luar. Hatinya gundah,resah.

Kereta Mercedes Datuk Mat berhenti di sebuah rumah pondok yang agak kecil. "Bu,kau ni..biar betul?" tanya Datuk Mat sambil matanya merenung pondok kecil beratap zink itu. "Jangan risau bos!" kata Abu sambil melangkah mendekati pondok tersebut.

"Assalamualaikum Tok!" panggil Abu sambil mengetuk pintu pondok. "Waalaikumsalam..masuk,masuk..pintu tak berkunci.." jawab suara dari dalam. Abu membuka pintu sambil dituruti Datuk Mat.

Datuk Mat masuk lalu memandang sekeliling.Pondok itu kecil sahaja..di dalamnya ada satu bilik kecil. Di ruang tamu yang tidaklah sebesar mana, seorang lelaki yang jauh lebih tua berbanding dirinya duduk sambil menghisap rokok daun. Lelaki tua itu lalu bangun dengan agak sedikit susah payah menghulurkan tangannya bersalam.

" Kau ni...Datuk Ahmad Ramli bin Ahmad Hamdan kan?" tanya Atuk itu dengan selamba. "Ya,saya..Insya Allah tak lama lagi dapat Tan Sri pulak.." jawab Datuk Mat dengan bangga.

"Aku tau tujuan kau ke sini..." jawab Atuk itu terus. "Dah..duduklah dulu...duduk situ ya.." kata Atuk itu sambil menunjukkan satu ruang di ruang tamu. Datuk Mat  bersila kemas sambil menghadap Atuk. "Nama saya Harun...tapi orang sini panggil saya Tok Yon..." jelas Tok Yon sambil menggulung rokok daun lagi sebatang.

"Kau mau menang pilihanraya kali ni kan?" tanya Tok Yon. Datuk Mat kaget sebentar. "Iya..memang itu lah hajat saya datang ke sini ni..."

Tok Yon diam sambil merenung Datuk Mat. "Kau ada banyak hajat....memang beruntung kau datang jumpa aku.."

"Kalau boleh Tok Yon...saya nak belajar ilmu pendinding...sebab sekarang ni makin ramai musuh yang nak jatuhkan saya..." beritahu Datuk Mat.

"Ha ha ha ha....aku tau..." Tok Yon gelak besar lalu kembali merenung Datuk Mat. Datuk Mat rasa kurang selesa dengan kelakuan Tok Yon.

"Kau..kau semayang tak?" tanya Tok Yon. "Bila kali terakhir kau semayang?" Datuk Mat terkedu,malu hendak menjawab."Dah lama kan? " tanya Tok Yon bertali arus. Datuk Mat angguk,malu.

"Pasal pendinding kau tu,kau balik dulu,kau semayang 14 hari tanpa tertinggal...dah gi balik...." kata Tok Yon lalu bangun menuju ke dapur. Datuk Mat terpinga-pinga. Abu hanya sengih memandang bosnya. Datuk Mat pun bangun menghulurkan salam sambil tangannya menghulurkan RM300 kepada Tok Yon.

.............................


Datuk Mat menekan interkom meminta pembantunya memanggil Abu ke dalam ofis. Abu melangkah pantas. "Abu..sekarang ni jugak aku nak kau drive aku balik pegi rumah Tok Yon hari tu...ni dah 16 hari aku semayang lengkap..takde apa2 pun..I think he's full of bullshit."

"Ok bos..." Mereka pun kembali menempuh perjalanan yang pernah mereka lalui lebih 2 minggu sebelum ini.Sampai saja di sana Datuk Mat merempuh pintu lalu masuk. Tok Yon macam biasa sedang menyedut rokok daun.

"Tok Yon! Apa ni? Dah 2 minggu saya semayang penuh, takde pun saya dapat apa-apa petanda!" kata Datuk Mat sedikit marah.

"Kau ni...kau kena sabar la sikit....aku ketuk kang kepala kau masuk rumah aku tak bagi salam.." kata Tok Yon selamba. "Maaf Tok.." Datuk Mat mengendurkan sedikit nada suaranya.

"Kau dah semayang penuh tak?" tanya Tok Yon sambil matanya merenung tepat pada mata Datuk Mat. "Dah..." jawab Datuk Mat. "Lepas semayang kau berdoa tak? " tanya Tok Yon lagi.Datuk Mat menjawab, "tak."

"Kau pegi balik..kau semayang lagi 2 minggu..lepas semayang kau jangan miss berdoa.." jawab Tok Yon. Mereka pun pulang semula ke Putrajaya.

..............................

Abu hanya diam mendengar leteran Datu Mat dalam kereta sambil memandu. Tidak mahu dia menyampuk dan hanya apabila ditanyakan soalan barulah dia bersuara. Datuk Mat betul-betul meradang hari itu. Mulutnya tak habis memaki Tok Yon yang dikatanya penipu besar.

"Ini lah orang Melayu...ramai benar nak jadi bomoh dukun,tah mana punya ilmu dia belajar aku tak pasti...yang aku tau, ni bomoh yang kau recommend ni penipu besar.." Abu diam lagi,sedikit gelabah. Enjin kereta dimatikan.

"Suruh doa..suruh semayang..last-last habuk apa pun takdak!" herdik Datuk Mat.

Mereka berdua melangkah keluar dan mengetuk pintu pondok. Tidak berjawab. Kedengaran suara orang di bahagian tepi pondok.Datuk Mat dan Abu menjenguk ke tepi dan mereka nampak Tok Yon sedang mencangkung memberi ayamnya makan sambil berbual dengan ayam-ayamnya.

"Assalamualaikum Tok Yon.." sahut Abu. "Waalaikumsalam.." jawab Tok Yon. Tok Yon senyum merenung Datuk Mat yang segak berbaju kemeja-t polo dan berseluar slack.

"Pakcik....tak baik pakcik menipu saya macam ni pakcik..." kata Datuk Mat. Tok Yon senyap saja sambil terus memandang ayamnya.

"Saya dah buat apa yang semua pakcik mintak saya. Saya dah semayang, saya dah doa...bila pakcik nak ajar ilmu pendinding tu dekat saya?" herdik Datuk Mat. "Pilihanraya dah dekat. Orang-orang bawahan saya makin ramai yang dah lari...sana sini saya kena serang.."

Tok Yon hanya diam memandang ayam jantan kesayangannya.  "Pakcik...kalau pakcik tak dapat nak turunkan ilmu pendinding tu dekat saya cakap saja terus terang..."marah Datuk Mat.

Tok Yon sengih. Memang betul kata seperti kata anak buahnya, Abu...Datuk Mat bukan setakat seorang yang angkuh, dia juga seorang yang sangat bebal orangnya. Percubaan mereka berdua untuk menjadikan Datuk Mat seseorang manusia yang lebih baik adalah eksperimen yang gagal.

"Aku rasa kau kena mandi bunga la.." kata Tok Yon. Abu senyap-senyap menggelengkan kepalanya,memberikan isyarat kepada pakciknya. Cukuplah sekadar mencuba apa yang termampu dia dan pakciknya lakukan.

15 ulasan:

  1. hati sudah gelap dengan keindahan duniawi

    BalasPadam
  2. saya pun bomoh temberang jugak hehehehe

    BalasPadam
  3. memang bebal..bila nafsu melebihi iman

    BalasPadam
  4. aku dgr ade yg bela tok bomoh sampai tok bomoh tu boleh beli estima, cash on road lagi tu...

    BalasPadam
  5. Bomoh ni kire "rare" species la...hahaha...baguih dok ado

    BalasPadam
  6. atok, saya nak singkirkan lah parti tu, buat serabut je, orang nak buat ni tak bleh, buat ni tak bleh..hahaha....:P

    BalasPadam
  7. sentap..... eksperimen gagal... aku suka kau mantot!! aishhhh.... ni la bakat yg Allah bg kat kau. =) teruskan menulis. huhu

    BalasPadam
  8. haish...aku rasa kena terus - terang dgn datuk tu...baru dia faham..

    BalasPadam
  9. tapi kenapakah balik ke putrajaya?

    politician gomenkah?

    BalasPadam
  10. bagus kau bro rajin komen satu2 pasal movie tu. sebab aku terus labelkan cerita tu sampah je.
    ada tulis kat sini
    http://el-elsays.blogspot.com/2011/09/hantu-bonceng-macam-hampeh.html

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.