Ogos 17, 2011

Intermission Antologi : K-Pop Lemau,Gadis Meronta-Ronta dan Soal Jawab Agama

Seronok jugak sebenarnya menulis cerpen ni!

First sekali, sebenarnya..kalau kau suruh aku sambungkan cerpen2 tu,jadikan novel ke...aku mintak maaf.Semua cerpen tu aku tulis on the spot.Takde plan2.Dari dulu aku nak buat benda camni.Tapi selalunya mesti ada aje isu lain yang masuk,jadi aku decide sebelum bulan puasa hari tu..kurangkan kutuk orang Melayu UMNO dan tulis aje apa-apa cerita yang aku nak tulis.

Aku terfikir satu topik,aku tulis.Macam cerita hantu tu..sebenarnya pendek aje cerita dia,aku tak plan pun nak sambung.Tah macam mana boleh masuk ada anak beranak misteri tu aku sendiri tak sure...jadi kalau kau suruh aku sambungkan,aku takut nanti makin lama makin merepek.Aku rasa kalau aku teruskan,mesti cerita hantu akan jadi cerita cinta Munirah dan Joe..lama2 lepas tu akan bertukar jadi cerita porn.Kalau ikut satu draf awal yang aku dah tulis,memang ada scene2 asmara Joe dengan Munirah sebelum ending dia...

Standard la.Aku lelaki.Isteri aku tengah pantang.Imaginasi memang agak liar.
Orang dah kawin dan dah ada anak paham la apa aku tulis ni.

Jadi,just nak inform,kalau aku ada idea nak sambung,aku sambung...mcm cerita Razali dan anaknya tu aku dah boleh nampak sipi2 bayangan sambungan dia.Tapi cerita hantu tu habis camtu aje la...mula2 memang aku nak buat ending dia lagi panjang,tapi mana misterinya kat situ,kan?Cerita kisah cinta empat segi Diana,Daniel,Rizal dan tah apa nama karakter lagi sorang...tu aku rasa stop kat situ aje la.

Oh,dah tengok video klip terbaru kumpulan K-Pop kegemaran aku,MAX 247?
Layan la.Best.Sangat best!Best sangat!


Kau pernah dengar kumpulan K-Pop Korea nama Girls Generation?Ada orang panggil SNSD.Aku suka tengok video klip dia sahaja (come on..aku bukan gay) sebab ada sesuatu yang hipnotik mengenai sekumpulan anak gadis comel-comel menari beramai-ramai serentak.Kita boleh nampak la hasil latihan diorang walaupun vokal bila live selalu out sket.Menari memang synchro kaw-kaw.Sekarang imej diorang aku tak suka sangat sebab lebih kepada maneater punya imej.Aku suka perempuan imej cute dan bubbly,yang paling penting...tak nampak macam slut.

Pernah baca sejarah Girls Generation ni? Punyala lama diorang kena audition dan training untuk form group diorang yang makin lama makin luas pengaruh dia.Training memang teruk sehinggakan ada ahli seorang dua yang dah tarik diri sebab tak tahan.Tapi hasil dia berbaloi la kalau kita tengok.

Sekarang, cuba tengok video klip kumpulan MAX 247 kat atas tu balik. Kalau Girls Generation training bertahun-tahun baru dapat jadi macam sekarang kau cuba bayangkan...mamat2 MAX 247 ni training nanti macam mana? Nampak potential diorang nak jadi setaraf artis K-Pop international yang lain? Tak nampak? Gila besar potensi diorang ni!Dengan training main2 diorang dah hebat macam tu...BAYANGKAN POTENSI DIORANG!

Setakat Girls Generation?Wondergirls?Lee Hyori?Park Joo Bong? Celah gigi la.Orang Malaysia ni bagus,kita cepat nampak potential.Walaupun diorang artis yang training tak berapa serius pun,diorang mampu ada video klip sendiri...sebab orang kita memandang jauh ke masa depan.Potential kena rebut dan start gilap dari awal. Negara kita ada potential untuk melahirkan lebih ramai artis-artis K-Pop ni.

Orang kita senang nak appreciate talent seni yang ada..rebutlah peluang yang ada sebab aku pasti kalau kau ajak aje member kau 3-4 orang tubuh satu boyband,menari aje sket2 dan pakai costume..Insya Allah..akan ada record label ambik kau.Yang penting,bila ada band baru,industri seni makin meriah.Vokal semua tolak tepi.Kita boleh apply Autotune.

Yang penting,meriah. Kerajaan takkan ambik orang biasa yang kerja doktor,engineer atau cikgu jadi idola...diorang akan ambik artis. Jadi,salah satu langkah untuk memperbanyakkan idola adalah dengan memperbanyakkan bilangan artis. Budak-budak pandang tinggi Shahir AF tu sebab dia idola...apa perlunya lagi hormat cikgu kat sekolah,kan? Cikgu sekolah bukan Shahir! Aku suka langkah kerajaan memperluaskan industri hiburan kita.Kau cuba tengok sendiri..berapa ramai artis yang ada bisnes sendiri dan berapa ramai orang biasa yang mampu bukak bisnes?

Tak ramai...tapi ramai artis yang jadi usahawan.Siti Nurhaliza ada makeup..Zed Zaidi ada Papparich...kumpulan 4U2C dulu ada air tin brand diorang sendiri.That's the trend! Untuk jadi seseorang yang berjaya di Malaysia...become an artist or celebrity! Peluang untuk orang Melayu jadi bisnesman lebih cerah jika dia seorang artis! Nak lagi cerah? Jadi artis...masuk Pemuda UMNO....cuba tengok balik AC Mizal tahun 90 an dulu dengan AC Mizal sekarang dan compare....

Yang terakhir; isu bacaan al-Quran dekat pembesar suara.
Aku harap video ni memperjelaskan segala persoalan.


Setakat ni dah 10 cerpen. Lepas ni..ada cerita fantasi..cerita berbentuk keagamaan yang serius , selit cerita gay seround dua dan mungkin untuk last part aku nak tulis sebuah kisah cinta yang sangat epik.Sama ada aku dapat capai tahap epik yang aku nak tu....aku tak tau. Sebabnya,seperti aku tulis kat mula-mula tadi..aku akan tulis cerpen2 tu on the spot ikut suka.Takde planning,takde peraturan.

Jadi,sempena Nuzul Quran hari ini,marilah kita beramai-ramai,tanya diri sendiri...kenapa perempuan2 di awalan video klip MAX247 tu,sanggup buat macam tu (walaupun berlakon)?

Adakah sebab :

a. Mamat2 tu terlampau hensem?
b. Perempuan2 tu desperate?
c. Diorang kena paksa berlakon?
d. Benchmark untuk lelaki idaman wanita Melayu adalah lelaki seperti itu?
e. Bayaran yang diorang dapat mampu cover gaji setahun?
f. Diorang memang sincerely betul2 minat dekat MAX247?

Aku akhiri intermission ni dengan pose maut tangkap leleh kumpulan MAX247.


Nice!

Kau pernah tak rasa ada sesetengah orang tu,
kalau kau tengok muka diorang,kau rasa nak cium-cium?

41 ulasan:

LS berkata...

rasa nak bagi penendang.
tapi bulan puasa ni bang, gua sabarkan jek.

Shahrul Yusof berkata...

Ini pandangan yang sinis ke menyokong ni? Hahaha.. Nice entri.

Minda anak-anak muda kita sekarang ni dalam keadaan dibius akibat paksaan pemikiran yang mandul daripada golongan tua. Akibatnya, kita menjadi penciplak budaya dan menghasilkan art yang langsung tak true. Manakan tidak, 'seni' anak muda yang ditonjolkan di media massa ini dibenci oleh anak-anak muda sendiri.

Aslina berkata...

kene paksa blakon tu... ahaha...

aleng berkata...

entry ini perlu dibaca dengan tangan di dada mata ke atas..

mr edz berkata...

aku lebih suka kalau diorang berkaliborasi dengan rosmah. (doralin)

Solahuddeen berkata...

ah. memang la time gini kutuk geng2 bapok kat atas tuh. takut ye la kan nanti dowang dah buleh menari menyanyi yang gile2 pun meleis gak.

Farah berkata...

Tak kesah sngt pasal entri K-Pop tapi saya lebih tertarik kpd ayat nih:
"Peluang untuk orang Melayu jadi bisnesman lebih cerah jika dia seorang artis! Nak lagi cerah? Jadi artis...masuk Pemuda UMNO"

Yeah, ini SUCKS gile. X(

Ataupun ini mmg hakikat dlm bisnes, tak kisah la di Malaysia atau bukan?

Laici berkata...

orang malaysia tak ada bakat pun boleh...pakej muka jer, tak pun ada duit, semua bleh jadi...artis2 kat luar negara ada yang training bertahun, tak pun masuk kolej/U blajar tarian/nyanyian/lakonan dan ada kelulusan, artis kat negara kita cmna? bpa kerat ada kelulusan..yang lain baru lepas spm, dah tergedik2 nak masuk AF,Mentor@apa2 rancangan, beratur panjang dari subuh walaupun nyanyi cam katak

Eray Majid berkata...

penat penat...menahan muntah bile tengok 247...kesian bebudak nie...takde identiti...malu bile tgk so called budak melayu islam jadi camgitu

mantot, thanks sbb share video ustaz fathul bari..

Cipina berkata...

perempuan 5:06 tu macam..macam..

macam..

Mohd Zaid berkata...

HOOOOMAIIIIIIIGOOOOOOOOODD

hidayah berkata...

hari jumaat....kumendoakanmu.

nice try max 24:7. nice try. *cube bersikap neutral

RalphRazaq berkata...

x mampu nk teruskan....loya aku nengok....kalu dh melayu 2 jadi melayu j la...xyah jadi korea & jepun..huuuu

*hey ada sorang pompuan 2 muka die cm nabila anak amy search..

a k u ~ berkata...

x sanggup lgsg nk klik play kt video tuh..tgk gmba tu pon da cukup loya, huh~

aqel berkata...

sarcastic. i like. :p

Fyna Li berkata...

woohooo~~~ memang best lah dirang, best sangat... sangat best... (tangan di dada mata ke atas) hopefully they will improved more in future... i hope laa... tu pon kalau ada lg dorg future nanti... upsss~~

Donna berkata...

Tarian ultraman..huuhuhh...sakit mata ambo

Master Yoda berkata...

K-Pop ke Paddle Pop ke J-Pop, sume tu mengkelakarkan kpd sesiape yg meminatinye...

Tgk anime lagi best kot...W'pon tak benar sama sekali, tapi dah memang kartun kan....

kyo_9 berkata...

ape salah kerajaan?
lol

Marissa berkata...

Mantot. aku nak jawab soalan last je.hhaha..kalau tunjuk gambar yg last tu. haih...tak lalu ambe. berkerut dahi ada. lelaki kacak tak perlu bibir yg munghil dan pandangan mata yg hot yg disepet2 kan. ewwww...

aku straight tp kalao dah lelakiny pesen gini, lari mak...........

Ze_Mhis berkata...

terkedu.
hampir muntah jugak la tengok video kpop pujaan anda itu. #pengsan.

terbaru: Pelacur dan Pengasuh Anak

hoho berkata...

aku rasa suara ustaz tu lagi gemersik.

Tanpa Nama berkata...

HA..HA..HA..bila melayu tiru bangsa lain..pelik betul jadinya..macam monyet..aku cuma mampu bertahan tengok video clip tu 5 saat je..

Tanpa Nama berkata...

basic of business..ada supply dan ada demand..in the end,semua berbalik pd mentaliti masyarakat..lgpn ape nk kecoh sgt ngan budaya k pop ni.org kita dh byk adopt budaya2 org luar dr zaman penjajah dlu lg..

-mia-

Tanpa Nama berkata...

duit raya nnti nk beli album derangla..supportla sket bangsa kita tu..tot, mintak alamat ko, aku nk pos album ni kat kau..feveret ko kan?

Tanpa Nama berkata...

isteri ko tgh pantang???
ko wat citer razali ni kira imagine diri ko ar eh,kegersangan...
anyway,maaf.

al- ifudin berkata...

nak harom... serius macam sugarboy..dgn tarian slow2 mcm tarian shin chan.. melayu better stick to adat ketimuran..sopan2 je.. tak payah nak excited sangat ikut trend2 sekarang ni.. bila dah tua2, mesti menyesal bila fikir penah buat cmni..hahahahhaha...

Tanpa Nama berkata...

apa-apa hal pun Jangan Lupa:

Jangan Pangkah Dacing.

-MatCermin-

anehwa berkata...

rasa mcam tgk formasi KRS zman sekolah2 dlu..

ComOt berkata...

nasib baik tak termuntah. dah la sahur tadi makan kurma dgn susu soya saja. kalau termuntah, keluar isi perut agaknya. blueek!

Tanpa Nama berkata...

Yuna pun ada video clip tu.
hehe..

Tanpa Nama berkata...

nak cium?? rasa nak ludah muka dorang ni lagi ade...demnnn....aku siryes simoati dgn dorang...

hanaahmad berkata...

aku baca dalam nada sarcastik. boleh?

Ayu berkata...

.. ada k-pop m'sia ek.. ada yg minat ke?..

.. pompuan2 tu dah tentu-tentu berlakon ..

.. mintak jauhkan la anak bujang aku dari k-pop ni walaupun muka nye ada iras korea pun ..

Fitri K. berkata...

bulan2 puasa ni lebih bertapis ye ko mantot. alhamdulillah. hahahahaha

Ayyman Rahim berkata...

Bukan ke takpayah tunggu budak-budak ni perkenalkan M-Pop pun sebenarnya Malaysia dah ada music kita sendiri. Tak perlu tunggu budak-budak wannabe k-pop ni untuk cakap diorang m-pop sebab malaysia dah lama dah ada.

Tanpa Nama berkata...

mana ko dengar pasal Max247 nih? ko stalker group K-Pop celup in Malaysia ek hehe

ザ-sylver- S berkata...

khas utk ang , mantot,..kemaih tk ingt ni

http://www.youtube.com/watch?v=z7ItSe4Q-gw&feature=share

hafizahmad berkata...

Ni video paling jijik dan paling loya penah aku tengok. Tarian macam taik haramjadah. Merosak kan industri musik yang dah sedia rosak.

Budak2 Melayu badigol tu tak de perasaan malu ke buat band mcm gampang, lagu yang macam taik.

hari isnin, hari selasa, hari jumaat ku mendoakan kamu??? lirik teruk macam gampang.


p/s : ehhh sial la ptuuihhh

warden raja berkata...

nak tiru k-pop konon, joget macam itik. piirahh

nekochan berkata...

ini....nk puji ke haper nieh...aku pn konpius