Ogos 19, 2011

Cerpen 12 : Di Dalam Video Mu Ada Jiwaku

Zahir senyum lebar tatkala menunggu di luar rumah.Telinganya dapat menangkap serba-sedikit perbualan yang berlaku di dalam rumah.Pihak keluarganya ramai ikut turut serta dalam majlis pertunangan Zahir dengan gadis pilihannya, Zawiyah.

Zahir ingat lagi wajah ibunya bila dia kata "Emak..Zahir nak bertunang..." Ibunya agak terkejut dengan permintaan itu sebab tak pernah pulak Zahir ceritakan dia sedang bercinta. Apatah lagi bila Zahir bukanlah seorang yang agak gemar membesarkan budaya-budaya berpasang-pasangan ini. "Dengan siapa Zahir?" tanya ibunya.

"Nama dia Zawiyah mak..orang Terengganu..belah-belah Marang...." jawab Zahir,lembut. Ibunya hanya senyum memandang Zahir dengan rasa kasih. "Nanti mak beritahu Pak Long kau..dia pandai benda-benda camni.." Zahir angguk,setuju.

Memori itu jelas terlekat dalam kepala Zahir.Hari ini,dia,ibunya,adik perempuannya Zarina dan keluarga Pak Long dan Mak Ngah nya sudah pun selamat berkumpul di rumah Zawiyah yang di daerah Marang,Terengganu. Zahir nampak ada linangan air mata di sisi mata ibu Zawiyah apabila menyambut rombongan keluarganya ketika tiba di situ daripada Perlis.Keluarga belah Zawiyah juga agak ramai sedang menunggu di dalam.

Tapi Zahir sudah dipesan Pak Longnya,"tunggu di luar nanti.Tak elok anak teruna masuk masa berbincang.." Jadi di temani ayam-ayam yang sedang mematuk tanah dan beberapa ekor kucing yang mengiau di kaki, Zahir hanya mampu menunggu. Dia harap segalanya dipermudahkan.Selang beberapa ketika, muncul sepupu sebayanya, Amirul. Amirul angkat jari menunjukkan tanda bagus.

Zahir hanya mampu senyum sambil mulutnya menuturkan Alhamdulillah senyap-senyap.

.............................

Zahir duduk di depan komputer selepas pulang. Di pasang laptopnya lalu dibuka perisian webcam dan laju ditekan butang "record."

Zahir mula bercakap kepada laptopnya.

"Hari ini..aku dah jadi tunangan orang..hahaha..aku tak tau macam mana nak gambarkan macam mana aku punya perasaan sekarang ni.Tunang aku seorang gadis dari Terengganu. Insya Allah, kalau semua ok, aku akan dapat makan kuih sedap tiap-tiap hari sebab bakal mak mertua aku seorang penjual kuih di kampungnya. Bertambah gemuk la aku nanti! Hahaha! Itu aje la untuk log aku hari ni. Keep in touch! " Zahir menekan butang stop dan video yang baru direkodkan, terus diupload ke portal video kegemarannya. Jarinya mula menaip "www.seminute.com" dan video terus diupload.

"Mudah..senang..made in Malaysia! Terima kasihlah seminute.com!" fikir Zahir dalam hati.

Zahir tidur senyum lena malam itu walaupun badannya letih berjalan jauh dari Terengganu ke Perlis. Jarinya mula menghitung hari."Insya Allah aku kawin 2bulan lepas raya..bukan lama lagi dah ni..9 bulan aje. Kena buat persiapan cepat ni.." Dengan ingatan itu, Zahir terus terlelap sambil dibuai mimpi menjadi seorang suami.

............................

Zawiyah hanya tersenyum sendirian. Dia tidak pernah menyangka Zahir benar-benar serius mahu jadikan dirinya isteri. Dia bukan orang berada. Dirinya seorang cikgu sekolah rendah berkelulusan maktab. Dia tak punya adik beradik lain. Satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal hanyalah ibunya yang sangat disayangi.Ayahnya entah ke mana menghilang.

"Apa la Zahir cakap hari ni?" fikir Zawiyah sambil jarinya menekan link di skrin laptopnya. Matanya pantas mencari link untuk video log Zahir. Tak pernah dia sangka hanya kerana dia memberi respon kepada salah satu video log Zahir di seminute.com membawa dirinya jadi tunangan Zahir. Isu pada waktu itu agak hangat, Zahir dan Zawiyah berbalas-balas komen sehinggalah sampai satu ketika mereka jadi marah kepada satu sama lain.Daripada berkenalan di seminute.com, mereka mula berbalas-balas email dan kemudiannya selepas hampir 2 tahun lebih,akhirnya barulah Zawiyah berani memberikan gambar. Dia tak ada Facebook.

Selang dua minggu selepas detik itu, Zahir ajak bertunang. Alasan Zahir mudah, Zawiyah pakai tudung labuh dan Zahir suka bergaduh dengan Zawiyah. Paling dia suka,Zahir kata dia comel. Tak sangka dia, seorang lelaki yang pada mulanya dilabelkan poyo kerana buat video log yang dipaparkan di www.seminute.com akhirnya bakal jadi suaminya.

"Insya Allah..." doa Zawiyah.Skrin memaparkan video log Zahir yang baru dimuat naik.Tajuknya sudah boleh diagak Zawiyah. "AKU SUDAH BERTUNANG!YAHOO!" Zawiyah tertawa kecil apabila mula menonton video tersebut. "Poyo dia memang tak akan hilang ni.." fikir Zawiyah, redha kerana dapat tunang yang tak berapa tau erti malu.

Sekurang-kurangnya,dengan video-video yang terpapar di seminute.com itu,dapatlah Zawiyah menghilangkan kerinduannya untuk menatap wajah Zahir yang duduk berjauhan di Perlis.

......................................


Dua minggu lagi hari Raya.

Zahir berjalan-jalan di Pekan Rabu,Alor Setar mencari songkok dan baju Melayu untuk dirinya beserta baju hari Raya untuk Zawiyah dan ibunya. Pelan asalnya, dia nak buat kejutan untuk Zawiyah. Dia akan poskan baju itu guna pos laju tanpa pengetahuan Zawiyah. Bakal diselitkan sekali baju kurung Kedah untuk ibu Zawiyah.

Selesai membeli belah, dia pulang ke rumah dengan beg yang digalasnya penuh dengan pakaian.Motornya dipacu pantas kembali ke Perlis. Dia malas nak memandu kereta hari itu kerana dia hendak merasakan angin memukul tubuhnya. Rasa bebas. Rasa seperti tidak ada apa-apa kerunsingan.

Sampai di rumah, ibunya dan adiknya jadi pelik kenapa Zahir tersenyum lebar."Kau beli apa tu Zahir?" tanya ibunya.

"Takde baju untuk Ina ke?" tanya adiknya,Zarina.

"Ada..ada..." Zahir membuka beg lalu mengeluarkan beberapa bungkusan plastik.

"Humang aiii..macam mana kau masukkan barang banyak macam ni dalam beg kau tu Zahir?" tanya ibunya takjub.

"Magic mak! Magic!" sahut Zahir sambil sengih. Ibunya dibelikan dua helai baju kurung dan untuk adiknya dibelikan dua pasang baju kurung moden berwarna terang."Ni sapa punya ni Zahir? Mak punya jugak ke?" tanya ibunya mengangkat plastik berisi pakaian untuk Zawiyah dan ibunya.

"Eh mak..tu untuk orang Terengganu.Mak ni.." kata Zahir sambil sengih-sengih malu."Amboi!" Zarina hanya gelak melihat telatah abangnya. Zahir melangkah masuk ke bilik. Plastik bungkusan hadiah diambilnya dari laci. Kotak sudah disediakan di atas tilam.Dengan cermat dia menyusun kesemua pakaian yang ingin dihadiahkan untuk Zawiyah dan ibunya.Selesai membungkus, laptopnya terus dipasang.

"Hai...penonton dan peminat Seminute.com! Ni saya lagi,Zahir, video log kali ini saya tujukan kepada seseorang yang sangat special, iaitu tunang saya...." Zahir dengan tenang merakam video itu lalu seperti biasa akan diuploadkan di seminute.com.

Keesokannya...Zahir bangun awal-awal pagi ke pejabat Pos dengan bungkusan berisi pakaian untuk Zawiyah dan ibunya.Kotak diletak di atas bakul dan dikepitnya dengan kaki. Pejabat pos tidak jauh dari rumahnya lagipun dia tahu lebih baik bungkusan itu dihantar awal kerana tidak mahu terlepas penghantaran untuk hari itu.Selesai segala urusan di pejabat pos dan bungkusan sudah selamat di sampaikan,Zahir pun berjalan ke arah motornya.Motornya dihidupkan dan dia memacu pulang ke rumah yang tidak jauh.

Sayangnya, Zahir tidak sempat sampai ke rumah.


..........................


Zawiyah duduk di mejanya.Walaupun sudah hampir 2 minggu Hari Raya berlangsung, Zawiyah tidak mampu untuk keluar dari biliknya.Kematian Zahir amat berat untuk diterima.Sudah hampir sebulan dia berkurung di dalam rumah.Sudah hampir sebulan jugak lah dia tidur sambil tangannya memeluk erat kotak hadiah yang diposkan Zahir.Entah apa isinya, Zawiyah sendiri tidak tahu tetapi dia hanya merasakan tenang apabila kotak itu ada dekat dengan dirinya.

Tubuhnya agak menurun, tidurnya pun selalu terganggu.Laptopnya juga sudah berapa lama tidak diusik.Zawiyah amat takut dia akan terlihat wajah Zahir bercakap dengannya.Dia amat risau jika laptopnya dibuka dia akan menelaah kembali video-video lama Zahir yang senantiasa membuatkan dia ceria.

"Ring..ring.." Telefon berbunyi. Nada itu terhenti apabila ibunya mengangkat telefon.Beberapa detik kemudian, pintu bilik Zawiyah diketuk."Yaya,Yaya...ni mak Zahir nak cakap dengan Yaya.." pesan ibunya.

Zawiyah bangun longlai.Kali terakhir dia berbicara dengan ibu Zahir adalah pada hari pengembumian Zahir. Dia dan ibunya sempat menyaksikan jenazah Zahir dikebumikan akibat kecederaan teruk berlanggar dengan kereta. Kata-kata terakhir ibu Zahir kepada Zawiyah sambil matanya tidak-habis menangis,"sabar Zawiyah...ada sebabnya kenapa Allah panggil dia balik.."

Zawiyah mendekatkan gagang telefon ke telinga. Suaranya lemah,

"Hello Makcik.."

Zawiyah hanya mendengar apa yang dikatakan ibu Zahir sambil sekali-sekala mengangguk. Gagang telefon diletakkan dengan cermat. Zawiyah memandang ibunya. Ibunya hanya mampu tersenyum melihat Zawiyah. Zawiyah kembali melangkah ke bilik.

Kata-kata ibu Zahir tadi masih bermain di telinganya. Zawiyah terus duduk di depan laptopnya.Dinyalakan laptopnya lalu dibuka browser internet.Jarinya terus memicit link seminute.com. Dia mencari akaun Zahir. Terpaparlah thumbnail wajah Zahir. Mengalir air mata Zawiyah ketika itu laju. Teringat semula segala perbualan dia dengan Zahir dan bagaimana mereka berkenalan.Teringat pula dia hari paling bahagia dalam dirinya apabila rombongan keluarga Zahir tiba di hadapan rumah dia. Dia mengangkat wajah dan menatap gambar mereka berdua selepas selesai majlis pertunangan mereka. Zahir datang dengan memakai kemeja warna biru dan Zawiyah mengenakan baju kurung biru muda dan tudung putih.

Itulah detik paling bahagia untuk Zawiyah.

Ada satu video log Zahir yang belum ditontonnya kerana tidak sempat menontonnya. Tarikh video itu diupload adalah pada malam kejadian tragedi yang menimpa Zahir berlaku. Zawiyah teragak-agak...tetapi akhirnya memberanikan diri.

Zawiyah menekan butang "Play." Kelihatan Zahir sedang membetulkan kedudukan laptopnya supaya wajahnya masuk ke dalam fokus kamera. Air mata Zawiyah kembali laju tatkala menatap wajah Zahir.

"Hai...penonton dan peminat Seminute.com! Ni saya lagi,Zahir, video log kali ini saya tujukan kepada seseorang yang sangat special,iaitu tunang saya...kepada yang tak tahan dengan adegan romantik dalam filem..boleh tak anda tekan butang close kat browser anda? Sebab saya pasti..ini adalah video log paling jiwang yang akan saya buat sepanjang 3 tahun saya buat benda ni..."

Zawiyah tertawa kecil.

" Zawiyah...nampak apa benda yang saya pegang ni?" kata Zahir sambil mengangkat kotak tersebut lalu menghalakannya kepada kamera. Zawiyah memandang kotak itu yang kini sudah berada di atas katilnya.

"Ini adalah hadiah untuk awak dengan mak awak.Saya tak mampu nak beli banyak...sebab saya terpaksa simpan duit sebab kita nak kahwin dah lagi dua bulan lebih...jadi saya harap apa yang saya hadiahkan ni cukup untuk awak.."

Zawiyah tersenyum...

" Saya tau selama ni awak kata saya lelaki poyo sebab awak kata saya lelaki yang suka cam whoring dalam bentuk video! hahaha..takpe..takpe..itu semua tak penting...yang penting,awak tak boleh nak lari mana lagi walaupun awak tak suka...." Zawiyah ingat lagi betapa marahnya Zahir apabila digelar pelacur video,membuatkan Zawiyah ketawa lagi.

Zahir senyap tiba-tiba..."....sebab kita dah bertunang." Kaku Zawiyah bila mendengar ayat itu.

"Lagipun saya akan pastikan awak admit yang awak tu peminat saya lepas kita kawin nanti!" Zahir bergurau.Zawiyah tunduk memandang lantai...mahu tersenyum ada,mahu menangis ada.

"Zawiyah....kalau semua ok, Insya Allah ni lah last raya kita beraya sebagai seorang yang single.Jadi,saya nak awak pastikan diri awak beraya betul-betul tahun ni. Tahun depan,awak kena beraya kat Perlis dulu! Hahaha!Saya dah chop dulu awal-awal. Video ni la sebagai bukti dia.." Zahir tergelak besar.Zawiyah pun turut sama tertawa.

" Insya Allah Yaya...saya akan jaga awak dengan mak awak baik-baik. Kalau mak awak nak beraya kat Perlis pun boleh...kita beraya ramai-ramai satu family." Zahir mula sayu.

Zawiyah tekun merenung laptopnya."Jadi selamat hari raya...pastikan ini raya yang paling meriah untuk mak awak. Sebab lepas ni kalau saya ada sana,saya tak nak keluar rumah..saya nak duduk rumah makan kuih raya yang mak awak buat sepanjang bulan Syawal."

"Oh,lastly..ini last chance untuk awak main mercun ke,bunga api ke...sebab kalau dah kawin,saya nak awak join team meriam buluh kampung saya.Apa kelas main bunga api?Perempuan buleh la main bunga api!" kata Zahir bergurau lagi.

"Zawiyah...kirim salam dekat mak awak.Walaupun masih awal lagi, saya takut saya tak sempat nak wish lagi dekat seminute.com ni..saya wish dulu,selamat hari raya maaf zahir batin wahai Nur Zawiyah binti Mohammad Ramli..." kata Zahir. Video itu pun tamat.

"Selamat hari raya Muhammad Zahirruddin bin Ahmad..." bisik Zawiyah,sayu.

Zawiyah bangun mencapai kotak pemberian Zahir.Dibukanya berhati-hati. Dalamnya ada dua bungkusan. Satu bertanda "untuk ibu",satu lagi "untuk Yaya." Zawiyah senyum dalam tangisan.Dengan perlahan dia bangun menuju ke bilik air.Pakaian itu dimasukkan ke dalam mesin basuh.

........................

Keesokannya, ibu Zawiyah bangun menunaikan solat subuh selepas sahur untuk berpuasa sunat. Selesai subuh dia bangun ke dapur. Dilihatnya Zawiyah sedang duduk di meja makan sambil memasukkan kuih ke dalam balang. "Dah subuh Yaya?" tanya ibunya.

"Dah mak.." jawab Zawiyah. "Mak..kita gi rumah adik beradik Mak hari ini?"

Ibunya senyum mengangguk.

"......Zahir ada bagi baju dekat mak..dua helai...Yaya dah basuh semalam.Tengah jemur.." beritahu Zawiyah.

"Mak..." kata Zawiyah. "Selamat hari raya mak..maafkan Yaya zahir dan batin.." katanya menghulurkan salam lalu mencium tangan ibunya."Mak pun sama Yaya...sabar nak...semua benda jadi mesti ada sebabnya..." jawab ibunya sambil air mata jatuh berlinangan.

"Mak, nak tengok baju kurung Zahir belikan untuk Yaya?" kata Yaya sambil tersenyum.


Link untuk video di Seminute.com

41 ulasan:

Adlilatun Nur berkata...

<peace

mr edz berkata...

cerita sedih ke ni? cerita pasal rosmah ada?

hzrhkamal berkata...

kalah rashid sibir.

you are good. really good.

cik marikh berkata...

=(...=)..

Tanpa Nama berkata...

best cerpen nie.cayalah..

LS berkata...

Sedihla bang mantot!

Tanpa Nama berkata...

sedih giler..boleh buat movie time hari raya nnt..

jedi berkata...

Bro..jgn la camni...aku hard rock..dah sayur dah aku...wey..kutuk la rosmah..pls...

Mag berkata...

hoih..sedih!

iamwhoiam berkata...

OMG.... mengalir air mata baca!

Unknown berkata...

sedihnya...mengalir air mata mahal nie...

Tanpa Nama berkata...

terbaekkkkkk

berkata...

gila baik punya plug. ini bukan subliminal advertising lagi dah. shove direct ke muka terus!

aku yakin, plug tu mesti lagi berkesan kalau ada link untuk tonton video baju kurung yaya. LOL

Nursaila Norman berkata...

nape mesti cerita sedih mcm ni..nangis dah.

Zonkers berkata...

air mata mengalir sbb ko dpt promot seminute.com dgn begitu hebat sekali. [manly tears]

yana lyana berkata...

Terbaik!
Touching, feeling...dan saya suka! :)

sero berkata...

sedih.. touching segale mcm feeling ade nih, terbaik la mantot... ko stop la jadik lecturer, buat filem ngan mamat khalid...

annurLiya Ghani berkata...

menitik jugak air mata ni..

jaY berkata...

sakit hati baca.tragedi baju raya
kalau la zahir tak poyo....

Ayu berkata...

suka...

p berkata...

thisisbestbro!

Cikgu ecah berkata...

Sedih nak mampos

Rauda AnJang berkata...

giler la,
sday nya..
touching nk mmpus..
huhuhux...

Laici berkata...

dem..sedih...tringat kat ex aku, org trgganu gak......tapi dya lari bla knal laki lain..lagi dem !!! nway,nice one tot..keep it up

nadz ruslan berkata...

dah agak da ending dia cemana

eleanor berkata...

naisss! tiada unsur sarcastic ;)

Balqis Riza berkata...

ish..meleleh air mata..adoi

Tanpa Nama berkata...

Membujur lalu, Melintang patah:

Yang Penting:

Jangan Pangkah Dacing.

-MatCermin-

azizol berkata...

terbaikkkkk...

Aslina berkata...

takde plak drama camni pagi raye??

aku bosan ah drama pagi2 raye yg sedeh2 semua pasal bz keje sampai terlupe parents kat kampong...

ce buat camni plak... kan sweet dan tacing... :)

siyes suka ouh... aku confirm takde adegan bukan2 dalam tiap2 scene... tak la mcm citer... teettt!!! :)

kata je islamik...

sim_2096 berkata...

blog en. mantot ni mcm2 ada...da mcm rojak la plak..ni promote laman seminute.com ada dapat komisen ker...

Tanpa Nama berkata...

Lu apasal suka wat gua menagis pagi2 nie...HUAAAAAAAA!!!!!SEDEY!!!

ketawariang berkata...

sedih T_______T

menangis pagi2 ni...

zalizalu berkata...

gila sedih

Stammofa berkata...

kalo buat tak mati lagi bagus. twist sket-sket..

sebab kalo hero / heroin mati nih, cliche sangat dah.

sendukplastik berkata...

fabulous!! teruskan menulis cerpen! anda mempunyai bakat. :)

pidot berkata...

siot ar tot..!!
setitis demi setitis air mata aku membasahi pipi..
jatuh taraf aku sbg seorang yg hati kering n jiwa rock kapak..
ko punyer pasal lah nih..

ஐsHaLLotஐ™ berkata...

cerpen ni jalan ceritanya sgt hidup smpai aku ingat it is based on a true story..huhu..

sedey..neway,

like this...

Lya berkata...

Ya ALLAH..
baru smlm my frenz citer psl arwah adik dia..
n the story is excatly like this..
arwah meninggal sbb accident n suppose kawen 9 sept nie..
Al-fatihah buat arwah..

ezwarazali berkata...

tak pasal2 aku nangis

Haris Adams berkata...

ni 1st time aku komen kat blog ko lepas sbulan 2 aku ikut..lakhanat..x sangka air mata aku mengalir..adakah kerana sekarang ni aku sibuk usaha nak kawin dgn gf aku and takut menda ni jadi kat aku? ahhh..sial mantot..