Ogos 09, 2011

Cerpen 05 : Putih,Hitam dan Kelabu

"Kau cuba tengok akak ni....dulu masa muda dulu berebut-rebut orang nak kat akak.Bekas suami akak tu,melutut dekat akak suruh aku kawin dengan dia!" Miza mula bercerita mengenai kisah silamnya.

"Akak ni dulu,kau paham la..biasala kita pempuan.Jalan aje mana2 fewitt sana fewitt sini.Lama jugak la akak duk keliru...mana satu la yang patut aku pilih..semua bagus2."

Razali hanya tersengih.Perempuan...semua perempuan rasa dia betul.Yang baik,yang buruk,semua rasa dialah perempuan paling baik dalam dunia.Lelaki?Dah boleh tau pengakhiran cerita Kak Miza ni,lelaki la yang jahat.

"Last2 kawin la jugak akak dengan bekas suami akak tu.Nama dia Maarof.Masa bercinta punyala sayang...aku berjalan ni sepanjang masa tangan tak pernah lepas."

Razali senyum kambing,"Sayang betul dia.." Kak Miza memandang Razali..mungkin ingin mengecam sama ada Razali ikhlas ataupun tidak."Kau ni macam malas nak dengar aku bercerita aje..sapa nama kau tadi?" tegur Kak Miza.

Razali pun menjawab,"Razali...tapi orang panggil Jali."

"Jali,sori la kalau aku cakap benda ni tapi akak ni memang betul2 meluat dengan lelaki.Ni semua sebab abang Maarof kau la...aku tengah pantang,boleh dia pegi bertenggek dengan pempuan jalang mana tah...aku dah la masa tu sakit.Seksa tau Jali mengandung ni...tapi bagus la jugak aku ramai anak...nanti bila diorang besar dapat la diorang jaga aku," Miza meminta simpati.

Razali hanya mampu merenung kosong berfikir mengenai keluarganya.Isterinya juga baru saja melahirkan anak pertama mereka...seorang anak lelaki.Rasa Razali,agak susah untuk dia membiasakan dirinya menjadi seorang bapa.Dah berapa puluh tahun membujang tiba2 perlu dikorbankan seluruh masa untuk menjaga seorang bayi kecil.

Isterinya,Kamelia adalah seorang yang sempurna pada dirinya sehinggakan kadang2 Razali sendiri merasa simpati melihat nasib Kamelia yang perlu melayan nafsunya yang membara.Dah ada anak ni...tak tau la bagaimana masa Kamelia akan dibahagikan.

"Kau dah kawin ke Jali?" tanya Kak Miza menghentikan lamunan Razali.

"Dah..baru lepas bersalin.Tengah pantang..anak lelaki.Comel!" ujar Razali senyum lebar.

"Bagus-bagus..kau jaga la anak bini kau elok-elok.Jangan jadi macam suami akak tu.Lelaki tak guna.Satu sen pun tak boleh pakai!" Kak Miza nampak berapi-api.

Razali mula bosan dengan telatah Miza yang emosional.Dia melihat jam di tangan."Ok lah kak.Saya balik dulu..ni pun dah petang dah ni.Saya dah janji dengan member saya,diorang nak datang rumah nak tengok baby.Mesti dapat hadiah ni."

Razali mengeluarkan walletnya."Slow bisnes hari ni kak?" Miza memandang Razali."Biasalah Jali...petang.Kang malam ni ramai la yang datang.Aku pulak yang penat melayannya..."

"Berapa kak?" tanya Razali lalu bangun dari katil. "RM30 sahaja bos!Kalau ada tips bagus jugak,boleh tolong anak2 akak.." Kak Miza sengih sambil membetulkan tualanya. "Nah saya bagi lebih sket...akak keep the change." Razali menghulurkan RM40 kepada Kak Miza.

Razali memakai kembali pakaiannya.Dia pun keluar dari flat yang didiami Kak Miza."Datang lagi tau..dengan kau aku bagi diskaun..." bisik Miza sebelum Razali berlalu pergi.

48 ulasan:

  1. 1st!
    kot..??
    XD

    BalasPadam
  2. kak miza pakai tuala je??ermm....

    BalasPadam
  3. ingatkan dia nak beli pisang goreng..

    BalasPadam
  4. massage ker? takkan murah sangat..

    BalasPadam
  5. aiyaaa..manusia zmn sekarang

    NGERI

    BalasPadam
  6. woho.. isk3x.. sembang lebat kak miza..

    BalasPadam
  7. ooookayyyyyy *cuba menepis mentaliti melayu yg kurg baik*
    :)

    BalasPadam
  8. akhirnya penantianku berakhir. setelah beberapa hari menunggu cerpen dari ko mantot, akhirnya ko buat jugak cerita untuk tatapan mata dan kepala otak aku. esok cerita apa pulak tot?

    BalasPadam
  9. kiranya x kesah la yg anak razali tu sbnrnya ank ahmad..(1st story)..sbb razali pn sama x bley pakai..
    laki bini pn 2x5 la nih..huhu..
    ssungguhnya llki baik adlh untuk prempuan yg baik..and vice versa :)

    BalasPadam
  10. adoh.. hape punye cerpen la ni.. punye la bagus kat awalan. tapi hampeh kat penghabisan..

    wakakaka

    btw, lama bebeno nk tngu cerpen baru. lotih doh..

    BalasPadam
  11. aiyak!! skali cite die mcm ni pulak XD

    BalasPadam
  12. Aku mengharapkan kak miza seorang penggoda yang pernuh sensasi dan simpati. Dalam cerita ni gaya bercakap dah macam makcik2. Terus aku terbayang rosnah mat aris. Hihihhi.

    BalasPadam
  13. biasala tu。lepas je puas mesti teringat anak bini。haha。

    BalasPadam
  14. rosnah mat aris? aku ingat kak ros yang lain...hehehe

    BalasPadam
  15. cerita dah best sekali ending.,haha.sembang lebat makcik tu.

    BalasPadam
  16. emosi ade skit,lawak ade banyak-selepas membaca sume..kah1000x,susunan cite ok...haha..memandai je aku nie..apepun...nice!!!

    BalasPadam
  17. # Kesimpulannya:

    Jangan Pangkah Dacing.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  18. cerpen2 cmni la yg ak cari... teruskan usaha.. masa depan anda cerah mantot..

    BalasPadam
  19. ni kesinambungan cerpen ko yg first ke tot?

    BalasPadam
  20. matcermin tue tak habis habis jgn pangkah dacing.. ada maksud ka ?

    BalasPadam
  21. 30? mana weh? aku nak, murah tuuu

    BalasPadam
  22. Macam2 situasi leh dibayangkan dlm entri ni..Ker minda aku yg terlebih tune?? Haish...

    BalasPadam
  23. phergh.

    tips 10 hengget untuk citer kisah silam je?

    cheeeiiitttttttttttt!!!!

    patutnye 20 je sebab kisah silam tu major turn off walaupon da lepas. pffttt!!

    BalasPadam
  24. jgn pangkah bn..wakaka

    BalasPadam
  25. As it is, eh Mantot?

    Seperti yang aku cakap dulu, x berubah, hidup 1000 tahun aku berani sumpah ko tak berubah. Dulu ko nafikan pelbagai Mantot...ko cakap dakyah kristianisasi tu tak wujud, Melayu pemikirannya kolot or just an immigination of stupid Malay. Hakikatnya perkara ini wujud dan semakin nyata sedikit demi sedikit, ko je yang tak tau atau ko tau tapi pejamkan mata sebab terkabur dengan sikap terlampau benci kerajaan. (aku ade source sendiri lagi terbukti dari Johor dan KL, bukan bace paper kerajaan or paper yg gila publisiti sampah)

    Bende yg ko tulis, ade yg bagus & sia2, now u revert back to your true colour, articles that only fit for people like u, enough is enough, u already 30, change la Mantot, this kind of article show what ur made of (hatred, sarcasm, bias...etc)

    Kepada org2 yg "like" tu, anda hanya like dan minat bende yg sia2 semata, baik la bulan ramadahan anda mencari "like" dari Illahi. (ramai yg bace pon orang melayu lagi islam) Tu lagi bermakna dari tulis cerpen yg takde kaitan gan ramadhan,membuang masa dan tak mengajak orang kepada kebaikan...

    BalasPadam
  26. gi la repot polis dengan source kau yg ada..
    setakat melalak kat sini buat apa...

    BalasPadam
  27. Buat Ursula,

    daripada komen hang tu aku nampak betapa malasnya hang nak mengguna pakai nikmat medula oblongata dan serebrum serta sereblum yg Allah bagi kat hang.

    Aku bukan nak back up Mantot, apatah lagi nak puji2 si Mantot ni. Aku haram xpernah kenal Mantot, dan aku jugak takde pertalian darah ape2 dengan dia.

    Cuba bukak sket mata hati ngko tu. Artikel ni mengajak kita berfikir, tgk macam mana Mantot twist dekat dua-tiga perenggan last tu. Bukan semua artikel "islamik" tu kena ada perkataan2 Allah, Muhammad, malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, kitab, Koran, dan sbgnya.

    Sebab orang macam hang ni laaaa wujudnya term "serbanistas", "purdahistas", "hijabistas", "Islamic extremist" tahu?

    Ok maybe I'm little bit too far. HAHAHAA

    BalasPadam
  28. cerita ni ada pengajarannya apa... sapa kata sia sia?

    BalasPadam
  29. haha... mcm s**l.... mati2 aku ingatkan tengah interview keje ke, bancian isirumah ke, beli pisang tepi jalan.

    bagus....

    BalasPadam
  30. citer yg nmpk santai tp penuh makna..realiti dlm masyarakat..

    BalasPadam
  31. sape kate xde pengajaran?otak penoh ngan taik mmg xdapat pk nilai crite nih.typical malays!!

    BalasPadam
  32. Byk "back up" ko dpt ye Tot...Tahniah...

    BalasPadam
  33. hehe. best2. buat otak aku yang mengantuk ni berfikir sket dgn ending tu. i lap u la abg mantot.

    BalasPadam
  34. kalo xde pengajaran pn ade aku kesah? ade ko kesah?

    bak kata raihan berhibur tiada salah nye

    cerpen ni bkn panjang sgt smpai aku miss solat atau lambat2 solat

    ko ingt kalo mantot buat cerpen ni dia langsung xde buat ibadah?

    ko ingt kalo reader like cerpen ni kitorang xde buat ibadah?

    noob thinking la ursula..

    btw, aku suke cerpen ni sbb dia bnyk pengajaran trsembunyi, noob mcm ko je yg xnmpak

    BalasPadam
  35. Salam,

    Rilek je bro..ursula tu trolling je tu..wat dek je la

    btw, nice story la..permulaan cerpen mmg kabur dia punya situasi, nak ending je jelas

    BalasPadam
  36. herrkkk!
    mula2 baca dh byngkn situasi dia, dlm opis dok sembang waktu dah nak balik rumah...alih2 cenggitu ek..

    amik yg baik yg buruk jd pengajaran,

    BalasPadam
  37. tolongla sambung cerpen2 kamu mantot...
    sian la kat aku yg excited bc cerpen2 kamu..tp xde ending.xnk la pk sendiri endingnya....huwaaaa

    baby kailan

    BalasPadam
  38. tertipu aQ,
    aq egt,
    kt kday mkn tdy..
    huhux
    mmg x ar..

    BalasPadam
  39. ursula ni umor brape da....
    hahaha.

    to mantot. tahniah la. sbab nk masok setengah thon jugak la aku gian ngan penulisan ko ni.haha. membuka minda dan hati. serius. sebagai org yg cerewet bab pemilihan novel yg ndak dibaca, klo ko la jd penulis novel di pasaran. insya- allah, ak xperlu nak selak 4-5 muka surat just to review cara keenak penulisan novel.huhu

    aku cerewet benda ndak dibaca. sbb aku tak suka buang masa. dan aku tak pernah rasa aku buang masa bukak blog ko ni tiap hari, sekali pun. haha (kalau ade update la). kui3

    ye. part WALLET dlm cerpen ni, menjadi bom utk aku.huhu KENAPA TIBA2 DIA KLUA KAN WALLET? WTFISH??? hhaha

    BalasPadam
  40. ni razali dari cerpen 01 tu ke? yg 'dapat' anak tu?

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.