Ogos 02, 2011

Cerpen 01 : Baby Lelaki Razali

Status di Facebook Razali bertulis "Just got my first child...my son...3.15kg..baby and wife selamat!syukur!"

Ahmad duduk di depan ipadnya sambil tersenyum riang membaca status kawan baiknya itu."Yo,my fren,congrats 4 being a father!" balas Ahmad di status Razali.

Ahmad duduk sebentar merenung skrin. Tangannya mencapai iphone di depannya.Jarinya pantas menaip sms ringkas kepada seorang lagi rakan baiknya, Abu."Yo bro...teman aq g beli hadiah untuk anak Razali,plis?Aq tak pandai nak beli brg baby.." begitulah mesejnya.

Ahmad termenung kembali menunggu balasan.Selalunya Abu tak pernah biar smsnya tidak berjawab."Ding dong!" Iphone Ahmad berbunyi.Ada sms masuk.

"Kau ingat aq reti?Tibai aje.2:30,sharp,Mid Valley.Aku naik LRT..kau hantar aku balik."

Ahmad sengih.
Nasib baik Abu nak tolong.

...............

Salesgirl itu mungkin pelik melihat 2 orang lelaki masuk ke dalam kedai yang dijaganya."Ya,Encik boleh saya tolong?" tanya salesgirl itu.

Abu sengih pandang Razali."Kami sebenarnya nak carik baju untuk anak kami!" Abu sedaya upaya tahan ketawa bila meluahkan ayat tu.Salesgirl itu buntang matanya sebentar,memandang Abu dan Ahmad yang berdiri.Mungkin kerana sengaja nak bergurau dengan lebih ekstrim, tangan Abu dipegang Ahmad.

"Oh..oh oh....I see...I see.." merah padam muka gadis itu.Pantas dia melangkah ke bahagian baju bayi."Lelaki ke perempuan?" tanya dia tak berani memandang wajah mereka berdua.

"Boy!" kata mereka serentak."Aaa..semua kat sini.." gadis itu pantas menunjukkan barisan baju bayi yang dipamerkan dan cepat2 dia melangkah pergi.

"Hahaha...tiap2 kali kita berlakon jadi pasangan gay...mesti respon diorang sama aje..hihihihi.." bisik Abu kepada Ahmad.Mereka pun membelek-belek beberapa helai.Sedar-sedar gadis tadi ada di belakang mereka.Cepat2 Abu menukar nada suaranya jadi lemah gemalai."Yaaanngg..I suka la yang ni..cuuuttteee sangat!" kata dia...

Ahmad ketawa berdekah-dekah dalam hati. Memang dia cukup tak suka shopping sambil diawasi salesgirl.Rasa tak bebas.Selalunya,lakonan mereka memang berkesan nak pastikan takde salesgirl berani datang dekat.

..................

"Banyaknya kau beli hadiah untuk anak Razali?Banyak betul duit kau?Aku tengok tadi total dekat 4 ratus lebih!" tanya Abu kepada Ahmad.

"Sekali-sekala Bu...anak member,apa salahnya?" jawab Ahmad ringkas."Ye la..tapi kau spend banyak2 pun bukannya anak kau pun..." soal Abu.

Ahmad masuk ke kereta selepas selesai memasukkan barang ke bonet."Sekali ni aje..lepas ni kalau dia dapat anak lagi..tak dapat la aku bagi banyak camni.." jelas Ahmad. Abu pantas masuk ke kerusi depan dan kereta pun meluncur laju membelah jalanraya.Kiri kanan jalan penuh dengan bangunan tinggi yang kelihatan seolah mencecah langit.

"Kau nak tau kenapa aku sanggup spend banyak2 ni?" tanya Ahmad,memecahkan suasana sunyi sambil kereta terus meluncur.

"Sebab kau dapat bonus?Sebab kau sudah stop layan clubbing?Sebab kau sudah tidak minum membuatkan kau banyak saving?" teka Abu. "Keh keh keh.." gelak Ahmad. "Ada ke camtu cara pemikiran kau?"

Pelik Abu..."Habis tu sebab apa?"Ahmad meneguk air liur."Kau member baik aku jadi aku bagitau kau...kau sorang aje ni. I trust you,man!"

"Ok..ok..ok!Macam biasa...biar pecah di perut,jangan pecah dekat mulut!" kata Abu makin teruja.

"......baby tu...anak aku..." kata Ahmad, perlahan.

Sepanjang perjalanan pulang selepas itu...
Abu yang gila-gila dan riang ria,langsung tak bersuara.

45 ulasan:

  1. gua dah agak dah beb!!! nice..!

    BalasPadam
  2. Hmmm.. tak pernah lak nampak gays kat kedai baby.

    BalasPadam
  3. aduss.... bula posa ni buat la citer berpekdah skit mantot oiii ~~

    BalasPadam
  4. haha.anak ahmad and bini razali upernya!
    terdiam abu.keh keh keh

    BalasPadam
  5. garapan yg cantik macam makan char kue tiow! tahniah...nak lagi? haha

    BalasPadam
  6. ni nk cite psl curang x curang ke.. sedihnyer.. kut ye pun razali MANDUL, jgn la sporting sgt share bini ngn kengkawan ;(

    BalasPadam
  7. msg ade aq, aq, aq tu paling takleh blah hahaha.

    BalasPadam
  8. sentap.
    aku tak expect ending cte nye mcm tu.huhu

    BalasPadam
  9. unexpected ending sbb aku berpuasa.

    BalasPadam
  10. salam..

    perut yang kosong dapat membuahkan cerpen yang membuatkan pembaca terfikir sejenak..

    BalasPadam
  11. agaknye macam 2 ke dunia zaman sekarang? fikirkan, renung2kan lah..

    BalasPadam
  12. sh*t...terkejut siak ending citer ni...haha...

    BalasPadam
  13. rupanya baby tu nakharam rupanya, kah kah kah

    BalasPadam
  14. speechless kejap. apehal sedih sgt ending dia ni? tak terbayang perasaan Razali tu kalau dia tau the truth. dahla first born.

    *emosi kejap*

    BalasPadam
  15. pergh~
    berderau darah aQ baca ending ni.
    nauzubillah.
    minta takde la dalam family aQ.
    amin.

    BalasPadam
  16. Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan.
    Rebutlah peluang dibulan yang penuh makna ini.
    Bulan yang didalamnya ada malam yg lebih baik dari seribu bulan.
    Bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran.
    Bulan yang Allah gandakan pahala, Doa diterima.
    Bulan yang dibelenggu Iblis & Syaitan.

    Tapi ape ape pun :

    Jangan Pangkah Dacing.

    -MatCermin

    BalasPadam
  17. Bismillah..

    *1st time commenting here*

    >Abu terdiam mgkn sbb dlm hati dia awal2 lg dh kata tu anak dia. tupp2 Ahmad dah confessed dulu.

    uhmm.....

    -MBY-

    BalasPadam
  18. Kalau Abu single, aku nak berkenalan. Chup! dia x buat perangai macam ahmad tu kan?

    BalasPadam
  19. ake igtkn cite ko di bulan ramadhan ni akn jd yg sopan cket nmpkny aku telah trsalah sgka.msti nk kne ade x factor 2 jgk.cite la yg baik2 cket mantot.bulan ni kn bulan yg dirahmati Allah.

    BalasPadam
  20. sori...
    bulan ni..target aku..aku nak buat antologi cerpen..sehari satu cerpen...

    apa aje cerita aku nak tulis..aku akan tulis..ada yang baik..ada yang agak "seksi2" sket..jadi tema mmg campur2..

    tapi aku akan try banyakkan cerita yang berfaedah...

    BalasPadam
  21. la,xde sambungan ke?btw,mmg nice.syg x smbung cite ni.

    BalasPadam
  22. Aku nak komen jugak tapi bangsat sikit;

    BoooooDooooooooooooo

    Mintak maaf kalau terasa. Hahahahha

    BalasPadam
  23. Aku nak komen jugak tapi bangsat sikit;

    BoooooDooooooooooooo

    Mintak maaf kalau terasa. Hahahahha

    BalasPadam
  24. ada error di paragraph 8. "Abu sengih pandang Razali". hehe...sambung plis!

    BalasPadam
  25. terkejut seyh... takut la nak kawin camni...

    BalasPadam
  26. dah agak ending dia camne!

    haha~ terhibur.

    sambung plsss..

    BalasPadam
  27. Biasala tu Mantot. Pompuan mane puas dgn sorang lelaki.
    Apa bila nampak lelaki yang lebih gaya, cepat cair.. dan berair.

    Yang cantikla, biasa kena main dgn dua tiga lelaki..gilir3 la. Selalu yang dapat sekali sekala tak kisah dapat rase sikit jadi.

    Yang tak cantik hmm lain pahala dia orang..hehehe.

    BalasPadam
  28. haha..xtau nak kata apa....gila!hahaha..

    BalasPadam
  29. Macam harun juga la gamaknye cite ni...Hahaha, kesian gile member

    BalasPadam
  30. terbaik la tot.. best kalo buat citer ni..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.