Julai 05, 2011

BERSIH 03 : Tuntutan Aku Kepada Suruhanjaya Pilihanraya Sebab Aku Sebenarnya Tak Suka Nak Pergi Main Kejar-Kejar Dengan FRU

1. Walaupun Malaysia hampir memasuki era "negara maju" kenapa penggunaan dakwat kekal pada jari masih lagi belum dilaksanakan?Penyokong Patriot atau sesiapa saja yang tak setuju dgn tuntutan BERSIH, sila jelaskan kesan buruk penggunaan dakwat.

2. Mengapa undang-undang lompat parti masih lagi tidak digubal untuk memelihara pilihan rakyat untuk mengelakkan terjadinya kes-kes lompat parti? Jika SPR adil,usulkan benda ni di Parlimen.Jadikan calon yang ingin melompat parti mewajibkan calon bertanding semula untuk mendapatkan mandat pilihanraya.

3. SPR boleh mencadangkan supaya kerajaan membenarkan penubuhan stesyen televisyen dan radio yang menyampaikan perjuangan pembangkang tidak kira apa parti untuk menyuarakan pendapat mereka.

4. Kenapa SPR tidak mempersoalkan tekanan yang diberikan terhadap penjawat awam yang ditekan untuk mengundi pihak kerajaan BN?Penjawat awam yang bertugas dengan kerajaan mempunyai hak untuk memilih sesiapa saja yang mereka mahukan walaupun mereka bekerja di Putrajaya sekalipun.

5. Kenapa kita perlu didaftarkan sebagai pemilih?Adakah tidak cukup data yang ada pada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan individu layak mengundi atau meninggal?Jika wujud perkongsian data antara JPN dan SPR,proses pendaftaran pengundi ini tidaklah perlu dilakukan.IC kita adalah smart kad..ada cip elektronik lagi tu woo.Umur 18 kena buat IC baru,kan?21 tahun dah layak mengundi...daftarkanla secara automatik.Nak kena pinda perlembagaan?Usulkan la kepada Parlimen.SPR ada kuasa kan?SPR nak yang terbaik untuk rakyat?Usulkan.

6. Apa kriteria sebenarnya yang membolehkan Pengerusi SPR ni dipilih? Kalau tengok semua Pengerusi SPR adalah mereka2 yang "lama dalam perkhidmatan awam." Jadi,mindset tu takleh nak diubah.Adalah sangat susah untuk berlaku adil kalau seseorang itu sudahpun membesar dalam sistem yang dia sendiri rasa berkesan kepada diri dia.

7. Tidak ada benda lain yang menjelaskan SPR adalah agensi kerajaan selain daripada website SPR yang memang bertemplatekan website kerajaan.

8. Apa beza Suruhanjaya Pilihanraya kita dengan orang luar? Di Amerika,mereka tidak ada seorang pengerusi..mereka ada 6 commisioner yang berpangkat paling tinggi dalam Suruhanjaya diorang dan dalam 6 orang tu...hanya 3 orang boleh datang daripada parti politik yang sama.6 orang berlainan parti ni lah yang akan tentukan macam mana pilihanraya berlangsung.

9. Di Britain pula,mereka dengan selamba memaparkan data-data kewangan tiap2 parti,dari mana mereka dapat wang belanja,ke mana wang itu akan dibelanjakan dan sebagainya.Website SPR kita?SAKIT MATA BEB TENGOK!TOLONG LA TUKAR DESIGNER YANG SENONOH SKET!Dan data2 dalam tu berterabur..langsung tak professional.

Dan yang paling penting,UK Electoral Committee tidak dilantik oleh Kerajaan memerintah,tetapi dilantik oleh Parlimen.Bila Parlimen lantik maksudnya,suara wakil pembangkang pun diambil kira waktu perlantikan.

10 . Dan lastly...TOLONG..TOLONG....TOLONG....Updatekan logo SPR tu.Kita dah 2011.Logo tu boleh la pakai tahun 1970 dulu.Orang nak mengundi pun boleh muntah tengok logo.Selagi logo tu tak ditukar,selagi tu la orang2 muda akan merasakan pergi mengundi adalah sesuatu yang tidak cool.

UPDATE!
SIla semak ni cepat.Satu orang,ada pegang 2 nombor IC baru,tapi satu nombor IC lama.Cepat semak sebelum diorang buang!Selangor!Selangor!Dia boleh mengundi 2 kali kat 2 tempat berasingan.


SPR! SILA JAWAB!Daftar pemilih itu telah disahkan!

64 ulasan:

  1. betul kata anda saudara mantot .. di televisyen mereka sibuk kata nak memacu negara , menjadi sebuah negara maju , tapi mentaliti masih ditakuk lama .. 50 tahun lebih .. tolonglah , kami memerlukan nafas baru .. hadeiii .. jemu , jemu dgn dacing .

    BalasPadam
  2. selagi logo cmtuh kejadah slagi tulah aku xdaftar pengundi.,hahhaa

    BalasPadam
  3. NKRA- Najib Kerja Rosmah Arah...tertekan idup najib.xkesian ka?>_<

    BalasPadam
  4. Design website SPR mcm design Jiwang dulu2.

    BalasPadam
  5. kelakar tengok tv. siap ada iklan protes perhimpunan bersih. pelakon drama pulak tu. mesti mahal belanja. oke jom pakai pakai baju kuning ramai-ramai 9 julai ni.

    BalasPadam
  6. mekasih mantot..barula aku paham ~~

    BalasPadam
  7. Dulu sebelum mak aku mengundi, IC dia keluar nama cina bila check. Ada 2 jugak.

    BalasPadam
  8. spr x bleh buat apa bai, spr bn yg ctrl bai, apa yg kita bleh buat, kita kena pastikan pr sapu BERSIH dlm pilihanraya nnt, tu je cara dia

    BalasPadam
  9. nak sapu mcm mana bang,mintak pilihanraya yang adil dan clean pun ada orang bangkang...hahahaha

    BalasPadam
  10. Alasan: "Kami kekurangan kakitangan, tak sempat nak update" Kah kah kah...

    BalasPadam
  11. lepas ko ckp website SPR nthpape, trus aku bukak (1st time nih seumur hidup bukak website SPR) .. tgk tak sampai 2 minit, hilang interest ~ apenth lg tgk logo tu, rasa sayu jer ~

    BalasPadam
  12. dh daftar lma dh tp npe xmasok2 lg eh?

    BalasPadam
  13. Alasan 2: " Database kene hacked by Anonymous Malaysia, takde backup, data dah tunggang langgang" Kah kah kah

    BalasPadam
  14. aku baca metro pasai ISU daftar automatik umur 21thn kat sini http://www.hmetro.com.my/articles/Pendaftaransecaraautomatiksulitkanpemilih/Article

    diorng bagi alasan sebahagian rakyat msia tak menetap lagi di alamat yg tertera di IC, dulu masa aku register kat kaunter jugak ckp "skrg ni alamat mengundi ikut IC"...aiit??? okeh aku takde hal tu memng kg halaman aku.

    pada aku baik SPR register automatik dgn JPN...sape yg nak tukar alamat mengundi je yg pegi register balik kat SPR.

    BalasPadam
  15. No IC lain tu, tp name same. bkn mase mengundi dorg cek no ic skali ker? or Encik Abdullah Omar ni ade 2 IC?? konpius den

    BalasPadam
  16. Kalau nak ngundi tempat lain dr ic, kna tukar ic dulu kan??

    BalasPadam
  17. pendatang asing pon dapat mengundi weh.bayang kan lah camana pilihanraya kita ni. hancus2.

    -didi-

    BalasPadam
  18. @Rayna
    Iya..dia ada dua IC

    @Adillatun
    Yes,kau kena tukar alamat kat IC..memang masa kau register voters kau akan diberikan tempat mengundi ikut alamat IC..aku pun kena balik Kedah untuk mengundi.

    BalasPadam
  19. takde pulak bunyi2 geng UMNO dalam post ni...selalu dah riuh dah ni

    BalasPadam
  20. Alasan 3: "Kami kekurangan dana untuk perbaiki sistem peyimpanan dan akses database kami" Kah kah kah

    BalasPadam
  21. Btul2 rituh sj2 ty nk tukar tmpt undi diorg suh g nek bas bergerak jpn tu..tp yg klakar nye,setiap kali PRU,adik beradik abh aku bertambh dgn byknye..ntah nama sape2 ntah smpi surat manisfesto BN tu smpi umh tok aku..maklumla..Dun penanti Parlimen Pmtg Pauh..pakat guna add dia..papepon aku rs kita berhak dpt Pilihanraya yg Bersih lagi adil..

    BalasPadam
  22. masalahnya apa kerja wakil setiap parti bertanding termasuk pembangkang dalam pusat mengundi tu?

    tido? gentel telor je ke? kalau ada individu sama yang datang mengundi guna IC berlainan bukan kah kerja wakil setiap parti bertanding tu ialah membantah?

    hatta jika disyaki pengundi hantupun bukan kah tugas mereka ialah membantah dan sekaligus menghalang individu yang disyaki pengundi hantu tu dari mengundi

    BalasPadam
  23. Dah terang lagi bersuluh.. lagi x mau ngaku ka? adoi..

    BalasPadam
  24. obe oi,takkan la wakil tuh nak ingat setiap rupa orang yang datang mengundi kat situ? dari pagi sampai petang kot..

    BalasPadam
  25. mantot,

    aku harap kat malaysia ada orang macam city hunter (drama korea) tu..mesti banyak yg gigil kepala lutut...

    BalasPadam
  26. laici ooiii... bukan ke boleh cek nombor IC yang tertera dalam setiap salinan yang ada pada setiap wakil pemerhati.

    Nak ingat paras rupa buat apa. Cek ler nombor IC setiap pengundi pastikan tiada nombor IC yang sama masuk mengundi lebih dari sekali

    BalasPadam
  27. paling aku setuju part umo 18 kene tukar ic tapi still masuk umo 21 kene daftar jugak sebagai pengundi.

    baik takyah ade mykad canggeh2 camni.

    BalasPadam
  28. slave hunter la bkn city hunter bangang

    BalasPadam
  29. " slave hunter la bkn city hunter bangang

    July 5, 2011 9:17:00 PM GMT+08:00 "

    wahai pakcik/makcik,
    city hunter lah, bukan slave hunter (cite tahun 2010)...
    ni cite baru tgh tayang korea pasal hero dia tumpaskan kegiatan kotor 5 pemimpin/politik negara tu...
    lee minho yang berlakon lah...

    BalasPadam
  30. obe,
    problem dia skrg ni,dah wujud pengundi klon.
    satu orang,dua IC,dua tempat mengundi

    BalasPadam
  31. Parti selain dari UMNO tiada hak untuk memerintah Malaysia. Malaysia kepunyaan UMNO. UMNO ialah kerajaan dan kerajaan ialah UMNO. Sebarang usaha untuk menggantikan UMNO mesti ditentang walau apa cara sekalipun.

    BalasPadam
  32. "Parti selain dari UMNO tiada hak untuk memerintah Malaysia. Malaysia kepunyaan UMNO. UMNO ialah kerajaan dan kerajaan ialah UMNO. Sebarang usaha untuk menggantikan UMNO mesti ditentang walau apa cara sekalipun."

    Yeah..sarkastik..Sweet..Kah kah kah

    BalasPadam
  33. Isu 1: Wakil rakyat Pakatan Rakyat boleh bawa usul ni ke parlimen utk dibahaskn bagi meminda akta pilihanraya. Segala kuasa SPR adalah tertakluk kpd akta yg telah ditetapkn. Knp wakil rakyat PR tak bawa usul ni?

    Isu 2: Sama di atas.

    Isu 3: Pembangkang boleh try mohon lesen penyiaran radio @ TV dulu. Kalau x dpt... baru buat demo!

    Isu 4: Aku penjawat awam, xde rasa apa2 tekanan pun semasa mengundi. Aku pengundi atas pagar... kadang PAS kadang UMNO, tengok calon.

    Isu 5: SPR dan JPN dikatakn sedang dlm proses link data diorg spt JPJ dgn Polis... tunggu dan lihat. Tapi perlukan pindaan akta di Parlimen. Wakil rakyat PR boleh bawa usul ni kalo nak cepat. Kalo x lulus... kita buat demo!

    Isu 6: Setuju

    Isu 7: Setuju

    Isu 8: Setuju

    Isu 10: Setuju sgt2.

    BalasPadam
  34. obe oi, awal2 tdi, kau gak yg tulis

    kalau ada individu sama yang datang mengundi guna IC berlainan bukan kah kerja wakil setiap parti bertanding tu ialah membantah?

    nak cek ic cmne,kalau ic lain2?

    so..cmne? nak cek muka?

    BalasPadam
  35. bersih 2.0 is now legal. would you join bersih incik mantot?

    BalasPadam
  36. Tu kat website yang maha boring tu ada button http://semak.spr.gov.my/sistemaduan/borangaduan10.php?id=PENG

    Apa lagi.. copy paste lerr..

    bagi sket derang ni braining brainwash sket!!!

    BalasPadam
  37. hohooo biase la tu wei. klu otak dah terbenam dgn duit je.. ape pun tak nampak.

    BalasPadam
  38. aku suka dengan komen anonymous 10:36.

    bila baca tuntutan kau ni Tot, aku rasa macam kau dah keliru antara peranan SPR dengan fungsi ahli parlimen.

    1. aku tak tau pun negara maju ada guna dakwat kekal pada jari. boleh bagitau aku negara maju mana yang guna dakwat kekal? setakat yang aku tau, afghan dengan india ada la guna kot.

    2. SPR boleh usulkan penggubalan rang undang-undang kat parlimen ke? serius aku tak tau pun SPR ada suara direct dalam parlimen.

    3. urusan pelesenan tv dan radio bukan bawah bidang kuasa SPR.

    4 & 5. rujuk komen anonymous 10:36.

    6,7,8,9,10. apa ni? filler ke?


    hah, bila nak masuk bertanding ni Tot? dah jenuh aku kempen: hari ni masuk parti, esok jadi menteri!

    dah jadi menteri besok, bolehla kau design website kerajaan jadi macam blog ni. sangat profesional. sejuuuuuk mata memandang Tot.

    BalasPadam
  39. Kau yang tak paham kot...

    Tuan Dr Zulkefly Bin Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menyatakan mengapakah penggunaan dakwat kekal ditarik balik penggunaannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewar-warkan akan menggunakannya sebelum itu.

    Jawapan

    Tuan Yang DiPertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan utama SPR hendak melaksanakan penggunaan dakwat kekal adalah untuk mempertingkatkan lagi ketelusan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Ini kerana terdapat dakwaan-dakwaan daripada pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa ada pengundi-pengundi yang akan cuba mengundi lebih dari sekali. Justeru itu, dengan penggunaan dakwat kekal ia dapat mengelakkan mana-mana pihak untuk mengundi lebih daripada sekali. Oleh yang demikian, persiapan awal yang sewajarnya untuk melaksanakan cadangan penggunaan dakwat kekal telah dibuat oleh SPR.

    Namun begitu SPR telah menerima laporan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi gambaran bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memperolehi bekalan dakwat kekal daripada negara jiran. Mereka telah merancang mengekploitasikan penggunaan dakwat kekal dengan cara memujuk pemilih-pemilih terutamanya dari masyarakat luar bandar dan pedalaman supaya terlebih dahulu mencalit dakwat kekal di atas kuku masing-masing sebelum hari mengundi dengan mengatakan bahawa hanya mereka yang sudah dicalit dengan dakwat kekal sahaja yang dibenarkan mengundi pada hari mengundi. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan timbulnya ketegangan di saluran-saluran mengundi kerana petugas-petugas pilihanraya sudah tentu tidak akan mengeluarkan kertas undaikepada mereka yang telah dicalitkan dakwat kekal di atas kuku masing-masing, sedangkan pada hakikatnya mereka belum lagi mengundi.

    ..............

    mana-mana cadangan atau pelaksanaan yang hendak dilakukan mengenai pilihanraya nestilah datang daripada SPR untuk memastikan pilihanraya adil dan clean.Sama ada Parlimen nak jalankan atau tidak,itu bergantung kepada Parlimen.Tugas untuk mencadangkan dakwat kekal digunakan bukan tugas Parlimen atau wakil rakyat pembangkang..benda tu mesti datang dari SPR sbb ada bawah bidang kuasa dia.

    BalasPadam
  40. dan pada pemahaman aku,once SPR dah decide nak guna dakwat kekal..Parlimen tak boleh nak kata apa.

    Parlimen kena accept decision SPR.

    BalasPadam
  41. aku ingat nak tolong je kau tanya kan soalan2 ni kat pengerusi SPR terus. tak payah la korang buat demo bagai.

    1. nyusahkan diri sendiri kena kejar fru
    2. nyusahkan orang lain yg langsung tak amik campur pasal bersih ke kotor ni sebab diorg pun tak tahu tujuan bersih.
    3. roadblock sini sana. letih la aku nak pegi keja nak balik berak pun susah. :(
    4. apa faedah dari demo2 ni? diorg ikot ke cakap korang kalau menang demo? tak faham la.

    setiap benda yang negara buat kenapa kita kena compare dgn negara orang lain. pasal gaji, kena buat demo.

    aku faham kita nak tukar kerajaan for the next pilihan raya.

    patutnya educate orang ramai dengan ilmu yg ada. kenapa kena buat demo, apa yg korang dapat?

    sebab kadang2 niat certain orang mmg suci, nak demo sbb tak puas hati. tp bagi yg saje nak tunjuk perasaan bagai tu padahal tatau pun tujuan bersih sebenarnya, so mereka ni yg akan memburukkan keadaan nanti.

    adakah demo ini last choice korang?

    BalasPadam
  42. Point No.2 tu, aku rasa dah terkena kat batang idung Anwar sendiri kot. Memang, Wan Azizah tak lompat parti, tapi dia letak jawatan supaya laki dia leh naik.

    Kah Kah Kah...

    BalasPadam
  43. Tak Faham,
    kau pun tau kalau kerajaan educate orang ramai dgn knowledge pasal benda ni,habis kerajaan kena hentam balik dgn rakyat.Kalaulah RTM berani keluarkan iklan push penggunaan dakwat kekal masa pilihanraya,aku rasa Malaysia ni takde masalahnya.

    @Hazard Ali
    Ya...mmg pembangkang ada untung dengan benda tu tapi kalau pandang dr segi neutral,rakyat sbnrnya yg rugi.

    Pada aku,kita perlu ambik Wakil Rakyat yg ingin melompat parti ni sama macam Wakil Rakyat yang dah meninggal..baru betul.Ada orang yg undi parti,ada orang yg undi wakil rakyat pilihan dia..jadi cara paling baik is re-election.

    Kalau akta tu digubal jadi lagi tegas,takde siapa yang akan dapat faedah drpd law tu.Lagi fair pada pandangan aku.

    BalasPadam
  44. aku assume komen 7:43 dan komen 7:56 tu untuk jawab soalan aku. kalau betul, terima kasih sebab bagi jawapan.

    "Walaupun Malaysia hampir memasuki era "negara maju" kenapa penggunaan dakwat kekal pada jari masih lagi belum dilaksanakan?"

    ayat tu secara indirectly macam kau nak cakap negara maju guna dakwat kekal. sebab tu aku tanya.

    secara idealis, penggunaan dakwat kekal itu backwards. seolah-olah sistem terlalu lemah sampai kena guna kaedah macam india dan afghan (dua-dua rakyat takde kad pengenalan). tapi secara realistiknya, rakyat malaysia bukan semua duduk kawasan urban. bukan semua berpendidikan tinggi. bukan semua boleh membaca. mungkin ada perlunya guna dakwat kekal untuk elak rakyat dieksploitasi.

    tapi macam dalam jawapan kepada YB Kuala Selangor tu, guna dakwat kekal pun ada catch 22. kalau laporan PDRM tu betul, maksudnya sesiapa saja yang ada dakwat dekat jari dia boleh dinafikan hak untuk mengundi. ini melanggar perlembagaan sebab semua rakyat berumur 21 tahun ke atas dan sudah mendaftar memang layak mengundi. hak mengundi tak boleh dinafikan atas sebab trivial macam ada dakwat pada jari. tak perlu terangkan kepentingan perlembagaan sebab aku rasa kau faham.

    jadi, penggunaan dakwat lebih banyak kontra dari pro. nak luluskan satu-satu peraturan, kena imbang semua. sebab tu aku rasa tuntutan yang ni dah jadi non issue.


    "Jika SPR adil,usulkan benda ni di Parlimen."

    berkenaan undang-undang, SPR boleh cadang di luar parlimen. untuk luluskan rang undang-undang, kena bahas dalam parlimen. tapi apa yang kau tulis tu suruh SPR sendiri usulkan dalam parlimen. tu luar bidang kuasa SPR kan? aku tak faham ke atau kau sendiri yang keliru ni Tot?

    BalasPadam
  45. bagusnya semua point kau ni!
    mmg terbaik
    aku tak pernah tau pun benda2 macam ni sebelum ni,dan ada certain juga yang tak pernah terfikir pun.heehhe :D

    BalasPadam
  46. Ko,
    kau tak rasa alasan polis tu agak kelakar ke?
    pengundi semua 21 tahun ke atas...susah sangat ke nak terangkan dekat orang ramai yang dah reti berfikir....

    "PASTIKAN ANDA HANYA MENCELUP JARI ANDA KE DALAM DAKWAT DI KAUNTER PENDAFTARAN PUSAT UNDIAN ANDA!"

    First,
    SPR boleh rahsiakan dakwat apa yang diorang pakai..maksud aku..kaler dakwat tu.Pakai la kaler pelik2..oren ke,hijau ke...

    Second...
    Benda ni dah diaplikasikan dah dalam Malaysia.Kalau aku pegi gig dulu2,kena cop dekat tangan...jadi boleh keluar masuk.Esoknya,event yang sama day kedua...cop yang sama tapi warna lain pulak.Sama kan sistem dia dgn dakwat jari tu?

    Ketiga...
    Kalau aku pegi kat kau,mintak kau celup jari dalam ink tak pasal-pasal,dan kau mesti dah lebih 21 tahun kan....mudah ke kau nak bagi aku buat camtu?

    Lagi banyak faedah dia sbnrnya.
    Kau baca alasan tu,kau tak nampak ke seolah2 diorang assume rakyat ni bodoh dan senang kena tipu?

    BalasPadam
  47. dan pasal negara maju tu,
    sebenarnya sbb kita nak mencapai negara maju..tapi sekalipun negara kita tak pernah mengamalkan teknik yang kau katakan "backwards" tu...

    negara maju berani tak pakai ink sbb dornag punya election committee mmg independent body.mcm aku tulis tu tapi kau kata "filler"

    Kita ada seorang aje Pengerusi SPR..tapi dia mengawal kedua pihak2 kerajaan dan pembangkang.Dam pengerusi ni bekas pekerja gomen YANG TINGGI PANGKAT DIA.

    Macam mana nak achieve balance kalau mcm tu sistem dia?

    BalasPadam
  48. aku ada kat London masa mayor election tahun 2008..mmg kebetulan aku pegi sana time tu..pakcik adik ipar aku siap gi mengundi...

    yg peliknya...

    1. aku takde nampak langsung poster ke apa ke,takde orang penyokong bersorak2 naik motor ramai2

    2. dalam TV,kau boleh nampak 2-2 calon mayor dapat coverage media.ada satu hari,2-2 tu diberikan waktu utk bagi "final speech" dia..rilek aje

    benda tu mmg pelik bagi aku waktu tu....

    BalasPadam
  49. ok, aku faham. kau nak percaya yang semua pengundi tu bijak (walaupun dalam komen entri satu lagi kau cakap mungkin pengundi memang bodoh). pandai menilai yang mana betul yang mana tipu. tapi tu tak realistik. sebab pengundi bukan semuanya berpendidikan. masih ada lagi yang buta huruf sebab tu atas kertas undi letak logo parti instead of tulisan.

    aku takde niat nak rendahkan taraf pemikiran pengundi tak berpendidikan, tapi ada yang terlalu senang percaya dengan mereka yang berlagak macam ada authority.

    orang pedalaman, kau rasa takkan terpedaya ke kalau ada orang mengaku wakil SPR suruh diorang celup jari dengan dakwat untuk sah mengundi? sedangkan diorang luar dari tempoh mengundi tak pernah jumpa orang luar pun.

    tak boleh lah kau assume semua orang tahap pemikirannya sama macam kau Tot. dan tak adil kalau hak mengundi dinafikan atas sebab diorang diperdaya. walaupun cuma sorang. tu tak adil.

    kalau kau percayakan teori konspirasi yang cakap kerajaan korup, SPR korup, apa kau rasa diorang boleh rahsiakan ke dakwat jenis apa yang diorang guna?

    BalasPadam
  50. lagi tak adil kalau kau nak pegi mengundi tapi kau tgk nama kau dah kena potong sbb ada orang dah undi untuk kau..benda ni mmg jadi Bro.

    kau pandang dr perspektif nanti ada orang takleh nak gi mengundi sbb kena tipu,aku pandang dr segi nanti ada orang menipu pegi undi 2 kali,3 kali...

    tapi kalau diorang implementkan dan start ajar orang ramai dari sekarang,tak salah kan?sampai bila nak tunggu?

    lama2 orang akan makin cerdik dan orang kat pedalaman tu akan sedar jugak...paling bodoh pun anak2 diorang mesti ada dah yang celik sket mata nak berfikir.

    kalau RTM mampu buat orang kampung percaya dengan BN..RTM jugak mampu buat orang kampung sedar yang dakwat tu hanya kena celup lepas pengundian.

    takkan la sebab golongan minoriti yang bebal ni penggunaan dakwat tak dijalankan?takkan la lagi ramai orang bodoh dr orang pandai kat Malaysia ni?

    Buat iklan kat RTM..announce kat Radio rasmi RTM...buat iklan,letak dalam Utusan,dalam Harakah.

    Kalau betul2 fair,takde masalah lah nak implement benda ni..

    BalasPadam
  51. ok la setuju dengan mantot! hati2. malaysia cannot lose another good guy who fight for justice like you and others! b pray for all of you.

    BalasPadam
  52. Hazard Ali..sekurang-kurangnya Wan Azizah bagi laluan pd Anwar utk dipilih oleh puluhan ribu rakyat Permatang Pauh.

    Menang bermaruahlah berbanding katak2 lompat parti. Mrk nih dah makan elaun haram YB hang tau dak? Duit rakyat dia yg bayar elaun lps tu dikhianati. Tanggung sendirilah.

    BalasPadam
  53. Teruskan mantot, ko masih tak faham lagi atau buat2 tak faham.

    BalasPadam
  54. "takkan la sebab golongan minoriti yang bebal ni penggunaan dakwat tak dijalankan?takkan la lagi ramai orang bodoh dr orang pandai kat Malaysia ni?"

    kau memang seorang yang demokratik kan? pergi matilah sama minoriti bebal. majority rules!

    tapi ya ke?

    kau kena tengok context. majoriti boleh jadi minoriti dan minoriti boleh jadi majoriti.

    contoh: pilihanraya umum, majoriti pengundi ialah melayu muslim. tapi bila pilihanraya kecil di sarawak contohnya, melayu muslim mungkin akan jadi minoriti dan cina kristian boleh jadi majoriti.

    masa tu baru kau tau apa rasanya jadi minoriti.

    dan bayangkan kalau pilihanraya kecil di kawasan pedalaman, majoritinya mungkin golongan minoriti bebal yang bodoh tu.

    demokrasi bukanlah satu sistem yang sempurna. you're screwed for as long as you have simple minded folks as majority, lead by a tool.

    apa yang aku nak cakap ialah, kesedaran politik itu penting. lebih penting dari tuntutan picisan kepada SPR. SPR is just a machine. and political conscience is bigger than any machine.

    you're barking at the wrong tree. mungkin kau dan kawan-kawan majoriti kau patut tumpukan pada perkara yang lebih penting dari melawan machine tanpa nyawa ni.

    kau pendidik. bukak minda student kau untuk faham sejarah, hargai ilmu dan hormat sesama manusia. lama-kelamaan tak mustahil untuk pilihanraya malaysia akan jadi telus macam negara barat macam kau cakap.

    kalau kau tak mulakan, nak harap siapa?

    BalasPadam
  55. bro,
    pada aku,selagi BN memerintah,selagi tu golongan2 pedalaman ni akan terus jadi "politically naive."

    bagi basikal,pangkah dacing.
    bagi hamper,pangkah dacing.
    bagi beg sekolah,pangkah dacing.

    mungkin cara yang aku buat tak kena dgn kau punya citarasa tapi apa yang aku cuba adalah benda yang kau suruh aku buat.

    attack SPR.sebab apa?

    sebab SPR sepatutnya adalah badan paling penting dalam negara kita yang rakyat boleh rely on,selain dr sistem kehakiman.

    Kau tak boleh minda seorang yang simple minded dengan benda2 yang kompleks.Kalau BN mampu tawan minda diorang dgn benda yang simple,kau perlu bagi dia benda yang simple jugak.

    Bila orang ramai mula mempersoalkan SPR,itu adalah political awakening.Kau sendiri boleh baca kat sini dan aku percaya ramai kat sini yang terbukak sket kepala otak nak nampak macam mana politik effecting life diorang.

    Ada banyak cara nak orang aware pasal politik.Mungkin pada kau cara aku tak betul...tapi IT IS WORKING.

    Kau cuba ingat sejak bila DAP ni dapat diterima oleh orang Melayu?Aku membesar dengan menganggap DAP TU BAPAK SEGALA SYAITAN tapi bila aku dah berfikir sket2...oh,begitu rupanya perjuangan DAP....tak salah pun pada aku.

    Tapi,macam mana pun...apa yang kau cakap ni sbnrnya?Kau mintak pilihanraya telus..tapi kau kata "SPR ni isu picisan.."

    Which one is the right tree anyway?

    BalasPadam
  56. you're looking at it in short term. lawan SPR itu short term. apa kau rasa semua akan jadi ok kalau SPR penuhkan tuntutan ni semua?

    selagi minda orang kebanyakan tak dibuka untuk keluar dari kepompong jahil, selagi tu takkan ada apa-apa perubahan.

    kalau SPR dah penuhkan tuntutan ni semua, apa kau rasa negara akan bertambah maju, rakyat akan bertambah makmur dan bahagia?

    tak.

    hanya sebab majoriti simple minded, kau nak diorang kekal simple minded dan biarkan negara diperintah sebilangan elit? itu bukan asas negara maju. negara maju terdiri dari penduduk yang majoritinya cerdik pandai. mereka takkan telan bulat-bulat apa the proverbial man cakap tapi akan persoal dan terus persoal sampai semua mata terbuka untuk faham.

    maaf kalau aku dah makin abstrak. minda aku terangsang bila debat macam ni dan aku tak boleh nak elak dari tulis secara abstrak.

    kalau kau tak faham, tak apa. terima kasih sebab bagi aku ruang untuk cakap apa yang aku rasa.

    lain kali, kita sambung lagi. for the time being, i guess we have to agree to disagree.

    BalasPadam
  57. Senang cerita lah... kat Malaysia ni perkauman memang kuat sejak zaman merdeka lagi. Dasar pecah dan perintah yang membuatkan semangat perkauman semakin kuat ditambah lagi wujudnya sekolah vernakular yang secara langsung melebarkan jurang perpaduan. Cina dengan cina, melayu dengan melayu, india dengan india. Jadi, nak fahamkan orang bukan islam dengan keindahan islam memang susah dengan sikap perkauman ini lah. Tapi cuba kau tengok kat Kelantan, cina rapat dengan melayu dan fasih dengan bahasa melayu kelantan disebabkan PAS menunjukkan suatu jalinan ukhwah antara islam dan bukan islam. Banyak bezanya cina kelantan dengan cina negeri lain. Macamana dengan tempat lain? Adakah wujud jalinan ukhwah antara dua golongan ini? Fikir-fikirkan lah.

    BalasPadam
  58. ko...

    abis tu apa langkah yang kau rasa sesuai nak didik orang ramai supaya tak jahil?

    kau bercakap terlalu vague tapi praktikalnya takde apa..cuba cerita kat aku sket mana tau aku boleh try2 apply kat sini...

    short term fight adalah supaya kita yang hidup skrg ni mampu survive...long term fight adalah utk pastikan anak cucu kita hidup senang...

    jadi,kalau kau ada idea,cuba bagitau sini

    BalasPadam
  59. id ym kau tu sama dengan emel address ke? komen aku panjang sangat. tak sesuai untuk post kat sini. dan tak sesuai untuk letak dalam blog aku.

    kalau id ym tu sama je dengan emel address, aku send emel je.

    BalasPadam
  60. tak sama...tu profile je tu YM tu

    kau nak email ;

    ultramantot@yahoo.com.my

    tapi mintak tolong letakkan tajuk dengan CAPS sbb mail aku ni byk benar spamnya...biasalah..ramai betul yg "nak" bagi aku duit dan "Maybank2u" nak inform aku pasal password aku

    BalasPadam
  61. ble tolong check tak 4 angka terakhir dedua ic tu. deduanya berbeza. takkan la dalam msia nie ade sorg jek pakcik yg lahir pd tarikh & tahun yg sama nama pun sama... c'monnnn~! you can do better!

    BalasPadam
  62. en. tot..nak tny dakwat yg bakal digunakan tu blh bwk solat tak? sy sokong tuntutan BERSIH..tp camne dr segi penggunaan dakwat kekal tu..blh tlg cari sumber tak??tq

    BalasPadam
  63. Anon yang tanya pasal IC tu..

    IC lama dia nombor sama Dik.
    IC lama dia nombor sama Dik.
    IC lama dia nombor sama Dik.

    Diorang mmg rekodkan nombor IC lama dengan no.IC baru...

    Come on..You can read better.

    @Anon dakwat,

    Yang tu aku tak tau..tapi Mesir dah pakai.Jadi kita boleh try tanya diorang macam mana dengan dakwat tu

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.