Julai 13, 2011

Bagaimana Mudahnya Urusan Perniagaan di Malaysia Dimulakan?

Satu hari,beberapa minggu lepas, pagi waktu pegi kerja...Aku dengar BFM 89.9.Jemputan dia hari tu adalah owner Pasaraya Mydin..aku tak ingat nama dia sapa. Ok jugak dia bercakap,English dia pun agak fluent takde la macam pengerusi Wilayah Pembangunan Iskandar yang terketar-ketar bercakapnya dan nampak sangat point nak dijawab bila kena attack tu tak berapa berisi.....

Jadi dalam interview tu,owner Mydin ni pun kata beberapa point pedas yang kritik kerajaan; ingat..dia ni Melayu....


1. Kerajaan tak kawal pembukaan pasaraya asing.

2. Walaupun ada mekanisme untuk pasaraya luar bukak disesuatu kawasan,seperti jumlah penduduk dan kajian taraf hidup di situ tetapi kadang-kadang ada sesetengah tempat yang kerajaan benarkan bukak jugak walaupun tak cukup syarat jugak dia. Dia tanya kenapa itu terjadi? (kau orang bisnes Melayu takyah la buat2 tak paham)

3. Paling dia bimbang...pasaraya local takkan mampu bersaing dengan pasaraya  luar kerana kekurangan capital.Ni boleh nampak la sebab Tesco,Carrefour semua bisnes dah berapa puluh tahun dan cawangan ada merata-rata dunia.Jadi lama kelamaan akan bungkus la pasaraya local macam Mydin,Econsave dan Hiro,sebab tak mampu bersaing.

4. Dan kemudian dia kata ayat keramat ni...."Saya dah cuba apply bukak kat luar negara cawangan-cawangan lain tapi kebanyakannya ditolak mentah oleh kerajaan sana....tapi bila pasaraya luar nak masuk market Malaysia..boleh kata semua nya diapprovekan oleh kerajaan kita."
.....................

Aku suka pegi Econsave dan Giant. Mydin ada baru bukak kat area aku dan setakat ni impression aku,murah....mmg murah.Bagus..tapi barang sket.

Apa yang aku perasan satu-satunya masalah pasaraya local yang ada kat Malaysia ni adalah masalah branding dan kurangnya penekanan kepada konsep kedai yang membuatkan pelanggan rasa diorang datang kedai yang agak mewah sket.

Cuba kau pegi Jusco dan Giant kemudian kau comparekan environment dia macam mana,mesti kau akan rasa Jusco lebih upmarket berbanding Giant.Aku tak pasti kenapa macam tu...mungkin perasaan tu datang daripada style uniform cashier Jusco yang nampak lagi elegan atau lighting yang ada.Cara susun barang pun memainkan peranan,Giant tulis signage pakai marker,Jusco print semua signage dia.

Tapi pada aku,benda yang paling obvious yang membuatkan pasaraya-pasaraya local ni rasa seperti "cheapskate" sket adalah penggunaan logo dan warna syarikat yang tidak berapa "international." Logo dan warna yang dipilih tu kebanyakannya warna-warna terang yang memang menarik mata tapi memberikan gambaran yang kurangnya penekanan kepada imej dan branding.Siapa2 yang belajar design mesti paham apa yang aku cakap ni.

Kau bukak catalog Giant dan kau bukak catalog Jusco,kau tau mana satu yang bayar grafik designer dia mahal sket.

Tak salah hape kalau kau punya branding tu lavish sket dari segi imej tapi kau still jual barang murah?Takkan la imej pun perlu nampak murah semata-mata untuk tunjuk barang kau murah?

.....................

Dan 2 minggu kemudiannya, selepas keluar interview pengerusi Mydin tu dalam segmen Breakfast Grille yang aku dengar dalam BFM tu....

Muncullah hari pelancaran kedai 1Malaysia yang dirasmikan oleh PM kesayangan ramai.Kompeni mana pulak yang dapat tender untuk build and supply produk untuk kedai 1Malaysia? Mydin. Hasrat owner Mydin tu pun tercapai....Dia dapat kontrak untuk run dan supply kedai 1Malaysia tu.Semua masalah yang dia sebutkan tu akhirnya akan selesai pada dia....

Begitulah bisnes di Malaysia berjalan.
Dan bila nak bukak kedai 1Malaysia kat area Cheras ni?

41 ulasan:

  1. hok aloh.. gitu pulok.. ~~, kutuk bn terus dapat tender bukak kedai 1malaysia.. untung la gitu.. hehe

    BalasPadam
  2. Jenama 1 Malaysia (bayar Mahal kat APCO) VS Jenama BERSIH?... Yang Mana paling UP?...

    BalasPadam
  3. percayalah.. dia mati pun dia tak mengaku dia melayu.. kecuali masa dia ckp dgn melayu yg perasan mamak ni suka sangat nak tukar bangsa jadi melayu... ahhaha

    BalasPadam
  4. kau cerita giant. giant tu dah kira taiko dah mantot. cerita bab econsave tu. internal design mmg barai. tp, itu elemen direct cost yg diorang sacrifice in order to cut the consumer price.

    org meleisia ni kerek, tak sedar diri, minum kopi starbucks, SR, ada duit mmg belanja tak hingat, tarak duit duduk senyap. aku rasa pengajian ekonomi SPm kat mesia ni fail la. budak2 ni bila kerja, bajet mesti sangkut.

    atau ekceli gomen yg tak membantu tapi membantut.

    BalasPadam
  5. I hate Jusco, Parkson Grand, ISetan & apa2 yg sewaktu dengannya. Macam tempat utk Singaporeans atau tourist je shopping.

    Idup Mydin!!!

    BalasPadam
  6. aku setuju degan pengunaan design dan warna logo tu. aku tengok logo hijau kuning Giant pun aku dah turn off dah, apatah lagi ECONSAVE.

    Aku suka tengok logo Jusco, dan Sainsbury's. Tapi Sainsbury's takde kat Malaysia la.

    BalasPadam
  7. Satu lagi. Variety. Malaysian supermarket / dept. store memang phail bab variety. Ko tengok Mustafa Center Singapore cukup. Takde la mewah elegan mana pun, tapi terkenal serata dunia. Pilihan banyak. Harga pun murah. Ada yang lepas convert to RM pun masih murah lagi. Huhu

    BalasPadam
  8. aku bukan tak suka barang tempatan. tapi biasanya tengok branding dengan persembahan pun aku dah macam kurang selera. Dah la kadang2 mahal bukan main. Bukan tanak sapot barangan malaysia. tapi nak kena pk ekonomi keluarga dulu baru pk ekonomi negara..hehe..

    BalasPadam
  9. aku tak letak design as a point.
    yang penting murah dan byk pilihan, so aku tak payah g byk2 tempat.

    so aku ok j ngan ekonsave atau tunas manja atau eng hong.

    BalasPadam
  10. mantot apa pendapat ko tntg apa yg hamba allah ini dah tulis :

    jgn ingat nk takbir sesebuah negara ni senang....setiap bnda ada positive n negative nye..... cuba anda yg memohon PM letak kuasa tu, takbir tgk... bersyukur, negara aman dan anda boleh beribadat dgn sebaik mungkin.... belajar tgi2...nk apa semua dpt...x mcm zaman perang dulu....yg guna alasan nk kan pemerintahan islam tu, kome dah 'islam' sgt kah????

    BalasPadam
  11. masalah harga barang tempatan lagi mahal..

    BalasPadam
  12. komen tu mula2 ok..part hujung tu mmg merepek.
    dia suruh org takbir..tapi dia marah org yang "tak berapa jaga agama" mintak negara Islam.

    dan dia tak fikir ke...PM ni bukan rakyat yang lantik..
    Tapi ahli UMNO yang lantik.

    BalasPadam
  13. keep smash!!nk dikatakan x bersyukur..korang marah..tp mmg ye pn.u have been given a CHOICE..pilih je la, duit byk boleh pilih tmpt grand duit sikit pndi2 la nk hidup..sapa suruh x mngaji btul2 msa sekola dlu..minta maaf!

    BalasPadam
  14. assalamualaikum...
    design no hal tp tang user friendly ngn customer oriented(cozy) tu setuju..antara problem yang dihadapi bila membeli belah di Giant(Tmn Pulai Utama,Skudai,Johor):

    1.ada pintu masuk ngan pintu kuar yang berbeza--selalu kalo dah masuk dalam pastu terlupa nak amek troli kne pusing ikot pintu keluar dan masuk balik kot pintu masuk..kalo pintu tok kuar/masuk sekalikan je ape masalahnye?

    2. slalu barang xdak tagging harga..pastu tgk kat rack xdek label harga pulak tu..pi laa cari price scanner..leh pulak dia cakap item xleh scan!bawak laa pi kaunter nak bayar..cashier kate leh tolong cari yang lain tak yang ade tag harge??what???aku kah yang kene g cari??da mmg confirm xbertag yang lain pon!xpe laa kak sy xjadik beli!

    3.kaunter pembayaran banyak tapi tutup!pastu tutup dengan terbalik kan troli tu..hai laa xdek ke pagar canggih lagi yg leh dibuat!

    4.takde jalan tok keluar kalo xbeli barang setelah masuk dalam pasaraya nye..kne laa mintak laluan kat orang yang tengah beratur nak bayar supaya boleh keluar tanpa perlu menunggu dorg habis bayar!

    lain beza kalo ngn jusco utk sume perkara kat atas..datang bersambut(guard say selamat datang-sumtimes)sukatilah nak masuk/kuar ikot mane pon..kalo barang xdek tagging dia yang pi cari kat tmpt asal barang tu,unless yg kne timbang mmg kne g wat sndri laa dan ruang membeli belah luas..kalo sorong troli xdek laa bertembung ngn org lain pnye troli(xganggu org lain pnye troli)..one more thing kemudahan awam toilet+surau pon sentiasa upgraded dan sentiasa kemas/bersih..Giant??
    ni berdasarkan pengalaman saya laa..others hypermarket jarang pegi shopping so xberapa pasti =)

    cik@i

    BalasPadam
  15. soklan cepu emas+perak+suase

    1. mcm aku nak berpikiran mcm tuan tanah blog ni..tpi aku xde pemikiran macam dia..tpi aku nak pemikiran mcm tuan tanah blog nie.. thumb up bro..fullstop

    hahahhahaa.

    BalasPadam
  16. ahaa..
    betul la anon..

    words yang kau pakai tu betul..
    cozy..

    local punya hyermarket tak cozy.
    rasa kelam kabut

    BalasPadam
  17. Tesco best. banyak barang n murah2.

    Mydin memanglah murah, tapi barang dia ada yg senang rosak.

    BalasPadam
  18. kalau grocery shopping aku tak kesah beli kat mana2 janji murah. surrounding & environment tuh letak tepi. lagi pun bukan lama mana pun.tapi kalau beli baju ke kasut ke aa tuh ye, banyak faktor kena pertimbangkan

    BalasPadam
  19. ye

    tgk tesco semenyih...memang hulu gile..tapi boleh bukak jugak..
    tentulah tidak memenuhi syarat..

    tanah free ker? takan sanggup bisness kalo orng tak ramai..market tak superb..

    BalasPadam
  20. Aku suka pegi Giant dan econsave..barang berkali2 murah dari Jusco..lebih2 lagi kalu ade potongan harga.Pada pendapat aku Jusco nie lebih kepada golongan yang kaya.Kalau kita pergi Jusco kita boleh tgk yang beli barang tu kaum mana.Belum masuk bab parking lagi..
    Aku anti Jusco.

    BalasPadam
  21. sebagai pengguna aku,mana aku rasa suka dan puas hati aku akan pergi cari.......kepuasan pengguna mesti diutamakan dlm perniagaan.

    BalasPadam
  22. higher income, more purchasing power. Fav ak giant melawati. aku agak xsuke beli barang kat tempat yg byk gune immigrant workers yg xtau ckp english or melayu. bazir mase nk cari barang. bile lah aku leh produce my own food kt belakang rumah?

    BalasPadam
  23. aku suka beli kat jusco, sebab jusco dekat dengan rumah aku.

    Motip aku nak beli kat mydin yang 20 km dari rumah aku???

    BalasPadam
  24. 1. giant asalnye singapore, bkn mesia
    2.owner mydin non-malay
    3.mydin adalah pasaraya local terbesar mesia (thts the fact) n sentiasa cari jalan to keep tht position
    4.gomen asit cium bontot org de duit je.fakap

    BalasPadam
  25. like!
    pasal government tu xda hati lah nk komen. tunggu pilihanraya jer.

    tapi aku nk salahkn owner tu sendiri jugak. bukan apa, apa slahnya dia invest money utk cantikkan lagi kedai, baik pulih service kasi mantap setanding supermarket luar. early investment jer. pastu mesti lagi ramai pelanggan dtg, tambah banyak lagi profit. janji harga maintain murah. sbb personally aku mmg mcm xda selera sgt nk bershopping dekat tempat yg service kurang, barang x variety and xda tag harga(wtf). sempit dah satu hal. ishk.. tu jer. papepun, di mana ada kemahuan, dis itu ada jalan.

    BalasPadam
  26. you dok cheras ke?? i pun!

    haha tk penting fine bye

    BalasPadam
  27. Jangan pangkah BN.. Pangkah PMS=Parti Mantot Semelaya

    BalasPadam
  28. eleh nak ngorat mantot le tew

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  30. Giant dari Hong Kong. Giant dan Cold Storage (supermarket org2 high class kononnya..) dari company yg sama. Sumber barang yang sama tp channel lain2..

    BalasPadam
  31. persaingan...nampak sangat local tak boleh bersaing dengan produk luar negara (bukan semua kot)
    so apa lagi yang perlu dibuat oleh kerajaan pimpinan BN untuk menjadikan produk Malaysia lebih bersaing /competitive dengan produk luar? atau local industri sendiri perlu buat RnD sendiri untuk memastikan produk mereka lebih berdaya saing dan menjadi pilihan compare dengan produk asing..its about strategi. cuba guna strategi yang tidak dioffer oleh produk luar..sure barang dia akan laku..its about daya saing.. n private/industri macam ni la yang sepatutnya lead the nation economic growth.. not government all the time.. but in turn diorang still harap assistance daripada kerajaan.

    BalasPadam
  32. Mydin owner tu cakap tak serupa bikin. Dia kutuk kerajaan sbb tak tolong dia. dalam masa yang sama working with government tuk kedai 1Malaysia. Cuba gi kat mydin mall usj, 80% lot kedai kat sini owner dia pakistan. kalau melayu nak sewa letak harga mahal giler. Pakistan sewa tapak hotspot sewa sama ngan melayu kat tapak tersorok. bila ditanya dicakap pula, kalau tak suka keluar, pagi u keluar, petang pakistan boleh masuk. g mengadu ngan mydin mgmt, response this is business nothing personal. in bisnes we don't look at bumiputera status....pulak dah....lepas tu teman pun hilang respect kat Mydin mall owner tu...

    BalasPadam
  33. Orang melayu bnyk yg support mydin sebab depa kata owner org Islam tp pelik mydin lantik bukan Islam utk jaga mall dia. Pelik jugak. Sewa nya pulak mahal. Takde pulak support peniaga tempatan.

    BalasPadam
  34. Dengan menyokong perniagaan milik orang islam sekurang-kurangnya saya ada berbuat sesuatu untuk agama saya, anda apa ada buat?

    BalasPadam
  35. Bagus point sedara. Tapi saya nak tambah sikit. Berkenaan perbandingan Giant dan Jusco tu tak berapa betul. Tak boleh bandingkan Giant dan Jusco sebab mereka ada target market yang berbeza. Sebab tu kedua-dua pasaraya ni hasilkan pengalaman yang berbeza.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.