Jun 23, 2011

Lelaki Keparat Untuk Wanita Keparat Part 01


Ada satu hari aku jalan dekat dekat shopping kompleks mana tah,aku tengah duduk minum,aku tak ingat sebab dah lama.Tengah lepak ada la satu couple ni tengah peluk-peluk.Biasala,budak sekolah tak baligh lagi,tah sunat ke tidak aku tak sure..tapi nampak umur 18/19 camtu. Ada seorang pakcik lalu tepi diorang.Sambil pakcik tu lalu,pakcik tu tengok aje dekat couple tu.


Mungkin sebab mamat tu rasa "terancam" kejantanan dia sebab awek dia tiba-tiba bercerai pelukan dan buat2 segan,mamat tu pun stare pakcik tu balik.


Pakcik tu takde la nampak macam gangster.Nampak ala2 pakcik2 berumur yang biasa,takde la nampak dia nak tunjuk kuat.Mamat tu bangun,sound pakcik tu,"Pakcik ada hal ke dengan saya?Apa pasal pakcik stare2 saya?" Lebih kurang camtu la ayat dia yang aku dengar sipi-sipi.


Pakcik tu cepat-cepat beredar dari situ..gelabah nampak pakcik tu.Lepas tu,awek tu pun bangun dan tarik tangan mamat tu ajak belah dari situ.Sambil nak jalan,mamat tu pandang balik kat pakcik tu,ajak pakcik tu bertumbuk.Aku nampak awek tu jadi agak malu dengan perangai boifren dia.


Mamat tu pun dengan berlagaknya berlalu sambil peluk bahu awek tu.Awek tu muka malu gila.Aku ingat awek tu memang dah takde rasa malu langsung.Nasib baik ada lagi,walaupun tak cukup untuk buat dia rasa malu pilih orang macam tu sebagai boifren dia.Come on..kau dapat boifren macam tu,kau patut pakai paperbag tutup muka masa keluar rumah.Malu!

Aku sure,ada jugak antara korang yang marah bila ada orang tegur kau buat maksiat depan orang ramai,heheheh....bajet macho...depan awek kononnya nak protect dia la...kepala hotak kau protect awek kau macam tu.Gi lah balik bersunat dulu....

29 ulasan:

  1. Bersunat pun tak guna. Sebab tak terpotong yg 'bahagian lebih bernafsu..

    BalasPadam
  2. aku pun malu tgk gelagat bdk skarang..
    bwk anak g mandi2 kat waterpark anak aku dok pandang je pasangan remaja ni dok bertindih sakan atas pelampung besar...
    aku pulak yg kena tutup2 mata anak aku..diorg selamba..
    org ramai dok pandang jijik diorg buat tak paham je..tak rasa malu..
    get a room la please..
    yuckss

    BalasPadam
  3. masa aku study dolu.
    dlm bas mini pink
    ada satu couple melayu muda la..

    peluk peluk bisik bisik and hampir nk bercium pun

    ada satu uncle 'Cha' tegur dlm ramai ramai tu
    "u tade hormat saya org tua ke tgh berdiri ni?u patut malu sebab agama u haram pegang-pegang kalau tak ada kawen"

    hohohooh..aku tulis balik ni pun rasa malu balik

    BalasPadam
  4. "Malu? apatu? Media massa kini tayang semua tu, nak malu apa, parents diorng pun X tegur, org lain pulak sibuk jaga tepi kain org." Statement standard masa kini, kemajuan menusia yg semakin X bertamadun. Org lain pulak yg malu dgn bangsa sendiri.
    Drp,
    RYSMHP

    BalasPadam
  5. bhahahhaha gang bang ke ape gamba2 ni mantot

    BalasPadam
  6. 1st time aku tgk kucin macam ni..dasat gak eh..

    BalasPadam
  7. kucing pun gangbang...manusia pun ikut sama macam kucing gak heheh

    BalasPadam
  8. aku pernah tegur kapel dalam tren berpeluk. aku jentik tangan si lelaki, pastu cakap ni tempat awam. dorang yang malu terus tolak awek.

    alhamdulillah tak terjumpa yang perangai perasan bagus lagi. takut gak kalau kena tumbuk :S

    yang aku nampak, mende ni boleh je dibendung, kena sama-samalah. kalau orang lain tengok je, makin berani lah budaknya.

    p.s.: rasa macam pernah komen je mende sama.

    BalasPadam
  9. i hail ur sarcastism this time bang mantot!

    maksudnya, mantot samakan couple tu dgn kucing = haiwan. hahahaa!

    BalasPadam
  10. kebiasaannyakn..kn2..budak bodoh je buat macho + kacak = gampang dpn awek die. wakaka..... sian die /^,^/ v

    BalasPadam
  11. tahu pulak nak malu bila orang lain pandang.haha.confirm lah tak sunat lagi tu.

    BalasPadam
  12. "get a room la please.."
    "ni tempat awam"

    maaf. ayat ni sgt tak sesuai sbb seolahnya perbuatan dorang tu takleh dilakukan di tempat awam sahaja. walhal kat dlm bilik, dalam jamban, dalam longkang, bawah jambatan or mana2 tempat org laen takleh nampak pon perbuatan tu memang tak boleh..

    tapi tahniah juga sebab ada usaha/berani utk halang dorang (tegur) daripada biarkan saje dorang buat perkara tu.. :)

    BalasPadam
  13. geli peluk2 pulak..tak pham jap kenapa kene ada adegan cmtu -___________-'

    BalasPadam
  14. mantot, aku harap ko dapat hasilkan artikel definisi 'lelaki dayus' yang sebenar mengikut islam. sebab skg ni aku tgk rmi lelaki lebih2 lagi dkt mesia kurang paham atau lebih senang lagi, tak terkena batang hidung sendiri pasal 'dayus' ni .. kalau ko ada masa la, aku ni nak mengarang2 ta hebat cm ko hehe

    - haz

    BalasPadam
  15. aku pun naik menyampah ngan bdk2 skrg,aritu bdk2 skolah (berbaju skolah oke) berkissing2 depan aku dalam bas...oh em gee....

    tapi tu kes budak skolah...

    BalasPadam
  16. Salam Tuan Mantot,

    Tajuk yg benar, terang lagi bersuluh

    "Evil words are for evil men, and evil men are [subjected] to evil words. And good words are for good men, and good men are [an object] of good words. Those [good people] are declared innocent of what the slanderers say. For them is forgiveness and noble provision". An Nur, 26 -English Translation-

    "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". Ayat 26 Surah An Nur -Terjemahan Melayu-

    Walaupun tujuan ayat ini diturunkan adalah untuk membersihkan nama Saydatina Aishah dari fitnah curang, namun ayat ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk membina gerbang perkahwinan. Inilah waktu terletaknya iman(kepercayaan) kepada Al Quran dan perintah Allah, siapa ikut dia yg beruntung, siapa yg tolak dia yg rugi.

    Kesimpulannya, perempuan jangan salahkan lelaki saja, tetapi cuba2 muhasabah diri dulu, kita tidak boleh menjadi hakim kepada diri sendiri, nescaya keputusannya adalah berat sebelah...

    BalasPadam
  17. Aku dah boleh agak bakal artikel laki dayus tu camana.

    BalasPadam
  18. mantot
    ape kate ko tulis pasal bersih 2.0 ke.lg best ak nk bc.haha..ni bila ko nak abis mood miang ko ni?da smggu beb~

    BalasPadam
  19. hari selasa,dalam pukul 10 pagi,aku pg shopping complex ,bayar bil maxis...lepas tu jalan2 jap..jumpa kapel, umur lingkungan 13-15 kot, pegang2 tangan dgn muka seronok...

    aku cam...fuuuuu, 1st,sebab budak lagi kot, tgok muka pun bleh tau...2nd,tak pg skolah ke bdak2 nih...terbaik la,kalau budak2 bsar tu dh brani ponteng g dating pgg tangan, besar nnt aku leh bayang jd cmna plak

    BalasPadam
  20. bila dah besar tu break la..carik org lain.dah basi..

    BalasPadam
  21. mantot,
    jujurnya masa aku sekolah dulu aku pernah kena tegur sebab time tu aku tgh peluk awek aku.tapi aku xla melenting.aku siap minta maaf kat brader tu.masa aku hulur tangan,brader tu cakap " tangan kau bersih sangat nak salam aku?"
    hahaha,sampai skang aku ingt n malu sebab benda tu.dosa sia...

    BalasPadam
  22. erm..
    banyak jadi kat tempat2 awam..
    selamba badak je.
    kadang aku memang stare budak2 cam ni, kasik malu., tapi macam tak berkesan ler.. lagi dibuatnye ada..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.