Jun 26, 2011

Kepada Guru Yang Tak Nak Gaji,Pegi Join Bersih!

Guru terbabit perarakan haram boleh dikenakan hukuman gantung kerja

BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas serta menahan gaji guru yang menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Kuching serta Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata mereka yang menyertai perhimpunan haram itu juga berdepan implikasi lebih berat yang tertakluk pada tindakan polis.

“Saya harap tidak ada guru yang akan menyertainya. Kita yakin guru negara ini sudah cukup matang dan tidak akan terbabit dalam perhimpunan sebegini apatah lagi mereka tahu implikasinya. Bagaimanapun sekiranya ada juga masih berdegil, kita terpaksa ambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas, menahan gaji atau sebagainya.“Tindakan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Pelajaran yang akan meneliti setiap kes terlebih dulu... mereka juga berdepan tindakan polis,” katanya selepas majlis penyampaian cek bantuan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil Parlimen Batu Pahat, di sini, semalam.

Kumpulan pengacau berkenaan sebelum ini dilaporkan berkeras mahu meneruskan perhimpunan haram terbabit di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu walaupun dinasihat membatalkan hasrat berkenaan oleh pelbagai pihak termasuk pasukan keselamatan.

Sementara itu, Mohd Puad turut mencadangkan perhimpunan haram itu dipindahkan ke Jambatan Pulau Pinang berikutan ia disokong penuh kerajaan negeri berkenaan.

“Saya cabar Datuk Ambiga Sreenevasan memindahkan perhimpunan haram ini ke Jambatan Pulau Pinang dan minta kerajaan negeri itu memberikan kebenaran. Biar kita tengok rakyat negeri itu susah atau tidak, ganggu pelabur asing atau tidak. Ini bermotif politik, sebab itulah ia mahu diadakan di ibu kota untuk eksploitasi semangat rakyat.

“Mengapa tidak diadakan di negeri dikuasai pembangkang... mereka tahu ia akan menyusahkan rakyat di situ dan (menyusahkan) mereka sendiri. Ia bukti perhimpunan itu hanya bermotif politik serta tidak ikhlas,” katanya.

...........................

Ni lah masalahnya bila kerajaan tak boleh nak bezakan hak berpolitik dan hak rakyat.

1. Adakah salah seorang guru pergi perhimpunan tuntut keadilan pilihanraya?

2. Guru pergi mengundi sebagai seorang rakyat,bukan sebagai seorang penjawat awam.

3. Tanggungjawab penjawat awam dan tanggungjawab rakyat adalah 2 perkara yang berlainan.

4. Bila bagi orang kepala otak penuh dengan perasaan dengki memerintah,macam ni lah hasilnya.

5. Aku sebagai seorang Islam yang so-so,meletakkan syarat wajib kepada diri aku sendiri untuk menukar kerajaan sekarang kerana terlalu banyak benda yang pemerintah lakukan bertentangan dengan agama.

6. Dan amaran macam ni adalah bertentangan dengan agama,sebab gaji guru itu hak dia,dia dah bekerja dan upah perlu diberikan.Kementerian tidak berhak untuk menahan gaji atas kerja yang telah dilakukan.

7. Selagi kerajaan sendiri tak boleh membezakan politik dan pentadbiran kerajaan,selagi tu Malaysia takkan ke mana-mana.UMNO takkan membawa Malaysia ke mana2 kerana budaya UMNO dari zaman Mahathir adalah mencampurkan politik dan pentadbiran.

8. Buat apa anda nak sokong kerajaan yang berani ugut kau?

13 ulasan:

  1. aku sokong no 5. sudah sampai masa perubahan, sebelum mereka merubah segalanya

    aku sayang Islam di bumi kita, kalau Allah tidak jaga Islam lagi dah (atas sebab keingkaran rakyatnya, pemerintahnya), aku tak sayang dah bumi malaysia ni.

    p/s-komen diatas salah letak no aku delete

    BalasPadam
  2. Elok la hukum guru-guru tu.. Sebab antara penyebab jatuhnya empat negeri dulu pun angkara guru la.. Kan ke guru merupakan kakitangan awam teramai.. Lepas ni boleh la tengok semua negeri pulak jatuh.. Silakan.

    BalasPadam
  3. Sume point ko aku sokong bro...Ni la kalau dah GILA KUASA NAK MAINTAIN PERINTAH...

    Istilah Arabnya, MAJNUN 'ALA QUDRATUN wa FI IDARATUL HUKUMAH...

    BalasPadam
  4. kah kah, baru2 nih aku dengar iklan kt radio, ada karnival pe ntah kat uitm shah alam, 9 julai nih..

    9 julai gak? macam good good jer tarikh diaorang letak tu..taknak bagi student dorang join bersih la tuh

    BalasPadam
  5. Sebab setakat ni guru je diorg rasa diorg boleh control walau hakikat tidak sebenarnya.

    Mantot,ko tulis pulak apa relevannya undi pos.Tiap negeri ada.

    UMNO ni biasa la,apa pun tak boleh.Dia je yang boleh.

    BalasPadam
  6. haihh

    ni dah macam pekeliling no.9 dah nih.

    BalasPadam
  7. menteri bodoh w/persekutuan pun pr yang menang.

    BalasPadam
  8. pru 13 akan datang...ni aku harap para guru dapat...membuat perubahan...bg mesej pada kerajaan sekarang...para guru bukannya bodoh & mudah diperkotak-katikkan oleh menteri pelajaran....x nak turun BERSIH x pe...janji masa pru nanti...sokong secara senyap... buat undi protes...i love gurus..

    BalasPadam
  9. Pasal undi pos tu SPR yg buat la.SPR kan barua BN.SPR patut neutral,bebas dan x berpihak pada mana2 parti politik.Ni perhimpunan BERSIH pun nak tuntut supaya SPR bersikap neutral dan x jadi barua kpd mana2 parti politik.

    Psl ugut2,nk thn gaji semua ni,ini adalah ciri2 negara KOMUNIS.Apa ni,kata anti komunis?Apasal perangai mcm komunis ni?

    BalasPadam
  10. sebab aku budak kecik. so aku pun ape2 ntah. yang pasti aku nk satu perubahan skrg nie dlm era pemerintahan malaysia. yg skrg nie korup....

    BalasPadam
  11. http://princeugyduck.blogspot.com/

    visit2..

    BalasPadam
  12. Ugut jangan tak ugut.Lagi dilarang,lagi orang buat.

    BalasPadam
  13. terbaru konsert sweet charity dan blues gang yang sepatutnya berlangsung 9 julai telah dibatalkan...

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.