Mei 12, 2011

Calling All Gleeks! - The Musical Satanic Verse

Kerajaan kita memang suka betul mengharamkan benda.Benda2 yang diorang dah haramkan sepanjang yang aku ingat;

1. Schindler's List
2. Fantasia
3. Poco-Poco
4. Yoga
5. Passion of The Christ
6. Lagu berbahasa bi-lingual
7. M.Nasir
8. Kumpulan metal yang diclaim minum darah kambing

dan banyak lagi.Perasan tak kebanyakan benda yang diharamkan oleh kerajaan kita mesti berkait dengan hiburan.

Aku pasti ramai budak remaja kat Malaysia ni yang suka menonton Glee.Aku tak suka tengok Glee,tapi aku suka tengok Gwyneth Paltrow jadi aku ada la terlayan cerita tu dalam seminggu dua ni.Kalau tengok kat Star World,promo untuk Glee agak melampau.Geli aku bila menonton budak2 tak cukup umur gelar diri diorang...

"WE ARE GLEEK!"

Dalam Glee baru-baru ni,ada terjadi cinta 3 segi antara seorang awek,seorang gay dan seorang lelaki yang confuse tak tau sama ada dia nak jadi gay atau straight.Apa yang merungkai cinta 3 segi tu adalah apabila awek tu dan mamat confuse tu keluar dating dan dating mereka diakhiri dengan ciuman,mamat confuse tu pun tersedar....

Rupa-rupanya dia gay....terus dia berlari2 confess cinta dia dekat lelaki gay yang minat dia.

Aiseh.WTF.

Dulu masa aku mula2 tengok,tema gay dan lesbian dalam Glee ni tak berapa strong sangat.Walaupun ada,tapi semua perasaan tu watak2 tu malu dan sembunyikan,tapi makin lama makin teruk lak rasanya.

Kalaulah budak2 tak cukup umur tengok benda2 camtu berhari-hari, adakah akan ada kemungkinan benda tu mempengaruhi diorang?Mampu ke rancangan TV jahanam macam Glee membuatkan budak2 dapat accept yang ada choice untuk pilih nak pasangan sama jantina atau tidak?

Sayangnya,pengaruh TV selalunya kuat.

Aku membesar dengan harapan nak bertukar jadi sebuah lori merah yang mampu bertukar jadi robot sehinggalah aku berumur 28 tahun.Pasti ada budak2 "Gleek" yang membesar dengan merasakan there is a choice for them to decide when they are looking for a partner, whether to be Gay or straight.

Di sinilah perlunya panduan ibu bapa dalam membimbing anak-anak dan lagi sekali,sayangnya di sini,ramai ibu bapa merasakan anak2 mereka sedang membesar dengan baik,kerana anak mereka lebih gemar duduk di rumah sambil menonton rancangan Glee kerana menganggap drama muzikal Glee mampu memberikan pengaruh yang lebih baik berbanding muzik Rock atau Metal atau pengaruh rakan sebaya.

Tapi rupa-rupanya setan paling besar ada dekat ruang tamu,dalam bentuk drama muzikal yang sangat clean muziknya.

24 ulasan:

  1. a'ah, banyak pekara tak baik ada depan mata kita sekarang.

    BalasPadam
  2. gwyneth paltrow mane d berlakon dlm glee

    BalasPadam
  3. ok. no wonder la aku tak minat dengan cerita glee. hehs

    BalasPadam
  4. eh. x kene ban plak? slalu nye pasal gay2, liwat2 ni kene ban. sbb nak njukkan anwar salah. tp pasal seks bebas xpe. sbb most orang atasan umno tu pndokong seks bebas. haha!

    BalasPadam
  5. penah tgk iklan dia je...pengaruh tv mmg kuat x elok

    BalasPadam
  6. long live \m/ haha

    Glee sucks, sama macam drama2 kat astro ria.

    BalasPadam
  7. layan gwyneth paltrow nyanyi lagu forget you.....

    tp cita ni memang memualkan sejak dua menjak ni...sejak musim baru sy dah x layan dah...bek layan dc cupcakes...

    BalasPadam
  8. Aku membesar dengan harapan nak bertukar jadi sebuah lori merah yang mampu bertukar jadi robot sehinggalah aku berumur 28 tahun.
    =====
    wahahahahahaha....that make my day!

    BalasPadam
  9. baik layan mythbusters. glee are so gay

    BalasPadam
  10. Tak lama lagi tok jib akan haramkan perkataan 'pandikutty'...

    hehehe

    BalasPadam
  11. dan 'pandikutty' dah lagi femes dari usop wilcha..muahahhahahahah

    BalasPadam
  12. aku tengok shaun the sheep je tengah2 malam. sebab masa tu je takde sape nak berebut remote tv dari aku. semua dah tido. huhu.

    BalasPadam
  13. "Aku tak suka tengok Glee,tapi aku suka tengok Gwyneth Paltrow jadi aku ada la terlayan cerita tu dalam seminggu dua ni."

    "Dulu masa aku mula2 tengok,tema gay dan lesbian dalam Glee ni tak berapa strong sangat."

    Dulu tu bila? Minggu lepas?



    "Nampak sangat menipu" kata Usop Wilcha.

    BalasPadam
  14. oh nampaknya Glee betul2 berkesan.. makin lah aku bertambah suke tgk glee... YEah!

    BalasPadam
  15. Aku dulu membesar dengan harapan nak nak jadi polis angkasa.... hua hua

    BalasPadam
  16. aku membesar dengan harapan nak jadik mcguyver

    BalasPadam
  17. aku bukan peminat glee, tapi aku rasa seksualiti bukan lah satu pilihan. kita kena figure out sendiri. kadang-kadang jelas, kadang-kadang tidak. aku mungkin akan dimaki hamun tahap gila baruah, tapi aku rasa cukup lah dengan kebencian terhadap golongan homoseksual.

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Masa kecik dulu, cerita Melayu pon diharamkan.

    Tapi skang, melambak. Sampai tengok pun dah tak takut.

    Ni pun boleh mempengaruhi budak2.
    Daripada tak takut, nak masuk bilik air sesorang pun jadi takut.

    BalasPadam
  20. aku suka tengok glee,tapi sejak akhir akhir ni glee asik tayang pasal gay aje.terus aku jadi geli.

    BalasPadam
  21. kena ada mufti dari negeri mana2 plak kuarkan fatwa haram langgan cite2 yg merosakkan akidah dan akhlak plak

    BalasPadam
  22. oh, kemon la... hape punye pemikiran~ :)

    BalasPadam
  23. X bagi anak keluar rumah. Setana da dlm rumah sndrik rupanya, dlm tv.

    Terpulang juga penerimaan. Kalau cukup didikan dan berakal, xkan cite glee pon terpengaruh kot.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.