Mei 05, 2011

Bagaimana Rasanya Perasaan Ibu Bapa Seorang Penzina?

Dulu aku ada bela seekor kucing.Nama dia Tam.

Satu pagi,bila aku keluar rumah nak gi kerja,makcik sebelah kata kucing aku kena langgar dengan motor.Bukan setakat kena langgar,kena lenyek lagi.Aku gi tengok bangkai dia,kepala ok lagi tapi badan dia nipis kena lenyek.Blur aku satu hari tu.Apa aku ajar hari tu pun aku tak pasti.Semenjak hari tu aku dah tak nak jaga kucing.Sehinggalah aku kahwin.

Isteri aku ada berapa belas ekor kucing.Macam mana tak sampai belas2 kalau sekali beranak 4 ekor.Sebab isteri aku sekarang dah transfer duduk sekali dengan aku jadi dia terpaksalah meninggalkan kucing-kucing dia kat kampung.Ada sekor kucing dia aku suka,kecik aje,mungkin bantut kot sebab badan dia tak besar2 padahal adik beradik dia dah besar.Aku panggil dia Kecik.Bapak mertua aku bengang dengan kucing tu sebab Kecik pernah panjat belakang bapak mertua aku bila dia tak berbaju.Bercalar kena cakar dengan kuku dia sebab dia try panjat dengan kuku.

Kemudian,Kecik pun mati sebab badan dia memang tak tahan.Aku sedih tapi aku tak sedih mana.

Dalam 2 minggu lepas,aku bawak ke rumah aku kucing isteri aku yang aku paling suka.Dia takde nama.Kitorang panggil dia Anak Kucing.Aku tau itu adalah nama yang sangat tak original tapi aku rasa itu ajelah nama yang ok sebab dari dulu sampai sekarang besar dia sama aje,besar seekor anak kucing.Dia pun nampak macam mengalami masalah pembesaran.Kucing lain yang lahir beberapa bulan lepas dia pun dah jauh lagi besar dari dia.

Sekarang ni,aku tengah train dia supaya biasakan diri duduk kondo ni.Mungkin dia pun agak pelik sebab selama ni duduk atas tanah.Berak merata-rata,kencing bersepah.Sekarang kena berak dalam kotak dengan pasir sintetik yang first time aku letak semalam.Sebelum ni aku alaskan dengan paper aje.Tak larat aku nak cuci air kencing dia hari2...jadi aku beli pasir.

Gembira aku bila bangun tidur tadi tengok dalam kotak ada taik dia.Hahaha.Kira berjaya jugak la kitorang angkat dia dan letak dalam kotak tu sambil pegang kaki depan dia,buat cakar2 dalam kotak tu.Semalam sebelum aku beli pasir tu dia berak atas alas kaki dan aku penuhi hari aku dengan membasuh alas kaki yang setiap hari perlu ditukar.Pada aku,satu pencapaian yang sangat besar kalau aku berjaya buat Anak Kucing sentiasa berak dalam kotak berak dia.

Aku tak tau nak cakap macam mana excited dan gembiranya nak tengok Anak Kucing membesar.Macam mana dia bila dia dah dewasa dan apa2 lagi yang dia akan buat lepas ni.Jika seekor kucing mampu memberikan perasaan macam tu kepada seorang lelaki macam aku,sukar betul aku nak membayangkan macam mana perasaan nak tengok anak sendiri lahir dan membesar jadi manusia yang ok.

Bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa kita tengok kita jaga kita dari kecik dan tengok kita membesar,alami semua pencapaian dan kegagalan kita.

Dan,kalaulah aku frust betul bila aku tengok atas alas kaki rumah ada taik Anak Kucing, bayangkanlah macam mana frustnya mak bapak kalau anak2 diorang yang dah besar juga suka "berak" merata-rata.Apa yang mak bapak rasa kalau anak lelaki dia kantoi hisap dadah ke,hisap dada ke...anak perempuan pulak bagi orang hisap dada dia sampai mengandung :D

Macam mana rasa kecewanya?
Aku tak boleh nak bayangkan,walau kuat macam mana pun imaginasi aku.

25 ulasan:

  1. this post is my personal favorite :')

    BalasPadam
  2. sedih nak bayangkan.
    1 hari nnti bile anak tu dah jadi mak, ayah, die dapat pulak ank yg buat perangai yg same, mase tu baru die tahu ape perasaan mak ayah die dulu.

    BalasPadam
  3. sempena hari ibu ke ni? makkkk...!!!!

    BalasPadam
  4. Aku tak tahu pulak isap dada boleh mengandung, haha..

    BalasPadam
  5. suka kucing jugak!!...
    orang kata kalau tuan dia mati kucing pun akan mati sekali...
    sebab dia setia..
    orang kata ja la...

    BalasPadam
  6. suka tang bab kucing je...dah sampai bab mak ayah syahdu plak...aduhai..

    BalasPadam
  7. hehe.

    saya da pernah rasa perasaan tu.

    kucing berak atas pasir die.

    hehehehehe

    BalasPadam
  8. aku memang sensitip bab2 kucen mati ni..
    uwaaaaaaaaaaaaaaa...
    eh, ekceli kan, kucen memang otomatik la reti berak bile ada cat sand tu..
    dia mcm menarik minat kucing utk cakar2 dan berak..

    BalasPadam
  9. macamana kecewanya ? kecewa sampai tak dapat dibayangkan .. huhuhu .

    BalasPadam
  10. itu sangat betul.apa perasaan mak ayh kalo tau anak dah calit 't**k' ke maruah mreka.msti sgt sedih kan.jaga dri kcik smpai bsar.tp, bila dah besar memalukan mreka.sebak!

    BalasPadam
  11. bro, aku suggest ko train Anak Kucing membuang dlm toilet. beli tisu tandas yg murah2 tu, najis dia ko kutip masuk dlm jamban, flush. setel. kencing dia ko tembak ngan air masuk dlm lobang trap toilet tu. kalau ada jamban cangkung, bole skip guna tisu tandas tu. tembak trus ngan air masuk lobang. so takyah beli pasir, agal costly tu. aku bela kucing kat umah tinggi, camtu le aku buat. slamat mencuba.

    BalasPadam
  12. as usual.,citer ko mmg menarik la.,yeah~!

    BalasPadam
  13. baik aku jaga aku yang berbulu ni.
    at least dengar kata.

    BalasPadam
  14. betoi ckp ominusya 2..kucing2 sy pun sy train berak dlam toilet..at least sng la nk jirus air kt taik2 tu..mcm kucing2 sy,dorg kalo ari panas elok,dorg berak kt halaman lua..kalo hujan bru berak kt dlm toilet..since bro duk kondo ada baeknya ajar berak kt toilet..=)

    BalasPadam
  15. yup...aku pun minat kat kucing..biasa la...kucing ni kene train macam tu dari kecik...baru senang nak jaga..

    BalasPadam
  16. be a good father la..itu pon susah nk jawab..adoi...

    BalasPadam
  17. conclusi ayat sentap..gua suke..secare x lgsg gua folow..

    BalasPadam
  18. rindu mak n abah..

    BalasPadam
  19. kucing aku dah arwah. jantan sekor, pastu betina sekor. yg betina tu aku sayang, sebab tak berak dlm rumah. tapi mati gak, tataw sebab ape. skali dgn 4 ekor anak die mati jugak. yg jantan tu selalu menunggu aku balik kerja, tungu aku kasik ikan kat dia. mati pon tataw kenapa.
    rase sedih gak mase mati tu. baru je ajar berak atas pasir.

    BalasPadam
  20. ok la..kretip la care penyampaian ko lam cite nih~

    BalasPadam
  21. oh, dan aku sgt2 sukakan kucing! :D

    BalasPadam
  22. .: Encik Mantot, isteri anda dah bersalin ke belum? kalau masih tgh mngandung, di hrp jgn kurung atau buat pelik2 dgn anak kucing, nanti isteri akan susah keluarkan baby masa nak beranak. kena "kenan" ke apa namanya tu. bahaya woo, hati-hati aa?

    tapi kalau baby mmg dah keluar, tahniah kerana jadi seorang bapak. dapat anak lelaki ka perempuan? :.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.