Mac 31, 2011

FAQ : Soal Jawab Saman Ekor Bersama Pegawai Trafik Imaginasi

Q : Apa gunanya saman ekor?

A : Saman ekor sangat berguna untuk mengawal pemandu-pemandu Malaysia daripada memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Q : Apakah keburukan saman ekor?

A : Keburukan saman ekor adalah sistem saman ekor tidak dapat berfungsi ketika hujan kerana anggota polis yang perlu "menyaman ekor" itu tidak mahu basah kuyup pakaiannya.

Q : Apakah kebaikan saman ekor?

A : Kebaikan saman ekor adalah sistem ini bergantung kepada sistem "surprise" di mana anda akan secara tiba-tiba mendapat surat mengatakan anda telah pun disaman.Kami assume semua orang sukakan parti hari jadi mengejut.Konsep sama diaplikasikan dalam saman ekor.

Q : Bagaimanakah saman ekor berfungsi?

A : Saman ekor berfungsi dengan seorang anggota polis bawahan (khasnya pegawai baru) dijadikan mangsa untuk menyorok di dalam semak atau di bawah jambatan berbekalkan speed gun untuk menembak mana-mana kereta yang didapati memandu melebihi had laju.Jika didapati lebih daripada had laju,surat saman akan dihantar terus ke alamat pendaftaran tuan punya kenderaan.

Q : Bolehkah sistem ini disalah gunakan?

A : Boleh.Cari seorang lelaki yang anda tidak gemari dan merayulah pada dia untuk meminjamkan kepada anda kereta dia.Pandulah dikawasan yang sudah terkenal dengan kawasan speed trapnya (cth. Federal Highway) dan pandulah selaju mungkin.Ulangi untuk beberapa hari.

Q : Jika anggota polis perlu menyorok untuk memeriksa kadar kelajuan,apa sebenarnya motif saman ekor ini?

A : Motif saman ekor ini jelas sekali untuk menghukum anda yang lalai.Jika anda gemar memandu melebihi had laju,sudah pasti akan makin banyak saman ekor yang akan anda terima.

Q : Kenapa anggota polis perlu menyorok di dalam longkang atau di dalam semak?

A : Tindakan ini hanyalah untuk memastikan anda tidak dapat melihat kelibat anggota polis yang terbabit.Sebab lain untuk anggota polis menyorok adalah untuk memastikan anda memandu laju dan anda tidak mematuhi undang-undang untuk membolehkan pesalah trafik leka dan boleh disaman.

Q : Jika anggota polis tadi menyorok menyebabkan saya memandu laju,kenapa anggota polis itu tidak menampilkan dirinya?Bukankah ini akan membuatkan saya memandu dengan lebih perlahan?

A : Dikhuatiri,jika lebih ramai orang Malaysia memandu dengan perlahan,ini akan menyebabkan kurangnya bilangan saman ekor yang dapat dikeluarkan dan seterusnya mengurangkan hasil kutipan saman yang mampu dikutip setiap tahun daripada pesalah trafik.Ini semua berkaitan dengan ekonomi,inflasi,KDNK,GDP dan pelaburan domestik.Saya sendiri kurang fasih mengenai benda ini tapi apa yang diberitahu,bayaran saman mampu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Q : Saya tak faham jawapan itu tadi.

A : Ringkasannya begini.Anda pandu laju,kami dapat tembak,anda kena saman,duit anda terbang,kerajaan pun gembira,ekonomi makin kukuh dan anda adalah penyumbang kekukuhan ekonomi.

Q : Bukankah lebih baik jika "Saya nampak ada polis bertugas,saya bawak perlahan,saya tak langgar undang-undang,trafik pun bergerak lancar"?

A : Harap maaf,anda tidak layak mempersoalkan modus operandi kami.Anda mesti merasakan,mencegah adalah pendidikan yang lebih baik untuk pesalah trafik.Pihak kami pula merasakan menghukum adalah pendidikan terbaik untuk pesalah trafik.

Kami bukan seperti Kementerian Kesihatan yang cukup suka mencegah nyamuk Aedes.Jika kami diberi kuasa untuk melawan masalah demam denggi,apa yang kami akan lakukan adalah biarkan sahaja rumah anda dipenuhi dengan nyamuk aedes dan apabila anda sudah terkena demam denggi,kami akan saman anda kerana menjadi penyebar demam denggi ketika anda sedang demam denggi.Itu adalah satu method hukuman yang sangat berkesan terhadap rakyat Malaysia.

Q : Bolehkah anda terangkan analogi itu dengan lebih jelas?

A : Modus operandi saman ekor tidak bertujuan untuk mencegah kesalahan trafik.Saman ekor bertujuan untuk menghukum kesalahan trafik kerana kami percaya kadar disiplin pemandu-pemandu di Malaysia membolehkan kami layak mempraktikkan taktik hukuman sedemikian supaya pesalah trafik beringat selepas membuat salah.Keywordnya di sini,selepas membuat salah.Sekali membayar saman,selamanya akan teringat denda yang terkena dan kesalahan yang dilakukan dapat dikawal oleh pemandu.

Q : Bagaimana pula dengan mereka yang masih memandu laju tetapi belum pernah di saman ekor?

A : Golongan seperti itu satu hari nanti sudah pasti akan dapat juga kami saman,asalkan pihak rakyat bekerjasama memastikan tidak ada yang memberikan signal "high beam" untuk memaklumkan kepada pemandu lain yang ada speed trap di kawasan berkenaan.Biarkan mereka lalai dan jangan beritahu mereka.Apa yang anda dapat bila anda tolong mereka terlepas dari kena saman?

Q : Bukankah itu sesuatu yang bagus dalam memastikan semua kenderaan mengikut had laju?

A : Tidak.Itu bukanlah sesuatu yang normal dan pihak kami tidak mahu menempatkan seorang anggota trafik di kawasan yang kurang berkemungkinan kesalahan trafik akan dilakukan kerana ini melibatkan pembaziran wang cukai negara dan tenaga kerja anggota polis. Jika kami mengadakan operasi speed trap,kami mahu nampak resultnya,jadi dalam hal ini,resultnya adalah dalam bentuk saman ekor.Apa saja yang kami lakukan adalah demi kepentingan negara jadi semua usaha perlu balik modal.

Q : Soalan terakhir,kita semua sudah sedia maklum,pemandu Malaysia akan berdisiplin jika nampak anggota polis di jalan raya.Kenapa perlu menyorok?

A : Itu sudah kali kedua anda bertanya soalan ini.Saya akan jawab lagi sekali,jika anggota polis trafik itu tidak menyorok,bagaimana kami dapat mengeluarkan surat saman jika semua orang memandu dengan berhati-hati?

24 ulasan:

  1. Bagaimana pula dengan mereka yang masih memandu laju tetapi belum pernah di saman ekor?

    Rakyat Singapore (+ Datin2 & anak2 Pak Menteri Malaysia) pernah bayar saman tak? Oh ya... Buatpe nak denda diorang. Diorang shoppers paling mewah di Malaysia. Pemangkin ekonomi negara. Teruskan memandu lajuuu wahai non-warganegara Malaysia & kerabat BN. Anda terlindung....

    BalasPadam
  2. Banyak2 bertanya pun bukan mereka nak buat kerja mereka yg sebenar, e.g jaga simpang traffic light yg jem bagai nak rak setiap kali waktu puncak.

    BalasPadam
  3. argument dgn polis.. cemana 'betul' pun kita, dia 'lagi betul' dan kita 'salah' walaupun kita 'betul'

    BalasPadam
  4. haha shit this is good.

    BalasPadam
  5. knl rapat dgn sesorg bgelar polis mendedahkan diorg pny true colors..dr segi camana smn ekor di buat, brape diorg dpt time roadblock, ape diorg dpt time operasi, kedai2 mana dlm perlindungan,lau xikut sama2 kowtim kena pulau..shit! buatkan aku xpcaya lnsung dgn polis..bkn stkt konstabel biasa,ketua balai lg mkn besar..benci gila nmpk polis!

    BalasPadam
  6. semalam baru cek myeg, first time kna saman ekor... speeding kat Kesas... apakah?

    BalasPadam
  7. saya gagal lagi utk paham... bodoh nya saya... :(
    tak paham soalan ke tak paham jawapan?

    BalasPadam
  8. aa..kau tak paham apa?aku pun jadi tak paham ni

    BalasPadam
  9. Kenal sorg polis.dia kata duit kopi ni kira benda biasa la.setiap hr dpt.siap buat tabung utk sape2 yg xnk mkn duit tu.last2 hujung bln duit tu kongsi blk ramai2 dlm bentuk jamuan atau etc.wtf.

    BalasPadam
  10. Ada tak cara lain supaya orang tak langgar peraturan jalan raya?

    BalasPadam
  11. tertanya-tanya, aku selalu nampak anak annuar musa bawak mini cooper dia laju gila, even on the way nak pegi tempat belajar je pun.

    dia penah ke tak eh kena saman ekor? :O

    BalasPadam
  12. betul...
    aku cume terpikir instead diorang bagi saman, baik diorang bagi hadiah..haha....ini cuma idea gila yang tak logik yang takkan kerajaan terima...

    10 ribu x 1 sejuta pengguna = 10,000,000,000 ...

    cth : utk selama 10 tahun, mana2 pemandu yg mematuhi undang2 akan dapat 10 ribu..

    confirm ramai yg sanggup letak kereta kat rumah n naik pengangkutan awam selama 10 tahun...
    tapi masalah kesesakan lalulintas selesai...
    kenaikan penggunaan dalam pengangkutan awam pun bertambah...
    kemalangan jalan raya pun berkurang...
    tapi yang kerajaan tak suka sebab untung dalam tol semakin kurang atau tiada langsung...
    nak collect duit saman dari rakyat pun tiada...
    jualan minyak petrol kurang...
    kereta orang dah jarang beli, apatah lagi nak bayar road tax n insurans...

    p/s : aku suka header baru!

    BalasPadam
  13. kenapa polis2 yang berpangkat tinggi makin buncit perutnya??

    sebab mereka banyak makan duit haram..

    dorang tak takot ke dosa makan duit haram tu pastu bagi anak2 makan??

    dorang sume suku sakat firaun..
    mana takot dosa..
    dorang tuhan alam ni..
    ada kuasa..
    ada pistol..
    ada pangkat..
    ada pistol speed trap..
    ada buku saman..
    ada seragam polis..
    ada macam2..
    macam2 ada..

    BalasPadam
  14. Q : Soalan terakhir,kita semua sudah sedia maklum,pemandu Malaysia akan berdisiplin jika nampak anggota polis di jalan raya.Kenapa perlu menyorok?

    A : Saya akan jawab lagi sekali, usaha kami agar pemandu lebih beretika bukan hanya disebabkan kami terpacak di sepanjang jalan... kami tidak cukup anggota nak berbaris sepanjang highway untuk membuat kan pemandu yang dah cukup akal fikiran ini untuk lebih peka ngan had laju...lg pon KPI kami akan lebih mantap jika kami saman ekor..ingat! tembak dikepala...jangan diekornya(sambil gentel misai) next!!!

    BalasPadam
  15. itula kesannya,ank2 muda skrg jd teruk sbnrnya ada relate ngan pemakanan.dr mana asal duit mak ayah bg kat anak2.halal o haram.benda nmpk simple tp kesannya parah

    BalasPadam
  16. mantot...just nk tanye...saman ekor ni mmg die akan hantar saman ke rumah ke?...

    ak pelik...aritu check byk tul ak kena saman...tp satu pn ak xpernah dpt surat saman tu...ade sejak dr 2008 lg...xkan la 2 tahun pos x sampai...

    BalasPadam
  17. @tarotarota..anak anuar musa????hahaha...gua knl sgt dy tu...nak aku tny kt dy ke dy pnh kne saman ke x??

    BalasPadam
  18. kenapa di panggil saman ekor???
    aku xde ekor pun kene saman..
    adakah rakyat disamakan dengan monyet???
    =P

    mis izza

    BalasPadam
  19. lol mantot..xnak kener saman xyah bwk laju. polis ader ker xder..xder kene mengena. the power is in your hand or shall i say is in your feet that thrusting the pedal.

    BalasPadam
  20. nak bawa laju2 terlebih had tapi tak nak bayar saman. dah ada undang2 tak nak patuh. bila di tahan minta setel. bila bagi rasuah kata semua polis rasuah. yang kau gatal nak bagi tu tak salah pula.

    bob lokman lah kau ni

    BalasPadam
  21. ada sorg polis kasi tau, sesama polis pun makan rasuah, die apply cuti nk blk kg 2hr, sarjan die mintak rm100. Sesama satu balai pun mcm tu, apatah lagi org lain.

    Fatwa Indonesia - jgn solat jenayah pemakan rasuah

    BalasPadam
  22. hehehe,
    yg korang pegi respon psl rasuah ni kenapa?

    BalasPadam
  23. Kenape kena salahkan BN??
    Sedangkan Nik Aziz selama ni dengan UMNO x pernah buat hal
    Tapi pencacai cm ampa selalu buat hal
    Nampak sangt otak baru nak masuk dalam politik

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.