Mac 25, 2011

Awkward Agama : Pakcik Misteri Sewaktu Photoshoot Pre-Wedding Kami

Senja itu cantik sekali pemandangannya di Taman Tasik Perdana.Kamil,seorang photographer yang terkenal dan in demand kerana keunikan gambar weddingnya sedang mengatur pose-pose untuk satu pasangan yang bakal berkahwin dua minggu lagi.

"Orait,cantik.Shot pandang memandang kita dah tangkap,"kata Kamil.Kedua-dua bakal pengantin menghela nafas keletihan kerana sudah hampir sejam berposing sakan.

"Kita rehat sekejap.Lepas ni kita sambung scene romantik," jelas Kamil.

Mereka pun berehat sebentar.Kamil mengeluarkan sample gambar yang pernah ditangkapnya untuk dijadikan reference pasangan."Eh,gaya macam ni cantik la,yang ni ok jugak!" Girang pengantin perempuan,sangat excited.

"Ready?" tanya Kamil."Orait,jom sambung.." kata pengantin lelaki.

Tidak jauh daripada itu seorang pakcik berumur sedang leka memerhatikan telatah mereka sambil mengais daun yang berguguran di atas tanah.

"Hana,kau rapat sikit dengan Zaman,"kata Kamil memberi arahan."Lentokkan kepala kau dekat bahu dia.NICE!" Pasangan terus memberikan  kerjasama sebaik mungkin."Okeh,Zaman,kau peluk pinggang dia.Pandang kamera!Cantik!Okeh,sket lagi!" kata Kamil,sangat professional.

Beberapa shot lagi diklik untuk mewujudkan koleksi gambar yang mencukupi.Hari itu saja sudah hampir 500 keping gambar diambil.Kamil memeriksa kandungan memory card nya,"Orait,kita ada lagi 20 shot aje lagi.Sekarang pose hidung berlaga!Kamon!Senja dah nak lepas!Karang miss shot ni karang,padan muka!" kata Kamil,bergurau.Klik!Klik!Klik!

"Orait,setel untuk hari ni.........korang memang natural la,senang ambik gambar kau orang.Aku pernah tangkap gambar satu couple ni,pengantin lelaki macam kayu!Hahaha!" Tergelak mereka bertiga lalu duduk berehat di atas bangku menghilangkan penat.

"Hai,assalamualaikum dik!"kata Pakcik tadi dengan tiba-tiba."Waalaikumsalam Cik!" jawab Kamil."Seronok tengok korang bergambar tadi..." beritahu pakcik itu."Pakcik dulu minat jugak fotografi ni tapi tak mampu la nak beli kamera ni..sekarang ni anak pakcik pulak suka.Masuk ITM dah dia buat kursus ambik gambar2 ni.."

"Ooooo..." sahut Kamil,Zaman dan Hana serentak.

"Hari tu kenduri buat kat mana?" tanya Pakcik tu.

"Oh,kitorang belum kahwin lagi pakcik.Insya Allah 2 minggu lagi kat rumah dia.Saya lagi 3 minggu," jawab Zaman.

"Laaa..ye ke?Pakcik ingat korang dah kawin sebab pakcik tengok korang berpeluk bukan main lagi masa ambik gambar tadi," kata Pakcik itu sambil berlalu pergi,selamba.

ps - Siapa yang start budaya pre-wedding ni?

50 ulasan:

  1. Direct to the face!! Hahahahaha~

    Seriusli encik Mantot, saya tak tahu pun pasal budaya pre-wedding nih. Kiranya selama ni yg duk amik gambar wedding tu..kebanyakannya pre-wedding pictas ke?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. tak tau pon pasal budaya pre wedding ni ?

    BalasPadam
  4. budaya omputeh! kalau tak salah..selalunya ada tema. dan pasangan pakai baju ikut tema..

    contoh: zaman 50-an

    pempuan pakai baju kurung ngan kain batik sbg sarung kepala cam mahsuri tu
    lelaki pakai tshirt kotak2 ngan seluar

    BalasPadam
  5. dah lama benda ni berlegar2 dalam kepala aku..aku setuju kalo shot gaye mesra alam gini harus lah pas kawen.time tu ikut suka hang la nak pose camaner pun..

    nak amik gambor pre-wed tak salah tapi kalo OP tu betul-betul kretif ada storyline,tak payah gambor peluk-peluk,pegang2 tangan pun gambor meletup..

    BalasPadam
  6. mmg terbaik ayat pakcik tu. pedih gile...

    wedding photoshoot ada 3 tahap, pre-wedding, masa wedding n post wedding. tau benda ni pon sbb ada relative yg nak kahwin.

    BalasPadam
  7. aku rasa tergigit cili pun tak la pedas macamni..

    BalasPadam
  8. hehehehe.. klu kena amik pre wed.. akan cube elakkan amik gmbr daring2... sy lg stuju post wed..

    BalasPadam
  9. paling tak tahan de pre-engagement shoot.

    wtf?

    BalasPadam
  10. mmg mkn dalam pny pakcik 2 bg..bg aku ape2 pn akad dlu bru pegang2 ye...ini kan plak peluk2 bgai..no no no...

    BalasPadam
  11. post wedding kang jadi cam bideo dato ttt kakaka ...

    cam haram!

    BalasPadam
  12. aku biasa buat prewed dari bigday.. permintaan byk.. tp aku xdela suruh client peluk peluk cium cium.. sbb kte tau batas. kalu client yg nak bercumbuan tu, itu antara dia & tuhan.. aku shoot je.. hee~

    budaya omputeh mungkin, aku pon xpasti.

    BalasPadam
  13. gua dah muak dgn cara org MUSLIM Malaysia hari ni. uweqqq!

    BalasPadam
  14. boleh je nak per wed ni.. tapi berpada2 la kan...

    BalasPadam
  15. pok cik..
    kite pon tak pasti budaya ni datang dari mana tapi kite pelik jugak kalau tau org islam tak leh berlaga2,berpengang2,berpelok2.. sebelom akad nikah kenapa nak ikut jugak budaya ni.. ini kan budaya org yg tak hukum halal haram nya.. keey buleh buat lepah nikah jer..

    BalasPadam
  16. Kat Tanah Melayu ni semua menda2 mcm ni laju je buat.Time kahwin pulak bersanding,bertepung tawar bagai.Adat depan,agama letak belakang.Dah jelas bersanding haram,bersanding jugak dia.Ada pengantin tu fikir?

    Hehehe.Jd takat pic pre wedding dah peluk2 bagai,sendiri mau ingat je la.Tegur kang melenting,ckp tak ikut arus perkembangan.Uhuks!Tapi ada sikit setuju dgn penulis juga.


    Ye..ye..saya mmg kolot...

    BalasPadam
  17. aku akan nikah tahun ni Insya Allah... kalau aku disuruh buat posing geli2 (seperti di atas), aku akan sepak fotografer.
    kalau pasangan aku yg nak, aku juga akan sepak beliau.
    hampeh.

    BalasPadam
  18. inilah URBAN dan MODERN . korang tahu apa? *mungkin itu jawapannya

    BalasPadam
  19. sekarang dah banyak tak ikut adab.. nak amik gambar tak salah.. tapi kena tgk2 jugak la gayanye.. hishh.. xpaham..

    BalasPadam
  20. oo. pre wed mmg maksudnya belum akad nikah ke? aku bajet pre-wed maksudnya belum majlis reseption je.

    BalasPadam
  21. Terbaik punya perli. Perli cara halus ni. Ahahahha! Kalau nak pre-wedd pun tak perlu kot nak pelok pelok semua kan. **geleng kepala

    BalasPadam
  22. hah. bapak tak maluu doe.
    post-wed lagi best lah.

    BalasPadam
  23. "Takper pakcik. Kami muda lagi. Sempat taubat."

    BalasPadam
  24. kami muda lagi sempat taubat dan kami yakin taubat kami diterima.

    BalasPadam
  25. Tahla Tot, aku tengok kalau gambar time tunang ke apa, ramai je orang duk intim-intim bergambar macam orang yang dah nikah. Contoh macam gambar laga-laga hidung.

    Aku rasa ikatan perkahwinan ni benda yang 'suci' dan bermakna.

    Kalau kita bergambar time tunang, or pre-wed macam dah kahwin, aku tak nampak keistimewaan dan beza dia. Dah tak simbolik, takda 'before' dan 'after' dia.

    BalasPadam
  26. Oh dan macam orang yang belum kahwin dah nak panggil 'abang', or hubby, etc.. Aku macam takleh nak terima tu.

    Satu walau niat nak kahwin, belum tentu, kedua macam aku mention kat atas dah tak simbolik lagi dah kalau belum kahwin dah duk panggil-panggil macam dah kahwin.

    BalasPadam
  27. Memang makan dalam, baru merancang-rancang nak buat pre wedding shot,kah kah kah.

    BalasPadam
  28. kerana itu sy memilih untuk buat post-wedding photoshoot....da lepas...blh ler pegang2...halal....kuikuuikui

    BalasPadam
  29. pre-wedding photoshoot mcm dh overrated sgt r skang.

    BalasPadam
  30. owhh..ade tulisan kecik pasal pre wed ye...keh3..sori tot,aku pakai kanta silinder...haluih...haha

    BalasPadam
  31. Apakejadah pre-wedding shoot nih! Tup..tup mati accident sebelum nikah... tak gilo meroyan nanti.. sori kalu terpedas..

    BalasPadam
  32. i *think* the question is : sapa yang start buat bunting/banner utk pengantin2 nih?

    org selalu buat alasan for pre-wedding pics so that 'bole letak dalam kad kawin/bunting/banner'

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. aku wlpn men kamera sket2 mencemuh sdkt bab2 pre wedding ni..seriously, motif? nnt kawen amek gamba lg..x puas2 tgk muka sndri agknya, x len x bukan nk nunjuk kat org la..pastu org len pun stat jeles kmudian nk amik gmba pre wed gak pdhal nk kawen setaun lg..x paham betul ragam org2 sekarang ni..

    BalasPadam
  35. Itulah jadinya kalau kurang didikan agama / memperlekehkan hukum Islam, Dah tahu dosa, buat jugak, sombong dengan Allah tu. Lebih teruk lagi kalau mangkuks tu kata takpe pegang/peluk/raba2 sebelum kahwin a.k.a. menghalalkan yang haram. Boleh batal akidah, kena mengucap semula. Habis semua amalan2 lalu. Diharap penjenayah yang bersubahat dalam pre wed yang haram agar segera bertaubat (kalau belum). Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah Maha Pengampun. Sama-samalah kita ambil iktibar dari artikel ini.

    BalasPadam
  36. Tersentap bakal pengantin..LOL :D

    BalasPadam
  37. salam,,,

    pernah pikir benda yang sama jugak..

    kpz:)

    BalasPadam
  38. jgn nanti anak Pakcik pun jadik cam Kamil tu..

    BalasPadam
  39. kt pgang pd ape hukum dok pegang2 centu dlm islam dahla kn kwn2? ;)
    amek gmbr jauh2 pun sweet ape..asalkn photog terel n props mnarik.. ;)
    myopinion..no ofens eh ;)

    BalasPadam
  40. Sapa cakap pre-wed ni boleh asal x pegang2, asal x lebih2, asal x over, mmg x betul sama sekali, pre-wed ni mmg xleh langsung, haram!

    Photog yg jenis shoot jek, xmo masuk campo, makan jek duit tu, korang igt, mende tu jadi darah daging, esok2 korang menjawab laa..

    Selagi x sah ikatan sebagai suami isteri, sorang laki dan pompuan yg baligh dan bukan muhrim sama sekali xleh berpandangan, apa lagi amik gambar sama2! Duh, rujuk balik kitab kita Al-Quran tu weh!

    BalasPadam
  41. Perghhhh kena sedas kat muka.selalunya mmg buat post wedding punya gamba.ade dua kali gak pengantin minta pre wedding. Layankan jela permintaan. Kena ubah balik ni

    BalasPadam
  42. Sy pun ada amik gambar pre wedding...tp nama yg sesuai...after wedding hihihi...sbb shoot lepas kenduri ke dua2 pihak dh....

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.