Februari 08, 2011

No Pork! No Pork! Tak Ada Babi Maa!

Sekarang ni sekeliling anda pasti banyak orang meniaga kedai makan.Kedai tomyam? Boring.Kedai mamak? Uwekk. Kedai melayu? Malam mesti tak bukak.

Malam-malam,aku agak susah nak dapat makan jadi aku jarang makan malam-malam.BOSAN GILA KEDAI TOMYAM....Orang melayu takde banyak choice kalau nak makan malam-malam.Sama ada makan kedai mamak takpun kedai tomyam.Satu ketika dulu dengan tiba-tiba wujud pulak trend kedai kopi style lama macam Keluang Station,Old Town,Hailam Kopitiam dan sebagainya.

Tapi apabila pengusaha-pengusaha ni nampak yang market makanan ni sebenarnya jauh lebih besar daripada sekadar kopi dan roti ni sebab majoriti penduduk Malaysia orang Melayu,wujud pula kedai-kedai yang aku kelaskan sebagai hibrid seperti Pappa Rich dan sebagainya.

Berkerumunlah orang Melayu ke situ setiap masa dan sepanjang yang aku tengok dekat Bandar Tun Hussein Onn dan Cyberjaya,makan di Pappa Rich cawangan berdekatan diorang.Orang yang datang tak pernah putus,kalau aku lalu situ pukul 10:00 malam pun mesti ada orang lagi.Hari tu aku lalu siap ada yang bawak nenek terbongkok-bongkok datang makan kat situ.

Aiseh...diorang ni tak pernah cek ke yang kedai makan tu takde sijil halal?

Bila lalu kedai-kedai camtu,membuatkan aku teringat balik satu hari bila aku lalu depan kedai nasi ayam hailam kat Cyberjaya.Aku lalu situ survey apa nak makan dan ada tukang greet kat depan pintu masuk kedai. "Abang,abang,chicken rice,no pork,no pork!" bagitau dia sambil depan dia ada chalkboard besar bertulis dengan kapur merah "NO PORK!"Aku tanya dia,"halal ke ni?"Dia jawab,"halal,no pork bang!" dalam loghat Indonesia nya.Keh keh keh!Ye lah kau halal...kau ingat no pork itu adalah satu tarikan untuk aku gi makan situ?

Sama ada masyarakat Cina kurang peka atau tak ada orang nak tolong tunjuk ajar apa itu halal haram,aku tak pasti.Yang aku tau...orang Melayu sendiri tak berapa peduli pasal halal haram.Sebab kita tau kita takkan makan dekat kedai bernama Restoran Talipon atau Itik Gantung jual atas lori tapi bila benda yang sama dijual dekat kedai yang mewah,bersih dan cantik,kita akan sapu,sebab kedai tu nampak kelas,pekerja dia orang Indonesia dan Bangladesh.Tak pernah ke anda kaji sket,kedai yang anda makan tu halal atau tidak?Mamak atau India?No Pork Tapi Halal?Yes Pork dan juga halal?

Selagi orang Melayu sendiri duk berkunjung ke kedai-kedai yang tak peduli pelaksanaan sijil halal JAKIM,takkan berjaya lah pelaksanaan dia.Buat apa diorang nak apply?Ramai aje orang Melayu datang makan. Melayu adalah bangsa paling tak kisah pasal semua benda.Takde perasaan particular langsung.

Sekali-sekala sebelum gi makan tu,bukak la internet.Ada iphone,ada blackberry,blueberry tu buat apa?Browse la sekejap.Beberapa minit tu lah yang akan mengelakkan keturunan anda daripada jadi bebal dan bengong.Tapi ramai tak buat kot,sebab tu budak Melayu sekarang makin melingkup.

40 ulasan:

  1. setuju bro. benda macam inilah yang selalu buat aku geleng kepala tiap kali tengok melayu bersadai di kedai makan atau restoran non muslim. haih

    BalasPadam
  2. kurang setuju. takde sijil halal tak bererti haram. sijil halal is just certification, and banyak gak kontroversi pasal sijil halal ni. contoh, takkan kedai makan kak limah kampung pisang takde sijil halal kita tak gi makan, kan? mana kita tau tokey kedai kak limah tu sendiri sebenarnya non-muslim, or dia beli ayam katok dari Ah Chong kat pasar sebab lebih murah? another example is hotel buffet. berapa kerat hotel yang ada sijil halal, and berapa banyak hotel ada sijil halal tapi serve Carlsberg? tapi kalau kompeni buat event kat hotel, makan hotel sedap takkan tak pegi? to me, yang penting is pengguna sendiri aware kat mana diorang makan and apa yang dihidang. kalau yakin, makan. tak yakin, tinggalkan. Islam ni mudah, jadi jangan susah susahkan.

    boleh cuba baca posting recently by syed akbar ali on sijil halal ni. eventhough mamat ni agak bahaya gak interpretasi dia on Islam, tapi on sijil halal, aku agree.

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2011/02/halal-logo-and.html
    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2011/02/kita-jadi-miskin-dulu.html

    BalasPadam
  3. aku setuju tot...kedai mamak pun aku berat ati nak g....kedai yg ade logo halal yg terkini dikeluarkan jakim je aku leh caye....

    makanan yang tak halal akan jadi darah daging kite, lahirkan pulak anak2 dari darah daging sumber makanan yg tak halal, so kesannye ape yg berlaku kat budak2 melayu zaman sekarang ni lah....bengap, bangang, bongok tak tau beza halal, haram, baik buruk.

    BalasPadam
  4. again, minta maaf sebab saya kurang setuju dgn statement darah daging bodoh bengap etc etc ni. contohnya, masa zaman Rasulullah, berapa orang para sahabat kaki mabuk minum arak, adakah keturunan mereka jugak kita klasifikasikan as bengap bodoh? similarly, macam mana dgn golongan mualaf yang dibukakan pintu hati diorang untuk Islam, adakah ketrunan diorang kita label as bengap bodoh jugak? bukankah semua bayi yang dilahirkan ke dunia ni adalah suci dari dosa ibarat kain putih, tetapi ibu bapa yang mencorakkan dengan didikan? cool la sikit. Insya-Alalh kalau kita cari yang baik, yang baik lah kita dapat.

    BalasPadam
  5. owh, its ok...tu pendapat saya...based on "Dalam konteks keturunan, pemakanan halal akan memberikan kesan kepada fizikal kerana seseorang manusia terdiri daripada jasad dan roh. Makanan yang tidak baik akan menghasilkan jiwa yang tidak baik, manakala makanan yang baik akan menghasilkan keturunan yang baik, generasi yang tidak keras kepala, mudah menerima pembelajaran, cerdik akal dan bersifat mulia.Orang Islam tidak dibenarkan makan benda yang haram dan benda yang 'syubhah' (tidak jelas halal haramnya) termasuklah ibu yang sedang mengandung kerana segala yang dimakannya akan menjadi sumber fizikal anak dalam kandungan." from (http://fabuloustaste.com/index.php?option=com_content&view=article&id=60:makanan-halal-prasyarat-doa-makbul&catid=15:halal-info&Itemid=23)

    BalasPadam
  6. sijil halal takde memanglah tak menjadikan makanan tu haram.benda ni besar,memang kena interpretasi sendiri kadang-kadang tu,ada benda yang perlu sijil halal dia tu.

    kedai kak limah kat kampung halal ke tidak?memanglah kita nampak dia halal,tapi pembekal dia halal ke tidak,yang jual ayam kat dia halal ke tidak?kat situ pentingnya pengiktirafan halal tu.

    point aku,terlalu banyak kedai skrg ni yang dikunjungi org Melayu yang "halal" nya diragui (oleh aku la) dan ramai org kat luar sana yang "yakin buta" tempat tu boleh di makan.

    mmg la Islam tu mudah tapi tak boleh lah kau ambik semudah ofis kau ajak makan hotel sedap,kau takkan tak nak makan sekali pulak kot?cek la dulu.rugi ke?

    pasal keturunan tu,jgn la ambik betol2 "keturunan" tu.benda tu skop dia besar.

    bila mak bapak tak peduli pasal halal haram,anak akan ikut sama.bila bapak makan rasuah,anak makan rasuah sebab dia nampak bapak dia buat.tak ke itu memburukkan keturunan jugak walaupun bukan dalam bentuk makan minum?

    BalasPadam
  7. betul tu Mantot, tapi adakah setiap kali kau gi makan kedai Mak Limah, Kedai Mak Jah, kau akan tanya diorang dari mana diorang beli ayam? tak praktikal, kan? mostly kita assume, asalkan orang Islam yang jual makanan, insya-Allah halal lah.

    on hotel, aku berani kata sangat sedikit hotel yang ada sijil halal. kau pernah makan kat hotel tak? hotel mana yang takde serve beer?

    soal makan halal haram ni in the end akan berbalik kepada individu jugak. kat malaysia kita boleh la bising bising pasal sijil halal, tapi once kita ke negara orang, sijil halal jadi insignificant. akhirnya kita sendiri kena judge based on iman and our own understanding of hukum, apa yang halal, apa yang tidak.

    BalasPadam
  8. yang terang haram, jgn didekati.. yang kita ragu2.. jauhi. Islam itu mudah.
    Yang jadi susahnya tang yg senang2 melabel keturunan orang bebal bodoh bengap etc. Sejauh mana kita cukup pasti budak2 melayu yang rosak tu disebabkan parentnya makan makanan yang tak halal. Ntah2.. most of them kopitiam pon tak pernah jejak except beli telur kat kedai pak abu je goreng senirik kat rumah. Kan ke boleh jadi suatu fitnah yang besar keatas mereka dan keluarga mereka. Kan ke sikap cukup lah tak murni tu, sedangkan islam mengajar kita bersangka baik. Andai yang buruk kita nampak.. doakan kepada mereka yang baik2. Kadangkala bila kita rasa kita pandai.. tak semestinya kita cukup mengetahui.

    BalasPadam
  9. owh dtas rite tot...islam tu mudah tapi memang dlm konteks 'mudah'yang kita pandang dari sudut iman...macam juga statement 'tiada paksaan dlm islam' kalau kita suruh anak sembahyang tapi nk guna statement ni kat kita..?? kita sendiri mendapat...soklan haram halal dalam makanan memang jelas, kebanyakan kopitiam kat malaysia memang takde status halal dikeluarkan jakim, lagi satu, 'pringles' 'kinder bueno' yang memang sedap budak2 sekarang makan langsung takde logo halal tapi kenapa tak diasingkan di bahagian tak halal dalam supermarket..? kandungan dlm tu kalau diteliti juga memang tak halal tapi mereka menggunakan code yang perlu kita cari sendiri...so antara kita sedar atau tak...tu je

    BalasPadam
  10. kau sendiri tulis,ibu bapa yang mencorakkan anak masing-masing jadi aku tak rasa salah statement dia kalau ibu bapa tu sendiri tak peduli pasal halal haram makanan anak-anak dia.

    syed akbar ali mempersoalkan perlu ke sijil halal tu kalau benda tu dah disalah gunakan skrg ni.

    itu salah implementation JAKIM kalau camtu tapi pada aku benda tu still perlu,cuma implement la betul2.mungkin JAKIM bukan badan yang bagus utk jaga benda2 ni sebab ramai yang makan benda haram tapi jaga benda halal.

    sistem dan individu yang jaga tu perlu ditukarkan.tapi sijil tu perlu ada sebab kita duduk dalam negara majoriti orang Islam tapi provider makanan utk orang Islam adalah datang drpd bukan Islam.

    BalasPadam
  11. pasal keturunan tu aku minta maaf...aku tak merujuk kepada semua...itu adalah salah satu faktor...ye..memang banyak faktor lain, tapi yang di highlight kan disini tentang makanan halal..so itu hanya pendapat aku berdasarkan pemahaman aku...maaaf..

    BalasPadam
  12. Tot,

    Si A hidup makan babi.

    Si B hidup makan rasuah.


    Sapa masuk neraka dulu? Cuba teka.

    BalasPadam
  13. haha.

    nadox, cuba prioritize kan sikit kehalalan makanan tu. tak pernah lagi dalam keadaan terdesak boleh makan rasuah, babi boleh.

    yg byk disebut Tuhan, jgn makan harta secara batil. jgn mkn harta anak yatim. jgn rampas hak orang. bab bab babi ni sekali aje rasanya. itu pun sbb menatang tu kotor, kau makan kau sendiri sakit takde libat orang lain kecuali kau curi babi tu dr ladang org. gila ah curi babi hahaha.

    jadi, pada hemat aku pacal yg hina ini, kita org melayu terlalu sensitif pada menantang bernama babi. babi tak bersalah pun. hina betul dia.

    tapi bab makan riba, rasuah, makan rete org (jumpa duit amik beli rokok), makan hak org, tak dapat tempat pertama dalam senarai keharaman makanan. babi juga firstnya.

    come on la. kau mkn babi tengok apa jadi. damn! susah sangat ke nak faham bab2 hygiene ni.

    mkn babi is all about hygiene. mkn benda haram melibatkan hak orang adalah super duper haram, kotor jijik, bangang, melibatkan nilai ethic, nilai agama, nilai yg fundamental dlm sistem kehidupan manusia.

    BalasPadam
  14. bab makan halal haram dan logo halal ni aku selalu discuss dgn kawan kawan. dalam byk byk borak kosong tu ada satu point yang menarik hati aku. instead of enforcing sijil halal, why not enforce sijil haram? sebenarnya yang halal tu lebih mudah untuk dicari tapi susah nak enforce sebab terlalu umum, maka yang haram lebih mudah untuk monitor and enforce. kalau kedai ada jual babi, dia confirm kena amik sijil haram. kalau ada jual beer, confirm kena amik sijil haram. kalau bahan masakan tak sembelih, confirm sijil haram. and kalau tak amik sijil, kalau penguatkuasa chck, kena penalty. dan sijil haram ni patut buat jadi mahal so orang lebih suka nak dapatkan yang halal dari yang haram.

    btw, pringles sekarang dah ada logo halal, eventhough bukan halal jakim. then jangan la strict sangat pasal bahan haram dalam coklat la, gula gula, lemak babi etc etc, sebab dah byk orang kaji code code bahan tu tak semestinya dari lemak haiwan. lemak sayuran pun kadang kadang pakai code yang sama. cari je la dalam internet tu.

    BalasPadam
  15. Setuju dengan tulisan ni. Sebab terus terang sebelum ni aku pun jenis tak peka dengan benda benda macam ni. Malah kalau cina yang masak aku lagi suka bedal. Tapi dah mula nak elak kan dan berhenti dari makan tempat tempat macam tu dah.

    BalasPadam
  16. oh aku setuju idea ko pasal sijil haram tu..

    BalasPadam
  17. bukan idea aku. idea kawan kawan. sebenarnya aku sure bukan aku/kengkawan aku je yang sedar pasal idea ni, dalam jabatan2 agama sendiri takkan takde. tapi aku sangat yakin it will not work because halal cert lebih... 'profitable'. :)

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. gua slalu lepak makan kat DAPUR KITA yg jauhnya sekangkang kera dari Al-Naz Maju Cyberjaya.gua yakin owner dia Melayu tapi tak nampak pulak sijil perakuan halal kat kedai dia.so how?

    BalasPadam
  20. apa yang susah? kalau yakin, makan. kalau tak yakin, tanya. kalau tak mau tanya, maknanya tak yakin, jadi jangan makan. :)

    BalasPadam
  21. Sijil Halal nie cuma M'sia shj yg implement from JAKIM. Lets say if we fly to Bangkok, Filiphine or Singapore, Cambodia....kenapa kita mesti carik restoran Muslim Food? Kena pergi makan di kawasan penduduk dia is isLam or peniaga dia isLam. y dont we eat Mcd or KFC?

    *budak Melayu sekarang makin melingkup - bukan dari faktor pemakanan shaja,tp hiburan n ikutan budaya barat yang melampau2! artis kita MELAYU ISLAM atas nama tp tidak pada pemakaian n cara idup.

    BalasPadam
  22. Bukan mende yang masuk mulut kita yang jahat mantot, yang keluar dr mulut tu yang jahat. Hehe. Anyway, kalau g negara yg halal haram x pasti lg ssh wooo...

    BalasPadam
  23. mantot...hang pernah pergi sibu tak?...nk mintak pandangan hang pasal di sana...saya baru balik dr sana...sungguh menyedihkan...

    BalasPadam
  24. sijil halal Singapore ada.

    bwh Majlis Ugama Islam Singapore.ada brg2 yg bwk masuk sini,pakai sijil halal diorang aje.yg member aku bgtau,kat sana..implementation sijil halal bagi kedai makan tu jauh lg strict berbanding malaysia.

    apsal ngan sibu?

    BalasPadam
  25. kt negara bukan islam lbh strict dr malaysia, malu lah beb..huhu

    pnh dgr, sijil halal kt malaysia ni senang2 jer blh beli psl bukan jakim jer yg kuar sijil halal ni..

    BalasPadam
  26. w/pun xde pork..kan better kalau ada sijil halal...


    kalau was2 pun kita x blh nak makan betul x??


    haih....

    BalasPadam
  27. malaysia's FIRST syariah compliant hotel... or is it??

    http://marahku.blogspot.com/2011/02/malaysias-first-syariah-compliant-5.html#more

    BalasPadam
  28. ignorant bastard is everywhere

    last sekali salahkan JAKIM nnti

    tp mmg salah JAKIM pon

    ini kerajaan bodoh

    BalasPadam
  29. hurm tuh la..mentality skang xde arak+ pork da halal..padahal kebersihan pon salah satu rukun halal gak :(

    BalasPadam
  30. aku nk tmbh sikit, bab siil halal dari negara luar, mmg ada sijil halal dari negara luar malaysia yang diiktiraf oleh Jakim, ada logo2 tertentu dia, boleh cek dgn Jakim, sbb aku pernah tny diorang psl mende ni, sbb hari tu aku nak beli susu BB, sesapa yg tau link boleh bagi utk kita share bersama

    BalasPadam
  31. mlm2 mkn cekedis sudey!!!

    i'd choose inter-religious subject in secondary school to enlighten the malaysians about main religion in Malasysia.

    p/s:"melayu suka ingat", Lepat.

    BalasPadam
  32. biasanya bila hidup kat mesia, kita selalu suka assume yang makanan kat mesia semuanya halal sebab negara islam kan? so, kalo nak makan kat kedai tu, just masuk tanpa fikir makanan kat situ sebenarnya halal atau tak?

    but then, bila duk oversea, kita (aku esp) jadi concern psl makanan. kedai ni boleh makan tak. ade pork tak. dah jd cam habit kalo nak try makanan br, soal halal mesti kena fikir dulu. aku taknaklah merasa makan pork n aku tak hingin nak merasa pork.

    bila balik mesia, bedal semua makanan tanpa fikir halal ke tak.

    BalasPadam
  33. salam mantot...
    moga mantot n isteri dirahmati allah...
    akak n family,
    kalau keluar makan dengan ayah,
    memang dia cerewet...
    pertama, kedai tu samada ada sijil halal atau tak, dia akan check ownernya samada muslim or non muslim...
    kedua, hatta masuk kedai muslim sekali pun, dia tak kan makan macam tauhu, mee, ayam, kuew tiow...
    ketiga, memang dia akan tengok kebersihan kedai tu....5star, 1star, yang penting dia tengok kebersihan....caranya, dia pura2 nak ke toilet, or cuci tangan kat belakang....
    memang sangat cerewet....
    kalau makna kat rumah sedara pun, jangan harap dia nak makan makanan yg ada tauhu, mee, kuey tiow...
    melainkan dia betul2 nampak dalam tong sampah rumah orang tu, ada plastik mee buatan muslim....
    ffuuhhh....memang cerewet....
    sedangkan kami ni, janji nampak tanda halal, main serbu je....
    tapi penah sekali, kami masuk Ice Room, bila dah duduk, kami keluar balik sebab was2....walaupun diorang ada sijil halal....

    ayah akak selalu travel...
    mostly, middle east...
    even kat middle east pun ade arab kristian...
    tapi ayah akak tetap berhati2 pilih kedai makan....
    mujur dia boleh cakap arab n keras kepala macam arab juga, boleh dia siasat sendiri....

    sendiri n family sendiri punya mulut, sendiri lah fikir...
    walaupun ayah akak cerewet, tapi kami tak pernah mengeluh, sebab kami tetap boleh makan makanan lain yg halal toiyiban...

    BalasPadam
  34. tot... aku setuju... tapi aku ni jenis pemakan orgnyer... kalau kedai tu bnyk melayu makan... aku kira makanan tu halal... haaa... nak tau apa yg jadi sijil halal kat kedai2 makanan cina skrg ni... diorg frame canteek2 gambar menteri/sultan/adun/vvip/artis melayu makan kat situ... tu dh kira mcm sijil halal diorg la... hahahahahaha... ada 1 kedai asam pedas kat JB ni... kedai cina... pernah gak makan situ... kastam/imigresen selalu (hari2) makan kat situ... x perasan lak aku sijil halal dia... tapi gambar sultan/menteri makan kat situ bnyk... hahahahahah

    BalasPadam
  35. no pork tak bermakna halal.. tak bermakna kita orang Islam ni dah boleh makan. tapi orang melayu kita ni sekarang tak kisah dah.. asalkan bersih & nampak ekslusif aje boleh aje makan, terutama golongan2 urban nie.

    BalasPadam
  36. yg pling pnting n jgn lpe,doa mkn...insyaallah allah akn plihara kita...

    BalasPadam
  37. ayam katok korang nak mkn tak?
    tak halal jugak kan..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.