Anita mengelap rambutnya dengan tuala.Bersih rasa dirinya selepas mandi.Diambil hair dryer lalu dikeringkan rambutnya yang basah itu."Apa style rambut hari ini ya?Apa yang Azam suka?" fikir Anita.3 jam lagi,dia sudah berjanji untuk keluar dengan Azam,kekasih hatinya yang telah dikenali 3 bulan.Janjinya,Azam akan datang menjemput dia di rumah.
Walaupun baru 3 bulan,Anita sudah dapat merasakan Azam adalah "dia," lelaki yang bakal memberikan dia kebahagiaan dan mana tau,terus ke jinjang pelamin.Anita lalu menyarungkan seluar jeans ketat berjenama Levi's dan memakai baju baby t-shirt bertulis GEORGOEUS di dadanya."Moga Azam terbukak pintu hatinya!Aku memang hot!" sambil menyental bibirnya dengan lipstick merah pekat.
"Tin tin!Tin tin!" kedengaran bunyi hon motor Azam di depan pagar rumah."Nasib baik sempat siap," fikir Anita.Anita pantas keluar dari pintu biliknya.Neneknya ada di ruang tamu sedang menonton channel propaganda Kerajaan."Nek,nek,Anita keluar sekejap ya?" bagitau Anita.
"Kau keluar dengan budak lelaki tu lagi ke?Naik la bas,bahaya naik motor tu,"bagitau nenek dia."Alah nenek ni,Azam kan juara cub prix Seberang Prai.Insya Allah selamat.." sambil menyarungkan kasut."Aaaa.." neneknya terkedu.Anita terus keluar pintu dengan girangnya."Hai Abang!" bisik Anita manja."Hai Anita!Cantik la awak hari ni!" kata Azam sambil meneguk air liur."Seksi!"
Anita mencubit peha Azam membuatkan Azam mengaduh galak.Neneknya hanya memerhatikan dari belakang langsir tingkah laku cucunya itu sambil berisitighfar.
Anita sedang tertidur nyenyak di biliknya.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk."Ita,Ita!Nenek ni.Bukak pintu sekejap!" Anita mengesat mata dan bingkas bangun membuka pintu."Apa dia nek?"tanya Anita."Ita,hari tu Nenek nampak kau pakai seluar jeans yang kaler coklat tu..." tanya neneknya.
"Ak aah,apsal nek?" Anita tergamam."Nek nak pinjam," pinta neneknya dengan pantas masuk ke bilik Anita.Neneknya terus membuka almari baju Anita."Nenek pinjam baju ni boleh tak?" tanya neneknya lagi.Anita tergamam."Apa buang tabiat ke neneknya nak pinjam baju-baju aku?" fikirnya.Neneknya yang masih berkemban itu terus mengambil seluar jeans coklat dan sehelai baju t-shirt bertulis SEXY di dada.
"Nek pinjam ni.Ada date dengan pakcik yang jual ikan kat pasar tu," terang neneknya sambil berlalu ke biliknya.Anita tergamam sebentar.Kelu,dia hanya mampu mengangguk lalu bangun ke meja makan melihat apa yang ada bawah tudung.Beberapa tika kemudian keluarlah neneknya,bertudung tetapi memakai t-shirt ketat dan seluar jeans kepunyaannya.Nampak neneknya kelihatan ranggi dan bergaya.
"Pin pin!Pin pin!" Hon motor berbunyi.Anita bangun dan menjenguk dari tepi langsir.Di depan pagar rumah,ada sebuah Honda C70 ditunggangi seorang lelaki yang kelihatan agak berumur."Nek,siapa tu nek?" tanya Anita."Alah kau ni,dia tu kan yang tauke kita selalu beli ikan kat pasar tu.Tu lah kau,nenek ajak ke pasar kau tak nak ikut.Belajar-belajar la ke pasar sket,"tegur neneknya."Dah la,nenek gerak dulu...kang menunggu pulak dia.Kau kunci pintu,nek ada bawak kunci ni."
Neneknya membuka pintu lalu keluar meninggalkan bauan perfume yang Anita kenali."Bila masa pulak nenek masuk bilik aku pinjam perfume aku?" fikir Anita tergamam.Diselaknya langsir dan dapat dilihat neneknya dengan bergaya membonceng di belakang motor itu sambil tangannya memeluk erat pinggang pakcik tauke ikan tu."Ya Allah!Apa nenek aku ni?" lalu dia hanya mampu duduk di atas sofa begitu saja.
Sedar tak sedar,Anita terlelap dan dia hanya terjaga apabil pintu rumahnya dibuka.Ibunya pulang dari pejabat."Mak mak,nenek buang tabiat mak," kata Anita."Eh eh,apsal pulak ni Ita?" tanya ibunya."Nenek pinjam baju Ita yang seksi-seksi,lepas tu dia keluar dating dengan pakcik pasar tu.Siap pakai perfume Ita lagi,yang paling kelakar,boleh nenek peluk pakcik tu masa naik motor?" terang Ita.Ibunya diam sahaja,mungkin terkejut.
"Nenek dah nyanyuk ke mak?Kenapa nenek jadi camtu mak?Tak senonoh la nenek buat perangai macam tu.Karang orang sebelah,jiran-jiran kita tengok apa la kata diorang?Dah la nenek tu dah berumur,lagi la tak elok!"Ada sedikit marah dalam nada Anita.
"Tau pun tak elok!Yang kau buat tiap-tiap hari takpe pulak!Tak fikir pulak kau apa jiran kata bila kau sendiri buat?" Terkejut Anita apabila neneknya tiba-tiba muncul dari dapur.
"Err....err......" Anita terkedu. "Tapi Ita muda lagi...nek.." kata Anita.
"Baguslah tu,jadi lah macam semua orang...bila muda kumpul dosa,bila dah tua baru terfikir nak taubat!" nasihat neneknya menjentik telinganya,pedih."Yang cantik,yang elok,yang muda tu la kena jaga,barula nanti-nanti dia kekal cantik,kekal bersih..." Panas telinga Anita.
"Tapi..tapi...buruk la nenek pakai camtu..Ita ok la..." sayup-sayup Anita mempertahankan dirinya lalu berjalan masuk ke biliknya.
"Tau pun buruk," kata neneknya sambil menekan remote Astro untuk menonton wrestling.
"Come on The Rock!" jerit neneknya sambil ditemani anaknya yang kepenatan.

..............

"Baguslah tu,jadi lah macam semua orang...bila muda kumpul dosa,bila dah tua baru terfikir nak taubat!"
BalasPadamhahahaha.. panas telinga sial..
Hahaha..aku ingatkan anita sarawak tadi..
BalasPadam-panji alam-
nenek skang ramai pakai botox. hahaa
BalasPadamhaha! Nenek yang bijak. =P
BalasPadamhahah aku pn ingt nk ckp psl anita sarawak yang berbelit kain kt tengkuk die :P
BalasPadamhahaha...best2.. citer ni memang best.. part ending tu lagi best...
BalasPadampanas.panas. telinga jadi panas.
BalasPadamextreme betul cara nenek tersebut menasihatkan cucu. sehingga berpakaian seksi dan berpelukan membonceng motosikal. hahaha
BalasPadamhahahaha..mati2 aku ingt pasal anita sarawak..sempoi..
BalasPadampherghhh... ada jugak nenek style nasihat camtu...
BalasPadamrespek gila laa...
panas pun ade gak ni. berdesup masuk nasihat nenek dalam sanubari ini.
igt anita srwak jugak..hehe
BalasPadamextreme betul nasihat nenek tu...
menusuk hati!
BalasPadamhaha
haha makan dalam baiii
BalasPadamMesti Baca! : Umat Islam Yang Lemau : Bende Kecik Pun Nak Bising-Bising
ending xleh blah..
BalasPadamniat x menghalalkan cara
BalasPadamnak bg pengajaran tu elok
cara tu yg salah
hehe.nmpk update cursing malay trus klik.igt anita srawak jgk.;p
BalasPadamHAHAHAHAHA..thumbs up!
BalasPadamnenek boleh pakai jeans ketat cucu
BalasPadamitu adalah satu tamparan hebat
hahaha
kewl la citer ni!
hahaha..best! cerita ni juz nk bg pngajaran, sindiran. jgnla ada yg amek serius plak.mmgla niat x mghalalkn cara.
BalasPadamcucu sentap! haha
BalasPadamSaya suka baca blog incik. Tapi bab politik saya terpaksa skip, sebab biased sangat tak tentu pasai. Walau bagaimanapun, terpulanglah. Itu kan taste masing².
BalasPadamTeruskan menulis, itu yang penting...
aku plak igtkn anita tu mmg seorang nenek tp still hot n berpakwe...heheheh~
BalasPadam