Februari 18, 2011

Awkward Agama : The Punch Card Machine of The God

Tiap-tiap hari,jadual aku lebih kurang mcm ni;

a. bangun
b. hantar isteri (kalau aku rajin)
c. baca internet
d. baca pasal "teknologi"
e. tengok How I Met Your Mother/Friends/That 70s Show dalam 3 episod
f. main game

(Kalau ada job;)

g. buat kerja
h. tengok TV sambil buat kerja
i. tengok bola sambil buat kerja
j. berkasih-kasih dengan isteri sambil buat kerja (sambil naik angin sekali-sekala)
k. lebih kurang dah pukul 2 pagi....baru lah tidur.kalau hari deadline,tidur pukul 11 pagi.

Kalau tengok balik dalam satu hari,banyak betul masa aku perlu,selalunya rasa tak cukup.Macam-macam kena buat.Dulu masa kerja ofis hour,lagilah teruk terikat diri dengan time perlu bekerja.Ye lah,satu hari kena kerja 8 jam jadi 1/3 hari kau dah digunakan untuk bekerja sahaja.1/3 lagi untuk tidur dan 1/3 lagi untuk menguruskan apa benda yang nak kena buat.Itu belum kira waktu kau dalam perjalanan,stuck dalam kereta nak pergi kerja..jadi sebenarnya dalam sehari,kita spend lebih masa untuk pergi kerja,bekerja dan balik dari ofis.

Dalam satu hari ada 24 jam.Dalam satu jam ada 60 minit.Dalam sehari,ada 1440 minit.

Aku tengok balik jadual aku.Punyalah banyak benda yang aku boleh buat dalam 1440 minit.Tapi Tuhan mintak aku spend masa tak sampai 5 minit sekali sebanyak 5 kali dalam sehari.Baru 25 minit.Tak sampai pun 25 pun,sebab solat ni tak sama panjang.Kadang-kadang aku termenung lagi lama dari 25 minit.

Itupun aku berat nak buat.
Paling lama dia mintak dengan aku sejam untuk pegi semayang Jumaat itupun sekali seminggu.

Dan bila ingat-ingat balik,time aku kerja dulu,ada beberapa kali yang aku ada meeting dan aku terjaga lambat.Punyalah rushing aku bangun,mandi,gosok gigi dan pecut kereta ke Cyberjaya.Punyalah gelabah aku aku kalau aku terlambat masuk meeting u.Takut betul aku kalau kena disciplinary action dengan management.

Punyalah menggeletar time tu takut tak sampai on time.Bos mintak datang 8:30 sampai 6 petang dan selalunya management akan push staff supaya datang awal sket.Ramai yang patuh.Ramai yang gelabah bila punch card merah.Tapi Tuhan takde pun push kau supaya solat awal sket.Tuhan mintak aku spend masa 5 minit aje satu waktu dan aku boleh pulak buat apa yang dia mintak tu bila-bila masa yang aku boleh asal tak lepas waktu dia.Itupun aku berat jugak.Nak jemaah ke tidak?Terpulang kepada aku!Dia bagi kelonggaran!

Bila tanya balik diri sendiri,barulah aku sedar...aku sebenarnya lagi takut dengan majikan berbanding dengan Tuhan.Ramai orang macam aku sekarang ni,kan?
 

25 ulasan:

  1. ramai nak menjadi tuhan masa sekarang

    BalasPadam
  2. takut awek marah dating tak tepati masa, tapi tak takut Tuhan marah bila melewatkan waktu solat.. :(

    BalasPadam
  3. ada yang tak takut langsung lagi bahaa..huuhu

    BalasPadam
  4. keinsafan melanda..
    thx mantot..
    akanku perbaiki ketepatan waktu solatku :))

    BalasPadam
  5. I guess maybe Tuhan kena lebih produktif kot?

    :P

    BalasPadam
  6. kita sekarang dengar nama Allah, buat derq selamba kodok jek....huhu kena cari balik & semat Allah dalam hati agar jadi manusia beriman & bertaqwa.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,

    Mohon share brader, artikel perli camni mmg mantop

    BalasPadam
  8. aku tertunduk.
    aku terasa baca entri kau ni..

    BalasPadam
  9. hari ini aku solat jumaat setelah lama tidak.demmit.taubat.

    BalasPadam
  10. Ada X kompeni yg terminate staf nye klau mereka X solat? Sbb meeting lg penting drp solat kan.
    Drp,
    RYSMHP

    BalasPadam
  11. laa..knpa ko x jaga solat. hampa rasanya.aduhhh..

    mulakan dgn solat subuh, pastu rasakan diri akan rugi kalo x lakukan solat zohor dan seterusnya. cubala.

    masa kta berjanji utk berjumpa dgn seseorang.. kta pasti akan marah kalo dia dtg lewat.. fikirkan balik janji kta dgn Allah sebelum kta sampai kat dunia ni.

    good luck.

    BalasPadam
  12. sama la aku tot
    kadang 9pagi baru jaga
    subuh gajah le jwb nye
    kalu nak rush sgt leboh le jwbnye

    btw
    aku perbetulkan balik
    Allah suruh solat awal
    3 perkara xleh lewatkan
    mati tanamkan
    masuk waktu tunaikan solat
    sampai seru - kawin

    BalasPadam
  13. tersentap. walaupun yang cakap itu adalah mantot, macam dengar ustaz pulak yang perli kita.

    BalasPadam
  14. a well written entry, i have to say. it is never too late. ALLAH is always there to forgive us. alhamdulillah, u managed to touch people's heart by this entry :')

    BalasPadam
  15. bila ditanya, "takut Allah tak?"
    dijawabnya, "takut."
    tapi realitinya?
    secara tak sedar, aku pun salah seorang daripadanya. sedih!
    :(

    BalasPadam
  16. opes aku masuk kul 9... aku dtg kul 11.. zuhur kul 1.35, aku solat kul 3.30..

    aku rasa masalah perangai la.. suka tangguh2.. huhu..

    BalasPadam
  17. alahai. solat kan boleh delay..
    nanti qada' la
    senang
    islam kan mudah

    islam iu simple.
    tapi ramai yg salah konsep

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.