Januari 04, 2011

Melahirkan Anak Luar Nikah Adalah Semudah ABC

Semalam,aku dengan wife aku,pegi scan tengok baby aku kat Klinik.Alhamdullilah nak dekat 19 minggu dah tapi semalam boleh scan biasa aje sebab klinik tu takde scan yang 3D lagi.Kalau nak buat scan 3D pun kena tunggu 20 minggu lebih baru boleh buat.Sebenarnya aku agak awkard nak pegi sebab masuk kat Pusat Rawatan Islam tapi jeans aku koyak2 kat lutut.(Nurse-nurse situ hot-hot)

Bila doktor letak aje scanner atas perut isteri aku,aku nampak kepala dia.Lepas tu aku nampak tangan anak aku dok bergerak-gerak."Huiyo!" Itu aje lah aku mampu cakap.Aku tenung dia lama-lama tengok kepala dia,tengok jantung dia....nampak dia dok gerak-gerak guling-guling.

"Doktor,doktor,tak nampak kaki dia.." tanya aku."Sekejap ye,saya try carik kaki dia.." kata doktor tu.

Dia tenyeh-tenyeh scanner tu lagi dan kemudian nampaklah kaki dia tengah tegak (sebab kecik lagi jadi kaki dia still terapung-apung).

"Ni tulang belakang dia,dah lengkap.Ni jantung.Ni kepala.Ni tangan.Ni kaki..Alhamdulillah semua lengkap!" kata doktor.Aku tenung-tenung tulang belakang dia...cantik aje rupa dia,tapi sebab anak aku berpusing menghadap arah lain jadi tak tau lagi jantina apa.Doktor ambik measurement dan aku cek balik ukuran dia dengan expected growth rate,semua normal dan mengikut kadar yang sepatutnya.

Aku tengok monitor tu lama-lama.Punyalah banyak dugaan nak sampai ke tahap ni sebelum ni tapi bila baca berita,ada orang boleh tinggalkan anak diorang dekat sapa-sapa.Ada jugak orang yang sanggup buang baby diorang dalam tong sampah,dalam jamban.Tertanya-tanyalah aku,kenapa Tuhan seolah-olah menghukum orang kita sekarang ni?

Yang anak luar nikah,mudah pulak urusan dia daripada projek berzina hinggalah pergi bersalin.Kalau dah sanggup buang anak mesti pihak family tak tau yang anak dia mengandung kot?Diorang punya proses nampak mudah aje.Romen sekali,terus mengandung,kalau tak sempat gugurkan,bersalin....kemudian dibuang.Mudah....Tapi,bagi yang dah kahwin ni,banyak pulak dugaan dia.Ada yang tak subur,ada yang sperma lemah,ada jugak suami isteri yang tak mampu dapat anak sebab keadaan fizikal diorang,ada pasangan yang dah mencuba 10 tahun tapi still tak berjaya.

Yang beromen tak tentu hala,pakai 2 kondom pun kadang-kadang termengandung!

Mungkin Tuhan laknat kita kot,sebab tu dia senangkan yang haram dan susahkan yang halal.Entahlah...rezeki yang bersih makin susah nak diperolehi kat negara kita sekarang ni.Yang basi,yang dah berulat,berlambak-lambak!

ps - Gambar di atas adalah bukan anak aku.

41 ulasan:

  1. brader, tahniah,tahniah, tahniah..anak adalah anugerah Allah.

    BalasPadam
  2. Congrats En Mantot. Aku ske baca blog ko. Yeah, yg senang2 buat anak kat luar sana, senang2 je buang. Mak aku ada amik sorg anak angkat, bapak dia nak jual masa umur seminggu, alhamdullilah skang ni dah darjah 4 dah, aku sendiri bela dari kecik. Semoga anak ko sihat.

    http://sisagaputih.blogspot.com

    BalasPadam
  3. itulah senang je bersalin macam takder kompilasi... pening oo tengok bini bersalin..

    BalasPadam
  4. nak dpt baby dah?tahniah

    saya pon xde rezeki lagi

    memang tak fhm senang2 je org yg buang anak tu

    trend terbaru tinggal je kat orang kat kl sentral,ckp nak gi tandas

    BalasPadam
  5. tahniah. tumpang happy. :)

    BalasPadam
  6. betul..saye pun sedang mencube bang..dah nak masuk3 tahun belum kunjung tibe rezeki tu. Saye geram bile bace kat sotkaba buang anak sane sini.Kalau taknak jangan buang. Meh bagi saye meh!saye bele jadi anak sendiri.

    BalasPadam
  7. benda haram senang nak buat. haha

    BalasPadam
  8. wah baby! *teruja*

    Allah bagi dugaan sebab nak bagi orang sedar. tapi ramai yang berdosa tak sedar, buat dosa lain (gugur/buang/bunuh) tsk.

    kalau buat dosa tapi tak ditimpa apa-apa, kena istidraj lagi bahaya aku rasa

    BalasPadam
  9. Tahniah En. Mantot dan isteri. Walaupun berjauhan tapi serasi bersama :P

    BalasPadam
  10. tiapkali aku tgk anak aku yg skrg dfh 3 bln lebih.. kekadang aku sedih kenangkan baby2 kt luar sana yang nasib tak sebaik anak aku.. emm..

    BalasPadam
  11. hehehe... akak tiap kali pregnant... tiap kali tu la hubby penin... buat tabung tong biskut utk simpan duit bil hospital dgn duit nak kenduri akikah... insyaAllah akan dimurahkan lagi rezeki bila kita mensyukuri setiap kelahiran anak itu...

    kesian dgn bayi yg kena buang mcm takde nilai... :(

    BalasPadam
  12. aku pun ade kwn yg mcm tu.tapi dia x buang ank dia,dia beri kat org.

    tuhan x bg kesusahan melampau aku rasa supaya diorg sedar n balik ke pangkal jalan,tp diorg x serik..nak buat mcmane?

    balasan tu,kita serah kepada Allah utk beri..kita yang masih boleh berfikir ni, harap-harap x melakukan perkara serupa..

    *ko dah sah2 la x..kami yg x kawen2 ni aje tau??..hehe
    :)

    BalasPadam
  13. aku setuju gak lah dgn ko, macam aku nie smpi skrg blom ada rezeki lagi nak pregnant

    BalasPadam
  14. yang mengandung anak luar nikah tu, masa bersalin senang je kan? macam teran berak terus keluar.

    kalau yg dah kawin ni nak beranak, sampai separuh nyawa nak teran bagi keluar. yg sakit contraction lain cerita la.

    BalasPadam
  15. congratz mantot. jadi btoila aritu demam2 sebab dh ada kn? hehe! congratz again to u n wife

    -mama yang tak bosan

    BalasPadam
  16. org ckp bersalin anak luar nikah x sakit
    sbb tu xde feel jd seorg ibu

    lain dari anak yg halal
    makin susah kita nak dapat, makin kita hargai

    BalasPadam
  17. seriosly betul.. T_T

    kenapa laa takleh dibendung masalah ni..

    BalasPadam
  18. yang haram tu senang sebab takde kelebihan macam yang halal...

    tambah plak mcm mengandung ni semua...Allah dah janjikan dengan mengandung dalam ikatan yang halal, bila bersalin, kalo mati umpama mati syahid. bersalin jugak semua dosa2 kecik kuar sekali... sebab tu banyak dugaan... correct me if i'm wrong...

    yang haram tu plak... kalo buat pun takde dapat effect macam yang halal... btw, Allah still kasik org2 yang wat keje haram ni hidup pun sebab nak kasik peluang kedua untuk dia bertaubat dan kembali ke asal. tapi kalo tak sedar diri jugak, tatau nak cakap ape la...

    memang bebal gampang patut bunuh je mcm dia bunuh anak luar nikah dia...

    BalasPadam
  19. benci org buang anak ni..bile bace paper,dok geleng kepala jerla..

    BalasPadam
  20. aku belom beranak.. dan blom cukup tabah nk jaga anak luar nikah ni. Perlu mental kuat laki-bini nk ambil anak angkat dr kalangan mereka. En.mantot contoh terbaik dpt anak-halal..tahniah bro

    BalasPadam
  21. ala...tadi punya excited..ingt pic betoi muahahaha

    BalasPadam
  22. Senang dapat, mudah plak dibuang..
    Alhamdulillah, kita kena syukur pada tuhan kerana rasa nikmat dan rasa tanggungjawab setelah kita berusaha menempuhi dugaannya dan tuhan memakbulkan permintaan kita..

    BalasPadam
  23. lol,gua gelak

    nama pon kuat berzina,nafsu kuda

    terlebih subur la kot

    sbb tu senang bunting

    haha

    BalasPadam
  24. tahniah mantot...x sabar nk tgk mantot junior.
    aku setuju, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada kita.
    lihat jangan guna mata, tapi guna hati & mata.

    BalasPadam
  25. tahniah tot....!!! dah mengandung bini ko...aku ni dah 5 taun mengandung tak beranak2 hahahahah.....
    biasela tu tot....yang haram senang2 je Allah tu permudahkan...nk lihat sejauh mane mereka boleh jauh tersesat....
    anyway...good job..!! waaaahhhh..!

    BalasPadam
  26. tahniah pakcik mantot!

    dah nak jadi bapak ni jangan nakal2 sangat.

    beranak ni susah, aku pernah tengok kat ward bersalin sekali, terus rasa kansellah kahwin. tiap masa sementara nak beranak tu, aku tgk, sakit2...

    BalasPadam
  27. congratulations :)

    Alhamdulillah. happy for you.

    BalasPadam
  28. wah, tahniah bro!

    oh ya, sebenarnya kalau pakai 2 lapis kondom tu la yang lagi senang bocor, sebab geseran antara 2 lapisan getah tu yang boleh buat kondom tu bocor. tu pun cikgu aku dulu la yang bagi tahu.haha.

    BalasPadam
  29. jadah ape pakai kondom 2 lapis? haha...

    janganla pakai kondom. menipu diri sendiri namanya tu.. LOLLL

    BalasPadam
  30. aku rasa, kalau aku pada masa saat tu, mesti berair air mata.

    BalasPadam
  31. semoga dipermudahkn dan selamat semuanya.sama2 kita berusaha tuk jd ayah,suami dan anak yg terbaik.insyaAllah.

    BalasPadam
  32. Tahniah Mantot.

    Ps: Sepengetahuan aku, nurse memang hot. Pi la mana2 private hospital pun, daripada 10, 7 sedap mata memandang.

    BalasPadam
  33. bro..bala memang bala! Ini yang terbaru.


    KUALA LUMPUR, Jan 4 — A newborn baby boy who was wrapped in white cloth was found inside a black bag by the roadside near Istana Budaya, Tasik Titiwangsa, here today.

    Sentul police chief ACP Zakaria Pagan said a Pos Malaysia auxiliary policeman in the area was informed of the find by a member of the public at 1pm.

    “The civilian found the baby, still alive, in a black bag while passing through the area. He later informed an auxiliary policeman,” he said when contacted by Bernama here.

    The one kilogramme baby was then sent to the Kuala Lumpur Hospital for treatment.

    “Initial checks by hospital staff revealed that the baby was born prematurely and was estimated to be about six or seven months old. The baby is in stable condition and we will immediately investigate who was responsible for dumping the newborn,” said Zakaria.

    Those with information on the incident are urged to go to the nearest police station or contact the Sentul Police Headquarters at 03-40422222. — Bernama

    BalasPadam
  34. tahniah!!!
    -miss izza-

    BalasPadam
  35. slalunya...kita akan dapat apa yg kita xnak...atau pn apa yg kita takut..sbb itu yg slalu kita pkir..

    pikiran (thought) merupakan doa jugak..

    org yg blum kwen,takut klu dpt anak...jd dapat la anak

    org yg dh kwen plak, takut klu x dpt anak...maka x dpt la anak..

    BalasPadam
  36. tahniah!! semoga anak yang dilahirkan nanti sihat2 belaka.. nanti jaga anak tu leklok :)

    i'll follow ur blog everyday. best!

    BalasPadam
  37. tahniah!! semoga anak yang dilahirkan nanti sihat2 belaka.. nanti jaga anak tu leklok :)

    i'll follow ur blog everyday. best!

    BalasPadam
  38. yang berzina tu, memang mudah senang lahirkan anak. tapi nak meninggalkan dunia ini susah.

    yang cara halal tu, memang sakit lahirkan anak .tapi nak meninggalkan dunia ini mudah.

    cikgu bio bagitahu

    BalasPadam
  39. yang berzina tu, memang mudah senang lahirkan anak. tapi nak meninggalkan dunia ini susah.

    yang cara halal tu, memang sakit lahirkan anak .tapi nak meninggalkan dunia ini mudah.

    cikgu bio bagitahu

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.