Januari 28, 2011

Awkward Agama : Nombor Satu,Kepentingan! Nombor Dua,Kroni ! Nombor Tiga,Duniawi!

Aku lahir zaman Mahathir.Aku lahir sehari selepas Mahathir naik jadi PM.Majoriti hidup aku,aku hidup zaman Mahathir,setakat ni lah.

Dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia,ada satu badan yang menjaga hal ehwal agama,yang menjaga hukum hakam pentadbiran Kerajaan supaya sesuai dengan konsep agama.Malaysia pula adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Kita mempunyai Agung dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan jelas serta terang,agama Islam adalah agama rasmi negara kita.Perdana Menteri kita semuanya tidak pernah datang daripada mereka yang beragama lain.Semuanya Islam. Jelas benda tu dan aku sure semua orang tau.

Bila menjadi seorang Perdana Menteri,aku tak rasa salah jika aku simpulkan,tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang memimpin sebuah negara beragama rasmi Islam tidak lari jauh jika dibandingkan dengan tugas seroang Khalifah atau dalam englishnya,Caliph.

Sayangnya,sepanjang hampir 30 tahun aku hidup,aku tak pernah dengar,lihat atau baca mana-mana statement PM kita yang mengajak kita solat,puasa atau menunaikan haji.Part Islamic yang selalunya ada pada ucapan PM kita hanyalah pada permulaan bila dia bagi salam atau cakap, "Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. saya merasmikan (something-something)....."  Mungkin Pak Lah sebelum tu ada dan aku tak perasan.

Bayangkan.....anda sebagai rakyat Malaysia yang beragama rasmi Malaysia bertanyakan perihal agama kepada Najib Razak.Situasi yang sangat awkward bukan?Pasti berbicara soal agama dengan Najib atau Mahathir adalah satu benda yang boleh dikatakan sangat janggal.Pak Lah? Dia ok kot tapi sayang dia tak pandai perang politik.

Pasti akan ada yang berkata,dia PM,agama bukan bidang dia,agama bukan specialty dia,itu semua kerja JAKIM ke mahkamah syariah ke.Tapi aku tanya kau balik....kenapa bila bab agama kita lebih percaya dengan Ustaz kita atau badan-badan tertentu yang menyelia agama?Kenapa dalam bab agama,Perdana Menteri kita bukanlah calon yang paling layak untuk dijadikan rujukan ilmu orang Islam? Kenapa Perdana Menteri kita agama dia sendiri bukan bidang dia? Logik ke?

Jika dikata agama adalah satu benda yang personal,pemimpin adalah satu tugas yang public.Dia mengepalai 15 juta orang Islam. Dia buat salah,langgar hukum agama,kita juga tanggung silap dia.Mungkin di situlah sebenarnya kesilapan kita,memilih pemimpin yang jika ditanya hal agamanya perlu merujuk ke satu badan lain yang lebih layak berbicara mengenai agama Islam,agama dia juga.Dia bukan Hindu,dia bukan Buddhist.Dan kita pilih dia jadi pemimpin kita (technically ahli UMNO pilih dia jadi pemimpin kita,aku tak setuju pun).

Jika seorang pemimpin negara umat Islam perlu dipimpin tangannya,dalam bab agama sendiri,salah siapa di situ?

Salah kita lah..sebab kita dipimpin oleh seorang pemimpin yang jauh hebat berpolitik tapi tak berani nak mengingatkan kita mengenai  kematian.Tapi sayanglah,badan yang ditugaskan menjaga agama tu pun kadang-kadang sesetengah isu tutup mulut,mendiamkan diri. Semua sebab politik dah diletak atas Tuhan.

Takkan nak tunggu rakyat nak pimpin PM kita pasal bab agama?


Gambar hiasan - Perdana Menteri Malaysia berkunjung ke Oman dalam rangka lawatan bershopping

Januari 27, 2011

Menteri Pelajaran Adalah Sepatutnya Orang Paling Pandai Kat Malaysia..


Aku harap korang dapat baca artikel kat atas.Member aku letak kat Facebook.
Mungkin dia berasap kot sebab dia cikgu.

Satu masalah besar dalam Kabinet negara kita adalah bila diorang ni,yang pandai-pandai,bijak-bijak,ada Degree,ada SPM,ada SRP ni tak dapat mengasingkan politik dan pentadbiran negara.

Pada diorang,pentadbiran negara PERLU dipolitikkan.Satu benda bangang yang diamalkan baik oleh menteri BN takpun wakil Pakatan Rakyat.Sewaktu dalam Parlimen,apa perlunya berdebate pasal lubang jubur Saiful Bukhari?Tak perlu....tapi pada Parlimen Malaysia...itu adalah jauh lebih penting berbanding berbincang pasal macam mana nak mengukuhkan ekonomi rakyat dan negara.

Setiap kali Dewan Rakyat bersidang,usul yang dapat dibentangkan dalam satu hari amatlah terhad tapi kebanyakan masa tu habis untuk berpolitik dan result dia kita dah boleh agak....apa yang BN usulkan,Pakatan bangkang..apa yang Pakatan usulkan..BN bantah.Kalaulah ada seorang dr BN sokong usul Pakatan,dia pengkhianat,kalau ada wakil Pakatan sokong usul BN,dia kaki kencing.

Bodoh punya sistem demokrasi.Macam mana nak achieve democratic balance kalau minda ahli Parlimen tak boleh bebas dari segi kepartian?Dalam Parlimen sepatutnya tidak ada istilah kau parti itu,aku parti ini,ANDA MEWAKILI KAWASAN DUN ANDA...bukan parti.

Jadi,berbalik kepada artikel di atas...seorang Menteri Pelajaran yang sepatutnya otak dia jauh lagi terpelajar berbanding orang lain ,masih lagi mengaitkan politiking dengan karier seorang guru.Dalam sebuah artikel mengenai etika seorang guru,tidak ada perlunya disebut nama parti yang mendapat 2/3 majoriti dalam kabinet untuk mengingatkan guru2 parti mana yang "perlu" disokong. "The BN government has question the loyalty of teachers..." WTF...

Pakcik Muhyiddin,
Anda TPM.Anda juga Menteri Pelajaran.Bila anda bertindak sebagai Menteri Pelajaran,tidak sepatutnya ada perasaan anda Menteri Pelajaran Barisan Nasional sebab...mana2 ahli Pakatan Rakyat dalam Parlimen JUGA adalah sebahagian daripada Kerajaan Malaysia.Cikgu2 yang tak sokong BN juga adalah sebahagian daripada tenaga kerja Kementerian Pelajaran. Tapi diorang tak suka.Pada diorang,kau kerja dengan mana-mana Kementerian,kau mesti sokong BN.

Selagi mentaliti beruk tu tak diubah,selagi tu lah akan makin ramai nak kerajaan diubah.Salah ke cikgu pangkah PAS?Salah ke cikgu jadi wakil PAS? Tak salah.Haram ke gaji cikgu yang tak setia kepada Barisan Nasional? Kalau dia tak buat kerja dia,haram la kot.Waktu kelas gi minum ke,haram la.

Aku wish Menteri-Menteri kita ni mampu berfikir jauh lebih pandai,lebih matang dari kita. Tapi sayang....agenda berpolitik diorang jauh lebih kuat daripada nak bekerjasama mengelokkan Malaysia.Sebab tu aku memang takkan pilih dacing.Sebab cara diorang memerintah mencerminkan sifat "join us or against us."Jubor la mentaliti macam tu.

Dacing suck.Timbang tak rata.

Januari 26, 2011

Akanku Hutang 9 Tahun Untuk Membeli Kereta Secara Ansuran,Tunai....


Sebagai seorang peminat bola,aku selalu kagum dengan kekayaan player-player bola.
Baru-baru ni,player  mana beli kereta mewah 40 ribu pound.Theo Walcott pakai kereta Audi R8,sebuah kereta mewah GILA kat sana yang dibelinya dengan 80 ribu pound.

Kagum..kagum...

Tapi kalau aku telefon Theo Walcott bagitau dia orang Malaysia gaji RM3000 beli kereta 80 ribu,lagi la dia kagum dengan orang Malaysia.Sebab kat sana...orang kaya gila babi aje beli kereta 80 ribu dengan gaji 3 ribu pound.

Gila tak balance ekonomi Malaysia ni.
Tapi kita takde choice?Ada...ada....tapi kita kena tunggu sekejap.Kerajaan bangang mana yang suka rakyat berhutang 9 tahun untuk satu barang yang nilainya setiap masa depreciate?

Jangan pilih parti itu lagi.

Januari 25, 2011

Porno Percuma Untuk Suami Ketika Shopping Yang Lazat Tetapi Awkward

Dalam banyak-banyak benda yang seorang suami kena buat,ada satu aje benda yang sangat awkward yang kadang-kadang membuatkan aku tak nak buat.

Membeli pakaian dalam wanita bersama isteri.

Nak tak nak,sebagai seorang suami yang penyayang,nak tak nak satu masa kena buat jugak benda ni.Jadi,pengalaman yang pelik ini perlu dilalui oleh semua suami.Kalau anda boifren dan awek anda suruh teman dia gi beli,itu tandanya dia gatal dan dia nak tidur bersama anda,sebab awek tu takde perasaan malu.Jadi,ajak dia beromen,mana tau rezeki anda.

Sebagai seorang lelaki yang berdarah panas,benda yang paling awkward sekali adalah bila aku terpaksa berlegar-legar kat situ dan aku adalah satu2 nya lelaki di situ.Ketika itu,aku dikelilingi oleh makcik2,amoi,awek,gadis,nenek yang sedang cuba meletakkan pakaian dalam ke tubuh mereka untuk diukur saiznya.ITU ADALAH SATU BENDA YANG SANGAT JANGGAL APABILA MELIHAT SEORANG NYONYA TUA MELETAKKAN SELUAR DALAM DI TUBUHNYA...kalau gadis,aku boleh tolong ukurkan dengan menggunakan kiraan jengkal.

Perkara kedua yang sangat awkward,adalah apabila di department pakaian dalam wanita,aku dikelilingi oleh gambar-gambar separuh bogel awek2 cun.Nak tak nak,mata akan secara automatik terpandang cleavage gadis-gadis itu atau lebih teruk lagi jika aku perasan ada antara gambar2 itu,cameltoenya jelas kelihatan.

AKU LELAKI!BERNAFSU BUAS!Takkan aku tak nak tengok benda tu?Kadang-kadang bila berdiri kat situ,aku dapat merasakan seolah-olah gambar2 tu sedang memanggil aku supaya meratah tubuh mereka dengan pandangan kuda liar aku.Jadi,aku assume,selepas kahwin,tak ramai lagi lelaki yang nak tengok porno..waktu itu adalah satu2 nya masa dibenarkan oleh isteri untuk melihat cleavage gadis lain secara teliti.

Tapi sekarang ni aku masih berdua lagi.Belum punya anak.Apa akan jadi kalau bila dah ada anak nanti?Macam mana aku nak explain kat anak aku kenapa gadis2 digambar tu berpakaian macam tu?Siapa target audience mereka sebenarnya?Isteri aku ke AKU? Kalau anak aku kantoi aku duk tengok gambar tu,macam mana?

Apa aku nak explain kalau anak aku tanya aku,"Abah,abah,kenapa abah duk tengok gambar tu?"Tak ke itu adalah satu situation yang sangat-sangat awkward?

Takkan nak bagitau dia,"Abah bernafsu kuda liar,nak.."

Januari 24, 2011

Timbalan Perdana Menteri Say The Darndest Things!

Malaysia diperakui negara Islam contoh - TPM
21/01/2011 6:36pm


LABIS, 21 Jan. - Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tenang, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi. - Bernama

............

KAH KAH KAH KAH KAH!
WTF! SOFA KING BOW DOUGH!
BUAT APA BANGGA ORANG PUTIH IKTIRAF ORANG ISLAM TU ISLAM?
WTF! SOFA KING BOW DOUGH!

UPDATE LA SKET TAKTIK PILIHANRAYA TU HOI!
PANCING UNDI TAHUN 1960-an BOLEH AA!

OTAK TU KASI UPDATE SKET LA!
TAKDE RASA MALU KE ORANG ISLAM BANGGA DIIKTIRAF SEBAGAI "ORANG ISLAM CONTOH" OLEH ORANG PUTIH LAIN.KAH KAH KAH!KALAU KAU PEGI JUMPA TAKKAN DIA NAK BANTAI KUTUK MALAYSIA?ADAT MESTI HORMAT TETAMU!

HILLARY TAK PAKAI TUDUNG,ROSMAH TAK PAKAI TUDUNG.
BAGUS LA TU,ISLAM MODERATE,TAK EXTREME,KATA AMERIKA.
KALAU EXTREME...ITU ISLAM JAHAT.TAK TAKUT DENGAN AMERIKA.

KALAU PAKAI TUDUNG,EXTREME,TERRORIST!ORANG PUTIH TAK IKTIRAF!KUNO!
BUSUK!TUNGKIK!SOROK BOM BAWAH TUDUNG!
AMERIKA TAK SUKA!ISLAM YANG AMERIKA SUKA?
ISLAM YANG IKUT AMERIKA DARI SEGI GAYA HIDUP,POLITIK,HIBURAN.

BARU DAPAT SIJIL PENGHARGAAN USA.

ITU PUN NAK BANGGA KE?
TAKDE BENDA LAIN KE NAK GEBANG OI?

AKU MALAS NAK GELAK PASAL PART "BERPENDAPATAN TINGGI" TU....
CUKUP LA...CUKUP!

Januari 22, 2011

Retorik Kosong Najib : Pekerja Dibuli, Menteri Tak Peduli, Asal Bisnes dan Majikan Happy

"Wargh.. aku baca post ko nih terus aku down.. xde mood nat wat keje. keje animator lg teruk.. balik lewat tido opes,keja sabtu ahad tp underpaid. xde ot, xde elaun. huhuhu..emo dah.." tulisan seorang pembaca bernama Apis,dalam posting "Retorik Kosong Najib - Menjelang 2020,Gaji Anda Naik Tiga Kali Ganda"

Saudara Apis,jika kau tak tau,aku jugak seorang animator satu masa dulu 7 tahun lepas.Aku ingat lepas tampuk pemerintahan kerajaan bertukar,akan ada perubahan dalam law yang protect pekerja-pekerja tapi still benda yang sama berlaku.Berapa orang antara anda yang sedar anda bekerja lebih masa tapi diam sebab takut tak ada pekerjaan?

Cuba kira balik,dalam seminggu,berapa jam anda bekerja?Mari kita baca statement ini.Jangan lah marah kalau aku comparekan dengan negara maju lak ya?Nak jadi negara maju,comparekan lah dengan yang lebih maju dari kita.

United Kingdom
Adult workers cannot be forced to work more than 48 hours a week on average - this is normally averaged over 17 weeks. You can work more than 48 hours in one week, as long as the average over 17 weeks is less than 48 hours per week.Your working week is not covered by the working time limits if you have a job:

a. where you can choose freely how long you will work (eg a managing executive)
b. the armed forces, emergency services and police;in some circumstance
c. as a domestic servant in private houses
d. as a sea transport worker,mobile worker in inland waterways or lake
e. transport worker on board sea going fishing vessels

Since 1 August 2009 if you are a trainee doctor the 48-hour maximum working hours applies to you.

Can you be forced to work overtime, or stopped from doing so?

Your contract of employment should include the conditions for working overtime. You only have to work overtime if your contract says so. Even if it does you can't usually be forced to work more than an average of 48 hours per week. If you are told to work more than this and you don't want to, you should take it up with your employer. (LINK)

Comparison -
Perancis - 35 jam
USA - 40 jam

..................

Malaysia?

Kita masih menggunakan satu akta yang dibuat SEBELUM KITA MERDEKA!Masya Allah!
Mari kita faham serba sedikit tentang Akta Kerja 1955.

Apakah pekerja yang diliputi oleh Akta Kerja 1955?
Semua pekerja yang mendapat gaji tidak melampaui RM1,500.00 se bulan, dan seseorang pekerja yang melakukan kerja manual tanpa mengira jumlah upah se bulan.

Apakah maksud “Waktu Kerja Biasa”?
“Waktu Kerja Biasa” ialah waktu kerja seperti yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan sebagai waktu-waktu kerja biasa dalam sehari.

Waktu kerja biasa tersebut tidak boleh melebihi:
8 jam sehari tidak termasuk waktu rehat;
5 jam bekerja berterusan tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit; dan
48 jam seminggu.

Atas persetujuan bersama, pekerja boleh bekerja 9 jam sehari tetapi tidak boleh melebihi 48 jam seminggu.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kerja lebih masa’?
Kerja lebih masa bermakna bilangan jam kerja yang dilakukan melebihi masa kerja normal sehari.

Apakah kadar bayaran kerja lebih masa?
Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut:
Pada hari kerja biasa, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk hari biasa.
Pada hari rehat, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja hari rehat
Pada cuti am, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja pada cuti am.

Adakah terdapat had kepada bilangan jam seseorang pekerja dibenarkan kerja lebih masa dalam satu bulan? Seseorang pekerja tidak boleh dikehendaki bekerja lebih masa melebihi 104 jam dalam sebulan.

..............

Baca ayat last tu.
"Seseorang pekerja tidak boleh dikehendaki bekerja lebih masa melebihi 104 jam dalam sebulan." tapi dengan syarat,gaji anda bawah RM1500.WHAT THE HELL PUNYA UNDANG-UNDANG.Pernah tak anda terfikir kenapa kebanyakan company bagi starting basic salary anda RM1600?

Sebab kalau dia bagi RM1500,company akan hilang privilege untuk :
a. Suruh anda kerja tanpa bayar overtime
b. Paksa anda kerja melebihi masa secara percuma
c. Defend company kalau kena dakwa tak ikut law

Apa perbezaan gaji RM1500 dan RM1600?Kita nampak RM100 tapi sebenarnya nilai dia SANGAT BESAR.

Meh kita buat perkiraan,ikut apa yang aku lalui dulu.Aku pernah kerja non-stop dari Isnin sampai Ahad.Masuk pukul 9:30,balik pukul 3:30 pagi.Itu adalah 18 jam.Jadi,kalau lah average aku kerja satu hari 14 jam,seminggu aku dah kerja...98 jam.Sayangnya,gaji aku waktu tu lebih RM1500. ~ 98 jam - 48 jam = 50 jam.Aku dah kerja double dari apa yang sepatutnya termaktub ikut labour law.

Kalau gaji aku RM1500;
Gaji sehari (22 hari seminggu) = RM68.18
Gaji sejam (8 jam sehari) = RM8.52

Kalau gaji aku RM1600;
Gaji sehari (22 hari seminggu) = RM72.72
Gaji sejam (8 jam sehari) = RM9.09

Beza 60 sen!Tapi...Rate overtime sejam untuk gaji RM1500 (8.52x 1.5) = Rm12.78

RM12.68 x 50 jam = RM639.....Kalau gaji aku sebulan RM1500,aku boleh buat overtime  dan dapat RM639 untuk overtime 50 jam bekerja.Kalau gaji aku RM1600....aku hanya akan dapat RM1600 aje.

What the hell?Zaman dulu bolehla pakai RM1500 tak dapat overtime sebab Rm1500 tu mewah la satu masa dulu.Sekarang ni,banyak company yang menggunakan loophole ni untuk mengelakkan diorang daripada perlu membayar claim dan dapat meminimakan kos.

Ini perlu diubah.Akta ni adalah akta sebelum merdeka.Bukan semua hidup nak bekerja setiap masa.Bekerja memang perlu..tapi bila kepentingan pekerja tak diambil kira,susahlah camtu.Agak mudah nak menakut-nakutkan pekerja di luar sana,cakap aje "kat luar sana payah nak dapat kerja.." konfem dia akan bertahan aje walaupun sepatutnya dia berhak untuk dapat apa yang dia sepatutnya dapat.

Aku sure ramai kat luar sana yang mengalami masalah macam ni.Dipergunakan company yang luarannya nampak caring dengan selalu bawak gi makan hotel atau majikan selalu bawak gi bercuti ke...nak buat anda rasa dihargai.Tapi sebenarnya itu semua adalah kos yang anda sendiri tanggung.Time anda,hidup anda,biarlah berbaloi dengan apa yang anda buat.Balik rumah main game.Balik rumah lepak tengok TV dengan isteri.Balik rumah main dengan anak.Kerja sampai ke pagi buat apa?

BUKAN DAPAT OVERTIME PUN KALAU GAJI ANDA RM1500 KE ATAS!
ITU ADALAH CHARITY!MAJIKAN UNTUNG ANDA RUGI!

Selagi akta pekerjaan ni tak diubah,pekerja-pekerja akan masih terus dibuli sebab mereka takutkan hilang pekerjaan.Jawapan aku mudah aje....hidup kau sekali...kalau kau rasa tak berbaloi dan rasa ditekan,berenti.Rezeki ada kat mana-mana.Jika anda suka kerja anda,pastikan anda dapat ganjaran setimpal dengan apa yang anda buat.Jangan biar diri anda dipergunakan.Cuba kira sama ada anda dibayar betul ikut apa yang anda dah lakukan.Duduk saja kat ofis sebab majikan suruh tunggu pun satu kerja...jadi,jangan sebab anda takde kerja anda ambik benda tu sebagai charity kepada company.

Kau suka kerja ikut masa,kau suka kerja ikut hours yang perlu,kenapa perlu malu?Kenapa perlu rasa segan kalau bos kau nampak kau tak menyumbang lebih dari yang dimintak?Dia bayar 100,kau bagi lah 100.Takyah bagi 110.ITU SEMUA CRAP! Work and salary is a two way street tapi di Malaysia selalunya staff yang jadi mangsa.

Undang-undang tahun 1955...tolonglah update akta ni.

Januari 19, 2011

Filem-Filem Amerika Jika Diarahkan Oleh Pengarah Jepun


When Harry Met Sally


Titanic


Slumdog Millionaire


Top Gun

Januari 18, 2011

Justin Beaver Live in Malaysia


Teringat balik kepada satu kisah yang aku baca pasal seorang ibu dekat US,nak beli present dekat anak dia seorang budak lelaki berumur 8 tahun macam tu.Anak dia die hard Justin Bieber.Dia gi lah kat kedai CD dekat shopping mall,tanya kat salesperson situ..."Hi,do you have Justin Beaver CD?"

Aku bantai gelak depan PC on the spot.Memang sebijik.


Betul ke tidak cerita tu,entahlah.Tapi aku rasa benda2 camtu akan terjadi bila parents nak buat surprise kat anak2 dan cuba buat2 faham trend remaja sekarang ni.

Januari 15, 2011

Tutorial Photoshop : Rahsia Rosmah Mansor Kelihatan Langsing



Step 1
Ini adalah gambar original


Step 2 : 
Bila tengok lama-lama baru aku perasan,ada stand kaler merah kat situ.Aku tak sure apa benda tu tapi aku percaya kotak tu branded dan harga mencecah ribuan ribu ringgit.Mungkin itu salah satu benda yang wajib dibawa bersama setiap kali keluar.


Step 3:
Cropkan gambar tu sebab kita tak perlu gambar yang lain.


Step 4:
Gunakan lasso tool dan buang background image yang ada,hanya tinggalkan bahagian di atas.


Step 5:
Gunakan lasso tool sekali lagi dan kemudian hanya pilih area subjek asal anda,dalam kes ni,perempuan di atas.Selepas selesai di pilih,gunakan move tool dan tolak ke bawah atau ikutlah arah mana yang anda mahu.Macam gambar di atas,aku perlu menolak subjek ke bawah untuk menyamakan kedudukan dia dengan lantai.

.................

Apa kesimpulan tutorial ini?

Kerajaan perlu mewujudkan satu ukuran standard untuk semua rostrum di Malaysia agar kejadian
mulut tak sampai  dekat microphone tidak berlaku kepada sesiapa.

Januari 12, 2011

Retorik Kosong Najib : Menjelang 2020,Gaji Anda Naik Tiga Kali Ganda

Ada satu talk hari tu,ada Timbalan Menteri mana tah dijemput,aku tak ingat,tapi orang Melayu.Talk tu adalah untuk membincangkan kenapa orang kita,khasnya orang Melayu,semakin menurun semangat nak membangunkan negara.

Kata Timbalan Menteri tu,kita sebagai rakyat sepatutnya berkorban,jangan kerja luar Malaysia,duduk kerja sini dan sumbangkan tenaga dekat negara.Ayat dia lebih kurang."Ramai rakyat lebih gemar bekerja di luar negara semata-mata kerana imbuhan kewangan yang jauh lebih baik,menyebabkan Malaysia kurang tenaga pakar dalam bidang yang diperlukan.Kenapa orang kita tak sanggup berkorban untuk negara sendiri dan lebih gemar berkhidmat di luar sana?"

Nak aje aku tanya dia,"potong gaji dan elaun kau 75%,tengok la macam mana patriotik nya kau.." sayang takde peluang untuk bertanya,aku belah awal sebab menyampah.

Aku tak nampak macam mana diorang nak naikkan pendapatan per kapita Malaysia ni.Last sekali aku baca,purata pendapatan kita sekarang adalah USD5,000 (RM16 ribu lebih kurang) dan kerajaan mensasarkan pada 2020,kita mampu capai USD15,000 (RM45,000) .Peningkatan 3 kali ganda.

Lihat statement ini

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, ia boleh dicapai dengan meningkatkan pembangunan pelbagai sektor ekonomi bagi meningkatkan pendapatan.Secara umumnya, jelas beliau, pendapatan tahunan seorang rakyat negara ini adalah RM17,182 (AS$5,000) berbanding pendapatan tahunan rakyat Singapura sebanyak RM103,140 (AS$30,000).“Ini menunjukkan pendapatan tahunan rakyat kita enam kali lebih rendah daripada negara berpendapatan tinggi seperti Singapura,” 
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Untuk menjadi sebuah negara maju,purata pendapatan kita perlu dinaikkan 6 kali ganda supaya sama level dengan negara maju yang lain.Kalau kita ambik statement di atas,purata gaji sebulan kita adalah  Rm1431.80 manakala di Singapura,RM8595.Tapi PM kita target kita achieve USD15,000 dulu pada tahun 2020.Takpelah,kita Malaysia.....kita aim sket2 dulu. Singapore lain,dia dah lama merdeka.

By 2020,purata gaji kita sebulan adalah RM3750.Jadi,lihat angka tu dan lihat sekeliling anda sekarang.Kalau gaji anda sebulan sekarang adalah RM3750,mungkin anda boleh hidup selesa tapi minyak baru naik,minyak masak naik harga,minyak tanah naik,harga roti canai seringgit sekeping sekarang...pada 2020,berapa anda rasa harga sekeping roti canai dan seliter minyak?Masalah akan tetap sama.

Jadi,apa yang aku nak cakap kat sini?Apa yang Najib cakap mengenai percubaan menaikkan pendapatan purata rakyat Malaysia hanyalah satu mimpi yang kosong sebab itu bukanlah penyelesaian masalah.Propaganda politik semata-mata.

Ada beberapa langkah yang boleh diperkenalkan untuk lebih membantu dan salah satu benda yang perlu dilaksanakan adalah pengenalan gaji minimum bukan mengikut bulan,tetapi mengikut jam.Kalau kau tengok link ni,kau boleh tengok sendiri minimum wage yang dikenakan pada negeri-negeri di USA.Kebanyakannya minimum USD7 sejam (RM21 sejam) tak kiralah apa kerja sekalipun,tukang sapu ke,cleaner ke,waiter ke.

Jadi,aku tanya kau,nak ke kau kerja dekat KFC kalau gaji kau RM20 sejam?Semua orang nak sebab kita tau satu hari kerja 8 jam kita boleh dapat RM160.Sebulan kita mampu dapat RM4160 (26 hari bekerja).Adakah itu nilai yang berbaloi?Ya.Salah ke aku banding dengan USA?Kata nak jadi negara maju takkan aku nak banding dengan Uganda...Nak suruh aku keluar Malaysia kalau tak puas hati sangat?Aku bukan kata pasal aku..aku cerita pasal berjuta orang Malaysia yang bekerja sangat-sangat underpaid.Tak dapat RM20,dapat 3 kali ganda daripada gaji sekarang pun ok apa.RM3.50 sejam sekarang naikkan jadi RM9 ke.Takkan itupun nak tunggu 2020?

Sekurang-kurangnya itu akan membantu menarik kembali minat pemuda dan pemudi yang malas bekerja.Siapa nak kerja kalau kau kerja dan kau tau,pekerja KFC dekat USA dapat 6 kali ganda dari apa yang kau dapat.Negara kita sudah melancarkan Talent Corporation untuk beri inisiatif kepada pekerja Malaysia yang kerja di luar negara untuk balik ke Malaysia.Tapi,sayangnya takde siapa pun yang beri inisiatif kepada mereka yang sedang bekerja di Malaysia dengan gaji ciput.

Sekurang-kurangnya kita mampu mengurangkan pengaliran keluar wang Malaysia yang diberitakan tempoh hari akibat daripada pergantungan kita kepada pekerja luar. Bila rakyat mampu berbelanja,beli barang,syarikat akan untung dan duit tak keluar dari negara,ekonomi akan lebih baik.Tak ke itu yang kita nak?

Gaji menteri nak ikut negara maju,kadang2 lebih pulak, pendapatan rakyat macam mana?Sekarang ni,nak beli susu tepung anak pun tak berapa mampu...apa cerita?

Bacaan Lanjut
Minimum Wage USA
Minimum Wage UK

Januari 11, 2011

Insecure Apabila Kucing Cuba Mengintai Aku Mandi

Dalam dua minggu lepas ni,bilik aku dipenuhi kucing sebab nak merawat seekor kucing kesayangan isteri aku yang memerlukan blood donor kucing lain,jadi,kitorang terpaksa bawak 2 ekor kucing dari kampung ke sini.

Apa benda yang di mark oleh kucing-kucing ni?

1. Comforter aku.2 hari aku rendam.
2. Sofa dalam bilik aku yang dijadikan tempat kencing seekor kucing jantan bermuka gangster.Tenang aje muka bila dia kencing.

Bilik aku dah berbau macam kucing.Walaupun sayang kucing-kucing tu,tapi penjagaan diorang agak menaikkan darah sebab kucing-kucing ni bukannya kucing rumah,tapi kucing-kucing yang lahir di kampung dan membesar di kampung.Kucing Desa.Bila dah ada kucing dalam bilik ni,wujud satu perasaan pelik dalam diri aku.

Aku rasa insecure bila nak mandi.Rasa pelik bila menanggalkan pakaian depan kucing.Adakah aku tidak normal bila berperasaan sebegitu apabila aku merasakan kucing itu sedang memerhatikan tubuh aku tanpa seurat benang pun?

Lagilah pulak bila kucing member aku suka duduk depan bilik air masa aku nak mandi.
Aku rasa dinodai.Ni lah kot balasannya sebab selalu tengok cleavage awek seksi.

Januari 10, 2011

(Contest) My Besh Fwen 4Ever Oleh EightDesign Boutique



EightDesign Boutique (atau dalam BM,Butik Seni Reka Lapan) sedang mengadakan peraduan My BFF Contest (atau dalam BM,Peraduan Sahabat Karibku) yang berlangsung sehingga 30 Januari 2011.Syarat-syarat dia mudah aje...tangkap gambar dengan kawan baik anda dunia dan akhirat kemudian hantarkan kepada penganjur.

Kalau ada sesiapa yang tak tahu apa itu BFF (just in case)..

BFF = BEST FRIEND FOREVER
kadang-kadang ada yang tulis
BESH FWEN 4EVR!

Tapi,sayangnya,peraduan hanya dibuka kepada kaum wanita sahaja tak kira lah peringkat usia,

Syarat dia mudah ;

1. Dua-dua mesti wanita
2. Baju mesti sopan
3. Tak pakai tudung pun takpe,jadi,aku syorkan pakai macam Anna Rafali (HOTTT!)
4. Posing tu kalau boleh senonohlah.Kalau yang tak senonoh,hantar kat aku "ultramantot@yahoo.com.my"
5. Aku rasa agama ke bangsa apa pun boleh join (tanya organizer)..sedihlah pulak kalau member baik kau Cina atau India menyebabkan anda tak layak bertanding

Kepada yang menang nanti (keputusan dalam bentuk undian orang ramai) kalau ada voucher buffet lebih,pass la kat aku.Sebarang detail lanjut boleh semak di EightDesign Boutique

Siapa kenal awek yang belah kiri tu?Nak berkenalan la....Aku malu nak tanya organizer.
Selamat bertanding.

Januari 07, 2011

7 Sebab Kenapa Jalan Raya Percuma Malaysia Kurang Senonoh


Jika jalan raya percuma di Malaysia ini rata dan cantik permukaannya ; 

1. Lebuhraya yang memerlukan pengguna membayar tol tidak akan digunakan mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar defisit forecast collection yang dikeluarkan oleh syarikat Lebuhraya

2. Syarikat yang mendapat tender kontrak untuk membaiki,menampal lubang dan menurap semula tar tidak akan berkembang maju

3. Syarikat yang menjual dan membaiki rim dan tayar akan mendapati pengurangan keuntungan

4. Kedai alignment dan balancing tidak akan beroperasi kerana mesin alignment dan balancing tidak dapat balik modal

5. Syarikat pengeluar spring dan absorber tidak lagi berminat untuk membuka perniagaan spare parts di Malaysia

6. Orang ramai akan memandu lebih lancar kerana tidak lagi perlu berhati-hati mengelakkan lubang mengakibatkan khidmat tonto-tonto tow truck tidak kritikal mengakibatkan tonto-tonto ini perlu mencari kerja lain mengakibatkan kenaikan masalah pengangguran

7. Kalau semua fasiliti kat Malaysia ni lengkap dan elok,apa benda lagi yang kerajaan boleh hadiahkan masa pilihanraya untuk tarik sokongan?

It's about economics,people!

Januari 06, 2011

Sajak : Malaysiaku Indah Permai dan WTF



Pelik benar Malaysia ni.

Kita ada kes kematian seseorang selepas jatuh dari tingkat 5.
Siasat punya siasat...
Verdict dia...
Dia tak bunuh diri.
Dan dia juga tak dibunuh.
Mangsa ada kesan cedera kat leher yang bukan penyebab kematian.
Apasal saksi ada kesan cedera?

Habis tu,adakah dia terjatuh sebab terpelanting keluar masa main tampoline dalam pejabat SPRM?


Seorang translator/negotiator.
Mati kena bom.
Mayat takde.Tinggal sisa.
Bapak kandung tanya kenapa anak dia kena bunuh?
Takde orang jawab kenapa.
Last-last ada dua orang polis kena hukum.
Yang keluar arahan,tak tau sapa.

Habis tu,adakah dia mati sebab dia saja-saja main bom?

Kita ada seorang orang kenamaan.
Dia dah didakwa rasuah.
Dah dikenakan tindakan disiplin.
Dah dipecat dari semua jawatan.
Apa diorang buat?

Bagi dia pegang FELDA.
Nasib peneroka nampak huru hara.
Bakal jadi bahan rasuah nanti2 agaknya.
"Aku rasuahkan dikau dengan anak peneroka di Lot bernombor sekian-sekian..tunai!"

Apa benda punya negara?
Buat malu kaum aje kerja
Kerja merosak Malaysia.
Claim diri pejuang bangsa.
WTF....

Januari 05, 2011

Bahagian 05 - Mengejar Kecantikan Luaran Dengan Menghodohkan Dalaman Diri

Majlis perkahwinan adalah majlis yang paling penting dalam hidup seorang perempuan dan apa yang berlaku selepas majlis perkahwinan adalah detik paling penting dalam hidup seorang lelaki. :D Tidak dinafikan,ramai wanita ingin yang terbaik pada hari itu.Mereka nak khemah yang terbaik,lauk pauk yang terbaik,baju yang terbaik dan rupa paras terbaik yang TERBAIK sekali pada hari tersebut.Lelaki pula,tah la..aku nak kahwin pakai t-shirt pun aku tak kesah,yang penting kahwin.

Dalam bab majlis kahwin ni,majoriti keputusan selalunya berada di tangan perempuan untuk menentukan majlis macam mana yang dia mahukan.Kalau dapat bakal isteri ala puteri raja,majlis kahwin mestilah grand,mesti ada kereta kuda,ada persembahan artis,mesti kena jemput Justin Bieber.Semua kemahuan bakal pengantin perempuan seelok-eloknya dipenuhi.Tapi,mungkin anda tak tahu,orang yang paling berkuasa sewaktu majlis kahwin ni sebenarnya adalah Mak Andam atau jika "lelaki," Pak Andam.

Sebab apa aku tulis macam tu?Mak andam ni lah yang akan menentukan successful atau tidak majlis tu kerana kuasa ada pada tangan dia.Lawa pengantin,memorable lah majlis tu.Pengantin perempuan pulak mempunyai keinginan nak jadi paling lawa pada hari tu jadi normally,orang yang diorang paling trust pada hari tu bukanlah bakal suami mereka tetapi.....mak andam.

Kenapa semua pengantin baru lepas kahwin mesti cukur kening?Bet dengan aku,Mak Andam yang buat sebab pengantin perempuan kata kat dia,"buat lah apa saja asal saya cantik!"

Isteri aku punyalah susah hati sebab dia takut mak andam cukur kening sebab kebanyakan kawan-kawan dia bila kahwin,mak andam ni lah yang akan push-push diorang supaya cukur/cabut kening.Dalam kes isteri aku,dia kata tak nak,mak andam tu yang beriya-iya nak cabut gak."Nanti tak lawa la,nanti tak masterpiece la,nak ke kening tebal masa hari kahwin?" macam tu la kot ayat-ayat dia.Kalau dah dia tak nak cabut kau tak payah la cabut,mangkuk.Kau tau tak benda tu haram?Isteri aku berkeras jugak tak nak,tak nak sehinggalah mak andam tu sendiri bengang dengan dia.Itu baru kes mak andam yang perempuan betul,belum lagi kes "mak andam" separa lelaki yang kebanyakannya jauh lagi mengada-ngada dan demanding berbanding perempuan sendiri.

Wanita zaman sekarang ni tak kisah ke?Asal cantik semua boleh?Asal lawa tak kisah kening kena cabut,kena cukur?Asal nampak hebat benarkan diri disolek lelaki?Peduli hapa dia gay ke lembut ke....korang tak kisah?Sebab kakak aku (dia buat benda2 andaman ni) kata,mak andam lelaki make up lagi lawa dari perempuan.

Tak rasa malu ke bagi lelaki pegang muka kau sebelum kau kahwin dan kemudian cukur kening kau?

Januari 04, 2011

Melahirkan Anak Luar Nikah Adalah Semudah ABC

Semalam,aku dengan wife aku,pegi scan tengok baby aku kat Klinik.Alhamdullilah nak dekat 19 minggu dah tapi semalam boleh scan biasa aje sebab klinik tu takde scan yang 3D lagi.Kalau nak buat scan 3D pun kena tunggu 20 minggu lebih baru boleh buat.Sebenarnya aku agak awkard nak pegi sebab masuk kat Pusat Rawatan Islam tapi jeans aku koyak2 kat lutut.(Nurse-nurse situ hot-hot)

Bila doktor letak aje scanner atas perut isteri aku,aku nampak kepala dia.Lepas tu aku nampak tangan anak aku dok bergerak-gerak."Huiyo!" Itu aje lah aku mampu cakap.Aku tenung dia lama-lama tengok kepala dia,tengok jantung dia....nampak dia dok gerak-gerak guling-guling.

"Doktor,doktor,tak nampak kaki dia.." tanya aku."Sekejap ye,saya try carik kaki dia.." kata doktor tu.

Dia tenyeh-tenyeh scanner tu lagi dan kemudian nampaklah kaki dia tengah tegak (sebab kecik lagi jadi kaki dia still terapung-apung).

"Ni tulang belakang dia,dah lengkap.Ni jantung.Ni kepala.Ni tangan.Ni kaki..Alhamdulillah semua lengkap!" kata doktor.Aku tenung-tenung tulang belakang dia...cantik aje rupa dia,tapi sebab anak aku berpusing menghadap arah lain jadi tak tau lagi jantina apa.Doktor ambik measurement dan aku cek balik ukuran dia dengan expected growth rate,semua normal dan mengikut kadar yang sepatutnya.

Aku tengok monitor tu lama-lama.Punyalah banyak dugaan nak sampai ke tahap ni sebelum ni tapi bila baca berita,ada orang boleh tinggalkan anak diorang dekat sapa-sapa.Ada jugak orang yang sanggup buang baby diorang dalam tong sampah,dalam jamban.Tertanya-tanyalah aku,kenapa Tuhan seolah-olah menghukum orang kita sekarang ni?

Yang anak luar nikah,mudah pulak urusan dia daripada projek berzina hinggalah pergi bersalin.Kalau dah sanggup buang anak mesti pihak family tak tau yang anak dia mengandung kot?Diorang punya proses nampak mudah aje.Romen sekali,terus mengandung,kalau tak sempat gugurkan,bersalin....kemudian dibuang.Mudah....Tapi,bagi yang dah kahwin ni,banyak pulak dugaan dia.Ada yang tak subur,ada yang sperma lemah,ada jugak suami isteri yang tak mampu dapat anak sebab keadaan fizikal diorang,ada pasangan yang dah mencuba 10 tahun tapi still tak berjaya.

Yang beromen tak tentu hala,pakai 2 kondom pun kadang-kadang termengandung!

Mungkin Tuhan laknat kita kot,sebab tu dia senangkan yang haram dan susahkan yang halal.Entahlah...rezeki yang bersih makin susah nak diperolehi kat negara kita sekarang ni.Yang basi,yang dah berulat,berlambak-lambak!

ps - Gambar di atas adalah bukan anak aku.

Januari 03, 2011

Orang Yang Paling Jahanam Adalah Manusia Yang Menjahanamkan Masyarakat Guna Kepercayaan Ramai

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelakinya tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat dan menyeluruh.

Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes tersebut ada saksi yang melihat kelakuan tertuduh selain pihak pendakwa mempunyai beberapa keterangan sokongan daripada saksi-saksi lain.Tertuduh, Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini pada November dan Disember 2007.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan jika bersabit kesalahan.

..........

Bila diingatkan balik,sekolah rendah adalah satu-satunya tempat yang sepatutnya jadi tempat paling selamat untuk budak-budak masuk.Apa akan jadi kepada budak-budak tu?Adakah bila budak tu besar diorang akan jadi gay?Kalau baca laporan awal tahun 2008,dia merayu turunkan ikat jamin dan ringankan hukuman sebab ada anak dan ada isteri yang tengah sambung belajar.

Kenapa dalam mahkamah Malaysia,orang-orang macam ni ada hak lagi untuk bela diri?Kalau dia boleh buat macam tu dan boleh rayu sebab kasihan keluarga dia,apa nasib budak-budak yang jadi mangsa dia tu nanti?Macam mana mak bapak budak-budak yang jadi mangsa tu nak bantu anak diorang let go trauma tu?Mampu ke budak tu besar jadi normal?

Yang paling ditakuti,undang-undang Malaysia memilih kasih,menghukum "pesalah anti Kerajaan" dengan lokap ISA selama yang mereka mahukan,tanpa rayuan,tanpa bicara sedangkan seorang guru kanan yang membuat JAHANAM dalam OFIS DIA dekat SEKOLAH RENDAH dekat BUDAK LELAKI kena 20 bulan aje (untuk dakwaan pertama,ada 3 yang dah dilepaskan)....Defendan siap keluar statement "Yang didakwa telah berkhidmat dengan Kerajaan selama 18 tahun."Apa faedahnya kerja kerajaan 18 tahun kalau dalam 2 tahun dia jadikan ofis Guru Kanan Sekolah Rendah,bilik torture mental dan fizikal kanak-kanak?

Bila orang ada kuasa dan orang itu take advantage dengan position tu, orang macam ni lah sepatutnya disimpan dalam lokap penjara selama mungkin....ISA kan dia....terang-terang salah sebab ada saksi nampak.Tapi,selalunya,yang mana tak salah tu lah yang undang-undang kita suka nak kurung.Tanyalah mak bapak budak tu,macam mana diorang rasa.

Report Tahun 2008
Laporan 3 Januari 2010

Januari 01, 2011

Meraikan Tahun Baru Gregory!

10
9
8
7
6
5
4
3
2
1

HAPPY NEW YEAR!
Rasa-rasa kau,berapa orang Melayu
tengah cium mulut awek dia sekarang ni?
 Kau rasa esok,
berapa orang pemuda gelak-gelak gelihati dan 
berapa gadis-gadis menangis
sebab diorang tak virgin lagi?


SILA AMALKAN SEKS BEBAS DAN MINUM ARAK!
SEBAB KALAU TAK BUAT,
BISNES ALKOHOL,CLUBBING,KONDOM 
DAN HOTEL BAJET
TAK DAPAT BERKEMBANG!