Keputusan UPSR baru aje announce minggu lepas (ke 3 minggu lepas,aku tak berapa pasti).Aku pasti ramai mak bapak yang wish anak diorang dapat masuk SBP.
Tapi,ada jugak mak bapak yang wish anak diorang walaupun dapat 5A,tak nak bagi masuk ke sekolah asrama ni sebab takut kena buli.Aku boleh faham mengenai takutnya mak bapak ni dengan anak2 yang tinggal berjauhan tapi agak sayangla kalau anak anda dapat tawaran masuk sekolah asrama tapi kemudiannya ditolak dengan alasan tak nak berjauhan dengan anak.
Semua benda yang terjadi dan keluar paper pasal kes buli tu normal la pada aku sebab..entahlah....aku takde pun terasa berdendam ke kalau aku jumpa balik senior aku yang flying kick aku dulu dan aku ambik benda tu sebagai pengalaman.Pada aku,sekolah asrama ni benefit dia agak banyak kepada individu;
1. Dia belajar hidup sendiri
2. Disiplin tu dapat dibentuk
3. Cikgu2 dapat spend lebih masa dengan student
4. Bond antara student lagi kuat
5. Tuisyen tiap2 hari untuk batch yang hadap PMR dan SPM tanpa keluar duit tuisyen
6. Bila lagi nak biar anak anda basuh underwear dia pakai sabun buku dan berus basuh baju?
Tapi,ada gak negatifnya masuk SBP ni
1. Dia besar kemungkinan ada peluang jadi gay/lesbian jika sekolah sama jantina keseluruhan
2. Tak berapa reti belajar sendiri sebab semua benda dah disuap
3. Tak reti bergaul dengan orang ramai
4. Wujud perasaan ego sebab sekolah SBP (serius...)
5. Dia terpaksa berjauhan dengan mak bapak
6. Sehingga sekarang,aku masih lagi tak reti nak berkawan dengan pempuan.
7. Bab makan tu,zaman aku,tak berapa sedap tapi bolehlah dimakan.
Berdasarkan pengalaman aku sendiri,jika anak anda dapat tawaran ke SBP,jangan sayang dan takut nak lepaskan dia.Biarkan dia pegi kalau dia nak masuk.Kalau takut dia kena buli ke apa ke,ingatlah sebenarnya kat mana-mana pun dia boleh kena buli kalau perangai anak anda memang layak dibuli.Takut dia kena ragging?Aiseh..setakat ragging tu benda biasalah.Ragging ni kena ramai2.Seksa memang seksa tapi fikir balik time ni lah membuatkan aku ramai member yang aku sure akan jadi member aku dunia akhirat.
Pegi sekolah sekarang ni mesti ada yang bawak henfon.Aku ingat lagi dulu beratur nak tunggu turn nak pakai telefon awam besi tu,paling aku bengang bila senior nak bergayut dengan awek.Dah boleh nampak kat atas fon tu dia susun duit syiling bertingkat-tingkat ready nak bergayut.Perhubungan dengan anak-anak untuk bertanya khabar sangatlah mudah zaman ni untuk bertanya khabar berita.Nak bagi duit belanja pun boleh transfer online aje.
Mungkin bila masa aku nak decide untuk anak aku nanti fikiran aku berubah.Manalah tau waktu tu sekolah2 SBP ni dah jadi pusat budak2 berpesta ke,itu dah lain la cerita dia.Tapi aku rasa mak dengan bapak aku dulu tak berapa ralat nak bagi aku duduk asrama sebab diorang dua orang memang dah sekolah asrama.Mak aku orang Kedah,sekolah kat JB....bapak aku orang Rembau,sekolah kat Seremban tapi duk asrama la.Jika anak anda dapat peluang tu,sekurang2 nya try lah pujuk anak anda supaya dia nak masuk walaupun hati anda berat.Aku pun tak tau macam mana masa aku boleh angguk aje dulu bila bapak aku kata aku dapat sekolah asrama.
Dua bulan pertama tu punyalah seksa.Tiap2 hari aku telefon rumah tapi lama-kelamaan aku boleh adapt dan selamat lah aku habis form five dengan keputusan SPM yang aku konsider OK sebab result trial aku SAP,hehehe.
Fikir2 balik,semua benda yang aku ingat masa zaman aku sekolah adalah semua benda yang sangat ditakuti terjadi oleh ibu bapa dekat anak diorang.Kena pukul,kena pelempang dengan ustaz sebab keluar tanpa kebenaran,menyorok bawah tangga lari elak warden,main kejar-kejar dengan warden,kena buli sebab jahanamkan seluar senior masa aku gosok (suruh aku gosok buat apa?),kena gantung sekolah,hisap rokok sebatang ramai2,cepat2 kunyah ubat gigi bila kena spot check,main tarik2 towel dengan kawan2 dan bermacam2 lagi aktiviti "masculine" yang tidak boleh diceritakan di sini...
Bila difikirkan balik sebenarnya agak gay perangai budak2 asrama ni.
Jika anak anda ada ciri2 nak jadi gay....jangan bagi masuk asrama.Itu ajelah aku nak pesan.
Lain semua ok.Sayang kalau ditolak peluang tu.

55 ulasan:
first!
memang heaven dok asrama ni... awl mmg kna mcm2... bila dh jdi snior mmg ko la raja segala alam
pengalaman aku pulak. ni aku compare kalo masuk asrama time form 4 ngan form 1.
bagi aku kalo masuk form 1 bonding antara dorang tu kamcing gile! yela, 5 tahun kot bersama. tpi bila cuti sekolah balik rumah mesti dok sorang2 dalam bilik. nak keluar member sume jauh...
tp masuk form 4 best, dok asrama ade kawan, balik rumah pon ade member nak hangout. hihi... tp mmg aku akan anta anak aku masuk asrama punye. best! hehe...
MuJE
skolah asrama memang bes..tp batch2 lepas aku sme kaki repot, so xbrape heaven jd senior...
diorg sgt kuat merepot sehingga cikgu2 orientasi pon kene repot...
aku n geng2 aku dlu kene selamber je...haizz~~lemah btol rase nak sentuh kene buang sekolah...kenangan2 lame di sekolah asrama..hehe..
nway gud post..
aku suka duduk asrama!
banyak kenanagan...
sekolah asrama yang aku masuk masa tu baru bukak so takde buli/ragging/seniour-junior. super best.
sekolah perempuan sahaja, so aku sam gak ah, sampai sekarang ada problem (takut) dengan lelaki.
tapi semua best la. aku personally rasa budak jadi lebih cepat besar bila sekolah di sekolah jenis single-gender
Sampai sekarang nightmare kena tinggal dgn parents kat MRSM
Aku dlu bdk MRSM.. nak kate, byk kebaikan msuk asrama ni.. pengalaman yang memang takleh dibeli..
Ragging?? alah tu nanti jadi pengalaman manis kot ^^
best je sekolah asrama penuh ni..
mngajar aku berdisiplin n berdikari..
xpnah bjauhan dri fmly.. sronok dgr org masuk skola asrama..
salam..
sekolah biase je pun okay je.
masa aku sekolah dulu, ramai kawan-kawan yang p SBP/mrsm
ingatkan aku jelah yang tertinggal ke belakang sebab tak dpt p sbp segala bagai tu ..tapi tup tup jumpe gak budak-budak yang masuk sbp/mrsm ni kat matrikulasi. Dan semasa kat matrik, budak-budak sekolah harian biase lebih perform berbanding mereka. Mungkin diorang dah biase disuap dengan soalan-soalan ramalan semasa disekolah tetapi tidak di matrikulasi.
Dan alhamdullilah aku dah berjaya jadi doktor walaupun tak berasa ke sekolah sbp...mereka?? wallahualam
hahahha...ble blogger ckp sal perkara2 "maskuline" DLM ASRAMA..HAHAHA..mmg pengalaman budk2 yg xkan lupa r.. pelik2 perangai sume..kui~~~ buli2 bese ja normal r...tp time aku lu nk elak kene buli kene jd pembuli..heee~~~
ego tuh mmg ade,xtaw la knp mcm asabiah plak...wlaopn skola asrama sya xde la terer pn,tp still prasaan ego tuh wujud sendiri,n dan2 dpt sombong,kerek dr mber kt lua ahaha
-exmjsc-
tang bangga tu betol kot,walaupun aku tau benda tu bukan mende pon.orang lain sekolah jugak.haha
bonding aku dengan budak SBP lain pon macam agak ok la.awal2 jumpa kat kolej dah dapat rasa ni budak SBP ni,tup2 masuk,kamceng.
walaupun dah brape thn tgglkan asrama tp selalu teringat:(
greatest memory ever
-maya-
pak guard asrama aku dua orang yg gemok...bile bosan, kitorang akan kacau diorg, pastu diorg kene kejar, suspek bdk fly r...padahal kitorg mmg sje nk kenekan diorg..last2 kitorg terlepas, tp senior kantoi panjat pagar..hahahaha
aku rasa normal la kot aktiviti masculine tu. sebab sebagai remaja yg tgh membesar, kita tgh nak experience new (and sometimes weird) things. kalau boleh, semuanya kita nak cuba.
oh, dulu pun aku pernah perasan bagus sebab masuk SBP, apatah lagi bila sekolah rank first masa result SPM kuar (tapi aku rasa, aku tak contribute pun apa2 kat result tu).
apapun, sekolah mana2 sama je. it's us yang punya usaha to berjaya. ada je yang berjaya dari sekolah harian.and most of spm best student pun dari sekolah harian.
aku memang tak suka dok asrama buat strees..tapi ada pro n con dia
walaupun memenatkan dok asrama ni, tapi fun dowh. serius. kalu boleh, aku nak sekolah menengah balek tapi aku dah kat u dah skang ni. xde program "jom kembali ke sekolah menengah" ke?
aku dulu duk star
mmg naya la yg muka jambu2 tu
mmg kne jadi pasangan senior
gay berlambak
haha
last skali x sampai 2 minggu aku form 5 da kne buang
pukul budak
celaka sgguh mat pot(report)
dua dua anak hanya dibenarkan ke asrama masa form 4
form 1 memang tolak
alasan...
tiap ibubapa ada alasan mereka tersendiri yang sesuai dgn tahap pemikiran/persekitaran/situasi/kehendak masing² - yang betul bagi kita belum tentu betul bagi orang lain.
aku pon SBP..single gender jugak. aku mcm ko, smp skng tak reti nak bergaul ngan lelaki.......ni la keburukannye sekolah satu gender ni. dan aku ada dgr2 ada wujud lesbian kt sek ak, cuma gosip je la..ntah betul ke tak.
skng pun, aku cuma dok kat LAB je...mcm saintis la konon2, xbersosial...
gua budak sekolah harian, disebabkan mak bapak gua tak kasi pergi sekolah asrama. ha! ha! sebijik kena gua bro.
payah beb sekolah harian. lu dalam satu sekolah lu rasa macma lu sorang je yang nak belajar. orang lain pakat panjat tembok pergi shopping mall, lu sorang je yang tunggu bas nak balik rumah studi.
lu takde kelas tambahan kat sekolah (klu ade pon die limit org), lu terpaksa merayu kat makbapak mintak diorg masukkan dalam tuisyen (tempat gua mahal gile kot)
lu takde kertas soalan ramalan, paling lebih lu kena tanya cikgu apa buku latihan yang best dan lu cari sendiri dekat kedai.
gua masuk2 Uni, gua tengok semuanya budak SBP, MRSM dan sekolah2 power. tapi oleh kerana budaya yang selama ni 'semuanya dapat mudah', sampai ke Uni pun mencari kertas soalan ramalan. gua sorg je kot yg study exam pki buku teks.ha! ha!
aku skola jantan semua relax ja..hahaha
stkat mkn penerajang senior itu biasa..esk2 junior lak kena..itu seni..kehkehkeh
tiap2 hari tepon rumah? aku dalam 2 tahun kat SBP, buleh kira brape kali tepon umh... haha...
aku pun teringat masa dok asrama..nakalnya bukan main. ada senior,bapa dia nama Chin so kitaorg tambah Chin Peng, dia ngadu kat guru disiplin merangkap guru sejarah kitaorg. Cikgu tu pun tak bole marah sbb gelihati ngan kitaorg. dia kata mmg la bagus ingat subjek yang saya ajar tapi jgn la dok tambah nama pakcik Chin tu..hahaha
tot.. kena tambah.. mlm2 lari pg Maktab cikgu pastu buat reverse call dkt girang... hahaha
Pgalaman duk hostel mmg best la. Aku x nafikan mmg kna buli tp dh senior ko buli la blik junior tp jgn lebih2 ;). Aku x suka bab makanan kt dewan makan. Kata amik plajar terbaik tp kali mkn tahap pengemis cane la sel2 otak nk berhubung bak kata anmum. Tu la psal budak2 SBP masuk u jadi bengap pasal mkanan la. Nak kata kna suap x gak tu masing2. Aku smpai skang mnympah ngan soalan ramalan. X jntan la beb lulus exam pasal soklan ramaln or lagi dayus kalo meniru hehehe..
haha.. jd gay sudh
bagi aku, asrama la yang jadikan aku baik. dok asrama ajar aku solat jemaah. dok asrama ajar aku cane nk hormat akak2 sekalian. ajar aku utk stick sesama girls..
semua benda disuap? xtau la.. tapi yang pastinya aku skrg mengajar, semuanya pun disuap gak kat budak2 tu. lagi best, dah suap pun xnak buka mulut.
pada aku, makan kat dewan makan dah cukup best dah.. pecal, sweet sour, scramble egg, air oren, air soya... peh..
p/s: paling best bila leh ushar2 abg2 senior yg aku minat.. awww!!! ko jgn gtau aku dia gay.
kalau masuk SBP single gender sejak dorm 1..alamatnya gay la kau nnt.perkara benar terjadi kat bekas bakal tunang aku..pehh naseb tau awal.rosak masa depan
Setuju...sekolah asrama terbaek !!
pengalaman hidup di sekolah asrama banyak mengajar erti kehidupan sebenar ; kawan, lawan, cinta dan kejujuran...hmmm
ko main tarik towel dgn sape mantot?? hahahahahaha!!!
tak pernah duduk sbp . just skolah cluster. but rasa situation kt skolah 2 same jgak mcm kat sbp .
masa aku duduk asrama, benda paling nyesal yg aku tak buat ialah lompat pagar cari nasik malam2 buta.. serius best nasik 'fly'.. skang nih kedai tu dah tukar owner... takleh dah nak rase nasik best tu..
paling aku banggakan, aku berjaya utk tidak hisap rokok kat asrama.. kirenye pengaruh rakan sebaya tu tak kena la atas aku..
kalo aku ade anak, kompem masukkan kat asrama.. nanti lasak sket. makan pon tak memilih. Telan je la sayur layu besar gedabak tu.. telan je la biskut kering cecah air susu mase supper tu..
best sungguh kenangan masa zaman kat SBP dulu..
main tarik2 towel dengan kawan2? ahaha dh xder permainan lain ke? adoi la..
kalo xtggl kat asrama, maybe tahap kerajinan kurang skit la...
ak dr form 1..mak bpk ak da cmpk jauh2..msuk u wat foundation pun kt sbh..then depa cmpk ak lg kt oversea..
men cmpk ank jauh2 doesnt men parents xsyg ank..huhu..
xkesa r skola mne2 pon..y ptg usaha sndri..tp duk hostel mmg bez..mcm2 pngalaman..mne ko nk cri pngalaman mkn megi mlm2 buta..(dak laki mkn megi dlm baldi o gayung..eewww)..then depa p pnskn air tu curi bunsen burner kt makmal sains..then ble da abes gas, pulang blik..amek y bru..lab assistant pun plik npe bole cpt sgt abes gas bunsen burner kt skola ak..haha..lawak ble ingt blik..
SAYA SUKA BLOG AWAK LA..
http://haryzkhairuddin.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html
aku mmg da lame folo blog ni..tp kali ni ade segmen dari sorg blogger, benashaari.com.
btw, aku dlu pon dak asrama. mmg bes dok asrama..
mula2 ingat budak asrama nerd sangatt. jadi memang avoid masuk.
tapi bila form4, masuk sains muar.
SUMPAH, the best memory ever.
tak nerd lansung.
tak skema lansung.
semua benda lain dari assumption asal.
Pasal gay, memang ada kes. sampai kena keluar budak tu.
Pasal buli, haih biasa lahh.
perasan tak, kat asrama, akan dibagi nama samara/registered name. which sampai alam dah tua pun, still guna. bangga betul ..
padahal masa senior bagi, ckp nama tu hodoh lah buruk lah..
kenangan, pengalaman yg tak boleh dijual beli :)
nais
masa sekolah tak duduk hostel,dapat offer tapi tolak. matriks baru merasa duduk kat asrama :)
aku x tau la kalau dekat semenanjung ada buat benda ni, tapi aku duk sbp di sabah selalu main 'baiberet' dengan kawan2 sampai lemah badan diorang. hahahaha
mak bapak bandar sangat.tak reti jaga anak.
Salam .. org dulu tak sama ngan skang ni .. lagipun jenayah lampau tak sedaring skang ni .. depan umah pun dah takut nak biar anak2 bermain .. kalau dulu .. lantk la pun g kampung sebelah ke bagai ...
http://hasrulhassan.blogspot.com
bes3 dok asrama...
tp batch aku jd xbes asyik junior ngadu je...
aku tgk junior2 2 bsuh spentot pn anta dobi...aishhh...2 la ble tlmpau mnja sgt...lembek
true point!!
aku asrama dulu gak.. sgt la memahami..
positive point nyer mmg bagus.
yg negative pun betul jugak.
aku sekolah perempuan dari drjh satu smpi form 5.
mak aku x kasi kawan laki langsung. x prnh ada kawan laki punya pasal, form 2 baru aku perasan aku les.. masuk asrama form 4, lagi la parah.. spi sekarang mak aku x pernh tau.. x tau la apa reaksi dia kalau dia tau. tp dh masuk u ni dh berubah la.. tp sayang kt sorg laki ni pun tp mcm ala2 lembut sikit.. aku x boleh lagi menerima laki yg sejati.. ambil masa kot..
yg pasal x reti belaja pun betul gak.. b4 asrama asyik tuisyen jer.. mmg tuisyen byk tolong aku waktu pmr. tp bila masuk asrama aku x homesick, tp aku culture shock sbb kene belajar sendiri.. agak terjejas sikit waktu form 4.. tp result spm pun ok jer la... 7a. ni kisah tauladan utk semua.. tau la xnk anak liar ataupun berkapel kapel ker apa.. tp beragak agak la.. nnti jadi mcm aku. tuisyen pun.. jgn melampau.. nnti anak x berdikari.. lagi2 bila masuk u. sekian.. maafla harus anon =)
tak yah masuk sbp.duduk la ngan mak bapak dulu masa skolah tu.belajar pandai2 pastu dapat result meletop,masuk U nanti rasalah nak dok hidup sendiri ka apa.lagi best klau dapat study kat negara orang.
selagi parents ada lepak2 la ngan diorang dulu.
kalau nak kata budak2 yg skolah biasa ni smua benda nak bersuap,tak jugak rasanya.tgk cara mak bapak didik anak diorang la kan.kalau cara didik tak dimanjakan sangat si anak tu rasanya tak de masalah culture shock ke ape nanti masa masuk matrik ke U tu nanti.
nak rasa kena ragging,makan meggi dalam baldi ramai dll?masa kat U ada.dont worry..hahaha. ;)
aku setuju sgt ko ckp nie..
aku dr f1 sampai f5 skolah smae gender... cam haram... disebabkan aku nie ala2 jambu menggoda, senior2 belambak nak berangkatkan aku... trick haram yg aku terpedaya... akibat nerd + cuak nagn senior... blh katekan 60% batch aku main pedang... dah mcm trend dah kat skolah aku nie benda2 cam nie... serius bro... so pengajarannyer jgn lah anta anak2 anda ke sekolah berasrama. tak kira SPB, SMKA, MRSM ker... nak2 same gender... sgt berpeluang untuk menjadi homo...
aku dok asrama 4 bulan je pastu kuar. tak suka. sebab aku suka suasana rumah untuk hidup. haha. anak2 aku nanti aku tak nak galakkan masuk asrama.
ur mom stf eks? jauh tu dari kedah ke jb... in 70s or 80s? fuh! krem bontot duduk dlm tren.
-azq
anak sulung dapat sbp dari form 1,result spm nya very Flying colours,so buat medic di UK.tak puas rasanya lihat dia membesar depan mata.sekarang jauh dimata.sampai masanya akan menjadi isteri orang.anak ke 2 ,saya tidak memohon sbp atau mrsm sekolah biasa hampir dengan rumah.Alhamdulillah sekarang di matrikulasi.Anak ke 3 upsr 5A saya tidak berhajatkan SBP/MRSM.Bila diingatkan kembali betapa saya miss masa-masa yang lalu bersama anak sulung menyebabkan saya tidak
berhajat men"ngeluar"kan anak bongsu saya terlalu awal dari rumah.SBP/MRSM/SMA dan sekolah harian sama saja.Benih yang baik ,insayallah kita akan dapt menuai hasil yang baik.
sape yg kte msk u dpt merasa mcm SBP tu??xsame beb...lain sgt..ak pon SBP gak..lps msk u TOTALLY lain...xmerasa dh memory mcm SBP..
Aku dlu lpas UPSR aku dpt TKC and Kolej Yayasan Saad. Aku rejected TKC. Stay kat KYS, 3 bulan lbih, aku blah. Hahaha. Time tu aku rase cam hell je dduk kat boarding school ni. Bile aku form 4 aku dpt offer skolah sains. Aku accept jek. Ingatkan nk jdik cam hell gak ah. Turns out okay. Best la plak dduk kat SBP ni. Enjoy dowh. Hehe.
Masuk 2011 ni, aku amik SPM sudaa..
Pape pun, aku suke blog ko. W/pun ni 1st time aku visit. :)
Sy tidak bersetuju kalau kata asrama membentuk jiwa berdikari. Sy basuh kain sendiri masa sy darjah dua. Bilas kain pun tak cuci masa perah sabun ada lagi. Nk jemur penyidai tak sampai, jemur atas rumput. Lepas lipat, mak ambik dan basuh semula sehinggalah sy darjah 5 - mak saya tak basuh balik. Sy masuk asrama Tingkatan 1 - Baju hantar dobi. Sy rasa asrama membentuk sikap yg pemalas. Sekurang2nya kepada aku --- . Asrama korang ada check telur dak ?? Form 5/6 check telur Form 1/2/3&4. Malunyaaaa ... bila aku masuk ITM : aku dah tak kisah dah nk tengok ke nk pegang ke, jangan kerat sudah. He He He He
setuju
kawan2 sekerja ramai x asrama..tp biasa je keje..tak la lbh bagus dari aku yg sekolah kg..hehehe
mn mn sama..janji rajin usaha sendiri..jgn disuap
Catat Ulasan