November 12, 2010

Ini Adalah Satu Kejayaan Malaysia Yang Mampu Mengubah Tamadun Dunia!


Najib diberi tepukan semasa kembali bertugas

PUTRAJAYA 12 Nov — Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas dengan mempengerusikan mesyuarat kabinet pagi ini selepas sembuh sepenuhnya daripada serangan cacar dan sakit ulser.

Perdana Menteri, yang tiba di pejabatnya pada 9.20 pagi, kelihatan tersenyum dan menyapa petugas-petugasnya sebelum memasuki Bilik Mesyuarat 10 minit kemudian.

Beliau disambut dengan tepukan oleh menteri-menteri kabinet yang terlebih awal menunggu.
Najib diserang cacar akhir bulan lalu dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 28 Okt akibat ulser serta gastritis ringan sebelum dibenarkan pulang pada Ahad dan dinasihatkan berehat. (Bernama)

....................


Wow.Just wow!Aku tak sangka.
Apa lagi yang kita impikan? Malaysia akhirnya sempurna.
Ini adalah langkah permulaan kepada pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Empayar Melaka akan kembali naik dan Bahasa Melayu akan kembali menjadi Lingua Franca dunia.

Tahniah PM kerana pulih daripada chicken pox dan ulser!
Syabas!Hidup 1Malaysia!

Okeh.Benda berfaedah untuk hari ni.
Mari belajar English untuk ajak orang gi dating.


Sila hafal ayat2 yang diajar dan gunakan bila dating.Gaya2 yang ditunjukkan juga boleh digunakan bila nak meminang lelaki/perempuan idaman anda.

19 ulasan:

mr edz berkata...

takder bacaan dooa selamat ker

Sue Anna Joe berkata...

Mantot. Video itu. -_-

Zinedine Zaiddin berkata...

Video tu sungguh menggelikan~

Tanpa Nama berkata...

Sumber hiburan aku untuk hari ini! :p

NeemoNeemo™ berkata...

Dalam masa 4minit5saat yang diambil untuk mengurat, diameter pinggang saya berkurang sebanyak 5inci!


lepas ni acara PUSPANITA mesti ada aktiviti tarian ni kan?

Inche gabbana berkata...

apa kejadahnya kena mengena video tu dengan tajuk post nih...?? -___-"

Tanpa Nama berkata...

untuk lelaki2 yang tak mahu hilang pahala jumaat hari ini, sila pinjam teropong ariel sharon untuk tengok tarian ini di sini..


http://www.themalaysianinsider.com/world/article/five-years-comatose-israels-sharon-moves-home/

anti israel

Haqim berkata...

revolusi english dan aerobik...
xterbayang rosmah dan najib wat tu...huuu

Tanpa Nama berkata...

macam sial ..

eszol raar berkata...

sgt2 tersirat

Keretapi berkata...

semua reti kiss butt je menteri kita. bila dah buat orang atas hepi, benda sekecik tepuk tangan pon boleh menangkan tender kottt.

Tanpa Nama berkata...

babi nyer video...haha

d_uzid berkata...

patut diwajibkan di setiap institusi kerajaan sebelum start kerja. baru semangat org2 kerajaan kerja. hihihihihi...

p/s: bos kena lead, eg: abg najib

Reena B berkata...

hahahhaha. sila izinkan saya forward-post the video on my FB sebagai bahan lawak hari ini.

Marhaen Kacak berkata...

gyahahaha... hilang ngantuk jap tenguk bidio ni... stylo jugak kalau rosmah n najib aerobik sama2 cmtu...hihi


Sudah-Sudahlah Permata Hijrah Trading : Jangan Menipu Umat Islam Lagi

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku video ini sgt2 baik. Lihatlah Jepun..mereka menggabungkan teknik senaman, gerakan, sebutan dan muzik untuk belajar bahasa inggeris selain menggunakan ketiak pmpn sbg daya penarik. Sbb itu mereka amat maju dan mempunyai banyak Ultraman. Aku nk bwk teknik utk pelajar2 aku nanti. KITA?

Tanpa Nama berkata...

Video tepuk tangan tak kena. GENIUS.

Tanpa Nama berkata...

Baju oren best.

Mohd Shahrul Hafizi berkata...

Papan! Hahaha.