November 02, 2010

Filem Michael Bay di Atas Lebuhraya Malaysia

Baru-baru ni aje,dah dua kes bas terbabas dan ada yang terkorban.Kalau dilihat dari sejarah,syarikat2 pengelola bas kat Malaysia ni tak berapa peduli sangat pasal keselamatan.Aku tak berapa sure start time bila tapi ada satu masa dulu,majoriti driver dan tukang kutip tambang untuk bas intra bandar adalah orang pendatang.Macam tu lah betapa mengambil beratnya syarikat2 bas ni kepada masyarakat.Bas ekspress,setakat ni pengalaman aku ok.Kecuali 2 kali aku kena lepak tepi highway sebab bas rosak dan berebut2 naik bas ekspress tambahan masa nak balik raya sampai nak bertumbuk.Memang takde law masa tu.Sapa naik dulu dia dapat seat.

First sekali,aku nak tanya...kenapa lebih mudah untuk jadi driver bas berbanding driver kapal terbang?Akan ada orang jawab sebab bawak kapal terbang ni susah,tak semua orang mampu bawak,instrumen yang perlu tahu macam-macam,kena paham pasal fizik,cuaca dan sebagainya.Tak ke semua tu pun perlu diketahui oleh driver bas?

Satu benda yang paling penting dalam menjadi apa2 saja pemandu awam tak kira lah bas,teksi atau kapal terbang adalah memastikan penumpang selamat.Dalam bas,ada 36 nyawa dipegang pemandu.Dalam teksi,ada maksimum 4,dalam kapal terbang,beratus.Jadi,kenapa syarat kelayakan untuk menjadi driver bas ni tak dititik beratkan sangat dalam undang-undang berbanding seorang pilot?Mereka masih lagi memandu masyarakat ke destinasi dan kalau anda semua sedia maklum,kapal terbang adalah sistem pengangkutan paling selamat dalam dunia.Bas....atas jalan raya.Risiko sebenarnya lebih tinggi.

Kita masih memandang ringan perihal siapa yang memandu kenderaan pengangkutan awam di darat kerana ramai beranggapan semua orang yang ada lesen bawak bas boleh memandu bas ekspress.Samalah jugak macam semua yang ada lesen kereta boleh memandu. kereta..tapi selamat ke tidak,entahlah.Lagi satu,mungkin kos untuk menggantikan bas jauh lebih rendah berbanding kapal terbang,sebab tu la kot tak berapa perlu penekanan kepada siapa yang jadi pemandu bas ekspress.Asal boleh jalan sudah.

Dari situ perlunya wujud peraturan2 yang memberikan kelayakan kepada seseorang untuk memandu bas ekspress.Kita perlu wujudkan satu kursus yang melatih pemandu2 bas ini.Macam mana pilot dilatih?Aplikasikan benda yang sama.

1. Gunakan teknologi simulator untuk melatih refleks diorang

2. Tetapkan had umur

3. Pastikan pemandu bas mempunyai penglihatan sempurna.Sila check yang ada rabun malam,pastikan mereka memandu siang sahaja.

4. Tubuh badan pemandu perlu dijaga

5. Jadikan pemandu bas ekspress satu bentuk kerjaya professional.

6. Lesen dan kursus khas perlu diwujudkan oleh JPJ jika pemandu ingin memandu kenderaan awam yang mengangkut manusia.

7. Ujian dadah sebulan sekali............Excessive?Untuk mengelak tragedi,excessive is necessary.

8. Breathalyser(alat mengukur alkohol dalam badan) dipasang pada semua bas dan pemandu wajib melakukan pemeriksaan dihadapan penumpang di dalam bas sebelum memulakan perjalanan.

9. Kotak hitam (yang ni aku dah rasa wajib dulu..tak tau pulak sekarang)

10. Pemandu teksi kena displaykan lesen dia dekat atas dashboard.Driver bas pun perlu displaykan untuk jadi rekod penumpang.

................

Aku suka cadangan menteri yang nak pasang speed limiter dekat bas.Pedulikkan orang komplen sampai lambat lah,masa travel panjang ke...itu satu benda yang bernas (jarang menteri berkata sesuatu yang bernas).Kita perlu letakkan restrictions yang membolehkan pemandu tu berhati2 untuk buat onar sebab kita sendiri paham perangai Melayu....takde restrictions,takde rules,takde orang nak suruh,takde orang awasi.......kerja akan dibuat sambil lewa.Majoriti pemandu bas ekspress...orang Melayu.

Yang paling aku tak faham.....

Kita naik kereta ada tali pinggang.Tak pakai tali pinggang,kena saman.Naik kapal terbang,ada tali pinggang.Stroller budak kecik,ada tali pinggang.Satu bas ada 36 penumpang.Semua tak pakai tali pinggang....sebab takde tali pinggang.

SILA WUJUDKAN UNDANG-UNDANG
UNTUK PASTIKAN BAS EKSPRESS/MANA-MANA BAS PERLU DISEDIAKAN TALI PINGGANG KELEDAR!

Kalau dah ada..terpulanglah kepada penumpang nak pakai ke tidak.Boleh aje wajibkan diorang pakai...tapi tak ikut pulak kebebasan individu camtu,jadi aku suggest kepada kerajaan,pastikan bas ekspress disediakan tali pinggang keledar,tak main la 2 point punye harness,mesti 3 point punya seat belt.Dah pasang..orait.Biarkan penumpang tu sendiri decide sama ada nak atau tidak melambung kalau eksiden.

32 ulasan:

Unknown berkata...

Aku setuju! Cadangan bernas! walau aku dah jarang naik bas, tp still bas ada atas jalan raya.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa kalau bas awam, bas sekolah, bukan takat 36 penumpang je, lebih kot, selagi boleh himpit, kene himpit. tu pun satu hal.

tetiba aku rasa cuak plak nak balik penang esok naek bas ekspres ni.haih.

Tanpa Nama berkata...

gaji bus driver pn ciput! mana la x diorg nk obey the law. kalau gaji diantara pemandu teksi dgn pilot ok la gak, ni lg bawah dr teksi.

d_uzid berkata...

salam. penahku terpikir, adekah jalan raya kita design dia yg x selamat or driver kita yg ganas.

//hope jln g klantan di upgrade dgn ade divider n 2 lane, scary mery bwk lelaju kalo nk pi klantan//

Eray Majid berkata...

a ah kan..xde satu bas pun yang ade tali pinggang
huhuh sungguh ironik sistem pengangkutan jalan kat malaysia negara maju nie
heh....

Kap berkata...

mantot, memang ada bas sediakan tali keledar penumpang.
setakat pinggang tapi ok daripada tak ada.

aku dah test.
bila pakai rasa selamat.
doa dalam hati positif boleh beri aura positif dalam bas, kan??
kalau 36 orang rasa tenang, aku pasti jauh dari bencana.
insyallah.

Inche gabbana berkata...

menarik pandangan anda. saya pon penah terfikir yg kalau nak jadikan kerjaya pemandu bas ekspres ni kerjaya yg ekslusif mcm pilot, then kena naikkan gaji diorang ni. bila dah naik gaji, mesti berebut-rebut nak jadi pemandu. bila dh jadi cmtu, mesti kelayakan nak jadi pemandu akan diketatkan. takde lah sampai yg takde lesen pon boleh memandu!

tapi kita sebagai pengguna, bersedia ke nak bayar tiket bas yg lagi mahal nanti..?

Tanpa Nama berkata...

GAJI - yes ni dari dulu driver bas bising. gaji diorg ciput, company nak untung bnyk..diorg di bayar by-km....sbb tu terpaksa sapu siang malam pagi ptg....and company plak bising sbb depa x bole tetapkan harga etc etc.....minta menteri duduk semeja dgn driver and company
biar harga tiket mahal sikit tp selamat & selesa....takat ni aku naik transnasional nye bas mmg selesa + on time + takde rebut + bersih + xde kerusi nak tercabut + bole beli tiket online


CONSOLIDATE - dari dulu kata nak gabungkan bas ..tp sampai skrg gagal...kene consolidate company bas...jadikan few shj..senang...


MAINTANENCE - wajibkan semua company antar bas utk service....PUSPAKOM or JPJ or whoever kene pantau ni..

ruchan - aku mmg penumpang bas tegar..

Johann yang berani berkata...

Nk naikkan gaji pmndu bas boleh tp pnumpang sggup ke byr lebih tu persoalannya, dh tntu cmpany bas akn naikkn tmbg kalo nk naikkn gaji pmndu kalo x mana nk cover sumer. Pling mudah n simple pasang tali pggang kledar, pasang speed limiter ngn black box. Pastikan bas diperiksa puspakom 3 bulan skali ngan jujur bkn sogok duit kopi sumer lulus. Kalo nk tiru mcm aviation industry agk susah sbb mlibatkn kos yg mhal. Aku tau psal aku tlibat dlm industri ni. Gaji engineer yg sign off aircraft tu belas2 ribu xkn la mekanik bas nk byr gtu. Lagi satu jgn bagi sape trip byk dpt elaun tmbhan sbb tu yg wat drebar bawak laju nk kejar trip btul x?

Tanpa Nama berkata...

PERLU DITAMBAH PRAMUGARI N PRAMUGARA DALAM BAS JUGA KE??
=)
MIS IZZA

Alexia Aqram berkata...

gaji pemandu bas sepatutnya kena tinggi. koman2 basic rm2500-rm3000. tak campur elaun. takpun, rm4000 tanpa elaun.

bila gaji tinggi, konpem lah penapisan pekerja lebih ketat kan? sebab bila sebut pekerjaan yang bergaji besar, kompeni takkan sewenang-wenangnya bagi gaji yang besar kepada pekerja yang harmful kepada kompeni.

ini gaji pemandu bas ciput, nak kena kejar trip baru boleh dapat income lebih. sebab nak duit banyak, bawak pun lintang pukang.

masalahnya, bila sebut pasal gaji. apa kerajaan boleh buat? sebab gaji kompeni ni hal ehwal swasta. terletak pada mentaliti bos kompeni tu lah ye dak? tapi mcm biasa, bos kompeni bas banyak yang...... cina.

aku pun tak faham.

Punk Princess berkata...

Miss Iza, steward/stewardess bas dah ada..tp tiket mahal..selamat pun selamat..seat belt ada..driver pun bwk slow je.. :)

try bas deluxe coash (nice, aeroline, transtar) ^^

Punk Princess berkata...

*typo - deluxe coach

Tanpa Nama berkata...

sekadar berkongsi,
bulan lepas sy naik bas transnasional dr putrajaya ke perlis, MasyaAllah lajunye,lane kanan sokmo, cri seat belt,ader tp xfunction,nk tido pn xboley sbb cuak,awal la smpai dr masa yg spatutnya around 4am sllu smpai around 6am.tp klau jntung cm nk trcabut spnjang prjlanan baikla sampai lmbat..esoknya bila nk balik smula ke ptrajaya, trkejut MasyaAllah, pak cik y sma jd driver, bas yg sma, means dia drive putrajaya-perlis sampai di perlis around 4am, dia start drive smula putrajaya-perlis 10am hari yg sama (agak2 brape lma pak cik driver ni dpt berehat).samala,bbrapa kali brake mngejut,lane kanan sllu..
masa sya naik bas ni,sya bru bbrapa mnggu balik dr UK, d UK skdar pngalaman sy, xpenah sy dlm bas ketakutan mcm ni, jd msa ni sya mmg sgt trkejut cara pemanduan driver ni..
hrap2 syarikat bas dpat sediakn tempat rehat y appropriate tuk pakcik2 driver before they start the journey again,sian diorng,treat them as human, human body ada limitation,they need enough sleep to remain healthy, rasional, refresh their body & mind..

Aslina berkata...

eh... dulu penah sekali aku naik bas yang seat dia semua ada tali pinggang.

tapi sorang pun takde hati nak pakai. aku yang saje batak tak pernah nampak tali pinggang kat setiap seat bas ni pakai, mcm ramai je senyum2 kat aku mcm la aku ni dah tak betul...

huh. teruk btol...

maya berkata...

kat london, kena pakai tali pinggang. sebelum bas gerak, driver bas akan berdiri dan buat announcement suh pakai tali pinggang. sape takpakai bayar denda tus endiri. n cermin pandang belakang drive rbas tu mmg besar giler..so die bleh nampak sape tak pakai tali pinggang n sound je..

ArifSukarno berkata...

yes..aku stuju...proses nk jd pemandu bas kene ketatkn mcm n jd pilot..baru dpt pemandu bas yang betul2 bagus..haha..

n pasal speed limit 2 pn aku rs patut buat..biar lambat, nyawa selamat..hehe

miya berkata...

aku Xpernah jumpa bas yang ada seatbelt.. malah driver pun kelam kabut pakai seatbelt bila jumpa pak trafik.Nak professionalkan keja driver kena ketatkan kelayakan. idea ni sangat bagus.Tapi nak naikkan gaji driver? itu kena tengok kompeni laa.. susah!! berurusan dengan bangsa yang satu ni memang susah!!

semoga driver2 kita mampu ambik iktibar daripada kejadian2 malang yang lepas. AMIN.

p/s: dapatkan voucher penginapan percuma di Sunway Hotel di sini

Aizat berkata...

Masa aku kat UK dulu, naik bas dari London pegi Sunderland. tempoh perjalanan sama macam dari KL ke kota Bharu. tapi aku rasa selesa. dalam bas ada PA system. driver akan greeting passengers, cakap apa tak puas hati boleh tanya dia. pastu driver lak tukar 4 kali (4 orang). seat belt is a must. kalau tak pakai kena sound. bas takde la laju dan takde la slow plak, elok je sampai destination. skang bila balik malaysia, nak balik kelantan pun naik flight je. biar la mahal sikit asal selamat (insyaAllah). tapi kesian la kat orang yng tak mampu nak naik flight.

pengguna plusliner yg berpuas hati nk mintak komisyen psl tlg promot. haha. berkata...

ak slalu berulang naek bas seri iskandar-KL-seri iskandar. so far ak naek bas Plusliner ok je. ade seatbelt (tp jarang pakai psl dh rase safe), driver pon bawak secare berhemah, tiket pun murah, servis ok. tp kesatuan ke konsortium ntah ak x igt. servis mmg mcm shial. tu 1st n last time ak naek bas tu. seat ade 2+1, die jual tiket utk 4 seat 1 baris. pstu tuka plak bas kt ipoh. tunggu pulak lg. bazir mase. kt highway kejap slow kejap laju. ntah pape.

ak ni klau bawak kereta family balik kampung bley tahan speeding. so klau driver bas tu speeding tapi ak konfiden dgn care die bawak (same gak cmne bapak ak bley tenang rilek je tido bile ak speeding), rilek jek ak tido. tapi klau slalu brek mengejut, tuka lane sukati, mmg x konfiden la.

bab nak naikkan gaji (so tambang bas pun naik gak), yg nih susa sket nk cakap. psl slalu klau travel nih, bas adalah antare yg plg murah. member ak ade krete pon naek bas.

bagi yg selalu naik bas, antare tips die, pilih kompeni bas yg korg rase yakin. kt pudu ak x pnah bli tiket dgn ulat2 tiket. trus direct gi kaunter. bley tgk kt kaunter tu je org beratur. kaunter lain xde org beratur. menunjukkan dia x perlu cari customer. customer cari die psl customer tau mmg servis dia bagus.

pnjg gile la plak ak komen. :)

Datin Lulu berkata...

Kalau nak naikkan gaji driver bas sampai 3-4 ribu dah tentu syarikat bas kena naikkan harga tiket. Tapi kalau harga tiket yang mahal tu berbaloi dengan keselesaan dan keselamatan bas memang takde hal sangat. Yang masalahnye kalau harga tiket mahal gile tapi servis buruk dan huduh.

Pasal speed limiter tu kena tengok jugak geografi Malaysia ni. Banyak jalan berbukit berbukau. Kalau limitkan 100km/j contohnya camane bas dengan lori nak naik bukit bawak makcik-makcik pergi beli strawberry kat Cameron Highlands atau bawak awek-awek pergi Genting?

Aku rasa modul dalam kelas memandu bagi calon lesen memandu bas-bas dan lori sekelian mestilah dibuat kaw-kaw. Maksudnya pengisian tu mesti betul-betul bagus dan meresap dalam akal dan fikiran mereka hingga akhir hayat.
Ataupun soalan ujian memandu ditukar kepada: Apakah hukuman yang bakal dinikmati jika pemandu bas menyebabkan kematian orang lain. Ini contoh je.

Apa-apa hal pun, setiap orang mesti dididik dengan rasa tanggungjawab, semua perkerjaan boleh jadi professional.

azmie berkata...

jadi drebar kapalterbang susah sebab kena ikut international standard. jadi drebar bas kat 1mesia cuma kena ikut standard miros yg entah apa ke jadah yg dibuatnya.

is berkata...

aku rase kerajaan kena bagi subsidi lah..
aku ada dengar jugak yang diorang ni takde duit nak maintain bas...
kos tinggi katanya, kalau naikkan harga, customer/rakyat marah...
sama macam komuter, rugi sebab overhead banyak...
kalau naikkan harga, nanti customer/rakyat marah...
aku pernah ke melaka dengan bas n driver bas yg sama bawak kami round2 melaka sehari suntuk dan hantar kami balik KL tengahmalam tu juga....
tapi kami bergilir2 amik turn layan borak dan tegur driver bas tu kalau die wat kesalahan jalan raya....
at least mase tu die still boleh fokus dan tak mengantuk....

PutraRocker berkata...

matlamat tak menghalalkan cara...
kesedaran perlu ada..
sesaat melangkah kematian...
byk2 doa moga mati dlm baek..insyaAllah o_O

Edward Haste berkata...

rasanya bpa ja speed atas highway time mlm? sbb aku slalu naik memang kaw2 laju...

xordy berkata...

Speed limiter. Benda yang aku rasa penting tapi government tak implement sebab pengusaha bas bantah takleh nak potong kalau pakai speed limiter. Taoi bas Sani Express boleh je pakai speed limiter, duhh.

H.E.L.W.A berkata...

takut t tambang bas same cam tambang kapal terbang..:)

Other Malaysian berkata...

oh. lama tak contribute.

ada sket penambahan. rata-rata pemandu bas ekspress yang bingai ni terdiri daripada kaum KAP LAM YA NGA. aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri, adik aku dan beberapa rakan yang SELALU menaiki bas ekspress utk menempuhi perjalanan yg agak jauh.

depa ni drive bas mcm mat rempit bawak motor. apa yg difikir dlm kepala otak, "CEPAT SAMPAI, JADUAL DEPA TAK LARI!" so, selagi pedal minyak tu boleh tekan, depa tekan sampai abes. lantak la angin lintang ke, skyline cocok blakang ke, depa teran jugak. pulun! sampai satu masa, menguap2. mata duk katup, lepas tu tebaboom!

tapi, tak kisah la kaum apa pon yg drive bas, toksah la pikir nak keja jadual ke jadah apa. yang penting, amanah dan tanggungjawab kau pada nyawa2 yg kau bawak. tu lagi penting. oh lagi satu yg penting, KALAU NAK MATI, SILA MATI SORANG2. time bawak sorang2, tanak pulak tekan pedal lelaju, tanak pulak mati. haha.

Tanpa Nama berkata...

kalau macam tu diorang kena ubah rule sikt....

katakanlah perjalanan dari A ke B kalau bawa dalam 80-90 ambil masa 8 jam...

so, mana2 driver bus yang sampai lebih awal dari tempoh 8 jam, kasik potong gaji diorang...

nationalistpunk berkata...

aku nak apply juruterbang mcm sial ketat nak mampos lalu procedure dari jabatan penerbangan awan malaysia.gara2 untuk keselamatan penumpang dan tak nak malaysia di ban oleh badan2 penerbangan awam dunia sepet FAA amerika dan JAA european union.

kat malaysia cam biasa la,tutup sebelah mata.sebab tu ramai mampos atas jalan raya.undi lagi kerajaan yg pukimak makan rasuah nak untung sendiri.last2 pembayar cukai yg merengkok mati tepi jalan

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah ikut bas yang bwk 160/hkm kat highway. Saya selalu bawak kamera, so apalagi kitaorang ikut je dia dari Ipoh sampai Tapah. Memang dia tak slow, so at one time tu saya snap bagi dia nampak. terus je dia slow kan sampai 100km/h, mesti dia ingat kitaorg ni jpj atau polis kot sbb kebetulan 4wd kitaorg kaler hitam. kesian passengers yang kat dalam tu tapi alhamdulillah dia slow je sampai KL.

Mantot berkata...

Bang/Kak,

Korang FOLLOW bas yg bawak 160km/j ipoh sampai tapah?apa yang kau nak cuba sampaikan sebenarnya?