Oktober 01, 2010

Takkan Gua Beli Minuman Kat Secret Recipe Lagi!

Selalu orang komplen pasal terjumpa tikus ke,lipas ke dalam makanan dan minuman.Tapi tu cerita yang terlalu tipikal.Mula-mula,aku perjelaskan dulu...isteri aku suka benar Secret Recipe.Entahlah ,aku tak pernah nampak sebabnya selain daripada kek dia yang memang sedap.Mula-mula aku support la juga keinginan dia...tapi cerita di bawah adalah detik permulaan di mana aku jadi anti Secret Recipe.

Lepas aku kahwin ni lah baru aku kerap jugak berkunjung ke Secret Recipe paling kokak pun 2 kali sebulan,itupun sebab isteri aku yang keluar duit.Aku?Aku cheapskate.Aku suka makan tepi jalan.Aku menyukat value for money makanan aku daripada berapa lama aku akan ambik untuk consume benda tu dan ingredient dia.Aku tak berapa reti nak indulge diri dengan makan makanan yang mahal2 ni.

Satu hari tu,kitorang pun pergi lah ke salah satu Secret Recipe nak order minum take away.Aku pun order aje la sebab isteri aku belanja (ya...aku memang tak tau malu langsung bahkan sangat2 tidak gentleman) dan takde la aku rasa guilty dalam diri aku sbb support company pencekik darah macam tu.Asal duit aku tak sampai kat diorang,aku ok.Isteri aku order lah tah apa ke nama dia,ada whipped cream.Aku sebab takde perasaan malu aku pun order la Oreo Milkshake yang agak mahal sebab aku bajet special habis ....jadi sebab berminat nak tengok macam mana dia buat aku pun duduk aje la kat kitchen dia.

Dia ambik blender,tuang susu segar Magnolia,dua scoop ice cream vanilla Magnolia lepas tu dia blend sekejap.Kemudiannya dia bukak tutup blender campak dua keping "Oreo" (yang aku tak pasti sama ada Oreo atau "Stereo" ` Oreo ciplak yang lagi murah) kemudian dia blend balik.Ambik cup masukkan dalam cawan letak penutup...cas kitorang RM8 untuk Oreo Milkshake tu.

WHAT THE HELL fikir aku dalam hati.Itu RM8 kau?Nak buat karipap pun lagi leceh dari tu makcik tu jual 50 sen ada orang komplen lagi!RM8 tu patutnya ada la apa2 yang special sket tapi takde apa pun yang specialnya.....paling special aku rasa masa dia nak campak Oreo dalam blender,dia pakai penyepit.Aku pun hirup la sket2.Sambil drive kereta aku kira..tadi hirup sekali dah 40 sen dah ni,lepas ni hirup sket,10 sen sekali hirup.Aku dah jadi rasa bersalah nak minum.Lepas hantar isteri aku balik rumah mertua aku,aku terus gi kedai,beli bahan2 nak buat Oreo Milkshake, aku dah ada blender senang la sket kerja aku.

Bahan2 nya adalah :
1. 6 kotak susu Dutch Lady kurang lemak = RM4.50
2. Satu kotak ais krim Walls vanilla = RM4.70
3. Sebungkus Oreo pendek = RM1.50
TOTAL = Rm10.70

Berapa gelas milkshake Oreo yang aku mampu buat?Tah,aku lost count berapa gelas aku buat.

Sejak dari hari tu...aku banned duit aku dari keluar dekat Secret Recipe langsung.Tapi isteri aku tak serik....sehinggalah....

....minggu lepas,singgah lagi.Isteri aku tanya aku nak yang mana...aku jawab "tak nak!Mahal."Dia pun orderlah satu kopi susu ais lain yang dia tak pernah order sebelum ni."Nampak cam sedap ni,"kata isteri aku.Aku keluar kedai hisap rokok sebab kalau aku duduk dan tengok bahan yang dipakai dan cara nak buat air tu,aku akan jadi emo.

Masuk kereta,isteri aku diam kejap sambil hirup air kopi susu ais dia sket2.Biasanya dia hepi aje dapat pegi Secret Recipe,tapi hari tu respon dia lain."Yang,cuba rasa?Rasa macam apa?" kata dia kat aku.Aku pun rasa la."Berapa harga dia tadi?"tanya aku."RM7" Yes!Aku sengih.

Isteri aku dah bayar RM7 untuk secawan kopi susu ais yang rasanya saling tak tumpah dengan....nescafe ais kat tepi jalan....takde beza pun rasa dia cuma rasa dia smooth sket sebab dia pakai susu segar.Pedulik hapa aku pakai biji kopi mahal ke,import ke...rasa dia sama la macam nescafe ais yang biasanya harga dia RM1.60. Try la buat Nescafe tapi taruk susu segar ganti air suam,sama aje rasanya.Nampak la bibit2 penyesalan timbul kat muka isteri aku....HAHAHAHAHHA!

Jadi....jangan biasakan diri anda menerima cas-cas mengarut yang dikenakan kat kedai2 makanan mewah ni.Kalau dah mengarut,takyah pegi.Janganlah jugak hipokrit bila setiap hari mesti nak pekena Starbuck ke San Francisco ke Dome ke..kemudian bila pegi gerai jual kuih tepi jalan...komplen makcik jual kuih tu sebijik 50 sen mahal.Konon high class.....PTUIH!AIR SECRET RECIPE?PTUIH!Mahal!Orang Arab boleh la minum!Kata syarikat Malaysia?Tak 1Malaysia langsung harga!


 Nota - Aku membesar di sekolah asrama dan sudah biasa makan ayam goreng busuk jadi kualiti makanan bukanlah satu benda yang penting pada aku.Kalau ada orang tanya aku berapa dia patut jual air Oreo Milkshake tu?Paling mahal pun RM4.50 maksimum...

93 ulasan:

  1. Thx bang Mantot. Betul2 menginsafkan aku ni. Lepas ni tak jadi pegila. Tapi awek aku nak belanja, amacam ni?

    BalasPadam
  2. Saya setuju sangat dgn niat saudara untuk berhemah ketika berbelanja. Cuma agak terkilan sebab dalam masa yang sama saudara ada menulis... "Aku keluar kedai hisap rokok..."

    BalasPadam
  3. kalo nk beli kek 2 rasenye berbaloi la..
    kalo beverages or mknn yg laen 2 balik umah buat sdiri je..
    rajin2kan la memasak...

    BalasPadam
  4. selalu beli kek je pun.. tak penah beli air

    BalasPadam
  5. Aku takkan bazirkan duit aku semate2 untuk air yang mahal.
    Restoran2 macam ni bukan takat ais blanded harga air soft drink pon nak cekik~
    Baik aku beli air pepsi siap2 kat tesco pastu makan kat kedai sikret tu~

    BalasPadam
  6. tau takpe..
    buat sendiri rasanya lagi afdal dari keluarkan duit macam tu
    lain la kalo darurat dan dah takde pilihan lain selain tu.. huahuahua

    BalasPadam
  7. betul2 air dia mmg over sgt mahalnya...

    BalasPadam
  8. better buat sndri kan? dapat adjust nk yg macamana.. lebih coklat ke apa ke..

    BalasPadam
  9. bukan cas ingredient je tu, diorg amek kira kos sewa kedai kat shopping complex tu...sbb tu mahal sbb nak padankan dgn environment...

    pekena warung pak itam lg bagus, sambil2 makan bole tgk WWE dgn pakji....

    BalasPadam
  10. NIH KLAU BERNIAGA DH BERAPA KALI UNTUNG Dh.... aigoo~~~

    BalasPadam
  11. Gile jahat husband ni gelakkan bini diye. tapi pompuan mcm tu la. leceh skit bab makanan. kesimpulan nye mengade2 je sebenarnye.

    BalasPadam
  12. mencekik darah dan mentedarah duit orang! so far gua tak penah lg beli air, cuma kek je...
    ntah2 kos buat kek tu 20 hengget je, tp jual 75 hengget!

    BalasPadam
  13. dan sekarang sungguh mudah meng-gugel resipi2 yang rasa sebijik mcm secret receipe dalam internet...

    boleh berlagak pegi secret receipe pegi mintak kotak kosong je dengan muke tak bersalah...

    pastu claim datang ngan customer yg baru kuar tu...

    kah kah kah...

    serius beb. selalu je wat keje lahanat camtu... janji duit aku save kalo wat kek besdey kawan2 / anak buah...

    BalasPadam
  14. Heh. Kalau bahan semua cukup inysa allah sedap. Aku semenjak dah berkeluarga jarang dah makan2 mahal
    1-Sbb tak berbaloi mcm kau ckplah. Benda yang dia buat tu kita pun boleh buat sebenarnya
    2-Lepas tu kau tak tahu tahap kebersihan dia. Aku malas nak ckp tapi ada satu Secret recipe tu ada tikus
    3-Muka pelayan macam cinabeng. Hello kalau aku bau mcm longkang pun korang kena layan. Bukannya aku mintak sedekah. Aku BAYAR!

    KEPADA suckers yuppie joints yang komplen harga karipap tepi jalan, sila dengar Meet Uncle Hussein, Pura-pura.

    BalasPadam
  15. kerajaan beri wanita banyak jawatan sebab perempuan sanggup berbelanja besar / berhabis / berhempas pulas untuk orang nampak mereka bergaya.

    lelaki pula berkira.
    nak bergaya tapi selalu fikirkan nilai (kecuali rokok).

    peace.

    BalasPadam
  16. lol aku suka komen anon no 2 tu. ooo isap rokok bukan indulgence yg mahal eh?

    btw choc indulgance sedappp

    BalasPadam
  17. setuju bangat! tp terkilan bab isap rokok tu.
    bro, yahudi x isap rokok even depa yg cipta. sbb dr rokok tu bleh menyebabkan otak lemah + segala macam -ve effect. dan penah baca 1 artikel ni kata- rokok boleh memnyebabkan keturunan (anak2) yg dilahirkan lembap otaknya or ada yg jd bodoh. so harap2 kita bleh elakkan dr jadi sebahagian yg menyumbang kpd pembentukkan gen yg x berkualiti :)

    *sekadar nk share.
    hana a.k.a coklatvanilla

    BalasPadam
  18. setuju n seyes da dari awal2 ag banned sekret resipi ni..
    sebabnya ag satu tag ni sgt mahal...
    pernh la g beli kek kat situ pastu leh plak mamat yang keje kat situ dgk kurang budi bahasanya menyound aku..
    "takkan tau nak makan je..tak reti nak bayar cukai kerajaan ke?"..
    ish wth la ade org cam tu..

    BalasPadam
  19. Kenapa barang yang dorang jual jadi mahal?

    sebab kita bayar tenaga dorang suruh buat. (as opposed to kita buat sendiri)

    sebab kita nak barang tu cepat. (as opposed to kita pegi beratur pilih dan beli barang, then balik lepas jalan jem, nak siapkan barang tu)

    sebab branding.

    huhu.

    BalasPadam
  20. secret recipe mmg mahal, dgn tax mcm2 lg..

    BalasPadam
  21. Adeh2.

    Secret recipe tu..mmgla harga camtu. dh standard restoran bukan restoran biasa. just face the fact la. aper nk kaitkan satu malaysia konek plak =))

    Aku suka mkn kt s.recipe. Why? sbb ada certain makanan dier yg aku suka mkn. salah satunya chicken cordon blue. lg satu aku suka kek dia. mmg kualiti bagus. aku dh rasa dh kek2 luar yg nk try2 buat cam s.recipe...x jadinyer.

    Mmg diakui air dier mmg mahal. So xyahla mintak air. cam aku mintak plain water je kalo g sana. xpn ko bwk la mineral water sendiri paling cheapskate pn.

    Breakdown Milkshake oreo tu aku rasa camni:

    1. susu dutch lady - RM X
    2. ais krim - RM X
    3. oreo - RM X
    4. Servis nk tekan punat blender, tuangkn dlm gelas, pecahkn oreo, letak dlm gelas mahal, letak atas tray, serve kt meja ko, cuci gelas tu pas ko abes minum n servis minum dlm tpt aircon - RM10

    ha, berdasarkn kt atas ni, ko leh nampak x yg servis tu yg mahal. oreo tu ciput je. hahahaha

    Lenkali...sebagai pengguna bijak, g s.recipe utk mkn kek n cordon bleu je. yg order air watpe. pandai2 la tgk harga.

    Lg satu milkshake oreo kt s.recipe tu sedap sgt ke. apesal bini ko suka? Coffee beannyer ice blended lg sedap. apesal bini ko order kopi susu? Kalo g kedai2 camtu, jgn order benda2 biasa. order yg luar biasa sket.


    Sungguh x bijak.

    BalasPadam
  22. sakit otak memikir, sakit lagi bila kena keluar duit. Tahniah kepada diri sendiri sebab tak pernah keluar duit makan kat restoran mahal. Aku pun muka tak malu jugak mantot.

    BalasPadam
  23. yup,setuju dan tak setuju pasal rokok.... kenapa rokok bole beli even mahal.... xdatangkan pekdah gak..
    -peace-

    BalasPadam
  24. aku suka jugak secret resipi.....mcm zonkers tu, pernah jer beli kedai kek yg lbh murah hrganyer....tp kecewa

    last2 secret recipi jugak...biarlah mahal ckit, jnji puas

    n xnah order air kt situ pon...


    ps: rokok tu mahal...lsgung xde paedah, dpt pyakit lg ade lah..hehe

    BalasPadam
  25. hahaah.aku memang sama mcm ko bro.bukan aku nak berkira tapi biar la padan dengan harga yang disumbangkan oleh kita.

    belum masuk kes basuh kete. sampai 15 hinggit & RM70.

    Rakyat termiskin RM1500 ke bawah tapi:

    kos beljar diploma UITM RM 15000.
    starting keje diploma RM 1200.hahahah bangang ke hapa. aku rasa rate tu dah 10 tahun lebih.hahaha

    generasi bundle

    BalasPadam
  26. yup, btol... rokok tu bole wat lelaki mandol! sperms kluar sume x bkualiti, dpt anak2 otak biol! lembap! bongok!

    tu blom lagi makan gaji haram!

    citss, ada hati nak jimat duit, rokok mahal tu bley lak balun beli?!

    BalasPadam
  27. aku pun macam tuh, berkira jugak. makan kat foodcourt, yang nasik harga 6 ringgit pun aku melenting. sikret resipi? tak pernah dan teringin nak jejak. aku beli kek kat tesco atau carrefour je.

    BalasPadam
  28. paling suka tang gelak besar tuh!

    AHHAHAHAHAHHAAHA..

    rasa macam nk penampar dri sendrik!

    BalasPadam
  29. salam,


    yaaa... aku mmg tunguuuuuuuuuuuuu sesangat entry macamni... mmg lahanat nauzubillah bila ko bayar rege makanan kt tmpat2 mahal camtu... siap ade tax plus service charge untuk benda2 remeh yg diorg buat.

    ps: aku kalo makan kt tmpt cmtu pn sebab org belanja... aku nk kuar duit? jgn harap la lahanaaaaaaaaaaaat...

    apenzz tensai

    BalasPadam
  30. Ramai lg kt luar sana yg masih pentingkn keselesaan, kebersihan n kualiti makanan. psl tula kedai2 camni akan terus wujud.

    Ibarat pepatah, x lapuk dek ujan, x lekang dek panas.

    Hahahaha ape aku ckp ni.

    BalasPadam
  31. aku memang dah lama benci ngan restoran2 macam nih, terutamanya McShit (restoran bangkai lembu).

    Malik

    BalasPadam
  32. Setuju juga dengan Zonker tu. kalau pergi Starbucks ke, Coffee Bean ke,Secret Recipe ke, order makanan / minuman yang kita tak boleh/tak mampu buat. Macam beli croissant di Starbucks, saya tak reti buat croissant dan takde oven nak buat croissant, jadi berbaloi dengan apa yang saya dapat dengan harga yang mahal tu. Macam kek di Secret Recipe, saya takde oven nak membakar kek, takde paip utk icing, bahan2 untuk kek mahal pula tu, jadi beli memang lebih berbaloi. Setakat makan Spaghetti Bolognese aatu Fish and Chip kat SR tu, beli je bahan2nya kat supermarket, balik rumah buat sendir lagi sedap.

    BalasPadam
  33. HALAL & TOYIBAN KE? ADE SIJIL HALAL @ HALA...heheheheheehe

    BalasPadam
  34. hahaha mana tau nih yahudi x isap rokok? keh3

    BalasPadam
  35. SR ade sijil halal..member ak dh check kt website jakim..

    BalasPadam
  36. mangkuk ayun pergi mentekedarah kopi kat outlet penjajah tu semua. harga macam cilake lagi mahu pigi lepak. aku tak payah buat post kat blog, memang dari dulu anti benda2 taik mcm ni.

    for the sake of popularity nak perabih duit wat menatang apa? okey2.. jap kasi aku bertenang.

    sedarlah sedara-sedara, duk bayar mahai kat depa tu pesai. pegi la lepak kedai Pak Mail Janggut ka, pekena kopi jantan ok pa? Sambil tu, boleh kembangkan perniagaan dia kalau bagus.

    org boleh cari makan senang2 kalau kita kerek.

    aku pernah brekfes kat mcD. Lahanat punya rege. Berger ya lah 5 hingget tapi kecik tak mcm biasa. air milo panas yg cawan kertas kecik tu 3 hingget?

    sioll...

    BalasPadam
  37. sebab tu aku hanya minum air kosong.. RM0.50 pon xpe la..

    dan aku lebih suka makan kat tempat yg kenyang..

    BalasPadam
  38. starbuck lg cm syial mahal die.

    BalasPadam
  39. mmg la harga yang kita bayar masuk dengan cas upah dia tolong buatkan utk kita...tapi...

    seorang pekerja tu boleh buat oreo milkshake dalam 2 minit.satu jam paling kurang dia boleh buat 20 cawan milkshake.

    20 cawan x 8 ringgit = Rm160.

    Gaji stended pekerja fast food Malaysia - Rm3.50 sejam.

    BalasPadam
  40. mmg mahal kt secret recipe..tapi aku tak pernah jemu beli mocha espresso ice blended..mmg sodap...hehe...tapi takde la selalu beli...sebab mahal...

    BalasPadam
  41. kalo ko dlu belajar bisnes,msti ko tau nape SR mahal

    -brand(bukan sng nak establish dalam industri F&B ) paling berjaya anak tempatan kita pun Restoran Linda Onn(sekadar menyebut beberapa nama)

    - cost(rent,water,electricity. tu blom masuk kos2 operating dia yang lain2,kena ambil kira)

    -quality (wpon ko pertikai susu segar etc,tapi kedai2 gni lah yang menjaga kualiti,dorang mmg xguna cheapskate punya input untuk dijadikan ouput yang cantik. cheap input=cheap output.begitulah sebaliknya kalo ko nak bandingkan dengan kedai lain yang jauh lg murah tu)

    thats why, orang2 yang lepak kat tempat mahal2 ni mementing antara ciri2 yang aku sebutkan tu,biaselah,lain org lain citarasa. aku in d middle,rasa duit banyak,nak makan sedap di mulut,makan mahal2 yang aku xreti nak buat. kalo rasa sayang duit,xpyh makan.masak di rumah dah ckup.


    baideway,antara rokok dengan makanan,mane lagi berbaloi pelaburannya? makanan mengenyangkan,rokok mengundang penyakit,kan?

    just my 2cents!

    BalasPadam
  42. Mee tom yam kung (ke hapa ntah nama dia,) semangkuk rm16. dan rasanya sedap lagi tomyam kafe dekat kampus aku. semangkuk rm4.50. Makan pon puas, isi pon banyak, pedas dia peh..tgkap urat gue.. :D

    BalasPadam
  43. hahaha..mujur saya BUKAN PENGGEMAR SECRET RECIPE dan ada kes kek berkulat lama2 dulu tu =)

    BalasPadam
  44. ok2 sabar2
    apa yg aku paham ialah kita tak penah pertikaikan harga SR yg rasa mcm cekik darah tp bila karipap,roti canai,nasi lemak tepi jalan tu naik harga 10 sen kita siap g report kat tv,surat kabar,radio, yb etc yg kenaikan harga kuih,roti,nasi tidak munasabah.

    BalasPadam
  45. Cik Honey Lalala,
    maaf lah kalau aku yang silap paham..tapi..Secret Recipe adalah satu brand anak tempatan.Walaupun dia berbangsa Cina..Secret Recipe adalah produk tempatan.

    Lainlah kalau kau ahli PERKASA..mungkin pada kau Secret Recipe bukan brand local,tapi brand komunis.

    (Yang last tu aku main2)

    BalasPadam
  46. haha.saya tidak sebut SR ni produk luar negara. kan sy sekadar menyatakan produk ni top dalam F&B industry. ada pahe? kalau anda perati,SR ni banyak perancais(kampungkan sket bahasanya) dan kalau xcaya,pegi mana2 ada je SR. itulah maksud sy.xmenyatakan ini produk luar negara. sy pon research jugak b4 tepek.
    (baca berulang2kali,takot plak tuan tanah baca,terbunyi SR ni keluaran nigger berbangsa Afrika :p)

    oho,aku bukan ahli PERKASA atau mana badan2 politik. so,lawak la jugak bunyi je,sampai nk cakap je,

    apekejadahnya? haha!

    BalasPadam
  47. *anak tempatan= senang dimudahkan bahasa,anak melayu kita. kan SR tu tauke dia berbangsa CINA. got mine? =)

    BalasPadam
  48. Mantot ,kau nie memang celaka laa.. Dgn isteri sendiri pun kau nak berkira, dengan rokok pulak kau tak berkira..

    kau kutuk/boikot barangan yahudi tapi kau sendiri pergi senang2 bagi duit kat dieorg siap bakar lagi duit kau thru rokok,pastu dah tua mati sakit kanser~mmg lahanat betul!

    BalasPadam
  49. hahaha. aku lupa nak ckp aku sokong mantot bab outlet tu semua rege mahal macam cilake.

    sampai aku terlupa bab rokok. dah dah la tu mantot merokok.

    BalasPadam
  50. relaks la bro...makan kat SR mmg rege macam tuh...biasalah dah masuk francais harga mesti "up"...kualiti terjamin..tempat bersih..kalau nak dibanding dengan William Place kat SS2 tuh..lagilah..aku makan Spagethi Marinara ngan air mangga je..die caj RM70...mmg cilakes la sebab potong leher tak hengat..dah la tempat kotor..pelayan plak apek pakai suar pendek jer..jgn2 die masuk jari dalam air aku sudah!itu la kali pertama ngan terakhir aku pi situ..

    BalasPadam
  51. rokok pon membazir gak.

    BalasPadam
  52. wow..
    ramai rupanya setuju segelas air RM8 asalkan tempat tu bersih dan ada air cond.gila...air kosong aje kat situ RM2.50.

    mmg anak jutawan betul korang

    BalasPadam
  53. sebab tue aku tak suka pada benda2 yang ada jenama2 neh..ntah pape jerk tapi cas mahal2..orang yang terlampau "kaya" jerk yang saggup habiskan duit kat tempat2 camnie...

    BalasPadam
  54. jadi lah penguna yg bijak. tp kalau dh air kosong korang sanggup byr rm2.50.. xde la bijak mane. kah3.
    RM2.50 tu..kat tempat aku ni dpt nasi kerabu daging bakar kot. kuang3~

    BalasPadam
  55. honey lala = epal lala lalalalala

    BalasPadam
  56. Dah memang resam kapitalis...menyembah untung semata2...

    SR? McD? Kfc? Starbucks? pegi mam la!!

    BalasPadam
  57. kalu aku jual RM2.50
    kalu nak tawar menawar,,..
    errr....

    BalasPadam
  58. TAK PAHAM AKU... main point cite post ni nak cite psl Secret Recipe nye kes...tp masih ada lagi Meleis butt hurt yang nak bangkitkan isu rokok yang ditulis tak lebih 5 perkataan pun... Gotohellkissmyroyalasslaweiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

    BalasPadam
  59. Da tu brand mahal2 di jadikan isu,ape kate kuar tot kuar article pasal rokok lak @@

    BalasPadam
  60. gile rasis ko mantot! haha..gurau je..

    BalasPadam
  61. pengguna? pengguna.. nyawa, pancaindera, anggota badan, masa sume benda percuma dari Allah utk kita.. sejauh mana kita menghargai dan menggunakannya dengan bijak?.. adakah kita PENGGUNA YANG BIJAK?
    -HOYA-

    BalasPadam
  62. 1. 6 kotak susu Dutch Lady kurang lemak = RM4.50
    kat mana kamu beli susu semurah tu?
    habis tu, kamu nak suruh org tu jual harga berapa? sewa nak bayar macam mana? gaji pekerja? blender yang dia nak duk blend ke air tu? eletrik? gelas dia? sabun nak basuh gelas? air nak basuh? upah serve kamu lagi? cakap guna la otak. orang berniaga.

    BalasPadam
  63. kau ni memang cheapskate. sedar pun

    BalasPadam
  64. bercakap macam orang bangsat. lain kali belajar rajin2, kerja elok2 sikit, baru lah boleh bahagia kan bini kau.

    BalasPadam
  65. kau nak buat sendiri yea? dah bangsat air rm8 pun tak mampu, ni kan pula nak beli blender yang rm3k? hahahahhaa kelakar sial kau ni.

    BalasPadam
  66. Setuju dgn ko Mantot.

    Anyway, nak share dgn apa yg aku dpt bila aku travel for one month in UK.

    Tolong set ur mind (Jgn convert ke RM)

    Ada a few shop yg jual milkshake dgn beratus2 jenis flavour :)

    Oreo milkshake small == ₤2.99
    Oreo milkshake big == ₤3.99

    Harga yg acceptable. Oreo bape sen je kt sana, susu pn bape sen je kat sana, aiskrim pn sama je. (Bukan brand2 cikai)

    letrik pn bayar gak, tekan button blender pn kena caj gak, isi milkshake dlm cup pn caj gak, gaji pekerja pn bayar mahallll gak dlm ₤8.00 sejam.

    bape sgt untung kedai tu? Lu pikir la sendiri, kekekekekekeke....

    ps: thanx for ur info on how to make milkshake! kedai kt malaysia pnya milkshake tak best + mahal gile, buat sendiri lg berbaloi-baloi :)

    BalasPadam
  67. kawan aku belanja aku kat London 40pound rilex je, kat Malaysia makan kat SR RM70 complaint .

    Pg starbucks kat london 99pent, blk m'sia kene RM10 complaint trus.

    Kat Malaysia, kos hidup mmg tinggi. Klau nk mkn murah kene cari bini rajin dan pandai masak. Bini tak pandai masak atas pegi kursus pendek kat Kolej Komuniti.Klau bini byk songeh, suami le pergi, bole jd suami mithali, smbil2 ngorat le awek lain yang join kursus, bole penuhkan kuota.

    BalasPadam
  68. thanks sbb kongsi resepi buat oreo milkshake. boleh buat sendiri. again. tq.

    BalasPadam
  69. setuju dgn honey lalala..lg 1,lao dah tao jns brkire,jgn la beli kat tmpt2 cam2..kt kne fhm,ni perniagaan..kne ambil kire modal2 yg dikeluarkn oleh pihak dorng..mane nak byr bil air,gaji pekerja,n etc..nak mkn tmpt yg bersih,ade pelayan n org yg buatkn sume 2,kne la keluar duet cket an..jgn pndai nak cmplain jew..huhu..lao bab rokok 2 tanak lak cmplain..psal mkan neh x yah la nak brkire sgt pd sy..lao mampu mkn tmpt2 ceni dipersilakn,lao rs2 tak mampu atao kedekut,xyah mkn tmpt2 ceni..beli rokok lg berbaloi kot pd awk ek?haha..

    BalasPadam
  70. Well, I lebih rela makan tempat yang mahal daripada makan kat gerai-gerai yang konon2 sedap dan murah.

    No offense, tapi kalau suasana cantik, mood kesedapan makan tuh pasti datang


    Unless aku jumpa ekor tikus dalam makanan aku :P

    BalasPadam
  71. Well,
    tiap2 kali orang yang aku jumpa mula ayat dia pakai perkataan "well..", mesti orang dia gaya lebih,poket kosong.Lagilah pulak bila ditambahkan "no offense" kat belakang.

    Cthnya,ayat2 berlagak...
    "Well baju dia tu beli kat pasar malam aje tu.No offense,tapi u punya baju tu nampak sangat lah tak ori nya!Eeeeiii,geli I tengok!"

    BalasPadam
  72. pilihan masing2 ler minah oii. kalau suka terpulang ler. keluar umah bacaler doa yg kita baca masa skolah rendah masa otak mula2 nk blaja pikir dulu tu... skarang otak dh makin berakal ya x.. dulu tu doa yg bismillahitawakkal..., selawat. mkn bacala bismillah paling malas. beli/pakai/milik baca bismillah dah le...

    BalasPadam
  73. well, tak kisahler poket kosong. asalkan hati senang

    no offense, boleh jer tak nak pegi kedai secret recipe..


    Hahahaha boleh plak aku guna ayat guna well ngan no offense neh..

    BalasPadam
  74. well, kau memang cheapskate, no offense.

    Hahahahahahahahahahaha

    BalasPadam
  75. penah makan kat secret recipe, order air SUSU SEJUK harga dia rm4 camtu kot. Apakahhh? RM4 tu bleh beli susu kotak besar dpt 2 lagik!! haishh

    BalasPadam
  76. saje nak share...aku penah gak minum kopi kat secret kejadah ni kat kl sentral...tgk dalm menu punye la mnyelerakan...sekali sampai order hah tertelan anak tekak tgk cawan kopi tu kecik giller..aku rase lg beso cawan owg letak telor kenduri kawin tu...dah tu pahit...nk kasi bbaloi dengan harge air kopi tu..abiz krimer ngn gula kat meja tu saje aku bazirkan tp letak dalm air kopi tu ckit...ngeh..tu pon mne puas ati...time nak blah tu rse cam nak kebas jer cawan 'halus' tu...
    pepun memg nyesal la time. tu la y ptama tu la y trakhir.

    BalasPadam
  77. isteri ktagih kopi mhal.
    ko ktagih rokok.
    sma je laaa.
    haha.
    no offense la bro. =D

    BalasPadam
  78. aq pun macam ko gak cheapskate..hahahaha

    p/s~lum prnah g mana2 restoran yang ada klas gitu kecuali kfc dan pizza je..

    BalasPadam
  79. wow.. huhu..gila dasat secret recipe neh, gempak hanya pada nama, pada pandangan aku, kalau setakat minuman tu order yang simple2 sudey tapi kalau ada yang macam menarik tu order la tapi jangan menyesal kalau tiba2 dapat rupanya2 nya benda simple je, apa2 pun kena tanya cashier kalau tak paham certain menu.. lagi 1 aku paling benci bila cashier buat2 muka time deal dengan customer, hello awk tu deal dengan customer so kena serve dengan mesra, bukan buat muka macam penyu merajuk, ta manis okeh, selalu orang2 cmni bila dekat supermaket tak pun dekat LRT. eh dah lari topik hehe

    BalasPadam
  80. starbuck kat America jual grande size usd1.95 campur tax usd2.05 je. sini tak heran la. malaysia je minum starbuck konon ada kelass.

    -melayuamerika-

    BalasPadam
  81. ko bahlol.cheapskate

    BalasPadam
  82. Brand dia yg membuatkan dia mahal. Bukan ingredients or cara dia buat tu. Brand dia dah established, patut la dia jual harga mahal. Mamak tepi jalan klau nak jual mahal, boleh je, branded kan la dlu barang2 dia. And to people yg mampu beli, adalah satu kepuasan diri utk guna brg yg branded. Bukan nak ngutuk la, tp org xde duit or yg berjimat cermat serta berhemat je yg complain barang branded ni mahal. No offense though.

    BalasPadam
  83. setuju dengan katak hijau
    ..

    BalasPadam
  84. Bukan nk ckp ape tapi susah jugak kalau org berkira sgt ni..
    Maaf ye,klu blaja business powm kite mesti tau knp SR mahal.. Jangan la buat cara kampung sangat. Open minded la sikit. Bile la org melayu nk maju klu la ade minded yg mcm ni. Rokok yg brg yahudi bleh pulak habiskan duit.Rela bg yahudi duit utk bunuh saudara seislam sendiri dr nk kenyangkan perut sendiri..kesian dekat bini..Bini yg kne byrkan. Hahaha..Maaf ye sblm nk kutuk2 restoran mahal selidik la dulu knp dia mahal..

    BalasPadam
  85. Cuba buka 1 cafe tgk brape modal nak buka.. xkira lg harga brg mentah..gaji pekerja..sewa kedai..bil2..ko kira brg kasar je 2..x kira cawan yang dia guna 2 dh brape sen..setiap 1 cop secret recipe kat cawan 2 brape sen.tisu yang dia bg dah siap cop secret recipe tu brape sen..paper bag atau plastik bag yang dh siap cop secret recipe 2 brape sen..jgn banding ngn kedai luar..ko beli air kat lua xde benda2 mcm 2..kenapa xnk banding dgn hotel2 besar harga air segelas berpuluh ringgit..pikir logik la sikit..kalau rasa mahal x payah beli..

    BalasPadam
  86. Cuba buka 1 cafe tgk brape modal nak buka.. xkira lg harga brg mentah..gaji pekerja..sewa kedai..bil2..ko kira brg kasar je 2..x kira cawan yang dia guna 2 dh brape sen..setiap 1 cop secret recipe kat cawan 2 brape sen.tisu yang dia bg dah siap cop secret recipe tu brape sen..paper bag atau plastik bag yang dh siap cop secret recipe 2 brape sen..jgn banding ngn kedai luar..ko beli air kat lua xde benda2 mcm 2..kenapa xnk banding dgn hotel2 besar harga air segelas berpuluh ringgit..pikir logik la sikit..kalau rasa mahal x payah beli..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.