1. Kat highway ada 3 lane.Kat mana lane yang driver yang paling slow sekali?Lane tengah.Yang bawak 60km/j atas highway duduk lane mana?LANE TENGAH.
2. Aku dah pegi 110km/j,depan aku ada kereta yang maintain 110km/j,tiba-tiba ada "kereta besar" high beam nak potong dari belakang.Berapa speed limit?
3. Lori trailer atau bas yang dibawak oleh kaki pecut.
4. Brader-brader motor yang konvoi tapi bawak sebelah menyebelah sebab nak berborak.
5. Orang yang drive laju tapi tengah cakap henfon.Hoi mangkuk!Beli la handsfree.Pada aku,sapa2 yang pegang henfon masa memandu,MANGKUK.Berapa kali aku hampir nak kena langgar dengan spesis camni.
6. Brader motor yang memandu sambil SMS gelfren lalu motornya melilau merata-rata.
7. Perempuan yang bawak kereta jenis tak pandang kiri kanan dan hanya tahu memandang ke arah destinasi sahaja,maksud aku,pandang ke depan setiap masa.Laki ada gak tapi selalunya,perempuan.Bila aku hon terkejut besar dia baru nampak aku kat tepi.
8. Mangkuk2 yang ajak racing.Masa aku bawak motor dulu,banyak kali aku kena.Pegi sebelah,usha-usha.Come on la.TZM bikin apa cerita?Motor standard la kalau berani.
9. Mangkuk ayun yang masuk ke emergency lane bila jam.Kau tau tak apasal jam?Sebab ada eksiden kat depan.Macam mana ambulans dengan bomba nak lalu emergency lane kalau kau duk memandu kat situ.Ni lah spesis manusia paling takde akal kat Malaysia.
10. Rombongan menteri dan pengikutnya kat jalan nak potong kau.Dari situ kita dah boleh nilai setinggi mana martabat diorang ni diletakkan dan kat mana kita ni pada diorang.
emm..mmg selalu berdepan dgn masalah2 camnie...dan mmg BENGANG kalo ada VVIP nak lalu sampai polis trafik yg eskot tu dok hon2 suruh ketepi dan tak leh nk ketepi sebab SESAK..apa kah derang tak nampak JEM ? nak cepat TERBANG la..hangin2..
BalasPadamyang nombor sepuluh tu memang bengang la jugak.. orang tengah penat2 menunggu dalam jem, diorang leh plak di beri laluan dan selamba badak je jalan..
BalasPadamnak aje tak nak bagi laluan kat diorang..
aku cukup bengang kalo yg ikut lane emergency tu.mmg penyumbang jem betul.org lain pun nak cepat jugak, tp xdela batak sgt sampai tak reti menyabo.huh! hanginn..
BalasPadamnk tmbah satu lagi, ade kete marah kt yg bwk moto kt tgh2 jln (bukan kt garisan)
BalasPadamtakkan nk bawak moto betul2 tepi jalan..bahaya..kot de lubang ke..kan xsempat nk elak...or tergelincir ke
kalo kat US(dr citer member), yg bawak moto ditreat mcm bawak keta..
jangan org malaysia teruk macam pak arab. tengah-tengah highway boleh reverse kereta sebab terlepas simpang, ape ke bangang la pak arab...
BalasPadamyang lagi bangang,time tengah jam bila ambulance kita bagi laluan, lepas tu ada pulak kereta sebuah 2 ikut belakang ambulance... memang tunggu time kena saman lah
No.2 tu ak paling sokong skali..mmg bagsat gle,especially Penang ni,mmg blambak keta high beam tahap kalu x elak mmg dia hentam bontot keta kte pye..mmg ak maki hamun dlm keta xyah kata bape kali ar..
BalasPadambetul tu, aku sokong. especially mangkuk2 yang tak mampu nak beli handsfree nie lah.. geram betul rasanya
BalasPadamaku sokong no. 10...kadang2 diorang lalu jalan belah kanan, yg pakcik2 nek moto ex5 belah kiri pun kena sound suruh berhenti...takkan kete besar2 pun takut ngan moto??
BalasPadamno 10 paling bangang la bagi aku.. dahla minyak rakyat bayarkan, road tax ngan insurans pon rakyat bayarkan.. bodo nak mampus.. belagak macam jalan bapak dia..
BalasPadamno 10 aku sokong. kalau kereta PM aku tak heran. tapi kalau kereta menteri di jabatan perdana menteri, aku rasa mcm nak langgar je.
BalasPadamkalo aku pgg phone untuk cek arah, aku pandu slow2 kat tepi hehe.
BalasPadamaku rs ada lg mangkuk tertinggl.
belok tak pakai signal.
potong barisan. dekat tol pun dia boleh potong habaq hang.
lagiatu org yg bawak motor tu x paham2 nk ketepi bila ada kereta cucuk kat belakang.
BalasPadamxde masalah pun nk duduk lane mana yg penting jangan duduk tepi kereta, bukan boleh tau kat mana kereta tu nk belok, ko gak yg naya.
duduk sama dgn kereta, tengah2 lane, ada yg cucuk bagi jalan.
Ann: nak kata kat US ditreat mcm kereta, bukan sebab law diorng boleh bawak motor besar2 mcm kereta je,sebab motor diorg behave mcm kereta, bukan bhave mcm motor malaysia ikut suka selit mana2.
10 je ke, aku rasa ada ratus ratus lagi.
BalasPadamaku sayang ko mantot sebab artikel ni tapi tak bermaksud aku gay
BalasPadamdriver kreta ngan rempit mesia kalo gi filipina ke, vietnam ke, india ke..mmg malu...kt sana walaupn mmg bawak cam brani mati..tapi org nak cross jalan diorang brenti...tp brenti smbl acah2 sayang nak langgar...haha...jgn mesia jd camtu cukup le..
BalasPadamaku pernah cermin kena ketuk ngan polis sbb tak ketepi masa YB mana ntah lalu...aku tunjuk bapak aku tgh sakit terbaring kt sebelah dan aku on the way nak ke hospital...mana lg penting..nak kasi YB yg nak gi meeting ke nak bapak aku yg sakit...dia maki2 aku tros aku rakam..siap gi buat report polis semula pastu...tp tatau la ape jd kt polis tu..sure tak jd pape...
100% mangkuk. tunjuk fak je senang.
BalasPadamaku paling cursing yg no9..zzz
BalasPadamsaya sangat bersetuju dengan every single point yang anda berikan en tot..
BalasPadamyang no 2 tuh.. kalo keta hang betoi besaq xpa la.. ni alahai.. rase cam nak main brek jer kasi gelabah.. hahah
oh aku memang pemandu yang agak sakai..
sekian
Kaki tangan kerajaan elok ajar sikit Najib ni.Gaji tak naik dan bonus pun tak ada,konon tak ada duit.Tapi boleh beri Rosmah RM111 juta dan nak buat bangunan 100 tingkat pulak.Harga pembinaan rumah PM diPutrajaya dulu cuma RM24 juta sekarang akan belanja RM65 juta untuk renovation,ikut selera Rosmah.Ada pulak duit tu.Kaki tangan kerajaan jangan kena gula-gula lagi.Ajar sikit suami Rosmah ni.
BalasPadammenyampah laa aku dengan no.10 tu... aku yg naik moto pun kene stop jugak... entah apape... padahal laluan aku bagi tu dah cukup luas seluas-luas alam pasal moto bukan le besau mane sangat...
BalasPadamann... aku sokong ko... aku banyak kali... ulang suara BANYAK KALI jatuh terbabas sebab nak elak lubang yang SUPER BESAR kat belah tepi jalan dan pade mase yang sama ada kereta tak sekolah bawak dengan kelajuan lebih 100km/j aku rasa di kawasan jalan kampung... sikit sempit laa... dah tu bukan nak tolong ke apa aku jatuh... huhuhh...
nanti abes kot kurang value hantaran aku pasal banyak calar2 sana-sini akibat jatuh moto... tskk...
1st aku curse diri aku dulu...aku tergolong antara golongan2 di atas,means tak pakai hensfree bile kol...ade je loudspeaker, tp kurang jelas...memang ngong gak diri aku ni
BalasPadam2nd, aku paling jaki golongan yg last tue...klu lu org nak attend sume majlis, tp tak nak jem dan nak ade escort, kasi pakai jet la...
point no 9 mmg betul sgtlah tu. cth masa eksiden bas melayang tu. saya terperangkap dlm jem tu. dan mmg ade org2 takde akal pk diri sendiri nk cepat yg guna emergency lane. mmg ambulans susah nk lalu.
BalasPadampoint no 10. pun pernah rasa gak. tapi ni kt higway plus. konvoi2 VVIP ni sebuk la suh kite ketepi. masalahnya bila dah masuk lane kanan takdelah pulak dia speed. maintain slow je. hbs sume kereta2 tak dpt nk memotong sbb lane paling kanan tu VVIP yg punye. hmmmm...
aku bangkang yang nombor 2 dengan nombor 9...
BalasPadamnombor 2 : aku pakai audi sline...
kelajuan aku 200km/j...
aku mampu bawak laju...
aku tetap respek org yang bawak 110km/j...
tapi bile da ade kete lagi laju, tolong le ke tepi bang...
aku pun respek gak kalo ade orang lagi laju dari aku...
lalu aku ke tepi bg die potong aku...
ni aku da bagi beam, dok buat bodo maintain kat fast lane...
situasi ni kat highway or freeway je la...
nombor 9 : aku dok buat mende ni (drive kat emergency lane) pasal memang mende ni bole dibuat dikala jalan sesak tak bergerak...
maksod aku, HALAL dibuat...
ade di radio bagitau, lorong kecemasan dibuka bilamana berlaku kesesakan lalu lintas...
memang ade kawasan2 tertentu aje yang halal buat mende ni...
pasal kekadang, jalan jem pun bukan pasal ade kereta berlanggor kat depan...
mintak maaf le kalo ade terkasor bahasa...
semuanya aku nyampah kecuali no10 , sebab aku kat KG . Tak pernah kena lagi .
BalasPadamaku penah kena maki dgn abg kuda putih sbb taknak ketepi waktu kete menteri lalu. tup-tup esok pak lah naik komuter sbb nak faham penderitaan marhain mcm aku nih...sighhhhh
BalasPadamkenapa hanta msg membangkang mesti guna anonymous? itu 1 perangai yg aku tak faham ...bangkang jela guna profile sniri bkn ada org kisah pon...kenapa mesti juga anonymous...
BalasPadamsbb dia kaya..jadi identiti dia perlulah dirahsiakan.
BalasPadamapatah lagi bila dia kata dia biasa bawak 200km/j dan org lain kenalah bagi laluan kat dia.kaya orang camni.mesti merendah diri dan tak berlagak langsung.
alang2 ko dah marah ni, aku pun nak join sekaki.
BalasPadamaku paling hangin bila orang yang bawak kereta 0r motor corner tak bagi signal. Spesis pemalas. Tau la aku ni jalan kaki je. tak bayar road tax. grrr..
yg no.10 tu bukan pak menteri je... memana politician yang guna escort macam tu termasuk ler politician pembangkang..
BalasPadamperangai paling bangsat pemandu kat malaysia: bawak slow sbb nak tgk eksiden..kat lane bertentangan lak tu!! kapla bapak ko!! nak slow sbb nak tolong takpe gak!! tolong tengok watpe??!! kadang2 takde eksiden pon..tp tgk polis wat rodblok kat jalan motor..kapla bapak ko!!!!
BalasPadamp/s: inilah carutan aku yang agak mild..
betul. paling bengkek dgn driver mcm point #9.
BalasPadamAku tau ni mesti bengang ngn konvoi mana tah pagi td kt Highway putrajaya kt Cyber( sebelah Hospital Serdang UPM n UNITEN). Dah la lorong kanan utk konvoi bwk 90km/h plk tu. Lorong tgh2 polis motor plk. Last2 sume potong ikut kiri, ade lori jer terpaksa berderet bontoti lori.
BalasPadamAku plg benci org yg kt tgh2 bwk bersantai slow n kt kiri die kosong je. Aku ngn relek potong dari kiri pastu masuk depan die, dan bwk lg slow dari org tu dlm 50-60.Pastu ble die nk potong aku dari kanan aku lajukn kete bagi selari.Last2 kete blakang die high beam dan paham pun ke kiri. Tapi ade gak ngn bangang aku slow, die pun lg slow.Bodoh!
stujuu sgt ngan komen rompa...
BalasPadamkalau nak tunjuk prihatin, SILA TOLONG..jgn TOLONG TGK...
maybe la tot...aku pon rasa camtu...dia ada duit...bawak 200km/h...dia mampu bawak laju tu mungkin dia alex yoong...aku teka2 ja
BalasPadamnasib takleh nak like reply ko tot. hahahahahha....
BalasPadamaku rasa manusia camni penting diri sendiri, hidup dengan tanggapan diri sendiri yang cetek.
tak bermakna hari ini kita ada duit dan kita boleh isi petrol kereta kita kemudian esoknya keadaan akan sama.
bagaimana kalau esok tiada setitis pon minyak mentah lagi yang dapat digali. bagaimana kalau esok kereta2 yang ada atas jalan tu tersadai bila petrol dah tadak?
tanggapan dia mampu tu sebenarnya ilusi. tuhan yg benarkan dia laju. tapi esok kalau tuhan tarik balik nikmat dia tu mungkin dia sedar. dia tak mampu buat apa pon. hanya tanggapan yang cetek.
p/s: aku bawak moto ja. tak mampu bawak keta laju dan mahal2.
kaya ke idak aku idak le nak tau bang...
BalasPadamkalo aku kata aku kaya...
ade orang jauh lebih kaya...
bernasib baik mungkin??
dan aku idak le plak cakap bagi laluan kat aku sebab aku laju...
aku akan bagi beam untuk mintak orang ke tepi sebab aku laju...
ouh...
aku pun bukan alex yoong...
cuma pengalaman aku memandu dan juga tawakkal yang buat diri aku selama setakat ni...
insyaAllah...
erm...
aku tade id blogger le bang...
jadi idak le aku tau nak letak nama mende...
takkan nak letak nama betoi plak kan...
kome pun idak le letak nama betoi...
regards;
pemandu 200km/j <---ok dak??
aha. bagus gak idea tu. ;) buat la id blogger. bawak keta laju tak salah. dia salah bila kita bahayakan org ja. klu diri sendiri rasa selamat oke la. klu tak takkan la org nak buat F1.
BalasPadamyela. id internet kan just another persona.
aku bkn nak ngutuk atau mengurangkan encik pemandu 200km/j....just mantot tulis ap dia rasa.
ko tak setuju. tapi aku pon tak setuju bila ko ckp ko mampu bawak 200km/j...tu kan kuasa tuhan. kita ja tak sedar. anyway. kita terbuka nak terima kritikan itu yg penting.
agak2 nik aziz,guan eng,khalid ibrahim ada pakai escort tak? diorang pun menteri jugak..menteri besar kut..sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih?renung2kan..
BalasPadamye...
BalasPadamjadi kita tulis le ape yang kita rase...
tade masalah dengan tu...
erm...
pandangan aku nombor 9 macam mane??
ade ke sape2 yang ade dengor kat radio pasal ape yang aku cakap??
koman2, bole aku defend diri aku bile aku kene tahan ngan polis pasal memandu kat emergency lane...
regards;
pemandu 200km/j
Ha betul, mmg kadang2 ada pengumuman di radio kata laluan kecemasan dibuka. Tapi kalau tak buka jgnlah memandai masuk ok?
BalasPadamAda dua cerita pasal org yg bawa perlahan di lorong kanan dan tengah.
1. Lebuhraya Sg Besi depan Minlon sebelum Mines, dekat2 jambatan melintas laluan keretapi. Aku memandu kelajuan sederhana, 80km/j, laluan tengah, tiba2 kena perlahankan kereta sampai 50km/j, dan tiba2 laluan tu jadi amat perlahan sedangkan kanan lancar dan kiri lebih lancar dari tengah.
Aku potong ikut kiri, dan bila melepasi kereta yang aku pasti adalah puncanya, ternampaklah seorang wanita memandu dengan kelajuan mungkin 50km/j di laluan tengah sbb aku masa tu potong dengan keljuan 60km/j.
Kesian juga, sbb dalam kereta tu selain memandu dia terpaksa melayan kerenah anak-anak dia 3-4 org rasanya.
2. Tempat sama, tapi hadapan sikit di selekoh. Laluan laju, aku bawa dlm 90km/j, tiba2 kena perlahankan sampai 70km/j. Bila potong, rupa-rupanya, seorang makcik, aku rasa dengan kelajuan 50km/j gak ni, di laluan laju, sebelahnya seorang nenek, sedang makan JAGUNG mcm duduk depan TV!
Yang ini aku menyumpah2 sebab mereka mcm tak peduli kereta2 yang di belakang. Laluan laju yang amat merbahaya selekohnya kalau difikirkan.
Ok wassalam.
ade lg mantot ko lupe nk listkan..
BalasPadamNo.11 - monyet-monyet yang suka potong line, ini membuatkan aku menyirap..klo monyet nih pandai menyelit masih sabar..ade yg monyet nih nk potong line tp takut menyelit..(kebanyakkannye lady driver)..wtf!..
Nik Aziz, Lim Guan Eng dah tengok dalam TV konpem x pakai escort. Melalui tv jugak, x penah tengok Khalid Ibrahim pakai escort, jadinya mungkin ye atau tak.
BalasPadamAla, kadang² tu, kete kosong tapi escort bagai. Sonot la sebagai Penjawat Awam tapi nnti Orang Awam jugak.
no 7. no 7. no 7... tak boleh blah...
BalasPadamkalau kat highway, paling kiri untuk lori atau hamba2 tuhan yg slow sebab sengaja atau emergency. tengah untuk drive biasa n laju kalau kosong.
BalasPadamKANAN untuk memotong. kalau xnk memotong xyh amik kanan baghal. xkira la ko bawak 110kmh dalam speed limit, atau 600kmh dlm ferari. kalau ada yg high beam kat belakang, bagi je la, xyh nk komen org tu kaya ke bodoh ke hape.
apasal ko nk salahkn org yg bawak laju? ko mana tau dia ada emergency? nk terberak mungkin.
bagi je la line tu kat dia. ko yg dah tau akan "dipotong" kena la kekiri.
ni antara sebab ramai manusia mcm aku suka memotong belah kiri atau emergency lane sbb baghal atau lembu2 xpaham apa itu "line memotong".
kalau nak potong pon tak payah la bawak 600km/j lahanat....
BalasPadamhahah pasal org tanak bagi laluan tu bila org nak potong bagi aku maybe dorg taktau dorg bawak slow...
BalasPadamtapi speed limit 110 je. nak potong bawak 200 ke 600 ke. itu sendiri pkir la.
kita buat law..tapi ada law yang tak perfect. tapi sesetengah law nak jaga org awam. maybe 110 tu selamat ntok semua orang. bagi org yg suka bawak 200km/h maybe korang bagi la cadangan buat 1 lane ntok 110 keatas ke.
yela. ada lesen AAM ntok pemanduan racing. mungkin satu hari nnt kerajaan setuju. ;)
bagi aku tak salah nak bawak 600 ke ape. janji ko tak bahayakan org lain...tak bahayakan diri sniri tak kesah...nabi tak penah pon larang ..tapi benda yang bahayakan diri sniri dosa dari awal. contoh dadah. rokok = no komen. ;)
no sepuluh tu, ye2 je polis escort bagai habis seme org kene ketepi bg laluan, padahal sampai event tetap lambat. timing out vip neh seme
BalasPadam#10! sungguh nyampah
BalasPadamkepada edward...
BalasPadamidak le sampai perlu tambah lagi 1 lane untuk fast cars...
memadai fast lane yang ada, diguna pakai dengan betol...
nampak kete laju kat belakang, tolong le ke tepi...
bagi ruang...
kerapkan le pandang rear mirror tak pun side mirror...
bagi aku majoriti pemandu yang bawak laju ni tertib di highway...
lain le kalo yang dok bagi beam sepuluh kali sekejap...
pastu bile da orang depan buat bodo, g cucuk angin...
tu ye bahaya...
selalu orang yang bawak slow dekat highway yang kekadang tetiba melilau, merapu2 jek bawak kete...
tau2 ade kat antara lane (tengah2)...
ngantok gamaknye...
idak le awak tau...
pemandu 200km/j
haha...kawan aku suka bawak laju gak. kami rajen balek mlm2 dari kl - kedah. keta tak byk waktu2 camtu...so kami tak pernah melalui la pengalaman mcm kamu tu pemandu 200km/j.
BalasPadamtapi biasa la. malang tak berbau cuma kita bawak tu kita tawakkal jea dkt Allah byk2.
kadang2 kita hati2 tapi org lain tak hati2. itu yg kawan aku rajen ckp sbb dia mmg suka bawak laju tapi kadang2 kemalangan tu sbb org lain bkn sbb dia.
camtu la hidup. bkn kita sorg ja. ada org lain sama kat luar tu. kadang2 kita dah hati2 dah tertib. tapi org lain tidak. gumane?
entry best...
BalasPadamAku rasa aku pernah jumpa 10 jenis pemandu ini.
BalasPadamPerangai macam ni memang banyak di Malaysia, kerana banyaknya rakyat Malaysia yang berotak lembu, dan ada sedikit yang berotak babi.
hehehe..saya setuju 100% semua point nie..tp nk tambah..sebagai pemandu wanita dan pemilik kereta cikai..saya selalu dibuli oleh pemandu lelaki i.e diorg suke suki trus nk mencelah walaupun signal br diberi 0.1 nanosecond..dan dibuli pemilik kereta2 spt x5 dan cayenne i.e x bagi can nk switch lane eventho dah bg signal dkt 68 saat..
BalasPadampsl point number 10: kereta sy pernah ditendang oleh abg kuda putih ye kerana lambat beri laluan kepada all those VIPs.
sekian...
hal begini baru politik bersatu.
BalasPadambn dan barisan alternatif sama handal.
jaguh jalan raya.
No2. Actually aku tak berapa nak sokong sebab aku pernah sekali emergency. Arwah nenek aku tengah tenat, and dia nak jumpe semua anak2 dia. Aku admit aku bawak laju, and aku kasik high beam kat orang suruh give way kat highway. And yeah, aku tau bawak over limit memang salah dan merbahaya, tapi sapa yang takkan buat benda yang sama bila dalam situasi yang sama ngan aku? And fyi, aku langsung tak potong kat emergency lane, sebab aku rasa potong kat lane kiri adalah lagi bahaya. Especially bila kereta aku takde siren.
BalasPadamAku tau memang ramai yang akan pissed off, sebab diorang not in my situation and will never know that. Memang ada driver yang suka2 nak bawak laju, and in my opinion la, just give them way. You are not enforcer, and not safe to block them. Mana la tau kot tetibe ko kena emergency brake and dorg tak sempat nak brake on time? Memang diorang yang salah, tapi kalau kita mati? Kita ada chance nak elakkan accident, let them take the risk. And biar polis do their work,
sal yg nik aziz 2..sy npk dpn mata sy sndri..nik aziz xpakai escort pom..seyes..time sy npk..terkejut gler...
BalasPadameven post ni da lama, tp nk komen jugak. sy pon pnh nmpak sdiri, kete menteri besar kelantan tsekat dlm jam kt area HKL & dy mmg ada dlm kete tuh.. mmg dy xpkai excort pon..huhu. the best part is, time tu org huru hara nk kuar g solat jumaat.
BalasPadamagak tkejut gak bile nmpak.. sian pon ade..huhu