Ismail Sabri Yaahob mempersoalkan siapa sponsor duit kepada Raja Petra Kamaruddin yang membolehkan dia hidup mewah di UK.Adakah dia seorang menteri?Berapa IQ dia?Meh aku cerita sikit mengenai adik aku dan suami dia yakni adik ipar aku yang aku sayangi.
Satu masa dulu,adik aku pernah menetap di UK selama lebih setahun.Tapi adik ipar aku duduk situ dah lama,dekat 6 tahun.Duduk situ,kerja bukannya kerja besar,kerja pun chef kecil-kecilan dekat restoran.Adik aku pulak kerja jadi baby sitter.Gaji,takde la besar,tak sampai pun seribu pound tak silap aku...tapi...
1. Baju kat sana 3 pound.Kat Malaysia baju2 tu hanya dijual di Pavilion,KL.Baju orang kebanyakan di UK,baju orang kaya di Malaysia.
2. Kasut Lacoste kat sana 20 pound.
3. Sewa bilik ada dapur 200 pound.
4. Transportation,takde,naik bas,naik tube,satu hari punya tiket 5 pound unlimited ride.Tak payah tunggu lama,paling lama tunggu bas,5 minit 2 bijik datang.Naik tube tak pernah rasa tak selesa.Ada Oyster kad,senang nak ke mana-mana.
5. Pegi Asda ke Tesco ke,beli barang dapur,satu troli 20 pound.Lepas untuk seminggu.
6. Tak pernah rasa nak beli kereta sebab membazir,orang kaya berlagak aje pakai kereta ke mana-mana.
7. Jalanraya sesuai untuk bawak basikal.Adik ipar aku,main transportation dia,basikal,undang-undang...wajib pakai helmet.
8. Tambang tube nak ke airport...3 pound.
9. DVD ori sekeping 3 pound.Aku beli Ice Age 1 dan 2 boxset 6 pound.
10. Apa-apa barang pun mcm pakaian,tak puas hati dengan produk,boleh pulangkan dalam tempoh 30 hari,takde banyak soal asal simpan resit dan tag tak dicabut.
11. Dan aku malas nak cerita pasal Black Friday dan sale musim panas...
12. Bayangkan anda mampu beli kereta Mercedes second hand cash...dengan hanya mengeluarkan 500 pound. Sini?Hutang 5 tahun untuk bayar kereta second hand..kereta di UK tidak ada value sangat kerana...pengangkutan awam membuatkan kereta tidak relevan dan penting dalam hidup.Perkhidmatan teksi adalah sesuatu perkhidmatan premium sebab teksi tidak diperlukan sangat.
Bila dia balik Malaysia,
......kerja mesti kena ambik overtime,kalau tak duit tak cukup.Barang makanan sekali pegi beli Rm200.Nak pegi beli barang pun susah sebab public transport susah.Apa yang Ismail Sabri Yaakob pelik macam mana RPK boleh hidup mewah kat UK kalau orang Malaysia yang kerja dia waiter kedai makan dekat Malaysia Hall pun boleh hidup senang kat sana?Adik ipar aku balik sini,sambil hisap rokok dengan aku dia tanya aku,"Apasal hidup kat Malaysia ni susah sangat?"
Lagi la pelik bila menteri tanya apasal ramai orang lebih gemar migrate ke negara lain...Tukang sapu pun boleh hidup senang kat UK.Marah pulak diorang bila rakyat mempersoalkan "Kenapa menteri mampu hidup mewah kat Malaysia,layak ke diorang?"
Satu masa dulu,adik aku pernah menetap di UK selama lebih setahun.Tapi adik ipar aku duduk situ dah lama,dekat 6 tahun.Duduk situ,kerja bukannya kerja besar,kerja pun chef kecil-kecilan dekat restoran.Adik aku pulak kerja jadi baby sitter.Gaji,takde la besar,tak sampai pun seribu pound tak silap aku...tapi...
1. Baju kat sana 3 pound.Kat Malaysia baju2 tu hanya dijual di Pavilion,KL.Baju orang kebanyakan di UK,baju orang kaya di Malaysia.
2. Kasut Lacoste kat sana 20 pound.
3. Sewa bilik ada dapur 200 pound.
4. Transportation,takde,naik bas,naik tube,satu hari punya tiket 5 pound unlimited ride.Tak payah tunggu lama,paling lama tunggu bas,5 minit 2 bijik datang.Naik tube tak pernah rasa tak selesa.Ada Oyster kad,senang nak ke mana-mana.
5. Pegi Asda ke Tesco ke,beli barang dapur,satu troli 20 pound.Lepas untuk seminggu.
6. Tak pernah rasa nak beli kereta sebab membazir,orang kaya berlagak aje pakai kereta ke mana-mana.
7. Jalanraya sesuai untuk bawak basikal.Adik ipar aku,main transportation dia,basikal,undang-undang...wajib pakai helmet.
8. Tambang tube nak ke airport...3 pound.
9. DVD ori sekeping 3 pound.Aku beli Ice Age 1 dan 2 boxset 6 pound.
10. Apa-apa barang pun mcm pakaian,tak puas hati dengan produk,boleh pulangkan dalam tempoh 30 hari,takde banyak soal asal simpan resit dan tag tak dicabut.
11. Dan aku malas nak cerita pasal Black Friday dan sale musim panas...
12. Bayangkan anda mampu beli kereta Mercedes second hand cash...dengan hanya mengeluarkan 500 pound. Sini?Hutang 5 tahun untuk bayar kereta second hand..kereta di UK tidak ada value sangat kerana...pengangkutan awam membuatkan kereta tidak relevan dan penting dalam hidup.Perkhidmatan teksi adalah sesuatu perkhidmatan premium sebab teksi tidak diperlukan sangat.
Bila dia balik Malaysia,
......kerja mesti kena ambik overtime,kalau tak duit tak cukup.Barang makanan sekali pegi beli Rm200.Nak pegi beli barang pun susah sebab public transport susah.Apa yang Ismail Sabri Yaakob pelik macam mana RPK boleh hidup mewah kat UK kalau orang Malaysia yang kerja dia waiter kedai makan dekat Malaysia Hall pun boleh hidup senang kat sana?Adik ipar aku balik sini,sambil hisap rokok dengan aku dia tanya aku,"Apasal hidup kat Malaysia ni susah sangat?"
Lagi la pelik bila menteri tanya apasal ramai orang lebih gemar migrate ke negara lain...Tukang sapu pun boleh hidup senang kat UK.Marah pulak diorang bila rakyat mempersoalkan "Kenapa menteri mampu hidup mewah kat Malaysia,layak ke diorang?"
setuju!
BalasPadambab menteri tu aku setuju!
dorg kaya raya kooottt.
setiap orang ada kilang cop duet kot.
BalasPadamwoot2~ maintenance tinggi tu... huhu...
BalasPadamni buat aku pasang angan2 nak kerja luar negara ni
BalasPadamkepala bana pak menteri ni tak tau nilai mata wang ke?!
BalasPadamSetuju! Anak buah Yong kerje diluar negara. Syarikat audit antarabangsa. Jadi akauntan. Kenapa dia tak balik? Katanya di sana dia kerje sangat specialize. Jaga akaun syarikat client. Kawannya balik Malaysia lepas belajar. Katanya kerje di Malaysia sangat teruk, bukan akaun je, macam2 lagi. Tak sudah2 tulis projek dan meeting. Balik dah nak subuh. Akhirnya si kawan ni tak tahan lari ke luar negara macam anak buah Yong jugak. Cuma masalahnya satu je...Nak cari pasangan hidup orang Melayu tentu payah! Yong hanya dapat doa mudah2an dia bertemu mamat Malaysia yang bertanggungjawab yang nak keroje di sana.
BalasPadamMemang susah hidup dalam Malaysia.
BalasPadamsetuju..
BalasPadamhehe saya kije part time kat UK ni senang lenang hidup..keh keh keh..tapi apa pon tetap rindu Malaysia walaupon menteri makin kaya rakyat makin miskin
sangat setuju, sekarang subsidi dah nak di tarik, inflasi lagi....gaji tak inflate pun
BalasPadamMakan dalam ni. :)) terbaik la bang!
BalasPadambetul
BalasPadambetuk
dan
betul...
kalau hidup kt sini macam kat sane,
aku dok sini jela...
xkn pernah ade hasrat ntuk aku try dok sane.
akal letak mane tah menteri2 neyh....
gyahahahaahahahaah~
hahahaha..sabri chik pi dok belah barang mahai kot..haha
BalasPadamhujan emas negara orang~ ;)
BalasPadamsini? kenderaan awam?
BalasPadampegi mampus.
kerja sini??? belajar satu kos, nanti dah kerja kena handle macam-macam. tiba-tiba jadi multipurpose. gaji pun tak setimpal ngan keje. letih je lebih.
menteri-menteri je la keje spesifik... gaji mahal gampang.
kadang-kadang sampai aku terfikir... kos sara hidup dalam negara ni bergantung pada gaji menteri ke apa??
sebab kat luar negara tu kos sara hidup dorang... keje cikai-cikai pun bleh idup selesa TANPA LOAN.
sini kalo keje ngan government, tak buat loan, tak sah laa...
menteri kat malaysia memang mewah! tak payah bayaq tol, petrol bla bla bla.. org gaji depa pun kerajaan bayaq!
BalasPadamdulu aku pernah jugak belajaq kat london.. sekitar 2001-2003. bayangkan Mayor london pi kerja diam-diam naik public transport selama sebulan semata-mata nak test betapa efisyennya public transport kat sana!.. kat malaysia?!! menteri nak naik bas? komuter? mimpi laaaaaaa.
pergh....jauh betul bezanya.
BalasPadamaku duduk kat Jepun dah 10 tahun lebih.
BalasPadamorang kata Jepun mahal...well, betul jugak. tapi banyak jugak benda yang harga lebih kurang Malaysia.
yang penting, kualiti hidup tinggi.
-Dray
sokong...
BalasPadammenteri2 kat malaysia tau nak isi tembolok diri sendiri, famili,kaum kerabat ngn konco2 diorang je... rakyat? pegi mampos... kita layan la jem ngn bayor tol tue... diorg pedulik hape... bila pilihanraya dok sebok canangkan kemajuan yang diorang ade share tuh... pastu bila rakyat susah, suruh rakyat UBAH GAYA HIDUP... ubah gaya hidup tengkorak abah ko... ko hidup senang dgn segala kemudahan yg ditanggung oleh kerajaan (guna duit rakyat)... memang bahalol la sape2 yg undi menteri2 kat Malaysia nie...
pst : ketika ekonomi tgh merudum pernah ke kerajaan umumkan ntuk potong gaji para2 menteri ni? pernah ke? ada ke?
apenzz tensai
mungkin sebab tu kerajaan buat program cuti-cuti malaysia..diorang suruh kita pusing2 dlm m'sia jee..sebab kalau kita gi negara luar,kita akan terkejut dgn keadaan yg kau sebutkan tu,dan bila balik m'sia..byk benda kita akan persoalkan pada kerajaan..kan?
BalasPadamtx rate UK tinggi
BalasPadamadik ipar engkau bayar tak tak duduk sana? gua pernah gak dulu keje jadi cleaner after class. nak duit lebih
tak mewah jugak pasal sewa mahal rumah gua.
yang murah duduk di zone 3 keatas
tapi dekat sana masalah rompakan dan tikam menikamnya tinggi. kalah Brickfields atau Klang
DVD ori 3 pound? masa sale tu. leh taha la. setau aku orgininal DVD baru kelur dalam 9 pound. still cheap. mungkin dah murah pasal bluray dah take over britain. Malaysia pun murah la jugak. satu DVD boleh dapat RM28 kalau ori.
tesco satu troli 20 pound?
apa je dia beli? biar betul. aku dulu seminggu lebih 60 pound
adik ipar kamu mesti jenis makan tak banyak. bagus la tak gemok macam aku yang gampang ni
pasal kereta tu betul. dekat london gi mana mana boleh jalan je. TAPI pasal suhunya sejuk. hujan rintik manjang. kalau kat malaysia nak berjalan mau peluh celah bontot.
public transport memang class. ini tak boleh disangkal.
ada la plus minusnya
nak citenye kat sini public transport kat malaysia is not really convenient lg mcm kat japan or UK. maybe still in the 3rd world country kot.
BalasPadamnak jd mcm dieorg? kah kah kah wait for another 30yrs if we're lucky to be there.
i really missed japan for their transportation and yeah living cost too. eventhough it is too high for we malaysian ppl but we still can survive there :D
gua pernah ke uk duk sana seminggu backpackers.
BalasPadamgua nak bgtau.
malaysia lagi better.
msia boleh kuar sampai 3-4 pagi lepak mamak.
UK? pegi mam la nak dapat kuar pukul 11 mlm sekalipon.
tak pasal2 kena tikam2. betul kata obefiend.
ada prons and cons.
tp hidup kat uk, sewa rumah nauzubillah mahal. ini betul.
tax rate?
BalasPadamkita kat malaysia ni banyak sebenarnya bayar cukai yang kita tak sedar kita bayar.kereta,motor,tol..cukai2 invisible yang tak semua sedar.tengok wayang kena tax...hisap rokok kena tax.kita lagi berat nak bayar income tax sebab income tax tu terang dan nyata depan mata.VAT kita nampak depan mata.
Nanti kita akan ada GST,jadi waktu tu,aku rasa perbandingan cukai UK dengan Malaysia akan jadi tak relevan lagi.GST is VAT.4% untuk semua benda (seperti yang dipropose).
baik tax mahal tapi semua kemudahan tu lengkap.
haha,mmg la,situ kedai semua tutup pukul 7,suruh orang balik duduk rumah.banyak masa spend dengan family.yang bukak hanyalah bar.cube buat mcm tu kat Malaysia?
pukul 8 malam still sibuk shopping.
situ ofis pun kena tutup selepas pukul 7.tak digalakkan (ke tak dibenarkan?) untuk kerja lebih masa kecuali mendapat kebenaran terlebih dulu.jadi,ramai employee tak berani nak suruh orang kerja lebih masa.
seronok tengok diorang hisap rokok ramai2 kat luar sebab dalam premis perniagaan mcm bar,takleh hisap rokok dan diorang follow benda tu betol-betol.
sewa rumah mmg mahal tapi basic needs sangat2 dijaga untuk memastikan rakyat senang dan mampu hidup.
dan pasal kat Malaysia panas sebab tu kita tak mampu jalan..come on..kau sendiri pernah pegi UK..
tengok jarak antara bus stop ke bus stop,dekat2 dan setiap bus stop pasti berbumbung dan ada peta laluan bas dan tube.
aku pernah tunggu bas kat putrajaya dekat bawah bus stop yang hanya ada "signbod" bus stop.tempat teduh dia hanyalah sebatang pokok tepi jalan.
malaysia panas,kerajaan tahu,tapi condition bus stop kita tak menggambarkan kerajaan sedar cuaca tu panas..
menteri mesia mana ada iq
BalasPadamdlm bar mana bole isap rokok. tebakar tempat tu nanti. tapi tu kat tempat lain, kat mesia ni, sambil pam petrol pun bole sedut lagi.
BalasPadamReply to Shahira:
BalasPadam"kah kah kah wait for another 30yrs if we're lucky to be there.
"
Make it 100!
Percayalah.. public transportation kita TAKKAN MAMPU jadi SEEFISYIEN jepun untuk tempoh lagi 30 tahun.
As long as 'janji melayu'= 'lewat 30minit' dan 'janji jepun'= 'awal 10 minit'..
mantot,
BalasPadamteman tak peronah hidup hat obersi hehehe. tapi kalau dgr citer org kos hidup tinggi tapi gaji boleh tampung. kat malaysia mungkin gaji budak grad kira ok tapi nak kata hidup senang tu takde la. kalau bujang ok kot. tapi pada saya nak tahu murah tak satu2 barang atau servis kita kira berapa persen yg kita bayar dr gaji kita.
kalau kita bayar keta viva rm500 sebulan sedangkan gaji kta rm2500..adakah itu murah? kawan saya bgtau ipar dia study kat leeds beli citroen 2nd hand 5 tahun baru 700 pounds...hehhehe tu memg murah kot. sbb teman belum jumpa kancil rm700 walaupun kancil tu usia 20tahun huhuhu
bluray disc kat sini rm 100-140. gaji saya yg 3000 ni pun rasa mahal hahaha. sbb nak beli bluray disc pun dah kopak 3% gaji. org cakap kalau nak kewangan kukuh kita perlu simpan/invest/beli insuran 20% dari gaji kita. 20% tu tak termasuk cash yg kita simpan utk emergency kot.
paloibinmulau,
BalasPadammemang kos sara hidup kat Malaysia ni tinggi.tapi kita kena tgk cara kita gunakan duit itu jugak.kalau anda rasa disc blu-ray itu mahal,maka xpayah lah nak beli.beli dvd ayam atau ori pun dalam rm19.90 ke rm29.90.senang.
yes,ekonomi akan terus menghimpit manusia selagi manusia hidup.tapi kita ada banyak pilihan.pendapatan rm1500,tapi nak beli baju di ted baker.hp nak iphone je.lepas tu komplen barang makan minum mahal,minyak mahal bla bla bla.gaya hidup melebihi kemampuan.
di sini lah para kapitalis akan mainkan peranan melalui,trend.
kita yg kawal kewangan kita beb.bukan orang sekeliling,pusat beli belah,iklan tv,majalah dll.
selamat maju jaya!
gler la,aku nak pindah luar negara gak ar kalau btol cmtu =.=
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkate orang tua2: hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri.
BalasPadamape nak susah? sekarang ni, login fesbuk pun dapat 4juta dolar! kah kah kah!
salah sorang menteri dungu dlm kabinet umco...ko p buat album jer ler yob..dengor anaok beranaok jer ler..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamobefiend,
BalasPadamSuami saya bayar tax like any other LEGAL employers kat situ. Kami bukan pati ye. Huhu. Tapi part crime n gangster tu mmg betul. Penah tgk pak itam gaduh tembak2 darah2 kat mcdonald oxford street, gila ngeri.
By the way, abg iman, gaji iwan almost 2k la. Org ja gaji ciput. 20quids, meh sini nak pecahkan what we bought.
Beras basmathi 1kg 99p
Ayam 1kg 2-3quids
indian mackerel 6ekor besar 3quids
Salmon 1kg 6-7quids
Sotong 3kotak 5quids
ANY sayur 1big bowl 1quid each
Kalau makan luar tiap2 hari mmg la mahal.. Oh i miss asparagus n mushrooms n salmon n scallops n capsicum. Skrg jgn harap la.. Nak makan beras tempatan pun mahai yarabbi. Gaji combined 3 4 riban pun tak cukup.
We lived in Hackney. Rental was kinda cheap. But still, kalau duduk belah ulu banat mana pun, i dont think commuting is an issue.
last year tiap2 hari naik LRT time rush hour, i was pregnant 8 bulan pun takde sapa nak offer seat. and i wonder why i let my husband balik sini.....
-adik mantot-
haaaa pastu nak habaq ni. Try pi FOS, situ dah ada byk juai baju primark. Tapi sehelai dia juai 40 50 60 ringgit. Hahahahahhaahha. Teruk betui nak untung lebih.
BalasPadameh silap, LEGAL EMPLOYEES. typo.
BalasPadamrasa macam nak tulis macam2 lagi. Pasal anak takyah cerita la. Kalau bersalin kat uk, every baby born dapat duit saguhati. And working mothers are allowed to have flexible working days/hours. There are also well-kept playgrounds and libraries for children all over the place. sini library sekolah pun tak lalu nak pegi.
BalasPadamKalau time sales kat uk, memang genuine sales. Unlike shopping malls kat malaysia ni yg sgt suka menipu. Tukar price tag, markup harga and letak tanda diskaun 70%... How sweet.
Kat sana malaysians take care of each other, kat negara sendiri semua jadi selfish.
I'm having second thought pasal crime2 semua tu.. Masa kitorang kat sana, kitorang selalu jalan kaki makan angin dating malam2. never felt safer. Try jalan kaki malam2 kat sini tengok. Nak pegi kedai blkg rumah time siang tengahari buta pun takut... Dok dalam rumah pun tak selamat dah skrg ni... Adik bongsu saya(adik bongsu mantot gak) penah cita, kawan dia kena samun depan BALAI POLIS.
Masa mula2 suami saya balik sini, dia teringin nak naik bas. Dia ingat bas kat KL ni dah maju la sikit konon2 macam kat london. kitorang naik bas metro dari bukit bintang nak balik pandan indah, pastu bleh plak mat indon gaduh dgn india mabuk sampai nak tikam2 dgn SCREWDRIVER. Tobat sampai kesudah aku tak naik dah bas metro!
Skrg ni bila dah ada baby, rasa cam sedih lak bila pikir how our life could have been a bit better if we were still living in the uk. Pampers and baby stuff aren't as expensive as in KL. Tapi economy uk dah teruk, barang dah naik, so maybe sedikit lega di situ. (macamla barang kat msia tak naik harga huhu)
dulu kitorang hidup sederhana, tapi kadang2 merasa gak nak shopping kat high-end stores like selfridges, harrods etc to splurge once in a while. Boleh la tiap2 hari minum starbucks, seminggu sekali minum godiva, or makan kat khan's on weekends.. Kat sini, dapat bonus or increment pun hati tetap risau. Nak makan kat luar, wuihhh jgn harap. Sampai skrg aku hutang nak belanja laki aku makan kat tony roma's, laki aku pun tak bawak2 lagi aku makan kat victoria station.. Haha. dapat gaji terus pikir pasal nak bayar itu ini. pampers anak je dah 100 sebulan. sewa rumah, letrik dah 500. Duit keta 500. baru 3 item, dah seribu+++... Ni pun nasib baik la takyah subscribe streamyx or postpaid plan yg mahal yarabbi.
Orang nak kutuk aku lupa daratan ke apa ke lantak la. tapi sesusah2 aku kat msia ni, aku tepikir gak orang yg kerja kerani gaji 800-900 tu.. Cemana la diorg hidup..
kawan baik aku ibu tunggal anak 5, setiap tahun try mintak bantuan kerajaan and baitulmal. Payah sungguh nak dapat. masa dia takde keja, dapat la 350 sebulan. Imagine la 350, anak 5. Nak bagi makan apa? Pastu bila dia dapat keja, dia declare la, pastu dia punya bantuan KENA POTONG TINGGAL 250 SAJA. Silap la pegi declare kan. lurus bendul sgt kot kawan aku ni. Last2 dia harap bantuan dari adik dia yg dok kat london je la hantar duit tiap2 bulan. Malas dah nak mengemis kat kerajaan malaysia.
aaaa pastu kan.. Kat sana newspaper free. Kat sini nak baca cerita2 mengarut dan penuh sampah pun kena bayar RM1.20 setiap hari.. Try sebulan tgk. Ish ish ish..
Kawan mak aku (skrg dah arwah) was a canadian. Dia dulu slalu suh aku migrate from london to canada, sbb dia cakap benefit situ lagi bagus dr uk. so go figure la why menteri dok cakap banyak brain drain yg berlaku.
kalau sesiapa ada peluang tinggal kat luar negara, tak kisah la mana2 pun, grab the chance. You'll know the difference. selain rindukan family, kawan2 dan kedai mamak, anda akan berfikir panjang samada mahu pulang ke tanahair for good atau tidak, if you have the option. Too bad we didn't have any, tapi tunggu la anak aku besar sikit sok.. Huhuhu.
selain daripada apa yg aku tulis ni, u know what i miss the most? Ke-friendliness-an cashiers/customer service kat sana. Please, thank you, lovely dan cheers tak penah lekang dari mulut. Kat sini semua cashier aku rasa nak tempeleng.
tulahh kalau pentig kan diri sendiri...... tp kita sebagai rakyat tak baik blame menteri sendiri. bila kerajaan dah huru hara nanti...nak ke jadi macam 13 mei? btw, aku suka amek kesah hal malaysia dari blog nie . BEST :)
BalasPadambtw, tertarik dengan cerita drpada anon ni. sape anon nie? serius tetibe rasa nak try duduk luar dari malaysia. betul ke leh survive?
BalasPadamohh. dah tahu. adik mantot. hye kakak..kakak xde blog ke?
BalasPadameykameow, aritu uk takde kerajaan, takde huru hara pun? Behave je rakyat dia. Parti politik pun elok je bawak berbincang pasal sapa yg nak jadi ketua kerajaan. jadi, mengapakah negara kita perlu nak huru hara kalau kerajaan skrg dibubarkan. Adakah orang kita ni memang suka camgitu?
BalasPadamTapi bukankah skrg ni tgh ada kerajaan pun dah memang huru hara?
hi eykameow. Saya takde blog. takde masa nak tulis. Huhu. Pelik kadang2 tengok orang anak 4 pun boleh update blog tiap2 hari.
BalasPadamlahhh.
BalasPadamkesimpulannya,
salah sistem.
sekian.
sebagai seorang yang tengah belajar di UK sekarang, aku support semua keterangan ko wahai penulis dan yang komen2 di atas tu..
BalasPadamoh ya..bkn black friday..black friday kat US tapi boxing day..
tak kisahlah..yg pnting murah..
^_^
aku tak pernah gi UK
BalasPadamtp member aku duk sane, kat Salford (Manchester)
die depart bulan Januari 2008
aku keep contact dgn die la dlm Facebook
die cite skrg ni die dah nak angkat MERCEDES BENZ C CLASS beb!
umur baya aku tuh, 20 tahun
dengan takde sijil pengiktirafan ape2 nye, die kerja cuci tingkap bangunan2 kat Manchester tu (termasuk OLD TRAFFORD! yea!)
kumpul2 duit, dengar kata nak angkat merc dah
sape tak tergezut
aku yang ditaja MARA ni pun sebulan mmg RM700 tu cukup2 makan (include minyak motor, topup, dengan lepak kedai mamak tgk bola)
nak beli kereta, kena pikir 100 kali la agaknye
*siap hantar phone Sony Ericsson kamera 5 megapixel kat tunang die kat UTP lg tuh!
aku pernah jugak ke US tahun 2000, a year before 9/11.
BalasPadamUS barang dia MEMANG MURAH! yang aku perasan makanan la. kalau air botol, 2l, 3l terus. kalau beli asikrim, satu bucket(baldi!). kalau potato chips, pek besar tu PENUH!(bukan separuh isi separuh angin) [sebab tu US ada masalah obes kot ahaha].
anyway, US memang 'heaven' la...cuma malam2 takut gak mat black >.<. tapi OK la, sape soh keluar malam2? malam utk ada di rumah bukan huha huha
dan lagi, setakat kereta kat sini, macam LELONG IKAN kat pasar!
BalasPadamsekali client/buyer kitorang datang, dia kata kat waitress restoran tu - 'dey tambey..aku beli kereta harag lagi murah dari menu ko kat sini!'.
well, kompeni aku tiap2 minggu beli around 100 bijik used cars, aku tau la hehe
lupa lak, salam ari Jepun (aku dok jepong, bukang US)
BalasPadamselipar lacoste kot 20 pound. kasut 45 and above.
BalasPadampendekkan citer..bloodyhell...Malaysia kaya...Sapa yang kaya...mangkuk hayun yang kaya...
BalasPadammantot.. aku setuju 100% statement ko... ekekekke
BalasPadamaku baru gi UK bulan april lepas... saja jln2 sambil tgk bola... then pegi la satu tempat nama dia CHESHIRE OAK... beli jeans GUESS harga £4 jeee.. beli sweater NIKE £10 jee... kasut timberland £30 jee... jean levis 2 helai £40... jersi england ori siap nombor ROONEY 10 baru £35 (kat sini jersi kosong rm259).. tu blom handbag CLARKS untuk org umah.. DVD ori AVATAR £9, kalo boxset £16..
pastu kat london plak gi Oxford Street, lebih kurang sama je harga dia... memang murah, kalo convert ke duit malaysia pon jauh lagi murah... tu blom lagi time boxing day..
tapi paling best prepaid dia laa.. aku beli LYCAMOBILE £5 jee, kredit ada £5 meaning sim card tu free... on je, dia bagi 100 minutes free international call & 200 minutes local call... pastu bila dah abis free call tu, aku call malaysia dalam setengah jam baru luak 50pences jeee (rm2.50)...
agaknya sbb tu la artis malaysia & bini politician suka shopping kat london.. ekekekekke
BalasPadamaku bukan apa, tapi sebab seme canang duk g uk la apa la, aq pun nak gk. aq baca2 byk plak nak banding godiva la, victoria's station la, lacoste la...itu, keperluan ke? dah hang duk mesia nak beli barang luaq negara, hang bayaq la. takkan mende tu pun nak komplen kot, dah mnde tu dtg dari sana.
BalasPadamyang bab transportation tu mmg la mesia kurang BUT STILL, could be worse.
try, indonesia. duduk la kat indonesia, try...duk kat indon dengan gaji 3ribu sebulan, cukup tak. konfem takkan cukup, i tell you ha. dr a sampai z, indon kurang. ckp jela apa mende, takde lebih indon dari kita. nak number? ok. satu bilik(bukan rumah, bilik), no aircond, just ada katil dengan almari. a month berapa? rm400. lower than that, duk la rumah yang time malam air mencurah-curah dari siling(my friend). makan, for a decent meal, i mean yg takde salmonella and bolehla kebersihan, at least rm4, belum minum. nak masak je? rumah x sediakan dapur. awat x duduk umah? boleh, untuk rumah basic 2bilik, setaun rm4800.
so, apa yang nak aq try sampaikan, mmg la luar negara mcm europe tu bagus, tp masih byk lg negara yg jauh lg teruk dari mesia. so instead of mengeluh-mengeluh segala kekurangan, kena gak sedar akan kelebihan.
to adik mantot, yes i know uk is better but you are here, shouldn't you make the best of it? you keep looking for the flaws, didn't it occur to you that you overlooking the good sides? you complaining won't make the years go better darling.
hey, pernah dengar tak, don't believe in the government, believe in the people! kalau u guys conveniently believe this norm kat negara2 barat, don't hurt if you guys not much but slightly pun ok belief of malaysians(like mantot) to make this country better...kan?
negara membangun, dgn negara maju, banyak beza kan?
orang pakistan datang malaysia jadi taukeh. orang malaysia jadi kuli orang pakistan tu tadi.
BalasPadamsemuanya sibuk duk puji UK ni apa ke hal nye, xtau ke kekayaan diorang tu hasil penjahan zaman colonial dulu. matawang diorang tinggi pasal simpanan emas diorang yg duk kutip dulu masih belambak2 lg.
BalasPadamanonymous May 29, 2010 1:03:00 PM GMT+08:00,
BalasPadamaku setuju dengan point hang.orang2 yg melabon pernah g eropah atau luar negara ni tak tau ape tu nilai matawang ka?
adakah mereka yg terpelajar ini beranggapan rm1 = 1pound?atau rm1 = 1 us dolar?
adakah mereka yg bijak belaka ini tau jenama2 yg dibanggakan(lacoste,guess,salvatore dll) tu bukan berasal dari malaysia?
aiseh,budaya "menunjukkan status" kat malaysia ni makin parah la.
dan untuk pengangkutan awam,ya memang kat malaysia ni masih ditahap tak memuaskan.tapi,mentaliti rakyat malaysia ni kena ubah gak.nak perkhidmatan awam yg cemerlang gemilang terbilang?ubah mentaliti dulu.contoh?ramai lagi manusia yg masih tak tau beratur & berebut2 bila nak naik lrt.even bila tren lrt yg baru(4 gerabak) sampai pun,masih ada lagi yg berebut,tak reti bagi org keluar dulu.sila ke kl sentral untuk melihat contoh ini.
konklusinya,bukan aku nak cakap malaysia ni bagus sangat.memang banyak kekurangan.tapi point aku lebih kepada mentaliti orang malaysia tu sendiri.cakap kat uk barang branded murah bla bla bla.hei,kalau gaji kat malaysia ni dibayar dengan pound sterling atau us dolar,bukan kah secara logiknya harga barangan branded yg dibanggakan tu jadi murah juga nilainya kat sini?
*sigh*
wake up and see the reality people...ashik berangan nak maju, tapi bandingkan diri dgn negara yg mundur...sampai bila negara ni nak maju...ape la...xfaham ak mentaliti org zaman skrg...makin belajar tinggi2, makin bodoh jadinya.
BalasPadamnegara dh nk hancur jadi macam Mozambique pun masih x sedar...masih berangan "look at the good/bright side"...duhhhh...stupidoo...
sekarang naik monorel dah beratur laa. lagi2 time waktu kemuncak. aku suka perubahan ni. tapi, KL sentral masih camtu lagi.
BalasPadamkutuk2 public transport pun yg naik mmg muka indon, myanmar, vietnam..orang malaysia nak nek bas?
oh, mimpi saja...
wah, lpas ni nk immigrate ke uk lah
BalasPadambesi karat, mmg la klu nak bandingkan RM dgn pound jauh sekali.. yg kite bincangkan kat sini ialah cost of living antara malaysia dgn uk... kat malaysia gaji RM3,000 dgn dok UK gaji 3,000 Pound..
BalasPadambarang branded tu just utk klu berkemampuan. tp yg mantot mention dlm ni iala basic necessity. harga ayam, ikan, pampers dan sebagainya..
ko reti baca ke tak besi karat?
nama pon besi karat..
tu perbezaan yg nak ditunjukkan... klu nak banding matawang mmg la malaysia kalah.
kenapa klu kite nak maju kena bandingkan dgn negara mundur.
mansuh gaji menteri..hahaha
BalasPadambetuol!!..
BalasPadamsokong shimusuru..
itu yg aku cube nk cakap dari smlm..
tp xsampai ati takut ada pihak kecik hati kerana tersedar akan kebodohan diri sendiri..
hukhuk..
org ckp pasal perbezaan kos taraf hidup, tibe2 ko nak melenting pasal perbezaan mata wang buat apa bro?
ni sah jenis komen pakai nafsu, haish.. memalukan..
hah, yg bab nak banding kan negara tuh pown aku sokong si shimusuru nih..
time bab2 cam ni korang nak banding kang dgn negara2 mundur..
adoyaii..
amik contoh paling dekat.. (jauh2 kang takut besikarat x pernah dgr plak nama negara tuh kang)=P
singapura.. (dah berapa tahun diorang merdeka)??
malaysia..(dah berapa tahun kite merdeka)?
singapura..(berapa keluasan tanah mereka yg boleh dimajukan)?
malaysia..(berapa keluasan tanah kite yg boleh dimajukan)?
singapura..(berapa banyak sumber asli diorang ada)?
malaysia.. (berapa banyak sumber asli yg kite TIADA)??
secara tuntas nyer..
serba serbi kite melebihi singapura
(rakyat ramai, tanah luas, sumber asli ada, tanh subur utk pertanian BUT STILL.. THEY R WAY AHEAD FROM US..)
KENAPA?
..................(sila isi tempat kosong dgn idea yg keluar dr benak kepala hutak kalian, kalu semua kau bg x best lah kn)
ok chow..!!
shimusuru,
BalasPadamaku tak merujuk kepada ape yg mantot bincangkan/tulis.ko dah silap kat situ.
aku merujuk kepada kenyataan mana ntah yg nak cerita cleaner kat UK leh pakai mercedes.mana boleh nak bandingkan cleaner kat UK dgn cleaner kat sini?bezakan harga barang branded kat UK dgn kat sini?
kenyataan aku yg kat atas2 ni aku tujukan untuk pengkomen2 yg membuat
perbandingan harga barangan bila dorang p UK dengan kat malaysia.
saya benci malaysia,
kahkahkah!nampak betul ko takut nak berhujah,bertukar pandangan.bila dah ada org komen aku,baru ko nak bersuara.takpe aku paham budaya kita "ko pergi la dulu,nanti aku ikut"
kahkahkah!
komen pakai nafsu?aku tak attack personal orang.aku rasa ko yg komen pakai nafsu.
kahkahkah!
woit.bukan aku nak bandingkan malaysia dengan negara apa sekalipun.cuma point aku ialah mentaliti rakyat malaysia tu sendiri.bercita2 besar tu nak ubah negara,nak majukan negara tapi mentaliti,pemikiran tak nak berubah.
tak payah nak bagi contoh gempak2 macam tanah dimajukan la berapa tahun merdeka la.ko tgk KL dengan singapura mana lagi bersih?
aku pernah g singapura masa konsert megadeth tahun 2007 kat fort canning.lepas konsert,aku perhatikan jumlah sampah yg ada tak sebanyak sampah yg dihasilkan lepas konsert linkin park kat sini.
nampak tak point aku?
lor.
xyh nk ckp atau gaduh panjang. satu je kn pk.org melayu kn tukar mentaliti.otak jgn letak kt kepala lutut. kalo bljar tinggi2 n pegang duit byk mn pun kalau kepala otak still mcm tu, tak kemana jugak.
BalasPadammenteri/wakil rakyat tu pulak. sokong mantot. menteri/wakil rakyat kaya gila tp rakyat? kn pk cmne nk hidup sehari, lebih2 lg skrang harga barang nk naik.. bila pilihan raya jer ckp berkepuk2 lepas tu senyap. org melayu pulak cayala 100% ckp2 diorang mmg kosong sekosongnya. bagus.
aku tak paham la apa korang nak gado kan ni... tapi aku setuju dengan point mantot, menteri tu sedang menunjukkan kebodohan dia bila dia persoalkan something basic like that.
BalasPadamyes, aku pun tengah berkira-kira nak move abroad for maybe 4~5 years or until Malaysia ni reda dengan kemelut politik yang tak sudah-sudah.
And the fact that yang berbalah ni among so called "Malays" aku malu sangat-sangat! apart from aku tak setuju bila rakyat malaysia nak beza-bezakan kaum diorang... kalau korang kat luar negara they called us malaysian not malays, chinese or indians but MALAYSIAN.
*kenapa aku mentioned so called "Malays" it's because some of them ni pun mixed ntah mana hala (indonesian, arab etc) tapi in the end jadi malays... pastu bikin kecoh.
~charlie
aku tak paham la apa korang nak gado kan ni... tapi aku setuju dengan point mantot, menteri tu sedang menunjukkan kebodohan dia bila dia persoalkan something basic like that.
BalasPadamyes, aku pun tengah berkira-kira nak move abroad for maybe 4~5 years or until Malaysia ni reda dengan kemelut politik yang tak sudah-sudah.
And the fact that yang berbalah ni among so called "Malays" aku malu sangat-sangat! apart from aku tak setuju bila rakyat malaysia nak beza-bezakan kaum diorang... kalau korang kat luar negara they called us malaysian not malays, chinese or indians but MALAYSIAN.
*kenapa aku mentioned so called "Malays" it's because some of them ni pun mixed ntah mana hala (indonesian, arab etc) tapi in the end jadi malays... pastu bikin kecoh.
~charlie
"*kenapa aku mentioned so called "Malays" it's because some of them ni pun mixed ntah mana hala (indonesian, arab etc) tapi in the end jadi malays... pastu bikin kecoh."
BalasPadamyg ni aku sokong. takde darah Melayu pun tetiba dlm IC ialah bangsa Melayu. oh, terkeluar dari topik.
err..
BalasPadamsapa sini berani mengaku dia Melayu
berdarah tulen?macam mana rupa melayu yang tulen ni?
Jika Melayu tulen rupanya seperti Ibrahim Ali,legalah aku kerana aku Melayu campur-campur
yes so did I.
BalasPadamPlanning to migrate to UK another 5 from now.
dah tak lama dah negara Malaysia tercinta ini akan tergadai dek otak si Najib tuh.
Malays in Malaysia were not 100% malays except native ppl.
BalasPadamkita semua mesti ada darah indo.
fact.
"buat apa gaduh sama kita, malaysia kita ni kecik aje, kalau semua gaduh sape nak jageeee"
BalasPadamsapa nyanyi lagu ni ekk?
Aqram; lagu tu kumpulan Aboi nyanyi. dah lupa tajuk
BalasPadamkesal3.blajar tinggi2 tp pengakuan apakah ini???btulla sume komen2 kat atas nak kita sedar byk bnda.ttg rkyat dan krajaan memerintah.adik mantot pn da gtau cne dia dpt layanan dlm lrt@bus xhingat dah.aku skg dok d negara jauh lg susah dr mesia(tp aku sgt suka)sbb org dia baik2.xpnah la plak org mengandung xdpt tmpat duduk dlm bas@lrt.org mesia mmg bermasalah.kita kena sedar tu.sistem kita dah lari jauh dr islam.sume sbb pemerintah.pemerintah yg mmbentuk rakyatnya.tanggungjawab dia.diambil kira akhirat nanti.kita kna perjuangkan islam.baru rakyat ok.pilih pemerintah yg plg layak utk memerintah.gunakan akal fikiran.ko student dh abis blaja balik mesia berbakti untuk islam.selamatkan malaysia dr bala bencana.syukur rakyat hantar ko p indo blajar.
BalasPadamp/s:klu xslap aku,org indo xsuka gelar diorg indon.
komen kat atas khas buat budak mesia yg blaja indo tuh.
BalasPadamKita kena fikir positif, kenape Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan hal ini.
BalasPadamSebab dia pun mahu merasa tinggal di UK, cuma takde peluang. Huhu.
Pelik la kalau dia tak tahu cara hidup di sana, unless dia tak pernah pergi sana atau baca buku atau google tentang UK. Ehe.
kepada anonymous2 yang sebok nak komen2 keji,
BalasPadam1. Name me ONE MALAYSIAN BRAND yang murah dan BERKUALITI. I don't friggin care if it's Lacoste or LV or WHATEVER. Ni baju kat GIANT or TESCO takde cap pun selai sampai 20-30 hengget. dah la kaler and corak tah apa2. and kau rasa brand2 Malaysia seperti G2000, SEED, PADINI, VINCCI tu murah dan berpatutan untuk semua golongan ke?
2. Have your OLD or PREGNANT wife/sister/mother naik LRT or bas dan dibiarkan berdiri oleh rakyat2 malaysia yg berpelajaran tinggi nih??
i'm just assuming that orang yg nak kutuk serta keji ni cuma dengki. seperti sabri yaakob. typical malaysians/melayu, takleh tengok orang lain lebih sikit. heh.
oh by the way, kau penah tepikir tak kenapa daging import lebih murah dari daging tempatan?
BalasPadamkenapa susu lembu (yg diperah di Malaysia) mahal?
kenapa beras tempatan lebih kurang sama harga atau lebih mahal daripada beras siam?
kenapa kasut cap vincci ada yg sama harga dgn kasut nine west?
kenapa tomato sos cap MAGGI BUATAN MALAYSIA kat uk harga dia 20p, kat sini 3 ringgit lebih?
kenapa mak aku aritu beli baju kat cucu dia, cap OK BABY (made in malaysia), sepasang sampai RM18.90? Baju cap hallmark pun baru RM15.. Baju Disney pun lagi murah.
kenapa harga bayar bulan2 myvi premium lebih kurang je harga swift?
kenapa interest untuk imported cars lagi murah?
so please, tunjuk sikit tang mananya barangan buatan malaysia ni murah kat malaysia? ye la, yg anon2 kat atas yg keji ni nak suruh support habis all-malaysian brands.
main point mantot or adik mantot di sini BUKAN PASAL BRAND. macam shimusuru cakap, compare gaji RM3000 kat sini dengan GBP3000. disebabkan kau menetap kat msia, memang la kepala kau asik dok convert2. try la pegi keja kat sana. pegi sekejap je, 5-6 bulan je pun takpe. lepas kau balik, nak tengok kau punya "mentaliti" jadi cemana.
balik2 dok sebut mentaliti. as if you guys who are bashing and thrashing people here have THE HIGHEST MENTALITY la?
suka ati la orang tu nak dok kat mana pun.
mentaliti...hmm....
BalasPadamSetelah membaca pos ini aku teringat kembali dan membuat kesimpulan penuh nafsu:
BalasPadamHidup di Malaysia memang macam celaka.
Tapi kemudian aku tersedar dan beristighfar. I'm counting my blessings.
pokok pangkalnye nafsu 2 korang kene la tahan sikit... kan3
BalasPadamtapi bab menteri 2 aq stuju hahaha
kite ni dah masuk part slave kiri kanan tx hutang rumah , kereta
em... mmg slave tahap dewe hahaha
yang kat atas sedap duk lepak, duit masuk, so korang kene lah pandai sikit. Otak tu mesti macam kuak ke.. ananda ke.. bukhari ke... baru boleh hidup huhuhu
besi karat, tahniah! anda berjaya mengubah cara hidup anda.
BalasPadamsebabkan nak berpuas hati dengan semua benda laa kita makin ditindas dan ditindas. jgn tipu aku kate ko tade desire nak beli macam2.
mende yg ko ckp tuh sme org pon fikir, sme org pun buat. cuba bukak mata luas2 lagi. kita bukan nak hidup cukup makan..kita nak hidup selesa. kita nak living bukan surviving.
the whole point kat sini berat sebelah kerajaan terhadap rakyat. kes rasuah, salah guna duit rakyat, kemewahan dr sebelah pihak je tapi tak mendatangkan ape2 faedah lansung utk rakyat. itu pon nak kene explain ke?
anyway..sape kate kes bunuh2 tak banyak kat mesia?..sungguh korang tak nampak ke crime scene yg makin berleluasa ni? buta ke ape? cube ko jadi pompan..anytime je bleh kene snatch..kene rogol..kene macam2..dah korang jantan bleh laa nak ckp banyak.
Besi Karat mempersoalkan pendapat aku?
BalasPadamape guna ruangan komen ni sebenarnya?
'Rusting iron'
hujan emas di negri org, hujan batu di negri sendiri.tentulah lbh selesa negri sndiri. we are surviving!
BalasPadamnak tau, 1pound = brp rggt m'sia????
BalasPadamEzam duk kaqt kota Metro Jakarta berbelas bulan lepas kuar PKR sapa tanggung? Murah sgt ke duk sana? Sabri Gigi Kapak ni tak tau menahu ke?
BalasPadamJawapannya : TUKAR KERAJAAN
BalasPadamPRU 13 KITA PILIH KERAJAAN YANG PANDAI TADBIR EKONOMI DNA SOIAL, BUKAN MACAM SEKARANG..MACAM HARAMJADAH!!!!
peace
BalasPadamagreed sgt2 bro. saya pun tgh duduk kat uk now. barang2 groceries mmg murah. 40pound pergi Asda, cukup untuk sebulan.
BalasPadamPasal sewa rumah/bilik tu,depends pada tempat/area gak kot. Kalau kat London or atleast macam saya kat Edinburgh ni, payah sikit la nak dpt harga camtu. Dan sangatlah salah tanggapan rata2 org kita yg fikir orang keje kat UK ni kaya raya. Takdelah kaya, tapi lebih la sikit. Tu je.
Apapun, public transport kat sini mmg excellent. (lari topik sat..haha)
p/s: kawan saya pun baru beli Merz second hand, tp takdelah sampai 500pound. habis2 10,000 pound gaklah(campur insurance etc, tahun 2007)or yang paling murah so far yg kawan saya beli dalam 6,000(tahun 2006). Kena tgk gak Merz tahun bila dia beli kot. Kalau Renault second hand tahun 1998, boleh kot dapat dalam harga tu, even cheaper (dalam 300pound)..If keter Merz is that cheap, i bet semua org uk ni dah pakai merz..ehehe.
p/s/s: even barang (mostly groceries) murah kat sini, tp my kawan yg dah 8 tahun keje sini merungut kena bayar tax tinggi. Dengan council tax lagi. Sewa rumah tinggi.
sya d UK tak smpai setahun,tp cukup terkesan di hati saya.slama ni sya jenuh brcerite dgn suami psal living cost d UK ni,tp dia kurang amik pot sbb bz sgt dgn keje teruk tp gaji masih xdpt balance dgn taraf hidup d Malaysia (suami brjawatan profesional tp purata tido 4jam sehari)..Alhamdulillah,suami dpt cuti & sebulan dia d UK..sya nmpak dia brubah dr semua segi,dia lebih sihat & ad masa u buat byk benda y slama ni cuma angan2 sbb kos rndah, xperlu fikir duit xckup etc, kiranya, live life to the fullest,smething y dia xdpt d Msia..
BalasPadamsekarang kmi d Msia, hari2 dengar dia compare itu ini;knapa UK itu,Msia ini..e.g,nape masuk MYDIN,rm20 dpt la milo 3in1 satu paket,20 pound d ASDA,ckup untuk groceries 2 minggu..bla bla..
xtahan duduk tersepit mcm ni..mcm xde kemanusiaan,manusia tu d pnggil manusia ad sbbnya..menteri2 ni xkanlah xnmpk lngsung smua ni..jenuh org brbahas psal apa yg xkena dgn Budget 2011, tp diorng ni mcm xde rasa lngsung..manusia ke ni..
skrg,kmi sdg dlm usaha bermigrasi ke UK demi kesihatan suami & lain2 perkara..InsyaAllah, moga2 semuanya brjln lancar..
& blog mantot ni mmg mmbuka mata..dlu masa sek rendah, buat karangan pasal faedah surat khabar, tv. penghubung kita dgn dunia..tp surat khabar ari ni?tv ari ni?mcm mana nk buka mata masyarakat..
betul2
BalasPadamuk student
Yang betulnya malaysia ni di teraju pemimpin turun temurun (bodoh tak leh ajar)....itu sebab gaji aku sebulan 6k bersih "kena cuti 2 hari je 1 bln baru dapat" tak berani nak pakai kereta baru dari dalam malaysia atau luar malaysia...aku hanya boleh pakai kancil 2nd hand baru aku ada duit lebih untuk family aku...
BalasPadamkepada menteri bodoh aka baghal ubah2 la..kalau tak ubah gak jgn salahkan kami yang tersepit ni memilih orang lain selain kamu.
Salam...aku rasa penulis nih buta sejarah dan tak cukup rujukan bila buat perbandingan. A shit is always a shit....
BalasPadamSaya pun tak tahu lah kadar harga di Malaysia ni. Bàru aje balik dari KL112 kemarin. Semasa singgah di RnR, harga teh tarik RM1.40 secawan berbandingkan kedai kedai di luarsana hanya RM1.20 harga semasa termasuk kedai mamak. Ini pun harga terbaru. Mungkin kadar sewa yang di kenakan oleh Plus kepada peniaga lebih mahal dan olehkerana itu, kadar sewa ini di serapkan pada harga makanan, atau mungkin gerai gerai di monopoli oleh sesuatu golongan yang membolehkan mereka meletakkan harga se wenang wenang nya.sedang kan tol kami pengguna yang membayarnya.
BalasPadam