April 21, 2010

Jadi,Lepas Ni Jangan Lah Percaya Dengan Imej Statik.Mintalah Bukti Dalam Bentuk Video HD

WTF.Gila babi gua kena kutuk dalam Facebook dalam group "Kami Benci Saiful Bukhari."Tapi bila dulu diorang postkan surat cinta aku kepada Janna Syariza,bersorak-sorak kegembiraan diorang.Hari ni,siap labelkan aku "pencacai UMNO."

Come on la.Satu point orang UMNO dalam pilihanraya Hulu Selangor nak bantai  KERAJAAN NEGERI SELANGOR adalah kerjasama orang PAS yakni Nik Aziz dengan "peminum arak" iaitu Zaid Ibrahim.Sekali-sekala bacala jugak blog-blog diorang tu walaupun selalunya takde isi,tapi baca aje la nak kenal hati budi diorang macam mana.

Jadi,eksperimen aku berhasil.Apa result aku hari ni?

1. Pejuang Melayu Islam di Malaysia hanya memperjuangkan sesuatu bila kena batang hidung sendiri.Bila majalah kartun Zunar yang memaparkan Najib dalam keadaan yang kelakar atau Ibrahim Ali dalam bentuk katak,mereka sokong dan mereka marah bila pengedarannya disekat.Buat lawak pasal orang yang mereka tidak sokong,tidak mengapa.........Hipokrit agama.(Diingatkan,aku tak suka dua orang tu)

2. Masyarakat kita masih mudah ditipu.Jika seseorang ingin mengubah sesuatu gambar,Insya Allah akan adalah makhluk Allah yang mempercayainya.Apatah lagi bila gambar tu berkaitan dengan Islam (cthnya mcm gambar Lego yang aku letak dulu) Berapa ramai yang nak boikot Lego dengan Denmark masa tu?

3. Kita tak pernah kaji dan teliti dalam menilai sesuatu.Sangat mudah untuk memprovoke orang Melayu sebab orang Melayu sangat sensitif mengenai hal-hal yang berkaitan dengan mereka.Sebab itu UMNO masih lagi mampu menguasai orang Melayu.

4. Orang Islam meletakkan pemimpin2 yang bercirikan ke-Islaman di satu tahap yang sangat tinggi.Nak kata sampai level taksub pun boleh jadi.Tapi TOLONG jangan samakan Nik Aziz dengan Nabi.Dia mempunyai beberapa skandal yang masih belum terjawab tapi majoriti kita tak percaya kerana kita sudah sedia maklum Nik Aziz itu Ulama'.Tapi,silalah ke blog bekas Setiausaha Nik Aziz.Sekurang-kurangnya baca lah sepintas lalu.Aku tak suruh korang percaya tapi,baca aje lah untuk mendapatkan perspektif lain mengenai Nik Aziz.

5. Yang suruh aku mintak maaf tu apasal?Aku nak tengok aje kalau2 ada blog-blog BN yang ambik gambar tu jadi "bahan bukti" atau "maklumat rahsia" diorang.Spoil betol la.Aku nak masuk front page Utusan Malaysia.Mana tau ada rezeki,majalah Mangga panggil aku pose tepi kolam renang.

6. Adakah tidak ada lagi komedi dalam politik?Anwar dengan Najib rilek aje minum sebelah2 dekat Parlimen.Mungkin masing2 dok kata mengata mengenai taktik politik yang makin lama,makin kotor."Apa ni Jib,dah2 la liwat tu." "Lek la Nuar,aku dah pilih mamat jambu dah tu."

7. Kita kena sedar,in politics,everything,even dirty things are tolerable in their rise to power.

8. Kalau korang tak reti nak menilai mana satu gambar yang betul atau mana satu gambar yang palsu,TAKYAH SOKONG MANA-MANA.

9. Pemimpin UMNO sangat desperate mencari isu hingga gambar2 yang mampu dibuat tak sampai 5 minit camni pun dapat dijadikan bukti kempen pilihanraya.

10. Mesti ada penyokong Pakatan yang tiba-tiba berubah pandangan bila gambar Zaid Ibrahim yang tengah pegang botol arak tu tersebar."TAK NAK AA AKU SOKONG PKR LAGI!KAKI TOGAK!"

11. Ramai budak2 dalam Facebook.

.........

Macam mana nak menilai gambar tu betul ke tak?Tulen atau palsu?

BUKAK GAMBAR TU!ZOOM IN DEKAT-DEKAT SAMPAI NAMPAK PIXEL DIA SEBIJIK-SEBIJIK.
TENGOK DENSITY PIXEL TU SAMA KE TAK!KALAU ADA KEGANJILAN,GAMBAR TU DAH DIPHOTOSHOPKAN.KALAU TAKDE,MAMAT YANG BUAT TU MEMANG TERE.

MACAM MAMAT YANG "SUPERIMPOSE" GAMBAR LINDA RAFAR.
GAMBAR TU PALSU KAN? :D

SATU SOALAN TERAKHIR
Jika BARISAN NASIONAL dapat menang kerusi Hulu Selangor dengan undian daripada golongan2 yang percaya dengan gambar Zaid Ibrahim tu,adakah anda merasa sangat terhina sekali?

33 ulasan:

  1. Agreed..*nood*..

    Terbaik la bro..!!

    BalasPadam
  2. agreed ngan point 2. mudah sangat tertipu. tak siasat lagi, dah pergi serang tak tentu hala. tak professional langsung.

    btw, aku tak sokong mana2 parti politik wat masa skrg. tak tahu mana betul mana salah.

    BalasPadam
  3. Bukan setakat Kami Benci Saiful Bukhari aje, geng2 Anti-PKR Club pun sama jgak.

    Asal ada benda2 yg menguntungkan diorang, cepat2 je sauk. Bukan main lg soraknya, mengalahkan Pak Pandir menang sabung ayam.

    Kesimpulannya, dua2 pun sama daaa~

    BalasPadam
  4. haha aku sokong hang kat fb tapi ada gak yang TAKSUB nak buat camana kan.
    gunners all the way

    BalasPadam
  5. leh bg aku link bekas setiausaha nik aziz tu?

    BalasPadam
  6. org suka nak baca apa yg diaorg percaya je..
    kalo x kena dgn jiwa nanti org tak terima..mula la hentam..
    paling sakit hati bila org malas nak fikir bila baca..terus buat kesimpulan..
    dah buat kesimpulan xpe lah, ini kalau kesimpulan dia bercanggah, terus lebal org lain tu salah..

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. anon, org meleis mmg takkan stuju.

    sebijik2 mantot bagi reasoning dlm ni.

    suruh mantot bertaubat siap? WTF? gile babi punye shallow pemikiran.

    BACE POINT SATU, DUA, DAN TIGA TU SAMPAI PAHAM. BACE BANYAK KALI PUN TAKPE.

    asalkan boleh paham.

    BalasPadam
  9. 1. Baru kau tau banyak org jadi taksub dengan Nik aziz?

    2. aku bukan tak suka nik aziz, aku tak suka dgn org yang taksub dengan nik aziz

    3. kalau kau pernah pegi ceramah nik aziz, kau tahulah nanti.

    4. PAS bagus. pemimpin dia bnyk yg bagus. tapi, yang taksub kat bawah2 tu macam hape. baring tengah jalan mcm org gila, berebut terompah nik aziz. aduhaaiii

    5. yg nik aziz ni pun satu. melayan je perangai depa. bukan nak amek langkah prevent pon.

    eh, nape aku emo tetiba ni?
    tak kesahlah, yg penting, politik kalau tak melawak dan tak sembunyi2. bukan politik ye dak encik mantot?

    keepidap!!

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Mantot,

    I really like your entry, but could you please be a little considerate the situation we're in? There are too many super-impose pictures, too many fake ones and used it to tarnish the image of others. And if your hope as in statement 5 happens and the picture finally appear in Utusan Malaysia and BN's blog, then how could you solve this problem that you have started? The BN doesn't have small network as what most people think, and there are really bunch of idiots out there from UMNO who will always use this kind of picture post it repeatedly in every page like Anwar Ibrahim pages.

    And this is the first time I've been into your blog. So I don't know much about you or other commenter.

    BalasPadam
  11. Melayu Republik:

    Yang taksub ni bukan setakat kpd Nik Aziz aje..sama la dgn orang2 belah sana pun.

    Sama aje taksubnya smpai kan ape diorg buat pun.."yess..yess.."

    Cuma 'ketaksuban' terhadap Nik Aziz ni nampak besar, sbb dia tok guru agama, dan lagi satu mmg BN dh lama dh berdendam dgn dia sejak x dapat2 nak rampas balik Kelantan dr PAS ni.

    BalasPadam
  12. Karipap Sardin:

    well, mmg tak dinafikan taksub-mentaksub ni ada kat mana2 pihak. even syiah pun terjadi sebab taksub ye dak?

    belah BN ni bukan di panggil taksub. tapi, bersekongkol. sebab nak dapatkan tender, nak dapat perhatian or pangkat. Yes sajalah kerjanya ye dak??

    henti-hentikan lah benda taksub, addict or 'enjoy to much on works' ni.

    p/s: takdaknya BN nak berdendam. kalau berdendam dah lama orang PAS mati kena santau. lebih elok dikatakan sebagai 'counter-attack'. korunk semua faham bola ye kann??

    BalasPadam
  13. gini la nak senang cakap,

    dari segi skill photoshop:
    memang hebat, walaupun nampak silap sikit situ sana. aku tau ko sengaja buat mcm tu. nanti nampak real sangat, masalah jugak kan?

    dari segi lawak:
    memang lawak. you've nailed it bak kata orang putih. tahap lawak ko memang agung. kalau ada raja lawak versi blog, aku rasa ko boleh menang.
    ___________________________________

    dari segi pandangan:
    ok.mari kita tolak tepi skill dan lawak tu. mari kita tengok.

    1.dosa dan pahala. ko tau ko akan kena kutuk pasal gambar nik aziz. ko tau kan kalo kutuk tu doa?

    2.memang orang mentaliti rendah je akan percaya. even photoshop gambar bogel siti pun diorang percaya. ko tahu gambar ko buat akan menimbulkan fitnah dan benda tu dosa bagi ko? ramai je orang mentaliti rendah kat malaysia ni. (sama macam kes lego)

    3.orang BN pun ade buat.kualiti tak elok. ko buat 99% lagi cantik dari diorang buat. kenapa ko nak downgradekan diri ko jadi seperti BN? orang putih buat lawak jesus , malaikat, tuhan. kite pun nak ikut sama ke?

    4.satu hari nanti. mati. ko mana tahu yang ko buat ni jadi pahala atau dosa. kalau dah ajal. kalau benda yang ko buat ni dikira sebagai satu dosa. dosa di distribute ke serata tempat. orang menjerit dalam kubur mana nak dengar.

    5. lego tu. memang betul itu bukan lego buat. dah official pun. tapi ko mesti tahu, Allah dan malaikat pun sayangkan rasul. kita pun mestilah sayang dan rasul. kita tahu gambar tu ditujukan pada nabi Muhammad. memang nabi pun cakap selidik dulu jangan nak melatah. jadi kita selidik, dah tau bukan lego buat. buang ajelah. letak kat situ buat tambah dosa je bang.

    gua pun bukan baik sangat.
    gua rasa dosa gua pun lagi banyak dari lu.
    tapi apa-apa pun gua takut tuhan.

    BalasPadam
  14. melayu bangsa yang bodoh

    mudah emosi

    mudah amok

    orang duduk 6 kaki dari arak kena label kaki togak

    so what if he drinks anyway? does it impede his ability to do his job? dayum.. dont be such a religious goody goody.

    i am more likely to vote a drinker, a weed smoker or a club goer than a religious goody goody

    why?

    coz these people are REAL people. not the holier than thous bastards like in PAS

    sorry pas. Your idea of implementing SAUDI like islamic state disgust me. No way will i vote for a party that see the SAUDI WAHHABI model as the basis for the islamic state

    BalasPadam
  15. So this is the "new" Malay. Haha, it's really disgust me. So he think everyone isn't so religious as him. Very2 good.

    BalasPadam
  16. lama tak nampak abang Obefiend dgn pandangan dia yang super radikal.apa kabar?

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. kahkahkah..gaduh la kalian.skrg masa untuk bersatu..kepada bloger yg edit foto tu dicadangkan agar meminta maaf kepada tuan guru nik aziz dan zaid ibrahim secara berdepan.mengenai org yg kutuk dan fuck anda biarkan mereka.kita takan dapat memuaskan hati semua org.walaupun aku tak suka dgn foto yg di'superimpose'kan tu tp kita semua hanya insan yg byk kekurangan.jadi aku xkan buang masa menambah dosa semata2 untuk memaki disini.

    salam

    BalasPadam
  19. ahh...

    sama la macam MLM...

    ada taksub, bila komen menyimpang sikit, cakap nak cari gaduh.

    emo lebih btol aa dorang.

    BalasPadam
  20. mana2 tempat ada yg taksub. entah2 org kata org tu taksub, diri sendiri taksub benda lain kot, cam game bola. haha.

    BalasPadam
  21. Keyword: IGNORANT

    Ramai sangat yang jahil. Bila orang lain tegak (bukan teguk), dia pun nak tegak, tapi dalam otak, kosong. Tu yang jadi masalah.

    Sedih betul bila blognya genius, pembacanya bodoh. Dahlah bodoh, sombong pulak tu. Puas tuan punya blog explain, tapi maksudnya tetap tak sampai.

    Aku simpati dengan kau, Tot. Jom, yamseng sama Tok Guru! Haha.

    BalasPadam
  22. Yes, ignorant.

    Lagi jahil jika tak tau bahawa setiap orang berbeza pendapat, berbeza background.

    BalasPadam
  23. aku bkn nk cr gdh @ nk maki hamun kt cni, tp owner blog ni kena mntk maaf dgn nik aziz n zaid ibrahim sbb dia dh malukn org ln yg dh trbukti x brslh serta brtobat kpd tuhan,n kpd yg msh mmprthnkn owner blog ni, silakn trs prthnkn dia jia anda x mau gnkn akal yg diberi Allah SWT. Aku x heran bleh jd camni, sbb kita brada d akhir zaman dimn fitnah brmaharajalela n tiada fitnah yg lbh trk brbnding fitnah dajjal tu, igt2 la skit, kiamat pon dh hmpr ngan kita skrg, tanda2 kecil kiamat pon byk yg dh jd dh, adkh kita smua brsedia utk mnghdp-NYA??? oleh itu jom kita brsatu n pgng pd ajaran islam yg sbnr...yg lps biar lps, jnj x bt lg bnd2 yg x baik tu...aku pon manusia x smprna prlukn nsht n teguran, mntk maaf kalu ada trslh kaata @ trksr skit, tp pgnglh pd jnj Allah, insyaallah slmt dunia n akhirat....wassalam...

    BalasPadam
  24. Atas saranan mantot, saya pun singgah la ke blog yang disarankan:
    http://kickdefella.wordpress.com

    Bagus..!!. Blogger tersebut digalakkan meneruskan usaha dia merumitkan lagi perkara yang sebenarnya mudah. Tak ramai blogger boleh buat camtu.:)
    Kita dah jelas mana yang boleh di ikut dan mana yang comfirm tak boleh nak ikut. Kita dah jelas yang mana ada harapan nak bawa islam dalam negara dan mana yang comfirm tak boleh bawak islam ( sebab dah motto pun berdasarkan perjuangan kaum ). Akhirat nanti tuhan tanya, takkan still nak jawab "I takder choice" kot.:). Syabas lagi sekali kepada saudara blogger tersebut. Kepada mantot, wish u luck.:)

    BalasPadam
  25. hurmm.. politik... xkn penah abes kalo nk ckp.. to the owner of this blog.. gudjob bro.. aku menumpang lalu kt cnie xnk la bg sbrg komen psl entry ko nie.. juz nk bg cdgn spy ko mmbongkar ttg MLM... ntah laa.. aku x phm ngan student2 u kt tmpt aku nie.. most of them taksub ngan bnd nie smpi sggp extend n quit blaja... aku x paham... so.. bro.. pliz help them k...

    BalasPadam
  26. MLM?
    Takpe,nanti2 diorang stop la tu.Sekejap aje benda tu.

    Trend.
    Sorang buat semua nak ikut.

    BalasPadam
  27. hurm.. problem dgn melayu.. masing2 nk pertahankan ideologi masing2.. xnk tolak ansur..

    padahal, tujuan kita berparti adalah utk bersatu.. sebaliknya, perpecahan dan caci maki yg byk.

    last2.. kita yg tergadai. bangsa lain yg kaut keuntungan dr perbalahan kita.

    BalasPadam
  28. Mantot, gua rasa lu kena letak tutorial camne nak guna photoshop la bai. Depa ni tak reti tengok gambar real ke tak. Mmg betul kata lu, kena zoom sampai nak pixel.

    Kipidap bai.

    BalasPadam
  29. kene kutuk lam group "Kami Benci Saiful Bukhari ?? haha..member ak admin group tu..jp..ak p sekeh kpale dy skng gk..haha

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.