Februari 23, 2010

Menghias Kereta Dengan Sticker-Sticker Yang Memartabatkan Budaya Bangsa

Hari tu aku tengah pusing-pusing KL aku jalan belakang satu Perodua Kenari.Nampak gaya tuan punya kereta tu jenis suka make up kereta sebab banyak sticker kat kereta.Tapi ada satu sticker yang paling menarik mata aku memandang.Sticker tu la yang paling besar antara semua sticker kat kereta tu,ditampal dekat atas cermin belakang.Sticker tu lebih kurang camni la grafik dia...


"Eh,sungguh cool sekali sticker itu!Mesti mamat ni kaki drift.." kata aku.Aku punye kereta hanya ada Kentucky CEO utk drive thru sebab aku suka ayam (sticker melambangkan tuan punya)

Aku pun saja aje la lajukan kereta sket nak tengok driver dia.Bila aku dah ada kat tepi Kenari tu aku tengok driver nya adalah seorang lelaki yang agak kacak wajahnya.Daripada gaya dia driver dia seolah-olah sedar dan tahu,dia cool.Apatah lagi dengan ekzos yang agak bingit kemudian sport rim dan sticker2 brand spare part aftermarket kereta yang lain.Kereta itu melambangkan kegagahan driver nya dan gaya pemanduan dia pula menggambarkan betapa hebatnya dia.Sebab terlalu macho sangat brader tu bawak,aku nak aje bukak tingkap dan jerit..

"BANG!GAYA DAH ADA,HENSEM DAH HENSEM!STICKER BUKAN MAIN PUNYA BESAR...CAMNE BOLEH  TAMPAL TERBALIK BANG"


Tulisan sebenar Daihatsu" dalam bahasa Jepun.
Yang penting cool.Sebab beli Daihatsu Kenari.

Jadi,untuk sesiapa lagi yang nak jadi cool,aku suggest design2 sticker macam kat bawah ni.Ambik,pegi kedai suruh diorang buatkan sticker dia.Insya Allah cool.




Design yang kat bawah ni yang most wanted sekarang ni.


Orait.Mula-mulalah hiaskan kereta anda dengan sticker2.Walaupun salah pasang,terbalik ke,anda tak paham pun apa yang dia tulis,itu semua TAKPE!

Yang penting lawa.

23 ulasan:

  1. haha.. ntah orang lain paham ke x sticker2 yang ko post kali nih~
    tp pelik gak stiker daihatsu tuh.. sebab ejaan yg betol sepatutnyer ダイハツ~ ;)

    BalasPadam
  2. mana aku tau nak eja daihatsu camne.hahaha.aku belajar pun setakat lepas nak menulis dan ayat2 harian aje,hehe.

    BalasPadam
  3. Kah kah kah! Tak tertahan gelak aku ni.

    BalasPadam
  4. arutansyiya <3 mareshia ke arutantsuya <3 mareshia encik mantot?

    sya & tsu ko lebih kurang...

    BalasPadam
  5. hahahahhhh...

    baik letak stiker

    "saya sayang mak saya"

    je camtu...wahahahahhh...

    BalasPadam
  6. keta akak ade sticker roadtax... sticker rumah...opis n carpark je... cukup la...tu pun rasa da penuh cermin...

    BalasPadam
  7. ..yang last tu, dari segi design, balance memang cun... maksudnya hanya mereka-mereka yang tahu sahaja yang tahu... hahahah...

    BalasPadam
  8. Oit aku x phm ajar ler aku tot ape ko tulis jepun tu? Nak gak join gelak ;)

    BalasPadam
  9. hahahaha~!

    yang last sekali tu leh letak kat keta 'manusia yang diliwat anwar ibrahim'. mesti ramai gay tertarik. ;p

    BalasPadam
  10. Hahaha fook mon! Putus urat kntut aku kalo baca tu (kalo pham la) hehehe..

    BalasPadam
  11. hahahahha. kesian. buat malu jer..

    BalasPadam
  12. apa benda ni?? yang lain2 hang tulih tu bagi la maksud sekali..

    BalasPadam
  13. Bahaya yang last sekali, tapi teror jugak engkau bahasa Jepun. Mantap.

    BalasPadam
  14. terbalik pon terbaliklah janji kewl hahahahahha

    BalasPadam
  15. haha lawak jap.patotnye hoi kan je bang kat mamat tu.bagi sound skalik. t jawapn dia.relax r bro.ni stylr ok.style pasang sticker terbalik.hoho

    BalasPadam
  16. Yg last sekali tu patutnya ada tsu kecik antara WA dan TO

    baru betul mantot hehe.

    satu lagi,yg second last tu kalu ko letak kanji 'ISHI' lagi mantap :D

    tapi yg penting entri ni lawak hahaha

    BalasPadam
  17. weiii tak paham bahasa jepunnnn

    BalasPadam
  18. sapa2 yg paham tu tolong la translate yg selebih nye tu...

    BalasPadam
  19. NI YG BOLE SY TRANSLATE


    (arutanshiya love mareshia)
    altanshia love malaysia


    watashi bodo

    (amuno-ROCKS)
    UMNO -ROCKS

    (MARI-MERIWATO)
    MARI -MELIWAT

    BalasPadam
  20. .: gila sampai telinga ketawa nih, lucu oitt~~ X-D tau tak macamana nak letak mantot rocks? mcm layan je mantot rocks, haha ;-)
    :.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.