Januari 05, 2010

Warkah Pengubat Luka Untuk Gadis-Gadis Single Berumur 18-28 Tahun Supaya Mereka Boleh Move On

Sila gantikan ................ dengan nama timang-timangan anda.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sayangku ................,

Apa khabar?Sihat tak?Dah makan?Bagaimana dengan kehidupan awak,................?Abang di sini sihat belaka mengharungi kehdiupan baru bergelar seorang yang sudah berumah tangga.Agak janggal rasanya pada mulanya tapi Alhamdulillah,segala-galanya lancar.

Sebelum abang meneruskan warkah yang abang karang khas untuk ................ ini wajarlah jika abang menjelaskan dahulu apa yang terjadi agar tidak berlaku salah faham.Abang sudahpun selamat melangsungkan perkahwinan abang pada 18hb Disember 2009 bersamaan tarikh menyambut Awal Muharram.

Tujuan abang menulis warkah ini adalah untuk meredakan kekecewaan dihati ................,ini kerana abang merasakan ................ berhak mengetahui kenapa abang memilih perempuan lain dan bukan ................ Pertama kali abang ingin memohon maaf jika semua ini terjadi secara mengejut dan membuatkan ................ terkejut seperti terkena kejutan elektrik.

Abang menghargai cinta ................ tapi apakan daya jodoh kita tiada.Seperti kata orang2 tua,sudah sampai serunya jadi abang mengambil keputusan untuk bernikah.Bukan niat abang untuk meninggalkan ................ begitu sahaja tetapi abang tidak sanggup lagi untuk berseorangan.Sudah terlalu lama abang menunggu ................ masuk meminang tapi sayang ................ terlalu sibuk dengan *clubbing/belajar/kerja (potong yang mana tidak berkenaan) sehingga membuatkan abang merasa kesunyian.Abang sudah tidak mampu menunggu ................ lagi jadi untuk kali kedua abang memohon maaf kerana tidak memilih ................ sebagai permaisuri hidup abang.

Ini bukan salah ................,ini semua salah abang.Abang yang tak sesuai dan tak memahami ................

Masih ingatkah lagi memori ketika kita bersama?Simpanlah semua memori indah kita kerana itu semua adalah detik-detik manis yang abang harap ................ tidak lupakan.Abang masih ingat bagaimana manisnya senyuman ................ ketika kita bahagia dahulu dan semua memori itu abang akan simpan sampai lah abang tiada.

Mungkin alasan yang abang berikan tidak cukup untuk menjelaskan segala-galanya kepada ................tetapi ingatlah,dalam hati abang,masih ada ..................

................,lupakan abang.Ramai lagi lelaki lain yang lebih baik daripada abang.Abang boleh rekemen seorang dua jika ................ mahu.Pasti hati ................ retak seribu apabila mendengar berita abang sudah berkahwin tetapi ingatlah ................, kumbang bukan seekor.Walaupun satu masa dulu abang adalah kumbang yang senantiasa bersarang di hati ................ tapi kini abang sudahpun menjumpai bunga yang mampu membuatkan abang tidak mahu lagi terbang ke sana ke mari.Ada banyak lagi kumbang yang jauh lebih baik dan hensem berbanding abang jadi abang doakan agar ................ dapat menjadi pilihan hati seorang kumbang lain.

Lupakan abang.Move on.Jangan terlalu kecewa kerana jodoh kita tak kesampaian.


Ingatlah, ................ pernah menjadi sebahagian daripada hidup abang.Abang tidak mungkin dapat melupakan ................ walaupun abang sudahpun beristeri.Kenang abang dalam doamu walaupun jodoh kita tidak ada.. 

Maafkan abang kerana melukakanmu.


Pecah kaca pecah talam,
Sudah baca minta faham

Ikhlas,
Mantot


28 ulasan:

  1. demm...terbaek...

    eh? aku first?

    haha...

    BalasPadam
  2. haha!
    xsanggop nak letak nama sendiri.
    :P
    tahneah bro!
    :D

    BalasPadam
  3. apa pulak jodoh tiada... laki boleh kawen empat paaaa~~~~ wakakakaka

    http://tubelawak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. ntahnye tot..
    leh kawin 4 ler...
    bkn aku yang ckp..
    tuhan yg ckp...

    takpe2..
    gue bg lu jln setahun dua dulu ye

    BalasPadam
  5. suh org len wat copy tuk bekas2 awek yg x tercalon jd isteri ni..

    BalasPadam
  6. tahniah bro btw...
    aduuh player rupanya bro mantot ni

    BalasPadam
  7. fotostat banyak2. senang untuk kemudian hari.

    alamak, ko dah letak tarikh nikah kat situ laa.

    kantoi...

    BalasPadam
  8. Sampai hati u publish surat yang u bagi kat i... LOL

    BalasPadam
  9. waa...berair bijik mate nk bace surat nih..xnk letak name sndri.. :P

    BalasPadam
  10. congrats tot! ko hanimun kat uk ke? derang ingat raja petra kat london tu.. derang taktau tuh ko sebenarnya!

    BalasPadam
  11. abang..walau abang sudah mengirimi warkah ini untuk milah,tapi milah amat berbesar harap agar abang boleh menikahi milah sebagai isteri kedua. Harap abang faham!

    BalasPadam
  12. wakaka. best juga ar.=)

    BalasPadam
  13. nak letak nama sape tot?budak s.m.sains selangor ke?huhuhu

    BalasPadam
  14. ha ha ha ... rileks2 kumbang bukan seekor..byk lg..

    BalasPadam
  15. s a i l e n d r a bekas mantot6 Januari 2010 pada 8:04:00 PG SGT

    babi anak haram jadah celaka f***ing c**t tak guna nye x boyfren.. kawen senyap2 da la tak pulangkan boxer aku!! haram jadah etcetc..

    ex-emo

    BalasPadam
  16. aduss..sungguh poyo wasiat abg ni!-wakakakaaa, lu mmg poyo bro!=p

    BalasPadam
  17. jaga mu...aku kerat 18

    BalasPadam
  18. ngehehhehehehehhe ceharamlahhhhhh ayat ko tooootttttt terbaekkkk dlm lawak ceharammm hahahahaha

    BalasPadam
  19. Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

    BalasPadam
  20. ahhh jantann durjana!! aliii setannnn!!!! (sambil conteng dinding) wahahaaha post cam gampang weyh..terima kasih sbb wat aku gelak cam lahanat di pagi hari..skang aku bleh tido. nanait.

    BalasPadam
  21. Gayah sedih bang ....sb bukan gayah yg jadi pilihan abg ..
    Kalau mcm tu abg ambik la gayah jadi isteri ke 3..
    Gayah rela bermadu dgn Milah Cute tu.. Sbb gayah lagi lawa dari dia bang...pleasee...

    BalasPadam
  22. hehe tergelak jga bace surat nie..sempoi jerk hehe

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.