Disember 10, 2009

Darah Manis,Masin dan Tawar Hebiar


Serius shit semenjak aku bertunang sampai sekarang,aku perasan,ada peningkatan dalam berapa banyak bilangan perempuan yang bila selisih dengan aku,dia akan betulkan tudung.

Mungkin kerana renungan mata aku yang seksi.
Atau kerana bibir aku yang berkilau kerana aku menggunakan lip gloss.
Adakah ini kerana bahu aku yang lebar atau dada aku yang sasa ini?

Jadi,dalam bulan 8 hari tu,aku dah sampai tahap maksimum tak boleh tahan dengan godaan pempuan yang melirik2 manja memandang aku,sampaikan ada seorang makcik tu pun tak berkelip tengok aku,aku pun bincang la dengan member aku.Soalan aku mudah aje,"Kenapa tiba-tiba aku rasa macam kaum hawa gemar memandang ke arahku?Aku tidak mengenakan perfume yang mahal2.Aku tak buat pembedahan botox."

Member aku jawab,"Sebab kau darah manis.."

Balik aje dari rumah hari tu aku makan.Dan makan.Aku tak shave.Aku tak jaga penampilan.Aku tak mandi.Sampailah minggu lepas,bila aku jalan-jalan kat food court.Aku perasan semua orang memandang aku.Lelaki,perempuan,tua muda,tak kira bangsa..."Wow,darah manis ni memang betol-betol bahaya..."fikir aku.

"Memang aku sangat hensem kot hari ni sampai laki pun bole stare aku.." fikir aku lagi,gelisah sedikit mengenangkan pengalaman diganggu "Stalker Jamban MMU" sewaktu aku di hostel dulu.

"Takpelah.Sabar aje lah.Sementara darah manis ni kencang,aku takkan gosok gigi!"ikrar aku.

Aku duduk aje kat kerusi aku.Ada satu group awek tengah usha-usha.Nak aje aku pegi jumpa grup awek tu bagi gambar passport aku yang banyak aku simpan dalam wallet.Tengok lah puas-puas sampai terkeluar bijik mata.

Bila aku nak capai wallet sambil duduk,barulah aku sedar,zip seluar aku terbukak.

Kesimpulannya : Kalau dah tak hensem buat la cara tak hensem. Jangan nak salahkan "darah manis".Mungkin perempuan2 yang betolkan tudung tu sebenarnya nak tutup mata diorang dengan tudung.

30 ulasan:

  1. aaaa..x leh tido mlm org2 yg tgk 2..huhu

    BalasPadam
  2. hhhahhaaa..x kan hari2 x zip seluar.kalaka la kamu ni....
    lain kali x yah pkai suar ade zip..:p

    BalasPadam
  3. hari2 lain yang takde sebab org stare aku tu,maknanya hari tu mmg aku hensem la kot

    BalasPadam
  4. Hahaha.
    Lepas ni senantiasalah check before keluar rumah.

    BalasPadam
  5. hailaaa... satu kelalaian yang agak keji ;p

    Anyway, pas kawin pun kdg2 'darah manis' bro. Jadi kena sentiasa hati2 juga.

    So, next time bila org duk stare2 mcm tu, always look down n check hehehehe.

    BalasPadam
  6. nak jugak ngku die hensem....hahaa...

    BalasPadam
  7. patut la ad orang leh kawen sampai 4..
    dah kawen darah jadi lagi manis la kan?
    seb baik voltuir xde kat sini

    BalasPadam
  8. oh, kalau orang dah tunang darah manis camtuh la ye?

    selama ni tak faham apa maksud darah manis~

    BalasPadam
  9. "Stalker Jamban MMU" ..sial jek. citer sket pengalaman ko tot. buat posting baru la.

    BalasPadam
  10. Ni baru bertunang. Kalau dah kawin esok macam mana plak?

    BalasPadam
  11. ramai gila pompuan komen.
    ko letak je la gambar konek ko kat sini.
    mesti hebat.
    macam sabul. haha

    bibir tak berani komen kat sini sebab dia pun mangsa "Stalker Jamban MMU". hahaha

    BalasPadam
  12. mcm haram posting ko kali ni..hahahaha, penangan darah manis! jgn kena kencing manis sudah..hahahhaha

    BalasPadam
  13. mcm haram posting ko kali ni..hahahaha, penangan darah manis! jgn kena kencing manis sudah..hahahhaha

    BalasPadam
  14. darah manis atau englishnya 'eligible ex-bachelor'. haha. fenomena real yang selalu membuatkan para jantan berangan nak pasang empat cawangan. tapi itu semua hanyalah COBAAN.

    fenomena 'bukak kedai kopi' juga sering berlaku pada jantan2. cuma nasib baik aku tak terkena musibah seteruk ko.

    kalo tak, bunuh diri gak kot. ahahahaha...

    BalasPadam
  15. "Dan makan.Aku tak shave.Aku tak jaga penampilan.Aku tak mandi.Sampailah minggu lepas.."

    that's why lah org tgk ko tak kelip mate weh

    BalasPadam
  16. tot stalker tu dok kat blok mane tot? hb bape? risau gak aku nie.. hehe

    BalasPadam
  17. Stalker Jamban MMU!!! Ahahaha.. aku tau kisah ituu!!! :P

    BalasPadam
  18. diorang ingat ko blogger malaysian today kot???

    BalasPadam
  19. belalai ko tejulur kuar x tot? tu pasal sume tengok..

    BalasPadam
  20. Haha, ko kena pakai spray shieldtox nanti semua kerumumun..

    BalasPadam
  21. Bahaya dowh zip ni
    Sapa la reka seluar kena ada zip. ahaks

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.