Ada orang tanya aku lepas aku bertunang dulu,"Ada kau rasa kelainan ke dekat diri kau?"
Aku fikir kejap.Sama aje rasanya.Aku masih lagi menyayangi tunang aku dengan amount yang sama,yakni suam2 kuku (baru tunang bang,bukan bini,bini kena sayang gila-gila).Aku masih lagi seorang lelaki yang kedekut.Aku masih lagi seorang cheapskate yang takkan beli barang2 mahal atau bagi hadiah yang bernilai tinggi untuk tunang aku.
Pada aku,bodoh benar jika seorang lelaki itu menghabiskan duit dia pada seorang perempuan yang kau sendiri tak tahu dia akan jadi isteri atau tak.Satu tindakan yang sangat bodoh dan buang masa.
Sekeliling aku,aku dah tengok ramai orang yang betul2 devote hidup dan life diorang untuk membahagiakan awek atau tunang diorang.Buatlah macam mana pun tapi kalau gadis itu tiba-tiba berubah hati,tersungkur habis la lelaki tu.Perempuan lari sehari sebelum kahwin,seminggu sebelum kahwin,mintak putus tunang sebab ada orang lain,mintak break sebab ada lelaki kaya datang mengundang...semua tu dah jadi kat member dan family aku.Biasanya lelaki tu agak payah nak recover.
Jadi,dengar sini kaum lelaki.
Sebelum kahwin,jangan sesekali pun anda menghabiskan duit anda untuk gelfen/marka/awek/cewek anda.Simpan dan kumpul untuk kahwin.Risau takut nanti awek merajuk?Pedulikkan.Ada member aku kata,"bila couple keluar,lelaki la kena bayar sebab kita lelaki..." Aku sengih aje la.Pada aku persetankan semua tu.Buat apa aku nak keluar duit untuk seorang perempuan yang aku sendiri tak tau masa depan dia dengan aku ke tak.Melabur gila-gila duit lepas tu dia kahwin dengan orang lain.HAH!
Biasanya lelaki2 macam ni alasan dia nak menang adalah,"Aku dah rasa dia."
Kau ingat aku nak tau ke kau punya pencapaian haram tu?
Belanja tiap2 hari,kira2 balik tah tah lepas belanja duit hantaran.
Bila dengar mas kahwin naik,mengeluh macam-macam.Yang kau pegi belanja dia tiap2 hari buat apa?RM300 mas kahwin pun kecoh. Keluar tiap2 minggu tengok wayang Rm20 sekali takde hal pun kau keluar duit.
Kahwin!Belanja bini gi makan.Lagi besar benefit dia.
Ini yg betul. Aku sbg ppuan pun meluat kalau lelaki beria sgt nak blanjer2. Tapi bila adik badik dia mintak duit, xder plak dia semangat lebey nak blanjer. Hampeh. Takbir! :)
BalasPadamSetuju! Mas Kahwin adalah hadiah untuk isteri. Itupun nak berkira.Padahal kalau nak dibanding duit kluar dating baru tak sampai 10%..nak2 yang couple bertaun2..hee
BalasPadamnice. lelaki mmg patut baca, especially tang mas kahwin. hantaran boleh beribu2 tp yg wajib pun terkial2.
BalasPadamaku setuju dan tak setuju... aku setuju dgn apa yg mantot tulis.. dan aku tak setuju dgn apa yg Mun tulis... mas kawin memang wajib tapi takde nas yg mengatakan ianya rm300, rm80 atau rm5 sekali pun... ada jugak org yg bagi mas kawin dia senaskah al-quran...
BalasPadamMcm loser je kau mat.Yg laki jenis yg kedekut buat excuse,pengkomen yg pompuan plak xde laki yg blanja2 dia,mmg ckp cmtu.Aq knal bbrapa org cm korg ni haha.Btw,x salah blanja awek bro,tpi jgn smpai mmbabi buta susahkn diri.Ko kluar ngan gelfren,gelfren byr sndiri?persetan smua tu!Kalo ko pndai mmikat pmpuan dn pndai guna duit pmpuan dpt la ko kawin,tpi kalo kedekut lbih xpndai mngayat mimpi ko dpt kawin
Padamhaha..tp boley lak abes duit ke benda2 x berfaedah yg len kan..
BalasPadamtu lah. membe2 aku pun ramai gak bingai camni. dengan awek bagai nak rak blanja mcm2,sanggup ulang-alik walaupun awek blaja kat lain, dier kat lain. siap belikan laptop la bagai walaupun baru 2-3 bulan kenal/kapel. padahal dia pun sama jugak student. last2 clash. dekat2 nak exam plak tu clash. lepas tu baru teringat yuran belum setel. takleh amik slip exam, terhegeh2 cari membe2 lain mintak bantuan. setakat 100-200 bleh la tolong. tiba2 nak 5000 untuk lepas amik slip. tak ke bingai?
BalasPadamah well. dah kahwin pun blh cerai klu dah takde jodoh.
BalasPadammore or less the same je.
aku setuju bab mas kawen tu. betul2 aku pun rase nak maki je bila ada org cakap kat aku "ko tau taun depan mas kawen naik harga 300? siot betul!"
BalasPadampadahal yang berkata tu adalah orang yang sama yang memperuntukkan setengah gaji bulanan dia untuk menyapot awek yang sedang belajar. sampaikan nak minum kat kedai mamak pun sebok nak mintak orang belanja.
aku tak kesah sangat kot orang nak belanja awek dia bagai2, biarpun nampak macam membazir. duit dia kan. tapi bila sampai bab mas kawen yang 300 tu pon nak ngungkit, baik pegi mati laa. takyah kawen senang.
stuju dgn ckp ko mantot.tapi yg ephol tur klu kt malaysia kita punya mas kahwin wajib guna duit.kalau indonesia baru senaskah al-quran.lagipun stiap negara lain dia punya mahar/mas kahwin.
BalasPadamterbaik aa bro..
BalasPadamak memang sependapat ngan ko~
ermm people change so life goes on...ends of the day are near..beware...
BalasPadamtak salah kalau dua dua sama sama keluar duit. sekali sekala. bukan keluar beribu.
BalasPadamtak perlu nak ego
Aku yang pernah terkene...
BalasPadamNyesal pun tak guna... Ku sangka pengorbanan aku boleh sampai ke anak cucu... rupanyer, hanya sempat 4 bulan jer...
Cilaka la itu duit...
kuar duit lebih,dapat la lebih,kuar duit seciput,dpt la seciput,haha
BalasPadam