November 17, 2009

Standoff Pasangan Yang Menegangkan Suasana


Aku tak nak tulis pasal kahwin aje.
Aku nak menulis balik macam dulu2.Porno.Kutuk orang.Politik.Tapi dalam kepala aku penuh dengan hal-hal kawin.Setiap hari,ada aje benda pasal kawin yang aku kena buat.Jadi,sorilah kalau ada yang terasa loya dengan perubahan tulisan aku yang semakin hari semakin sayur...

Semalam,aku pegi Pejabat Agama.

Ada satu pasangan suami isteri tengah apply perceraian.WTF!Fikir aku dalam pejabat agama itu.Jadi si perempuan ni duduk la kat belakang,si suami ni isi la borang dekat kaunter sambil ditunjuk ajar oleh staff kat situ.Muda lagi pasangan ni,30 an rasanya.Aku tak sure datang kaunseling ke datang lafaz cerai,staff tu suruh masuk ke dalam.Lelaki tu pun bangun,panggil bini dia suruh ikut.

Bini dia peluk tubuh dan pandang tempat lain.

Berlakulah stand-off paksa memaksa dalam Pejabat Agama selama seminit.Laki suruh bini bangun,bini buat tak tau (dengan muka sedih gila)Semua orang dalam tu pun tengok aje la gelagat diorang dua orang.
Nasib baik orang tak ramai.Aku tengok lepas tu aku senyum aje la dengan staff kat situ.

Tah lah,kesian aku tengok kakak tu.
Bila hati dah tak ada,habis macam sampah dilayannya.

11 ulasan:

  1. kawen bertunjangkan duit cmtu la..keikhlasan dah takde...segalanya dalam keterpaksaan..manusia dah ada tuhan baru..iaitu duit..
    ramai orang dah mula sembah duit skang ni...
    lu pon ingat2 jgk mantot..nak kawen ni..jgn layan sgt kehendak bakal bini ko yang nak itu dan ini tanpa bertimbang rasa dgn financial status ko skang...

    jgn kerana sygkan bakal bini sgt,ko bergolok bergadai...

    BalasPadam
  2. Kesian lah kalau jd mcm tu. Seb baik bini aku cool.

    BalasPadam
  3. huhu harap2 awk jangan la jd mcm tu. nak kawin bia kekal smpi akhir hayat. kalo ada konflik or masalah dunia skali pun, jangan sekali2 cerai. lbh2 lg kalo dah ada anak huhu

    BalasPadam
  4. kadang si suami tak pernah nak mengarhai si isteri.dia tak pernah nampak apa yang si isteri buat kat dia.
    yang dia nampak..salah si isteri aje.

    BalasPadam
  5. Salam
    Diorg masuk kaunseling jer tu. Kalau lafaz cerai kena buat dlm mahkamah.
    Itu kalau di Pahang la. Negeri lain rasa aku sama jugak kot.
    Apa pun, kena ingat satu perkara, jodoh pertemua ajal maut semua kuasa Dia.
    Kita cuma berusaha sebaik mungkin.

    BalasPadam
  6. *speechless

    harap harap i tak kena macam tu;)

    BalasPadam
  7. eh. kalau nak lafaz cerai kena buat dalam mahkamah kan? tu mesti dalam proses tu..

    BalasPadam
  8. bertuhankan duit satu hal. bertuhankan nafsu pun sama gak.

    kalo si isteri sebok nak tukar mpv, set sofa 4 bulan sekali, rantai gelang dari leher sampai kaki; si suami lak gatal nak carik freshie. sekurang2nya lagi 3 orang nak cukupkan koleksi.

    itu yg susah bab kawen neh bro. sbb kita bukan lagi perlu fikirkan diri kita. kita kene fikir si dia dan anak-anak yg bakal lahir nanti (insya-Allah)

    andai manusia bertuhankan Allah, dia akan tahu tanggungjawab mengatasi segala harta dan nafsu atas dunia neh.

    bab cerai tu, sepatutnya hanya untuk kes emergency seperti nak mengelakkan perang dunia ketiga ke apa ke... :P

    BalasPadam
  9. biasala,
    time awal2 sumenye indah belaka..
    bile dah lama sket..
    nak tak nak je..

    BalasPadam
  10. Kalau dah takde sifat syg pada pasangan...cube timbulkan sifat kesian terhadapnye. (dari sirah ulama,tp tak ingat yg mane)...

    Maksudnye,klu tak syg dh...cube pulak menghargai pasangan. Baik laki baik pmpn...sbb syg tu akan dtg balik drpd sifat kesian kite tu.

    laki penat bekeje, hargai la die sbb die gi cr modal nak asapkan dapur.same jgk, klu nmpk bini penat, tak perlu la suruh2 die buat bende yg lebey memenatkan.

    Cherish...thats the word.

    BalasPadam
  11. kau ada tanya x dia dulu kawen paksa ke kawen on the spot?

    mesti kawen free x pun kawen lari.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.