September 12, 2009

Bicara Romantis Separa Lucah : Teruna dan Dara,Kau Peduli Ke?


Artikel ini berat sebelah kepada kaum lelaki.

Katakanlah,KATAKANLAH....

Wujud seorang lelaki yang budi pekerti nya boleh dikatakan sopan.Tidak pergi clubbing,tidak togak,tidak main wanita.Kemudian lelaki itu berkenalan dengan seorang perempuan di tempat kerjanya.Anggun,ayu dan manis bertudung.Baik budi pekertinya dan indah budi bahasanya. Jatuh sudah hati si lelaki itu melihat wanita yang menghampiri erti kesempurnaan,pelengkap kepada kehidupannya yang keseorangan,tidak berteman kaum hawa.

Ikatan cinta dikembangkan menjadi pertunangan dan kemudian tiba hari ditabal raja sehari,berdebar-debar si lelaki menantikan apa yang bakal terjadi bila malam pertamanya.Sudah berdebar jantung dan berombak jiwa memikirkan bertuahnya badan mendapat seorang isteri yang baik dan indah pada pandangan matanya.

Malam menjelang tiba,si isteri menunggu di kamar tidur,si suami berdiri di luar pintu mengunyah chewing gum memastikan semuanya berjalan lancar.Pintu ditolak,salam diberikan,"Assalamualaikum isteri abang." (Ayat2 gedik sket) dan kelihatanlah si isteri tadi duduk di atas katil.

Menangis teresak-esak,kemudian mengakui dirinya tidak berdara lagi.

Benda sebegini sudah terlalu kerap berlaku dalam masyarakat kita.Memang dalam agama pun sudah termaktub yang lelaki baik itu untuk perempuan baik tetapi,bagaimana pula dengan kaum lelaki yang tidak bernasib baik seperti kisah di atas?Adakah perempuan itu perempuan baik?Ya.Tetapi ada kisah hitam yang pernah terjadi ke atas dirinya,mengubah haluan hidup membantu meluruskan jalan yang dipilih sebelum ini.

Aku pernah baca dalam paper mengenai dilema seorang gadis yang sudah pun ditebuk tupai dan takut jika bakal suaminya akan menceraikan dia jika si suami dapat menghidu kegiatan masa lampau si isteri.Nasihat "Pakar kaunseling" itu,rahsiakan saja daripada pengetahuan suami untuk kebaikan semua.

Tapi bagaimana pula dengan gadis2 yang menipu bakal suami mereka?Golongan2 yang mengatakan diri sendiri masih suci padahal entah berapa puluh kali menongkah bahtera hawa nafsu.Adakah adil kepada si suami jika bakal isterinya menutup kelemahan dirinya?

Dalam hidup aku,aku ada 2 kawan yang dipermainkan wanita.Satu,ditinggalkan sehari sebelum majlis akad nikah,si gadis lari dengan orang berduit naik ke Cameron Highland dan yang kedua,terpaksa memutuskan pertunangan 2 minggu sebelum kahwin kerana terserempak dengan tunangnya bermesra dengan lelaki lain padahal waktu itu tunangnya kata dia kena outstation.Dan aku dah nampak bermacam jenis perempuan yang luarannya indah tetapi setiap malam dahagakan seks.Habis projek keluar bilik pakai tudung dan buat2 macam biasa,tersengih2 macam kerang busuk padahal baru sebentar tadi kedengaran katil bergegar-gegar.Hahahah!

Kaum hawa boleh mengatakan lelaki memang nakal sifatnya.
Tetapi,katakanlah anda lelaki,menjaga keterunaannya,apa tindakan anda jika mendapati isteri anda sudah pun mempunyai love bite sebelum anda melakukannya sendiri?Jika anda perempuan,adakah anda mampu mengakui diri anda sudah tidak berdara lagi,dengan harapan agar anda dapat dimaafkan suami dan diterima seperti sediakala?

Adakah masyarakat Melayu yang penuh adab sopan santun sekarang ini sudah tidak pun mementingkan dara dan teruna?Ataupun desakan rakan sebaya yang memandang rendah diri anda yang tidak pernah beromen dengan wanita atau tidak pernah dicium lelaki membuatkan anda hendak juga mencuba sesuatu yang sebenarnya anda tahu salah?

Orang Melayu suka ikut trend dan trend zaman sekarang ini anak dara dan anak teruna sudah terlalu kolot dan rendah tarafnya.Mungkin sebab itu kita makin segan ingin mengaku diri kita anak dara dan anak teruna lagi.

Malu kena kutuk dengan kawan2 punya pasal.Bagi je la boifren hisap dada.Alang-alang,bagi aje lah semua.Asalkan boleh mendabik dada.

29 ulasan:

  1. ade ape dgn trend? kenapa harus ikut? ehehe

    BalasPadam
  2. kesian giler kawan2 kamu tu yek.....tp bg pendapat aku....kawan2 kamu itu bernasib baik sbb x kawen dgn perempuan2 tu....kalau dah terkahwin dengan perempuan begitu....nangis tak berlagu la jawabnye...

    BalasPadam
  3. hmph...prmpn zmn skrg..siyes,kalau korang paksa tanya gler2, maka selalunya terkeluar la citer2 yg korang tak sanggup dengar dan melukakan hati korang sebagai bakal suami korang..aku dah bpe kali jumpa..dan kenal rmai prmpn cmni..selalunya mender ni jadi masa sekolah..dan lelaki yg rosakkan mereka nih, tua dr mereka..haram btol lelaki camni,rosakkan yg muda,pastu tinggal..pastu kita yg dpt yg 2ndhand..

    BalasPadam
  4. hmm..mmg tidak dinafikan lelaki baik akn bersama dgn bakal isteri yg baik begitu juga sebaliknya. Perkara mengaibkan yang berlaku masa lampau hendaklah dirahsiakan demi kepentingan bersama. Kena ingt 'baik' itu tidak semestinya kta individu yang kurang dosanya, kerana ia perkataan yang subjektif bentuknya. kes isteri yg mengaku bhawa telah di'tebuk' mmg mengecewakan, rs nk terjun dr tgkt 2 je rsnyer. tp itulah 'kebaikan' yg dtunjukkan..terlalu jujur sehingga lelaki yg virgin rasa 'mamat tertipu tertipu mamat'. Dr hubungan cinta pandangan pertama yg ditakdirkan menjadi racun yg merosak diri sehingga lelaki tersebut rasa tidak adil dan mhu menebuk lubang juga slepas itu. Dan mcm2 yg negatif akan berlaku al maklumlah kta manusia yg daif dan lemah.

    Kes yg tunang dan bakal isteri cureng itu, mmg ptt di gedebuk jerk..dh dpan mata dan didengari telinga dipikirkan minda dirasai jiwa...tp itulah lelaki baik, dia akn terima berita itu dengan sahih tanpa hasutan dr mana2.

    lelaki baik bersama perempuan baik akan berlaku cuma situasi itu kta kna rungkai dgn motivasi yg amat tinggi untuk menilainya..sekadar pendapat..

    aku lelaki Anon vs Anon

    BalasPadam
  5. Aku xpernah lagi taw kawan2 pompuan aku jadi camtu..
    tp kalau dgaq2 crita pasal member2 kepada member2 aku ada la..

    slalu jadi kat diorg ni(pompuan2 yang dah serah "raga" diorg) masa skolah menengah.. aku rasa sbb subjek skolah kot yang mnggalakkan.. hahaha..

    aku pun xpaham la knapa ngan gurl2 ni..
    diorg bukannye xtaw yang laki2 ni suma banyak yang pervert cam ko tot.. tp ko ok la x menebuk lagi(xpun dah pernah ni tot?)..

    tp mmg sian arr dkt laki dalam citer ko tu tot.. bapak sedih gila..
    mcm beli kereta malaysia yang recon je..

    BalasPadam
  6. Aiya gurls tu nak glamour and popularity la. Bagi diri depa free kan dapat lebih attention kat groupie lain. Nah bila dah bercinta lak...cakap mcm2 cite yg mereka tu mangsa nafsu org yg naya depa. Dah dengar excuse ni lapuk yek tapi boyz tulah yg ashyik2 beli cite tu. Naive btul la kena tipu. Aku ni gurl...observer hidup, dengar mcm2 dan nampak dgn mataku mcm mana gurl guna pussy powerla for perhatian murah esp. yg bertudung...tak segan silu
    Alpha

    BalasPadam
  7. komen2 kat atas takde pun sikit sentuh pasal agame (kalau betulla yg atas2 tu ngaku dirinye islam. pegangan agame dianggap tak penting pd org zaman skrg. semuenye mengikut nafsu yg satu hari memakan dirinye sendiri. yg mendabik dade bangge sbb berjaye 'ditebuk' hanyelah org yg tiade pegangan agame. semuenye ikut stail mat saleh yg secare tak sedar mempengaruhi kite sedikit demi sedikit sehingge skrg ni parah bernanah!

    BalasPadam
  8. aku suka serta setuju dgn komen ko. im stuck in between...bapa puluh kawan aku yg kena tebuk, pakai tudung semua...series!

    ade pro's n con's tapi bagi aku...virgin tuh asset yg valuable. dan aku percaya seorg lelaki yg baik adalah untuk perempuan yang baik.

    BalasPadam
  9. tak sume perempuan mcm tuh..
    percayelah!
    ade lg yg masih 'baik' even in minority..jgn berhenti berharap yep. :)

    BalasPadam
  10. kalau takde dara,tau tang mana.. kalau takde teruna, mana nak check?? :P kdang2 aku rasa, isu dara ni pada lelaki bukan hanya isu nak jaga keturunan, tapi juga nak jaga ego. mana tau dah 10 tahun kawin, tup2 ada kawan kata, isteri ko tu aku dah try before ko.. so mungkin ego memainkan peranan juga. tapi kalau diri tu sndiri pernah terlanjur dgn perempuan lain, tapi nk cari suci muci, tak rasa layak pun. jaga keturunan bukan sekadar cari isteri yg dara, tapi jaga juga kemaluan tu sendiri, jangan mudah nak celup sana celup sini.. sebab apa yang ko buat mesti kena balas. kalau tak kat kau, akan kena kat anak2 dara kau.. kadang2 walaupun lelaki tu suci dan baik, tapi dapat isteri kena tebuk tupai, apa kecoh? kalau benar ko tu baik dan suci, mesti ko dapat fikir yg Allah dah ada rancangan untuk kau. kau perlu membimbing isteri. Ngapa tak syukur aje dgn jodoh kau.

    p/s= kau disini bukan owner blog ni ye..

    BalasPadam
  11. tp Allah tkkan bagi gedebuk baik mcm tu..mungkin dia teruk skrg, dh kawen nnt bimbing la die jadi baek sikit..klu asyik2 Allah nk bagi sebijik2 mcm kita nk,aku takut jd mcm bani Israel jer.mentang2 slalu dpt mcm2,tk reti nk brsyukur..nk sume bende dpt je,hatta makanan dr langit skalipun..last2 sembah lembu gak..

    BalasPadam
  12. Kalau si suami rasa nk ceraikan isteri tu , itu hak dia kan..
    Kalau aku jadi suami, aku lepas elok2 pempuan tu.. tapi kalau sbb kesucian diri hilang sbb kena rape tu dah kes niaya.. Aku terima pempuan tu jadi isteri aku..

    ( ni pendapat aku sbg perempuan...)

    Tapi kalau kaun adam dh cuak dgn kedaraan bakal isteri anda, Gayah cadangkan kawen jer dgn janda.. Dh tau dah tak dara lagi hehe..
    Tgok Rita Rudaini & Linda Jasmin..tak yah hubby dorang nk alami situasi mcm citer Mantot tu..
    Seksi arr janda mcm dorang..menggoda !! Hehe...
    Aku pun kalau nk kawen baik kawen dgn duda takut gak dpt yg 2nd Hand...
    Tak nak aku!!

    BalasPadam
  13. Jodoh ditangan Tuhan=)terimalah si "dia" seadanya

    BalasPadam
  14. bagi ak, laki mana yg x berang kalo isteri diorang mengaku pd malam pertama yg diorang dah x de dara ..
    apa2 pun, terimalah si dia.. bimbinglah si dia.. ubahlah si dia menjadi muslimah solehah. amin.

    BalasPadam
  15. Tu pun kalau dpt suami yg soleh lagi berilmu dan yg redha ...
    Kalau suami yg toleh?? Cemana??
    Mau dia cerai mlm tu jugak...tak pun kena caci maki hamun lagi...

    BalasPadam
  16. aku lelaki.apa yg aku nk kata kat cni.tahap sosial kat malaysia ni agak truk.org veteran mungkin x prasan.tp pada aku byk yg terjebak time kat U n kolej.kos time tu byk bdak yg baru nk blaja duk sendri.umah sewa.mat rempit.mcm2.
    fact:
    1.nafsu pompuan tinggi dr laki.
    2.laki suka benda free.
    so dah dua2 nk.dunia nk kiamat.pegangan agama kurang.satu soalan.bape kerat yg pandai ngaji?pki tudung sbb mak suruh?rambut xcun?

    BalasPadam
  17. mmg btul zman skrang nie susah nk tntukan pempuan nie ada dara lgi ke tk...
    tmbah2 kite dh slalu sgt tgk pasngan kt mne2 jer berpeluk...
    dpn khalayak ramai plak tu...ni kn pulak klau tgh berdua-duaan...
    lagi la kn...
    tpi semua tu tk t'jadi klau kita jdikan agama sebagai pegangan...
    ingt mati tu sket...
    ingat macamane dalm al-quran sendiri suruh kita menjauhi zina...
    tmbah yang b'tudung...tk ke kire ke diaorang pelakon jer?...
    di dunia nie...
    akhirat nnti mcmane plak?...

    BalasPadam
  18. zamn sekarang ni kerosakan akhlak nya sugguh teruk...saya lihat sendiri..ratanya2 yang baru sekolah men..dah tahu clubbing..arak,pil xpayh ckp la..sume name dorng hafal..sume nk try..party ke hape..ke..nak jugak join snggup belagak cam org dewasa..ni yg saya perhatikan dpn mata saya sendiri..xkire laki atu pompuan

    jika seorang perempuan itu menjaga kehormatannya..dan tiba2..mendapat suami yang sudah merasa pelbagai jenis perempuan...ya allah..luluhnya hati perempuan itu..
    bile nk kawen tahu pulak nak cari perempuan suci xdisentuh...sgtlah tidak adil utk perempuan itu..

    DARA...boleh pula dituntut oleh kaun adam..

    bagaimana KETERUNAAN?

    perempuan juga berhak mahu memilih lelaki suci utk memimpin bahtera rumahtagga yg bakal dilalui...

    kepada semua..jagnlah menilai sesorang itu melalui pakaian..(pd zmn sknrg ni)

    jujur saya akui dalm berpakaian saya masih mahu ikut rentak remaja skrg..tp bila berkwan saya tahu batas2 dan tahu menilai baik buruk..
    walau saya sesosial mana pon saya masih tahu akar umbi saya...dah alhamdulillah...kehormatan saya masih saya jaga..saya juga risau dan takut mendapat "bakal suami " yag sudah meniduri kekasih mereka sebelum ini..saya rasakn tidak adil utk saya mendapat "bakal suami " sebegitu...


    kepada semua anak2 mentah diluar sana..baik lelaki mahupon perempuan...x rugi anda menjaga kehormatan diri..)kerna ia dtuntut oleh agama..(trend yg diikuti itu propadganda kafir untuk meruntuhkan Islam, generasi kini disogak terlalu banyk hibuaran yg melalaikan)sedarlah..kita ni lah yg bakal mencorak generasi akan datang..klo semuanya rosak..wallahualam..fikirlah sendiri..

    kepada yang menutup aurat diluar sana..fahami..dalami..dan jaga tingkah laku sepertimana sempurnanya kamu berpakaian..jagn jdkan pakaian pelindung kejahatan yg dilakukan...

    kepada kaum adam...masih ada hawa yg menjaga kehormatanya..jgn risau

    kepada kaum hawa..masih ada adam yng berteruna..

    berdoalah ! Allah itu maha pendengar dan adil..

    BalasPadam
  19. Tu arr aku cakap...kawen jer dgn duda dah tau bukan teruna dah...

    Yg lelaki kawen jer dgn janda2 yg dah tau bukan dara lagi..
    At least tk la sakit hati..especially time mlm pertama tu..
    Kalau aku, aku pilih Duda dari lelaki 2nd hand yg ada penyakit2 siflis yg leh buat aku mati muda dan baby aku cacat!!!

    BalasPadam
  20. erm..sy kesah..

    as pompuan..n nak nasihat kat pompuan..tolong la jaga diri btol2..jgn la kc laki buat suke hati je..pegang tangan pon jgn!jgn kc sentuh langsung..pandang lame2 pon xleh!(syadid ke..argghh pe kesah)..jgla diri utk suami je..tolongla3..kalo bf korg nak tinggalkan korg..silakan...pintu terbuke..biarkan diorg..nampak sgt tak ikhlas..

    n setuju gak dgn pendapat yg paling senang x yah couple lgsung..btol tu...lebih terjaga..sbb pompuan mudah goyah kan?laki buat muke kesian pon dh sebak..yurk..so..drpd ditebuk tupai sblom sampai mase or ape2..silala jaga diri sdiri..tak kre la org kate kite minah jual mahal ke ape kan..janji terpelihara..kalo btol2 nak,suh masuk meminang tros(ni utk sape2 yg dh bersedia la..saya kecik lagi..haha)

    BalasPadam
  21. sedeihkan bila tahu bakal isteri dah ditebuk
    xnak bgitau kat suami?bukan ke syurga isteri itu dibawah tapak kaki suami?
    sayang seribu kali sayang...
    kebanyakan yg terlibat adalah org cerdik pandai..
    ada yg kuat didikan agama dari ibu bapanya..so salah siapa?
    bodoh sebab hanyut dengan cinta
    percaya 100% kat lelaki yg belom tentunya jd suami mereka..

    BalasPadam
  22. erm camnie jelah senang takpayah couple.act mula daripada couplelah jadi benda2 cmtur.apa tebuk tupailah tebuk itulah inilah.ok aq rasa sebenarnya dua2 sama je.yang si jantan dengan si pompuan tur pun awat bodo benor sampai buat perkara terkutuk cmtur???haish inilah dikatakan dunia nak kiamat and aq setuju dengan apa yang lya cakap senang terus masuk minang habis citer.so bila korang dah kahwin halal lah kan semua benda korang nak buat???contoh macam pegang tangan atau jalan berdua-duaan pun tak dapat dosa aq rasa lagi dapat pahalah adalah.eheh!aq rasa je:Dtapi serious lebih baik kita mengelakkan daripada semua benda2 cmni daripada menyesal tak sudah.

    BalasPadam
  23. mcm mana pulak dengan boifren yg x teruna?
    katana ingin berubah kerana si gadis.
    si lelaki berjanji untuk menyunting si gadis.
    sejauh mana betul kata2nya?
    adilkah? sedangkan si gadis begitu menjaa daranya.
    betulkah perempuan baik untuk lelaki yang baik?
    aku kurang yakin dengan ungkapan itu.
    sesungguhnya kebenaran itu amat memeritkan.

    BalasPadam
  24. don't just put the blame on the women..for what i've seen that u are such a gender-biased writer. as much as u think that men have being cheated by women, so do women. there a lot of men nowadays that are no longer virgin and lie about their virginity. they are so lucky coz there's no sign of them not being a virgin(unlike women). i deeply think that the husband who is willing to take whoever that he loves to be his wife, should have accepted whatever risks that he will face in future. it's good enough that the wife is willing to tell him the truth.. so dont be too judgemental coz if u do, there are more ppl are looking down at u

    BalasPadam
  25. pertemuan,perpisahan,jodoh,ajal dan rezeki..sudah ditetapkan oleh Allah keatas makhlukNYA..dia tidak mendatangkan sesuatu musibah kepada makhluknyer jika dia tahu makhluknyer itu tidak boleh menghadapinya...terimala seadanya jika jodoh anda sudah ditetapkan begitu........ada hikmah disebaliknya..bimbinglah dia supaya menjadi wanita yg solehah..tiada manusia sempurna dalam dunia ini..percayalah pada ketentuan Allah...redha dengan pemberianNya...nescaya hati akan redha menerima dia sebagai pasangan dunia akhirat...

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.