Ogos 17, 2009

"Sebuah Lagi Huru-Hara Kerajaan Barisan Nasional"

Cuba gunakan akal anda yang dikurniakan Tuhan untuk mengkaji,kenapa Nik Aziz suruh UMNO pegi jahanam.Itu Nik Aziz yang kata dan orang-orang UMNO ambil itu sebagai bongkak,sombong,tak patut,keterlaluan.

Itu fakta yang benar.Kerajaan Pusat yang tidak bersikap adil dan professional memang layak pergi jahanam,atau dalam bahasa aku,"Pegi mampus."

Mula sekali,mungkin kalau anda perasan,aku sedikit kurang bercerita mengenai politik yang spesifik sekarang ini,maksud aku,perihal kerajaan Pusat dan Pembangkang.Aku lebih suka bila bercerita mengenai politik rakyat,mungkin kerana sekarang ini nampak jelas perubahan yang berlaku kepada pemimpin2 Malaysia,yang dangkal makin jelas kekurangan mindanya,yang pandai makin kuat bersuara dan yang penakut masih tetap menyorok di balik Timbalannya.

Tapi yang paling jelas sekali,Kerajaan Pusat masih lagi hidup dalam dunia mereka sendiri.Seolah-olah mereka dikelilingi oleh perisai yang lut melindungi pandangan mereka daripada mendengar terus pandangan mereka yang sepatutnya.Bagaimana sebuah kerajaan itu masih lagi mampu bersikap sebegitu buta dan pekak masih mampu berdiri?Entahlah.

Apa yang jelas,apabila pihak pembangkang yang diharapkan memperjuangkan kebajikan rakyat dan kerajaan masih lagi terus dengan taktik-taktik zaman dahulu kala,masih terus cuba memperbodohkan orang yang sudah tidak bodoh lagi dengan perjuangan bangsa yang lantang disuarakan tapi hanya angin-angin kosong berbunyi kuat,bagaimana sedihnya nasib Malaysia jika Kerajaan Barisan Nasional masih memerintah pada 2013 nanti dan terus menggunakan taktik-taktik mereka ini,memperbodohkan orang-orang Melayu yang takut kehilangan hak mereka.

Najib masih lagi menyorok di belakang Muhyiddin,menjadikan Muhyiddin sebagai tembok untuk menampakkan dirinya kacak dan pandai.Muhyiddin pula terus menurut kata-kata Najib kerana kita tahu dasar dalam UMNO,setiap arahan perlu dituruti tanpada sebarang persoalan.

Dan media massa Malaysia masih lagi terus menggunakan taktik bodoh yang sama.Apabila keluar berita di RTM1 yang menceritakan mengenai kemelut kerajaan pembangkang PAS Kedah,itu jelas menunjukkan wujudnya jurang pemisah yang sangat besar antara kerajaan Pusar dan kerajaan Negeri.Makin jelas sekarang ini,Kerajaan Pusat tidak mengiktiraf mana-mana Kerajaan Negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang,mungkin kerana merasakan diri mereka lebih mulia berbanding "pihak pembangkang" yang hina.Hahaha.

Selagi kerajaan Pusat menganggap kerajaan negeri Kedah,Pulau Pinang,Kelantan dan Selangor sebagai kerajaan "Pembangkang" selagi itulah tidak akan berubah suasana politik Malaysia.Ini hanya akan makin menjelaskan pandangan masyarakat Malaysia mengenai perangai sebenar Kerajaan Malaysia.

Jika kerajaan BN masih lagi meneruskan agenda mereka yang menolak ke tepi Kerajaan negeri yang bukan di bawah mereka dan masih lagi bersikap tidak professional dan kebudak-budakkan ini,lebih baik perdana menteri Malaysia berfikir panjang sebelum tumbang.

Mungkin boleh dimulakan dengan menghentikan penyiaran pelbagai isu yang berlaku atau dibesarkan mengenai Kerajaan Pakatan Pembangkang dan membetulkan dahulu persepsi masyarakat kepada anda.Lihat dulu bagaimana kerajaan BN di negeri-negeri lain,bagaimana mereka memerintah.Adakah kerja menteri-menteri sekarang ini hanya untuk mencari kesalahan Pakatan Pembangkang yang setahun jagung?Mungkin itulah sebabnya H1N1 ini tidak dapat dikawal,mungkin perangai sebegitu juga yang membuatkan krisis kerajaan Perak masih berterusan.

Sebuah kerajaan yang baik adalah kerajaan yang menyelesaikan masalah,bukan mencipta masalah.

12 ulasan:

  1. apa yang dilakukan BN sekarang hanyalah melepaskan geram. guna balik taktik pakatan pada orang pakatan. dulu masa BN berkuasa orang pakatan pun akan cari kesilapan BN. bezanya dulu kalau pakatan jumpa nanah dia hanya boleh tulis di akhbar parti macam harakah. sekarang blog pun dah guna. BN pulak sekarang guna media utama. orang pakatan mungkin cakap

    "media arus perdana sampah.. tak releven"

    tapi aku rasa ini tanggapan salah. media rus perdana mungkin amat sampah sarap tapi kuasa propagandanya lebih besar dari blog dan harakah. tengok saja kes kampung buah pala. instead of kes gerakan yang fakap jual tanah orang kampung. sekarang dah nampak lebih kepada kes "lim guan eng gagal penuhi janji PRU dan mengganyang india penang". bijak jugak diorang ni dalam memutar

    oh ya

    kenapa najib nampak senyap dan biarkan muhyidin kena tembak? mudah.... ini cara lama ni. biar ketua nampak diam. biar soldier kena pukul, tumbuk dan tembak. familliar tak tektik ni?

    ada macam mafia tak? semua dilakukan supaya "geng mafia" nampak kuat. orang bawahan dia kena takpe asalkan big boss punya reputasi tak rosak. bila ketua tak kena bedal part tak akan jatuh sangat. lepas kes Tun Badawi diorang dah mula tahu kepentingan protecting the head...

    hmmm

    masih ingat BN bodoh?

    BalasPadam
  2. apa pun kerajaan selalunya lambat buat keputusan specially kes H1N1... negara lain masih boleh control, here malaysia??? no comment.. also mereka adalah old fool, sebab masih pakai teknik yg sama, dah lah tua nak mamposss. hehe peace bro tot

    BalasPadam
  3. stupid..pandangan budak-budak yang memberontak nak kan susu..haha..peg sekolah balik maaa...

    BalasPadam
  4. kondom boleh bg free..mask kena beli..daje betoi..

    BalasPadam
  5. tulisan dr.ridhuan tee yang mualaf tu pun lagi berilmiah....yg ni?

    BalasPadam
  6. yg herannyer nape bijak pandai alim ulamak x nk bg nasihat..hampehh tul golongan ni....

    BalasPadam
  7. kalau bg nasihat, nnti kata sebelah parti mana2 lak...tak baca surat kabar ke? oo lupa, baca harakah je..

    BalasPadam
  8. amende lu cakap ni bro?
    gua tak paham la tulisan lu.

    BalasPadam
  9. mlaysia skrg ta mcm malaysia mase zman Tunku Abdul Rahman dlu...
    dulu kuat semangat utk bina negara bngsa...
    skrg...
    hny bertunjangkan politik yg entah apa apa...
    kalo begini lah keadaannya.....
    tak lama lagi
    jatuh jugak negara malaysia ny kepada org yg tak sepatut nya

    BalasPadam
  10. politik kita sebenarnya ditahap budak tadika, dan kebanyakan orang kita takut perubahan.

    selagi orang bebal-bebal mentadbir selagi tu lah malaysia macamni.

    BalasPadam
  11. 1malaysia, 1bangsa, 1bahasa, 1sekolah, 1 inspirasi....ada ka parti yg sanggup perjuang benda2 ni??
    fuck vernacular skul!!

    aku rindu tym sekolah boleh lpk2 dgn bdk2 bangsa lain!!mencarut sama2..
    buat baik, buat jahat selalu sama2...dammit

    BalasPadam
  12. Aku sebagai pengundi pembangkang yang beragama Islam dan kebetulan pula berbangsa Melayu yang pro kepada konsep keadilan untuk semua, ingin bertanya:

    Sanggupkah orang bukan Melayu terima dan amalkan:
    1. Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa urusan. Kenapa masih ramai yang tidak boleh berbahasa Malaysia dengan decent (at least yang aku bole paham)? Tapi kata lahir di Malaysia, dan rakyat Malaysia, dan MAHU hak sama rata sebagai rakyat Malaysia?

    2. Satu sistem persekolahan kebangsaan. Tak ada SJK SMJK ni. Sekolah melayu kan dah tak ada dah. Satu sekolah sahaja, SMK. Selama ni orang melayu ramai2 dok pegi SMK apa. Kenapa still pilih SJK. Tapi kata nak jadi Bangsa Malaysia? Kata taknak kuota2? Kata taknak Bumiputera ni semua...

    3. Mengubah sikap supaya tidak gelojoh, kasar, dan terlalu memntingkan diri sendiri. Look around, sapa yang majoriti akan selalu mengalah dalam apa juga case? Melayu jugak kot.. Dalam office aku, aku nye production yang paling tinggi, tapi aku nye grading paling rendah, apa cerita? Pagar rumah aku, selamba je dia paku sampai kopak. Pagar belakang rumah, selamba je dia bukak lepas tu pasang balik senget dan kopak? Aku masuk parking TESCO, selamba je dia nak langgar kereta aku sebab dia nak keluar dulu and tak nak undur. Kat counter2, selamba je tengking2 kalau yang jaga counter tu budak Melayu atau India. Kenapa?

    Aku sebagai orang Islam yang kebetulan mendapat label Melayu, sanggup korbankan apa kejadahnya kuota, discount la apa la, demi keadilan untuk semua. Yes, keadilan untuk semua.

    Tetapi, aku masih ragu2 bahawa 3 persoalan simple aku kat atas tu akan dijawab dan dipraktiskan oleh rakan2ku yang bukan Melayu.

    Anyway, inilah jadinya kalu kita yang beragama Islam ni, sudahlah majoriti, dan memegang kuasa pula, tak mengamalkan Islam yang sebenar2nya. Dan untuk sebab itu juga lah aku benci UMNO.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.