Mei 18, 2009

Generasi Kau,Generasi REMPIT! PRETTT!TET!TET!TET!


Dah lama aku nak menulis pasal benda ni.Cuma semalam aje la,bila aku tengok drama "Farhana" dekat TV3 (sambil tukar2 tengok bola) membuatkan aku teringatkan pasal isu yang jadi kecoh dalam bulan lepas tak silap aku.Drama tu memang tak logik la,sebab Cikgu tu gaya macam artis,dengan dressing dan mekap tebal ala-ala primadona,lepas tu kena hantar pegi kawasan "pedalaman" kat ...Negeri Sembilan...pedalaman sangat la Negeri Sembilan.Ada la scene pakai baju mahal2 sambil jalan2 kawasan kampung ala-ala artis melawat desa.

Dalam drama tu,ada tunjukkan Cikgu lelaki sorang ni (ni memang gaya CIKGU,dengan muka bengis dan baju ala-ala staff gomen) yang tengah maki hamun student dia sebab kantoi student dia bawak DVD porno dalam beg.Memang maki hamun baik punya aa...tapi kalau ikutkan trend semasa ni...pelajar2 jauh lagi berkuasa dari cikgu.Cikgu nak sentuh anak murid pun takut.Cubit pun nak kena pikir beberapa kali.Mak bapak pun satu hal,salah sikit,cikgu yang kena marah.Isu aku adalah mengenai usul sekumpulan mak bapak yang ingin menghapuskan budaya senior junior dekat sekolah.

Kalau ikut aku,yang duduk dekat asrama 5 tahun,aku rasa bagus sebenarnya bercampur budak senior junior ni.Sebab aku belajar TAKUT dengan senior dan belajar interaksi dengan orang yang lagi tua,kiranya baya2 abang.Apa yang ditakutkan sangat dengan budaya tu? Banyak kebaikan dia.Pelajar takde la tergolong dalam kelompok umur dia aje.Pelajar akan belajar buat kerja.Pelajar akan belajar kena buli.

Buli?Ragging?Tu semua benda biasa aje.Memang la time aku kena dulu rasa la jugak seksa dia.Kena belasah,kena terajang,kena basuh baju senior,seterika baju senior,ambikkan air...benda2 camtu la yang akan buat budak2 tu matang.Ini kalau protect sangat anak tu,sampai bila dia nak belajar hidup.Kalau yang duduk sekolah harian ni,bila dia nak merasa basuh baju pakai tangan?Time sekolah aje la masa dia untuk ajar budak2 hingusan ni jadi orang.Masa aku masuk U dulu,ada member aku sorang yang tak pernah buat kerja2 rumah langsung,jadi bila dia masuk U,dia jadi culture shock sebab tiba-tiba dia sorang-sorang,takde sesape yang nak uruskan dia.Dia pun keluar la hostel dan balik duduk rumah sebab rasa takleh nak survive,tiap2 hari ulang alik dari Shah Alam.

Kuasa cikgu pulak adalah untuk mengajar.Jadi,biasanya mak bapak yang over protective ni adalah mak bapak yang dalam golongan senang.Jenis yang takut nak lepaskan anak2 diorang.Kita bercerita pasal survival.Budak-budak sekolah perlu dibiasakan kena ragging,kena respek dengan orang besar dan kena buli sebab itu yang akan latih diorang.

Cikgu-cikgu pulak patut diberikan kebebasan untuk mendidik budak-budak ni,sebab jika kuasa cikgu tu disekat,makin lemahla generasi akan datang.Setakat kena tampar dengan cikgu sampai nampak bintang tu,anggap la perkara biasa.Memang anak dah buat salah.Jadi mak bapak kena accept benda2 camni.Sebab aku percaya kalau makin ramai mak bapak yang terlalu over protective dengan anak-anak mereka,orang-orang Melayu akan makin manja.Makin ramai yang naik lemak.Mat rempit ramai bangsa apa?Pernah nampak mat rempit Cina?Bohsia ramai bangsa apa?Aku jalan2 belakang mahkamah masa bohsia tengah hot dulu tak pernah aku nampak amoi langsung!Anak nak beli motor,bagi.Anak nak duit nak potong block motor,bagi.Anak nak pegi PARTY!,bagi.Anak nak duit sebab kawan2 dia dah beli Iphone,bagi la seribu dua,asal anak bahagia...

Cikgu nak tampar student sebab melawan cikgu..tak bagi.Cikgu nak rotan sebab selalu ponteng kelas..tak bagi.Cikgu suruh berdiri kat depan sebab kantoi beromen dalam jamban..mak bapak bagi galakan,permission dan duit kat anak supaya saman sekolah....Habis,siapa yang nak ajar generasi akan datang?Takkan nak bergantung dengan "PLKN" yang sungguh berjaya itu?Hehe...

Adakah mak bapak dah mengakui Malaysia dah tak selamat lagi?Ataupun kualiti guru-guru yang makin teruk?Atau tahap moral budak2 Melayu sekarang memang tahap cipan?Nak salahkan siapa kalau orang Melayu makin lama makin manja?Mak aku dah warn dah aku dulu2,"Hang hisap dadah,kena tangkap,jangan harap mak nak lawat hang dalam lokap,nak jamin pun jangan harap sesen pun.." Sampai sekarang aku tak berani sentuh dadah walaupun ada beberapa "pengaruh rakan sebaya" satu masa dulu.Ni anak kena tangkap sebab merempit...menangis,meratapi .Buat apa?

Kat bawah ni lagi teruk.Kalau yang macam ni patutnya mak bapak tu di gelek2 aje dengan tayar sotong kepunyaan anak mereka....

KUALA TERENGGANU 9 April - Polis melahirkan kehairanan dengan penglibatan sebilangan ibu bapa sebagai penonton yang menyaksikan anak mereka berlumba haram.Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, penyertaan ibu bapa sebagai penonton dalam kegiatan tersebut dikesan ketika polis melakukan operasi membanteras lumba haram.''Ibu bapa ini bukan sahaja membiarkan anak-anak berlumba di jalan raya namun mereka turut menjadi penonton dalam kegiatan tersebut.

''Ini menunjukkan mereka menyokong anak mereka menyertai kegiatan lumba haram," katanya selepas melakukan lawatan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini semalam.


24 ulasan:

  1. go rempit go!!!
    i love mat rempit...
    weng weng weng WENNGGGGGGGGG!!!!

    BalasPadam
  2. fuck mat rempit..
    psal mat rempit la, la nie bnyak road block..
    sat2 kena tahan..sat2 kena tahan..
    tlong bawak kluaq road tax ngan lesen..
    pi mampoi la..

    ps:kalu aku la ketua polis, aku nk bt 1 akta best..sapa kena tangkap merempit kena gantung mandatori..biaq kurang skit golongan paria nie..

    BalasPadam
  3. setuju!!selamat hr guru tot!!

    BalasPadam
  4. 1Malaysia versi mat rempit.. bwk 1 family pi tgk wiley ngan wikang..heheheh!

    BalasPadam
  5. ...........anak2 zaman sekarang....

    BalasPadam
  6. dear you..
    i am a silent reader of ur blog.. sgt setuju ngan semua entries.. nk2 cte mat rempit ni and cte cikgu2 ni.. ms zaman2 kite dulu kne rotan tu mmg dh biase.. lagi takut nk repot kt parents sbb nnt mesti kne lagi.. and dat makes us a human skang nih kan? bdk2 skang ngan mak bapak sgt manje.. sbb tuh la byk setan2 bertopengkan manusie ni.. kan?

    BalasPadam
  7. tot..

    aku rasa trend nak pukul2 dah x lut dah skrang... tp.. as a guru... tot ley guna cara laen utk didik anak murid..

    bukan smua anak murid yang mmg manja ngan mak bapak diorang.. ada lagi banyak murid yg bermasalah puncanya mak bapak cerai.. keganasan rumahtangga.. mangsa rogol dan sbgnya.. jadi.. murid2 ni sbenarnye lagi sensitif dari murid2 zaman dulu.. jadi ape yang cikgu2 bole buat skrang... bukan dengan cara yg keras.. tp cara lembut.. main dengan psikologi... murid2 akan lebih termakan dengan cara tu..

    kalau sek ren... kalau misal kate xnak buat keje.. jgn hukum diorang berdiri ke... menghadap dinding ke... buat keje rumah kat luar bilik darjah ke.. sbb kalau buat camtu.. dia xle nak coop pelajaran yg sedang kta ajar... rugi laa kan... sbaliknya kalau kta suruh dia beli roti kat kantin n makan cepat2 pastu masa rehat tu duduk ngan diorang wat keje... sambil2 tu bagi la komen tulisan mesti cantik... pastu puji laa skit2 kalau dia buat betul... then kalau malas lagi.. tiap2 ari makan roti.. sambil wat keje... kta x ganggu masa utk dia makan.. n keje pun siap... kalau dia dah bosan makan roti.. insyaAllah dia xkan x buat keje dah... n aku dah penah buat kaedah tu.. sangat berjaya ye... lepas tu mmg siap je keje sekolah diorang.. n kemas.. all in one!

    diorang ni yang bermasalah ni sebenarnya nakkan perhatian... kalau cikgu hanya tau nak mengajar je.. tp xde unsur2 moral diselit masa p&p.. mmg murid hanya anggap kta ni cikgu sahaja.. tp kalau kta berikan sedikit masa kta untuk tumpu pada prestasi diorang ni.. insyaAllah... diorang akan anggap cikgu ni sebagai antara family yang diorang sayang.. n percaya pada cikgu.. n x susah nak bentuk sahsiah diorang...

    peringkat kanak2 ngan teenagers x sama.. carilah jalan utk dapatkan penyelesaian.. kta kan punya pilihan... nak jadi cikgu yang bijak.. kenelaa buat homework juga.. hehehe..

    jadi... kalau nak jadi cikgu... mmg laa kene s.a.b.a.r.. wekkkkk... cam ayat lam syurga cinta lak... tuit tuit tuit!

    BalasPadam
  8. huhu..
    ade gak ibu bapa yg join tgk anak dia merempit ek.. Malaysia memang adil..

    BalasPadam
  9. wish bapak aku leh tgk aku racing kete..then sedar bakat yg aku ade..then terus berminat utk melabur wang ringgit supaya aku bole buat extreme mods kt kete aku...
    oh papa

    BalasPadam
  10. aku blaja kat asrama gak dulu.. tak penah kena buli.. tapi bonding senior-junior sangat kuat..

    buli itu bukan perkara biasa kalau kita tak biasakan..

    BalasPadam
  11. Nak salahkan mat rempit ni 100% pun tak kena gak. Pada aku la, pandang budaya rempit ni dpd 2 aspek:-

    ASPEK 1. Bendai ni adalah HASIL dan REFLECTION kehidupan/keadaan dan system yang administer/govern masyarakat tu sendiri. Kenapa ada budaya rempit ni? Kaitkan dengan kehidupan/keadaan masyarakat kita, khususnya Melayu.

    Family - Apa mak-bapak buat? Macam mana akhlak bapak, especially sebagai contoh?

    Macam mana keadaan sistem pendidikan awam pula? Kejap English, kejap BM, kejap cadangan itu, kejap cadangan ni. Yang mencadang, itulah pak2 menteri, ketua2 pengarah, ketua2 sektor yang silih berganti setiap 3-5 tahun. Tak ada solution yang concrete dan konsisten. Tak pikir untuk 100 tahun! Yang jadi mangsa murid2, guru2 dan KUALITI pendidikan tu la. Satu lagi, Kenapa guru2 dibebankan dengan bebanan kerja non-akademik (macam kerja2 perkeranian) yang bertimbun dan tak henti2? Agak2, dpd 100% minat, semangat, dan inspirasi cekgu2 kita nak mengajar, berapa % yang tinggal bila dah kena hambat ngan tugasan2 perkeranian/filing/dll (ada sekolah yang cekgu kena jaga bilik buku teks hari2, bai! apa mereng ke penolong kanan dia?!). Lepas dah jadi macam ni, wujud lak budaya cekgu2 nak naik pangkat cepat2 ke bidang2 pentadbiran. Abis, macam mana anak2 murid?

    TARAF HIDUP rakyat pulak? Macam mana korang rasa? Tak masuk akal kalau ada pencen serendah RM100++! Sebabtula atuk2, ane2 kena kerja lagi walaupun dah tua! Mahathir sedap je naik kapal layar baru bila dah pencen!

    Support system kita macam mana? Untuk setiap sistem utama, adakah saluran sistem kedua? Contoh, kalau 50% je budak2 boleh ikut mainstream education, i.e. score UPSR, PMR, SPM, masuk U dapat degree, apa akan jadi dengan 50% lagi? Tgk vocational system kita, ada cukup strong tak?? Macam mana nak create plumber, electrician, contractor, mechanic, painter, (ok la, pendandan rambut, tukang masak, hotelier ramai yang dah dicipta dengan baik, termasukla nurse2) yang bagus kat Malaysia ni? Kalau kita boleh supply cukup ramai technical labour force macam ni, boleh export ke overseas, Australia, Mid East, bla2.. Ajar budak2 Melayu yang ramai2 malas/tak suka gi sekolah ni. IT IS OK kalau tak dapat A banyak. Pergi join vocational stream. Buat elok2, boleh pegi kerja overseas nanti! Dpd kau duduk melanguk/merempit. Kita ni 3rd world country. So, vocational system kena kukuh bai!

    Education-labour market connection kita syncrhonise ke tak? Bukak uni/kolej uni banyak2 suruh budak2 jadi engineer. Lepas tu? kerja tarak. Hutang PTPTN berlapuk. Tak synchronise langsung! VC2 ramai yang syok sendiri. Kena panggil prof kangkung, marah lak? Cuba la pikir untuk masa panjang. "Demi anak2 bangsa". (aduss, aku terpaksa berslogan lak)..

    Jadi, adakah kerajaan kita telah membuat kerja dengan efisyen? Atau adakah mereka hanya lebih sibuk membesarkan perut sendiri selama ini? Anda jawab.


    ASPEK 2. Escapism. Geng, budaya rempit ni pun satu manifestasi escapism budak2 sekarang. Majoriti mat rempit ni dpd golongan mana? Dah tentu golongan pertengahan ke bawah. Anak2 flat, anak setinggan, anak2 kampung2, felda2.. Kalau dah anak flat, dah tentu hidup diorang sejak kecik di jalanan. Buat apa duk rumah, sempit! Mak-bapak tak da, pg kerja pagi sampai malam. Pergi sekolah boring, tak paham pun apa2. Duit tak ada. Nak main bola, padang kena ambik pemaju. Nak main futsal, tak mampu lak. Nak jadi mat disco, duit tak dak. Nak bawak kerta sport bawak gadis2 genit, setakat mimpi je. Abis tu, dalam masa yang sama adrenalin remaja membuak2, emosi tak stabil sangat, nafsu bergelora.. Nak main bola takleh, nak itu takleh, nak ini takleh, diorang ESCAPE lah dari realiti yang dicampakkan atau dipaksakan atas mereka untuk mereka harungi. Kalau diberi pilihan masa lahir, dah tentu diorang nak lahir jadi anak orang kaya, banyak duit, reti speaking, bla2.. So, skang ni kena la escape. Macam orang2 tua kita dulu escape ngan agogo, pop yeh yeh, malam pesta muda-mudi, vespa/lambretta, Woodstock, mary jane, dangdut, dll..

    ..........
    So, macam mana nak settle benda2 ni semua? Fine, kita boleh dakwah pada mak-bapak supaya jadi contoh yang baik.. TAPI, system kehidupan kita hari ni dah sungguh haywire.. Sudahlah system utama penuh ngan loopholes dan ulat, tak ada pulak support system yang baik.

    JADI, GOOD LUCK UNTUK KITA SEMUA WARGA NEGARA MALAYSIA.

    sebab apa? sebab:-

    "jika ingin lihat nasib sesuatu tamaddun itu pada masa hadapan, lihatlah pada keadaan anak2 mudanya HARI INI", lebih kurang macam tu HAMKA pernah cakap.


    Assalamualaikum.

    -SEMI-

    BalasPadam
  12. nak tambah sikit.

    kalau kita nak benci sangat mat2 rempit ni, tak elok gak, sebab depa ni orang.

    golongan ni golongan susah dan terhimpit. kerajaan pulak, sebagai kerajaan, kenapa perlu hukum mereka. hukumlah kesilapan korang sendiri yang telah GAGAL untuk menyediakan kehidupan yang baik untuk rakyat jelata.

    dan, kalaulah rakyat, NGO, persatuan2 bergabung untuk tolong mat2 rempit ni sekalipun, hasilnya tak akan berkesan sangat, sebab system kehidupan kita kat Malaysia ni sendiri yang sudah sangat screwed up!

    So, macam mana?

    Banyak kerja bai kena buat. Kerajaan (tak kira la sapa/parti mana yg jadi), kena revamp banyak benda. kena plan untuk Malaysia ni untuk seratus tahun. Lepas tu wajiblah kerja dengan jujur dan amanah. Takleh rasuah2 ni. Dahla haram, masyarakat pun hancur!

    (bagus blog mantot ni. sentuh isu2 masyarakat yang kritikal. kita2 ni lak, jgn la tgk surface je. kena la jadi kritikal juga.)

    -SEMI-

    BalasPadam
  13. semi..ko ni mesti rempit kan..tu yg ko xnk myalahkan rempit..cam sume aspek plak olain yg slah..knapa plak hdup susah nk merempit??ade ke logic sbalik kata2 tu..dah hdup susah keje la..byk lg keje dr merempit yg mempertaruhkan nyawa sndr n nyawa org lain..bg aku media memainkan peranan besar dr segi mempopularkan rempit2 ni..lg mcm2 filem kuar psl rempit xkre la kete ke motor ke..yg dh sedia rempit ni mkn mjadi2 la..bkn nya nk amek pgajaran dr sume tu..jd ko stll xnk slahkan mat rempt2 tu??hahhaha..pelik..unless ko pun rempit...hjahahahha

    BalasPadam
  14. marilah menjadi mamat kete..
    kami tak merempit...
    kami merembat

    BalasPadam
  15. pada aku rotan masa di sekolah masih lagi terbaik...
    mana tak bebudak ni naik lemak kalo da kuasa cikgu nak merotan pun da takde...

    kalo sesape ada tgk kartun lat...
    masa die kecik, bapak die siap ada bekalkan rotan tok ustaz yg ngajo ngaji tuh rotan...
    padahal ustaz tu ada rotan lagi beso...

    skang ni...
    nak rotan pun pikir takot kene lokap la, tu la, ni la...

    mmg la org2 dulu pun ada escapism, tapi dorang tu ada limit...
    bebudak skang ni yg sampah langsung takde limit...
    sampai nak bunuh org...

    BalasPadam
  16. hahaha..ko baca "kampung boy" ni.dulu mak aku rajin la membeli buku2 Lat dekat kitorang..membesar la aku macam kartun2 tu dengan perangai macam kartun.bila besar pun kerja buat kartun.

    budak skrg ni membesar dgn "naruto",bila remaja yg tu ramai nak jd NINJA

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. haha...ninja ka..
    mantot...awat hang x layan katun gto..
    hang bley la jgi cikgu yg ganas lgik bergaya cam dlm katun tue..
    hahahahaha...

    BalasPadam
  19. aku tak kata jangan salahkan mat rempit, or mat rempit tu tak salah langsung. aku cuma sentuh isu ni from a bigger picture, i.e. apa antara punca2 jadi budaya camni, dan aku argue yg gejala ini juga adalah satu bentuk escapisim ZAMAN SEKARANG. serious dude, cuba korang jenguk2 warga kita yang idup kat felda, kampung2, flat2.. kalau2 kecik2 rebung time sekolah rendah pun dah pandai tgk porn, isap rokok, cakap kuang aja ngan orang tua, bla2.. apa lagi bila dah jadi tua buluh.. and, takkan la diorang ni lahir2 dah jadi camtu?

    betul, takkan la hidup susah nak jadi mat rempit sebagai jalan keluar? itu betul la argument tu. tapi cuba teliti baik2 tgk linkages semua aspek kehidupan. penuh dengan loopholes dan ulat bukan? cukupkah keperluan2 untuk rakyat? keperluan tu bukan setakat RM dude, tapi sosial, kasih sayang, seks, bla2.. termasuklah keperluan2 untuk ego dan tuntutan2 naluri.. itu keperluan SEMUA orang.. aspek psychology ni account for more than 50% of our life dude...

    betul, ada ramai anak2 susah yang berjaya. Tapi seriously, majoriti adalah yang tidak berjaya.

    Memang, kalau tgk cara idup mat rempit ni, jgn harap sangat kita dapat nasihat diorang. dah keras beb. dah jadi buluh. sebab tu argument aku sentuh isu system kehidupan kita ni, dan aspect psychology, i.e. escapism yang turut menyumbang kepada gejala ni.

    Betul, kalau kita cap fikiran kita pada usia kita (aku yakin majoriti kat sini still muda-belia), of course kiat BENCI NAK MAMPUS KAT MAT2 REMPIT ni. . tapi takkan nak dibiarkan aja diorang ni? tak yah tolong? memang ah susah nak tolong, diorang siap lawan lagi.. tapi WAJIB tolong dude..

    memang ah, aku pun geram ngan mat2 rempit. rasa nak terajang2 je. tapi wife aku yang cikgu cakap, kalau dah semua orang benci and nak hukum diorang ni, siapa pulak yang bertanggungjawab nak tolong diorang? bukan ke tanggungjawab orang yang lebih senang menolong orang yang lebih kurang..

    dude, aku bukan mat rempit dan bersyukur kerana tak perlu lalui kehidupan macam tu. and, tak perlu untuk jadi mat rempit untuk faham masalah ini. cuma perlu bukak mata dan tgk dengan hati.

    Again, aku tetap dengan argument aku bahawa kes mat rempit ni adalah kes HASIL/RESULT akibat sesuatu dalam masyarakat kita. Apa komponen2 sesuatu tu? Aku dah argue in earlier comments. Benda dah terjadi. Wabak dah menular. Yes, perlu dibendung. Tapi bendung macam mana?

    Bukahkah orang kampung gua selalu cakap, "Prevention is better than cure"?

    ----
    ramai orang marah kalau gua sentuh 'kerajaan turut jadi punca masalah masyarakat'... tapi kalau kerajaan serious nak bendung rempit dan jenayah ragut, (1)improvekan public transport supaya rakyat golongan bawahan takdela kena bergantung ngan motor2 sangat. Agak2 la, kenapa kerajaan taknak improvekan public transport? Sah2la nak support kita nya auto industry dan towkey2 motor. Kita ni negara anutan kapitalis dude. Welfare apekejadah nye... (2) improvekan KUALITI hidup rakyat, i.e. RM, sosial, education, welfare, agama, budaya, strong support system, bla2...

    AND< Dah siap semua ni well in place.. nah, hukumlah cukup2 diorang ni kalau masih buat onar! Rotan ka , apa ka.. Itulah yang khalifah Umar abd Aziz boleh buat dulu.. Cukupkan welfare rakyat, baru implement hudud (oh, another tabboo word).. Kata negara Islam, ye tak?

    Wallahualam.

    -Semi-

    BalasPadam
  20. pergh mak bapak mcm sokong anak jd mat rempit..siap jd penonton lagi? waww interesting

    BalasPadam
  21. tot..pic rempit tu ngko dpt dr mana?

    aku mcm kenal jer r mat rempit tu..or myb idup aku yg dikelilingi ngn mat rempit ni wat aku rs sume aku kenal..

    BalasPadam
  22. salam.
    haha.
    aku sebagai seorang cikgu, sgt stuju dgn artikel kau ni mantot.
    cikgu tak sepatutnye disekat. dan mak bapak tak payah nak terjah cikgu kalau anak diorang btol2 buat salah.
    ini tak, kne cuit sket, blom penampar lagi, mak bapak dah dtg serang cikgu kat sekolah.
    pengetua pulak TAKUT nak buang pelajar yg bermasalah atas alasan takut prestasi dan nama sekolah tercemar.
    lebih teruk lagi, PENGETUA sendiri diugut oleh mak bapak, mahu disaman kalau anak mereka yg "baik" sgt tu kne buang sekolah.
    haish. ape nak jadi la.

    BalasPadam
  23. ceh...

    makpak org ganu ni mmemang sungguh memalukan akulaaa... sib baik aku bukan kat KT, kalau tak mau aku pi hambat makpak depa balik..


    iskhhh... sgt mendukacitakang

    BalasPadam
  24. im agree wif semi.. banyak sangat gejala parah.. dari ke ragut ke merempit.. blm lagi beggars yang berlambak.. tau x drg tuh tersepit.. n ble ssh org sng nk kufur.. diuji dgn benda nk cpt sng.. + nti kte kutuk lak die dpt jadi jutawan senang..kte perlekeh itu ini.. mmg kte idup sng.. xpk org len.. mne nk rse~

    high profile ppl do mistkes gak.. bet me.. dare to kick their ass? silap2 ikut jadi kaki kipas~ lol..

    benda macam kecik.. bak kata org cabang-cabang nih dtg dri bnde besa yg xsetel2.. maka, dia makin membusut n bernanah

    + tnsion dgn org rebut2 takhta segala.. mcm zaman melayu lme.. dh dpt klu xjalan kje.. entah apa nak jdi dengan dunia.. haih~

    +.. kita komplen2 org.. cmne dgn role playing kita? keje kite pun kena jalan..jaga influential circle masing-masing..

    dont u get it?

    erk, lusa nak xm.. mintak diri dlu~

    -im a humanbeing .. subjected to errors n mistakes- TQ~

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.