Kalau aku cuba berhujah dengan penyokong-penyokong kerajaan,point2 yang mereka akan guna untuk bantai aku balik hanya tertumpu kepada satu benda;"Ketuanan Melayu."Aku dah berdebate dengan seorang member aku,dia orang Johor dan pengaruh UMNO dalam diri dia agak kuat.Kalau korang baca posting "Ayat-Ayat Tipikal Seorang Penyokong Kerajaan" aku,ayat nombor 6 adalah ayat yang dia keluarkan bila aku komen dia bayar bulan2 kereta Toyota dia,separuh dari duit tu adalah cukai kerajaan.
Dia adalah seorang penyokong kerajaan yang tegar.Aku ingat lagi bila berdebate dengan dia pasal kenapa kena tukar kerajaan,point dia adalah "Kalau kita tukar kerajaan HABIS,HABIS!Habis semua benda orang Cina kontrol!"Ironinya....dia bekerja dengan sebuah kompeni yang majikannya Cina.
Jadi,apa yang ditakutkan sangat dengan orang bangsa lain?Adakah orang Melayu merasakan mereka lebih hebat berbanding bangsa lain,sebab itu perlunya semangat "Ketuanan Melayu" yang kuat?
Atau kebanyakan orang Melayu sedar,jika dibandingkan dengan daya saing bangsa lain,orang Melayu jauh ke belakang?Sebab itu mereka takut benar nak bersaing.Sebab mereka sudah tau mereka akan kalah?Jadi mereka perlukan Ketuanan Melayu sebab tanpa ketuanan Melayu,mereka akan jadi bangsa yang mundur.Mungkin itu sebab sebenar, orang-orang Melayu hendak sangat menjaga Ketuanan mereka ini.
Jika anda membaca Malay Dilemma ; dalam buku itu ada disebutkan masalah dan sebab kenapa orang Melayu terkebelakang.Dr.M ada mengulas mengenai bermacam-macam masalah mentaliti masyarakat Melayu yang membuatkan orang Melayu tidak mampu bersaing dengan bangsa lain.Pada aku,Dr.M cuba membuka minda masyarakat Melayu pada tahun 1970 an dengan cara memprovoke orang-orang Melayu supaya sedar yang "jika kita sentiasa berada ditakuk yang sama,makin lama kita akan makin ketinggalan."
Tapi lihatlah hasilnya.Buku itu dibanned kerajaan Malaysia.Seolah-olah ideologi seorang Melayu yang jauh ke depan yang cuba diterapkan itu bercanggah dengan prinsip pembangunan Malaysia pada waktu itu.Kelihatan seperti kerajaan pada waktu itu tidak mahu masyarakat Melayu sedar tentang kelemahan diri mereka.
Dan lihatlah zaman sekarang.Seolah-olah tidak ada langsung pengajaran yang diambil oleh orang2 Melayu.Terlalu banyak sistem yang dibangunkan untuk memajukan orang Melayu tetapi lama kelamaan sistem itu disalahgunakan oleh orang Melayu sendiri.Inilah Masalah Orang Melayu;Bila diberi,mereka ambil sebanyak mungkin.Kemudian duduk,termenung menunggu durian runtuh berikutnya.
Pertama sekali,kita orang Melayu kena mengakui;budaya kita masih muda dan kita takkan mampu lawan budaya masyarakat Cina yang dah berabad dibina.Aku bagi contoh; ibu bapa orang Cina dan orang Melayu.
Jika anda seorang Melayu dan akan mengambil SPM atau menunggu kemasukan ke IPT,cuba tanya kepada kawan Cina anda,"Kau nak masuk IPTA mana nanti?" Pasti soalan anda itu akan dijawab dengan senyuman kambing ataupun sebijik penumbuk (jika anda bertanya secara kurang ajar).Orang Melayu?Orang Melayu boleh simpan angan2 masuk ke IPTA di Malaysia jika result SPM bagus.Orang Melayu mampu berfikir mengenai nilai yuran yang rendah dan boleh dikatakan semua benda diberi bantuan.
Tapi cuba bayangkan perbezaan antara ibu bapa Cina dan Melayu yang mengimpikan anak mereka masuk ke Universiti.Jalan yang mereka lalui sungguh berbeza sekali.Orang Cina pasti akan cuba menyimpan duit sebanyak mungkin untuk memastikan anak mereka dapat masuk ke Universiti swasta sebab mereka sedar,peluang untuk ke IPTA sangat rendah dan yuran pengajian pula sangat mahal.
Orang Melayu?
Duduk goyang kaki,tunggu anak masuk U.Bila anak nak masuk U,pinjam duit sedara mara untuk hantar anak masuk IPTA yang yurannya kalau dibandingkan hanya seciput berbanding yuran ke IPTS.Kalau tak cukup,apply PTPTN.
Sebab itu perlunya Ketuanan Melayu?Untuk melahirkan bangsa yang mundur akalnya dan bakal graduan yang hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti merempit macam di UPM?Jangan marah ye student2 UPM,tapi dulu aku join tengok lumba haram budak2 UPM depan Minlon (korang tau kan apa aku cakap ni) Berkeliaran lari bila polis datang.Dua kali kena camtu aku dah tak pegi tengok dah.Zaman muda!Zaman baru belajar bawak motor dan belajar2 main kuda sebelum sedar main kuda tu bodoh.
Jadi,adakah perlu Ketuanan Melayu jika kita ambil dari segi konteks sebegini?
Adakah benar orang Melayu perlukan "dorongan" seperti yang diperkatakan Dr.M dalam bukunya?Adakah dorongan ini akan memberikan kesan yang baik atau impaknya lebih negatif?
Persoalannya yang paling utama;
Adakah Ketuanan Melayu @ Bumiputera ini berjaya membentuk orang Melayu yang mampu bersaing? Niat asalnya,untuk membangunkan dan memajukan orang Melayu.Tapi,adakah kini,ketuanan Melayu itu menjadi satu senjata Kerajaan,untuk menakutkan orang-orang Melayu yang memang senantiasa dalam ketakutan kehilangan haknya?
Dia adalah seorang penyokong kerajaan yang tegar.Aku ingat lagi bila berdebate dengan dia pasal kenapa kena tukar kerajaan,point dia adalah "Kalau kita tukar kerajaan HABIS,HABIS!Habis semua benda orang Cina kontrol!"Ironinya....dia bekerja dengan sebuah kompeni yang majikannya Cina.
Jadi,apa yang ditakutkan sangat dengan orang bangsa lain?Adakah orang Melayu merasakan mereka lebih hebat berbanding bangsa lain,sebab itu perlunya semangat "Ketuanan Melayu" yang kuat?
Atau kebanyakan orang Melayu sedar,jika dibandingkan dengan daya saing bangsa lain,orang Melayu jauh ke belakang?Sebab itu mereka takut benar nak bersaing.Sebab mereka sudah tau mereka akan kalah?Jadi mereka perlukan Ketuanan Melayu sebab tanpa ketuanan Melayu,mereka akan jadi bangsa yang mundur.Mungkin itu sebab sebenar, orang-orang Melayu hendak sangat menjaga Ketuanan mereka ini.
Jika anda membaca Malay Dilemma ; dalam buku itu ada disebutkan masalah dan sebab kenapa orang Melayu terkebelakang.Dr.M ada mengulas mengenai bermacam-macam masalah mentaliti masyarakat Melayu yang membuatkan orang Melayu tidak mampu bersaing dengan bangsa lain.Pada aku,Dr.M cuba membuka minda masyarakat Melayu pada tahun 1970 an dengan cara memprovoke orang-orang Melayu supaya sedar yang "jika kita sentiasa berada ditakuk yang sama,makin lama kita akan makin ketinggalan."
Tapi lihatlah hasilnya.Buku itu dibanned kerajaan Malaysia.Seolah-olah ideologi seorang Melayu yang jauh ke depan yang cuba diterapkan itu bercanggah dengan prinsip pembangunan Malaysia pada waktu itu.Kelihatan seperti kerajaan pada waktu itu tidak mahu masyarakat Melayu sedar tentang kelemahan diri mereka.
Dan lihatlah zaman sekarang.Seolah-olah tidak ada langsung pengajaran yang diambil oleh orang2 Melayu.Terlalu banyak sistem yang dibangunkan untuk memajukan orang Melayu tetapi lama kelamaan sistem itu disalahgunakan oleh orang Melayu sendiri.Inilah Masalah Orang Melayu;Bila diberi,mereka ambil sebanyak mungkin.Kemudian duduk,termenung menunggu durian runtuh berikutnya.
Pertama sekali,kita orang Melayu kena mengakui;budaya kita masih muda dan kita takkan mampu lawan budaya masyarakat Cina yang dah berabad dibina.Aku bagi contoh; ibu bapa orang Cina dan orang Melayu.
Jika anda seorang Melayu dan akan mengambil SPM atau menunggu kemasukan ke IPT,cuba tanya kepada kawan Cina anda,"Kau nak masuk IPTA mana nanti?" Pasti soalan anda itu akan dijawab dengan senyuman kambing ataupun sebijik penumbuk (jika anda bertanya secara kurang ajar).Orang Melayu?Orang Melayu boleh simpan angan2 masuk ke IPTA di Malaysia jika result SPM bagus.Orang Melayu mampu berfikir mengenai nilai yuran yang rendah dan boleh dikatakan semua benda diberi bantuan.
Tapi cuba bayangkan perbezaan antara ibu bapa Cina dan Melayu yang mengimpikan anak mereka masuk ke Universiti.Jalan yang mereka lalui sungguh berbeza sekali.Orang Cina pasti akan cuba menyimpan duit sebanyak mungkin untuk memastikan anak mereka dapat masuk ke Universiti swasta sebab mereka sedar,peluang untuk ke IPTA sangat rendah dan yuran pengajian pula sangat mahal.
Orang Melayu?
Duduk goyang kaki,tunggu anak masuk U.Bila anak nak masuk U,pinjam duit sedara mara untuk hantar anak masuk IPTA yang yurannya kalau dibandingkan hanya seciput berbanding yuran ke IPTS.Kalau tak cukup,apply PTPTN.
Sebab itu perlunya Ketuanan Melayu?Untuk melahirkan bangsa yang mundur akalnya dan bakal graduan yang hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti merempit macam di UPM?Jangan marah ye student2 UPM,tapi dulu aku join tengok lumba haram budak2 UPM depan Minlon (korang tau kan apa aku cakap ni) Berkeliaran lari bila polis datang.Dua kali kena camtu aku dah tak pegi tengok dah.Zaman muda!Zaman baru belajar bawak motor dan belajar2 main kuda sebelum sedar main kuda tu bodoh.
Jadi,adakah perlu Ketuanan Melayu jika kita ambil dari segi konteks sebegini?
Adakah benar orang Melayu perlukan "dorongan" seperti yang diperkatakan Dr.M dalam bukunya?Adakah dorongan ini akan memberikan kesan yang baik atau impaknya lebih negatif?
Persoalannya yang paling utama;
Adakah Ketuanan Melayu @ Bumiputera ini berjaya membentuk orang Melayu yang mampu bersaing? Niat asalnya,untuk membangunkan dan memajukan orang Melayu.Tapi,adakah kini,ketuanan Melayu itu menjadi satu senjata Kerajaan,untuk menakutkan orang-orang Melayu yang memang senantiasa dalam ketakutan kehilangan haknya?
Masalah yang kau cakap ni mantot, adakah semuanya disebabkan Ketuanan Melayu?
BalasPadamKetuanan Melayu di negara ni adalah Melayu pegang kuasa.
Itu je yang tinggal, dah ekonomi tak berjaya kuasai. Apa lagi yang tinggal?
Orang melayu malas, orang melayu harap ptptn, jadi mat rempit, tak simpan duit, itu semua bukan hasil Ketuanan Melayu. Itu semua bi product atau waste dari konsep Ketuanan Melayu!. Mereka sedap di tongkat.
Tapi kalau kau nak tarik tongkat ni, dia rebah terus! Kau kene tarik slow-slow mcm PM buat sekarang. Tak bagi muka dan peluang lagi utk diorang jadi rempit, dapat PTPTN senang-senang.MARA dah ditukar format dan peranan dipindahkan ke JPM.
Seorang yang ada sifat Ketuanan Melayu takkan layu Tot...dia takkan biar diri dia sendiri jadi bi product mcm kau cakap tu. Dia nak jadi MAIN PRODUCT dan berjaya.
Kenapa cakap pasal bi product yang tak dimaukan ni sahaja? Tapi tak cakap pasal HASIL Ketuanan Melayu melahirkan tokoh korporat, intelek dan pemimpin Melayu?
Pasal sikap Melayu ni, sampai esok cerita pon tak habis. Kita boleh kawal diri dan keluarga kita, tapi sedara mara, rakan taulan, boleh ke? Diorang nak rempit, keputusan diorang. Cara diorang dibesarkan pon mcm tu.
Nak biar pulak wujud Ketuanan HINDRAF, Ketuanan lain di bumi bertuah ni, pasti jauh dalam hati orang Melayu tak rela melukut di tepi gantang di tanah air sendiri. Paling kurang di Arab, UAE, Brunei, betapa bodoh bangsa mereka pon nasib mereka terbela, tak de yang tak makan. Kerana Ketuanan PRIBUMI UMPANA KETUANAN MELAYU la.
ANOTHER MALAYSIAN
Orang melayu malas, orang melayu harap ptptn, jadi mat rempit, tak simpan duit, itu semua bukan hasil Ketuanan Melayu. Itu semua bi product atau waste dari konsep Ketuanan Melayu!. Mereka sedap di tongkat.
BalasPadamTapi kalau kau nak tarik tongkat ni, dia rebah terus! Kau kene tarik slow-slow mcm PM buat sekarang. Tak bagi muka dan peluang lagi utk diorang jadi rempit, dapat PTPTN senang-senang.MARA dah ditukar format dan peranan dipindahkan ke JPM.
..................
Uishhh, LAMA BETUL TUNGGU, baru kerajaan nak ambil tindakan..
Hurmmmm...aku tak nampak pun yang dikatakan amik "tongkat" tu slow2. Yang aku nampak sistem PTPTPU tu makin lama makin celaru. Dulu kejap diwajibkan mak bapak yang nak anak diorang di"tanggung" PTPTPU masuk SSPN. Pastu lat beberapa "abad", dimansuhkan pulak. Ni taknak dibagi pulak pada MAT REMPIT.
BalasPadamAku rasa tak lama tu, kejap je dibagi balik ngan alasan, "Kita mahu seluruh rakyat diberi peluang untuk belajar". Yeahh..
Dan...
"...Paling kurang di Arab, UAE, Brunei, betapa bodoh bangsa mereka pon nasib mereka terbela, tak de yang tak makan..."
Kalau kat sana takde yang tak makan, kat MALAYSIA bukan setakat ada lagi ramai yang tak dapat makan, makin yang dah cukup makan berboroi perut tu di"suap2" lagi. Aishhhh... Lagi BODOH rupanya bangsa aku nih..
aku kenal member ko orang johor pakai toyota tu...hahahha! chalo!!!
BalasPadamketuanan melayu
BalasPadamfunny you said that. apa yang terjadi sekarang ialah bangsa lain merendah-rendahkan pencapaian mahasiswa melayu. siapa graudan uni dari malaysia ( terutama UITM) awal2 sudah ditendang ketepi. bukan kerana result tak bagus tapi sebagai vendetta kerana terpilih belajar di uni tempatan
akhirnya berlakulah perlambakan mahasiswa melayu lokal yang menanam anggur. bukan kerana resultnya gagal, bukan kerana tidak pandai, bukan kerana tiada skill. tidak dapat kerja kerana awal2 sudah didiskriminasi si HUMAN RESOURCE sesuatu syarikat yang didominasi kaum bukan melayu
bila berlaku perlambakkan aggur maka mereka mula buat alasan
"oh the malays can't speaka ze inglishu know.. veli bad inglish"
"uitm student is veli veli bad.. no wan to take them. english like my 3 yeat old niece standard"
satu lagi mitos direka bagi mencipta imej melayu lepasan unis are damn unemployable.tapi kamu tahu ini tak benar. sengaja tak mahu ambil sebagai balas dendam kepada ketuanan
akhirnya uni mereka pula jadi cemuhan
"all uitm student useless... so the unis must be filled with stupid malai professor. all beli the doctorate"
kamu nampak apa jadi sekarang? sikit sikit dia attack. aku bukan rasis. aku seorang observer. aku bencikan rasis. tapi ketuanan melayu lagi detrimental to the betterment of the malays in the long run. our current and future generation will be suffering from the continuos vendetta as long as ketuanan is in effect.
whick bring in a very nice question
say if tomorrow ketuanan is abolished. Can we xpect them to play fair. stop this organised discrimination againts malay graduates?
the realist in knows that on the revocation of ketuanan things might get a wee bit ugly for a few years. masa tu la setelkan hutang tak ketaksamaan semenjak merdeka
so at the end of the day.
the current discrimination against malay garduates is a because of ketuanan
but kalau tarik ketuanan esok ada kemungkinan diskriminasi masih akan berlaku and the only de facto system to ensure that the wholesesale discriminationw will not be in effect will be gone. in the end we still lose
paranoid atau realis?
sorry kerana rojak. aku punya bahasa melayu gagal. harap kamu paham point yang aku cuba sampaikan.
ohho.. uitm di hatiku~
BalasPadamsibuk memperjuangankan ketuanan orang Melayu.
Alalala.. melayu hari ini pun bukan rupa Melayu pun, nak pakai kain pelekat [ke pelikat] pun malu?~
Muka hidup kacuk, kahwin campur sikit, duduk ovc dua tiga tahun.. waah, 'melayu'nya..
Sudah itu, ada apa dengan Melayu?
-antiracist-peaceforall-
p/s another msia, could u plz write ur name at da name/url column instead of signing in da bottom? juz a suggestion. tq
I totally agree dengan pendapat u.
BalasPadamIts about time orang melayu keluar dan bangkit dari asyik mendapat bantuan, kerja keras, simpan duit, buat pelaburan jangka panjang...baru boleh maju. Tak payah dengan ketuanan melayu.
just nak cerita sket..
BalasPadammase zaman aku U dulu, ade sorg classmate aku, chinese.. SPM power.. die mintak course mekatronik but tak diterima sebab kuota penuh (oleh budak2 yg SPM lagi rendah dari dia).. dapat course aku (computer science).. even tho bukan course yg die pilih die tetap score.. 3.5 and above every semester..
mase tu aku fikir, aku rase kesian and at the same time kagum tgk mamat nih..
even dalam situsi yg berat sebelah, die masih mampu utk bukan setakat survive, tp excel dalam benda yg die buat...
syaiful13 i argee with u.. all u need is hard-working, independent, sincerely, u can excel anything u can dream of.. i also argee with bro tot memang betul malay people memang dah manja sgt...
BalasPadamdah lah cakap sikit kelemahan dah naik angin mcm lah they all bagus sgt, itu pun kalau they all more educated than people.. bukan main cara mereka menulis...
apa pun thats their opinion and our opinion.. i tetap respect... peace bro
PS: bro tot dah baca the latest mastika bulan jun??? a lot interesting article going on.. take care.
Obefiend bawak isu 'vendetta' kaum cha ya nun alif kat graduan IPTA/S tempatan terutaman UiTM. Aku memang suka topik ni. Memang reflektif pada Ketuanan Melayu kewujudun UiTM ni.
BalasPadamAgaknya, kalau takde UiTM mana la budak2 yg kene buang UTM, USM, UM, UUM dsbgnya ni nak dapat peluang kedua? Senangnya la nak bagi diorang peluang kedua tapi non Bumi peluang pertama pon susah.
So dah mereka dendam dan vendetta kerana wujud Ketuanan Melayu, nak biarkan saja ke? Maksudnye tu ape, bukan ke maksudnya mereka tak akur dengan Melayu pegang kuasa di Tanah Melayu sendiri? Mereka tak akur dengan jumlah penduduk bangsa Melayu yang paling ramai di M'sia yang berikan majoriti di parlimen, mereka tak akur dengan Perlembagaan Perkara 153 walaupun dalam tu dah jamin hak mereka melalui sistem YDP Agong.
Mereka dah ada ekonomi, tak cukup lagi? Tak payah biasiswa pon boleh pegi oversea. Budak melayu? Terhegeh-hegeh mintak biasiswa, isi borang UiTM.
Aku punye pelik budak2 melayu macam kau orang, dah disuruh lompat dek mereka ni, kau tanya berapa tinggi mau lompat. Dah pulak tu suruh naik atas meja, kau naik. Suruh pulak londeh seluar, kau londeh!
Jual..jual...jual lagi ape yang tinggal kat bangsa kau ni.Memang patut ramai yang dah senang & kaya tak mau tolong yang tengah susah mcm kau cakap.Dah reti komplen je.Lepas tu salahkan kerajaan UMNO/BN. Ada suwey ka tolong sama mlayu? Tanya itu PAS/PKR sula tolong manyaakk sama DAP. Kesian la katakan pada DAP...kesian...meka dizalimi kerajaan. Sampai nak bawak balik Chin Peng!
ANOTHER MALAYSIAN
Rais Yatim yang 'hangatkan' isu Chin Peng ni lately.
BalasPadamNajib pula akan ke China tak lama lagi.
Mari main catur...
kepada Mantot yang buta sejarah & aku rase ko bukan orang melayu, bace nih
BalasPadamsemasa penjajahan british diorang telah mmberi tekanan kepada penduduk pribumi dari segi mental supaya mereka merasa rendah diri untuk british senang control diorang, boleh dilihat di negara jajahan british..
then diorang bawak buruh2 murah india & cina(golongan oportunitis) dan x kan menentang british..
orang melayu telah menerima mereka dengan terbuka (sifat orang melayu suke mengalah).
Kerja britain ini kemudian diteruskan oleh anak haram sultan Kedah ngan gundik bernama Tunku Abdul Rahman(celaka) yang memisahkan kaum ikut ekonomi..melayu bertani,cina berniaga, india ladang.tekanan berterusan menyebabkan orang melayu rendah diri & miskin.orang cina yang dapat sokongan terus kaya.ini taktik britain untuk terus jajah tanah melayu.salah satu perjanjian kemerdekaan, jika berlaku pergaduhan kaun dalam 10 tahun selepas kemerdekaan, tanah melayu akan diambil alih oleh britain kembali.nasib baik kita gaduh tahun 1969.orang cina yang hidup dengan sokongan britain & kerajaan mempunyai daya saing & modal yang tinggi berbanding orang melayu..kira macam orang cina dah masuk gear 5, orang melayu batu gear 2, untuk menyamakan dua kaum nih, bantuan harus diberi pada kaum melayu.lainlah klu kaum melayu diberi oeluang same dari awal.lagipun kaum cina & india dah bagi perjanjian akan terima hak kesitimewaan orang melayu jika x nak dihantar pulang ke negara asal..disebabkan kebodohan tunku abdul rahman pun sain, dah lah bagi pengampunan kat komunis kat hutan..so aku rase x salah disebut ketuanan melayu sebab negara ni tanah melayu...sebab kite dah bagi orang duk tanah kita..mane ade negara sekolah boleh plak ade bahasa penghantar negara asal..orang2 mcm ko ni lah yang akan jadi mcm tunku abduk rahman pengkhianat bangsa!!!!!!!!!!!!!!!!!
kita tengok je kat miri sarawak, kaum cina yg kontrol, kaum melayu mcm hamba d negeri sndiri..
BalasPadamcino di klate tu ok jah.
BalasPadambisnes samo maju nga set melayu.
takdok pung tindas-menindas ni.
hok tu pas memerintah.
kalu pok mu kato klate tok maju, tapi aman sejahtera.
bukey baru pas memerintoh, lamo berjamey doh.
di miri tu puok² mano pulok hok memerintoh? confirm bukey pas.
sapo hok khianat sapo ni?
herey aku set² ni.
aku herey set² anti kelate ni (lagi² hok tino). kondem,anti klate kuat. tapi pok² demo jugok mari shopping di klate. klabu mato jugok. tapi pok² kito jual jugok ko demo. set kito rilek jah. nok baloh wak nate apo. mugo kito napok depey mato blako. bereh.
Apa yang aku dapat tangkap dari apa yang ko cube tulis pasal "SEJARAH" yang aku tak tau tu adalah...Tunku Abdul Rahman tak sepatutnya buat perjanjian dengan British untuk memerdekakan Tanah Melayu.
BalasPadamtapi..
point aku post benda tu bukan persoal Ketuanan Melayu.
Mcm yang tulis dekat Miri tu,kenapa jadi camtu?Sebab pemimpin dia bukan Melayu?Miri dalam Sarawak,Sarawak bawah Malaysia..Malaysia jalankan bumiputera seluruh negara kan?Kenapa jadi camtu jugak?
Pada aku,Ketuanan Melayu ni digunakan majoritinya untuk memastikan Pemimpin-Pemimpin Melayu ni terus berkuasa,memastikan diorang masih kat atas.Nak jaga kuasa.
Bila diorang dah rasa selamat,diorang mampu buat apa saja yang diorang suka,tak perlu ada rasa takut.
Diorang tau,orang Melayu akan sokong diorang bila isu Ketuanan Melayu ni dibangkitkan.Jadi,diorang takde perasaan takut,sebab sokongan tu takkan hilang.
Orang Melayu takut hilang hak,diorang takut hilang kuasa.
Bila makin ramai orang Melayu yang berani mempersoalkan mengenai Ketuanan Melayu,kau boleh tengok sendiri isu2 macam Chin Peng pun dah boleh ditukarkan jadi satu sentimen perkauman.Apa kejadahnya tiba-tiba semngat komunisme tiba-tiba bangkit seperti kata menteri2 kita sekarang?
Kau mahu cerita pasal isu pendatang dulu kala,kau lihat zaman sekarang,adakah kerajaan kita sendiri belajar daripada sejarah masa lampau?
Tak mustahil satu masa nanti kita punya 5 kaum majoriti.Waktu itu,mahu dipakai lagi Ketuanan Melayu?
Mulut Kerajaan bising memperkatakan mengenai perlunya dijaga ketuanan Melayu ni tapi tindakan yang diambil mereka menunjukkan mereka bukan kisah pun.
Bila perlu,bila terdesak,mainkan isu Ketuanan Melayu.Orang Melayu pun tiba-tiba bangun dengan keris mendengar laungan keramat pemimpin2 mereka.
Mana pergi keris Panca ape nama dia tu?
BalasPadamKeluarkan lah beb, buat apa simpan2Baru ah garang!
Ni kejap hulur, kejap simpan.. apekejadut nye?
(Hmm.. agak2 tunduk pada sapa sampai terpaksa simpan keris tu? Apeke turrr?)
Eh, 1Malaysia tu apa maknanye?
Apehal 1Malaysia lak? kenapa tak bukan 1Malay? Ni nak ambik ati sapa lak ni? DAP ke? macam sama je ngan Malaysian Malaysia..
TPM nak kaji balik beri scholarship PSD tu... tak terancam ke cik mat?? tak melenting ke Tige Lain? tak ketuanan ah camni, bagi2 scholarship kat bangsa lain! Apa hal beb, hak gua tu!
Apehal beb PM gua berbaik ngan Singapore sampai nak buat 3rd brige? Singapore kan musuh? Apehal nak buat 3rd bridge lak? Buat jembatan bengkok udah2le.. Kang Madey marah kang, sapa nak jawab?
Hish, apa ni.. kata pak lah tak cukup ketuanan. Ni pak Jib pun macam dua kali lima, kongkali kong...
AH, TAK KETUANAN AH UMNO NI!!
Maaf, lambat masuk pulak ini blog hari ni. Hari jumaat la katakan, byk kerja, meeting, solat Jumaat, makan tghari.Kita semua kerja kuat ni, cari rezeki, tak ada yang dapat duit free-free atau ngarap kerajaan bagi tak pasal-pasal. Dah setel baru puas nak tengok balik komen balas nkorang ni & bantai balik.
BalasPadamDah dua kali dah kau ulang cara bercakap kau ni Semi. Tahniah.Aku suka pendakwah hipokrit ala-ala mat sabu, arwah bunyamin gaya kau ni. Lepas ni kalau kau nak print balik comment aku silakan, tapi jangan la kau tukar mana2 part ye itu IP rights aku.
Keris Pancasila,keris tanda perjuangan Pemuda UMNO dah dijulang dan dicium di hadapan 1300 perwakilan Pemuda UMNO ketika Perhimpunan Agung Mac lalu. Siapa kata simpan?
Pancasila dihadiahkan kepada mantan Ketua Pemuda UMNO Dato' Sri Hishamudin Tun Hussein sebagai jasanya sebagai Ketua Pemuda selama 11 tahun. Tak terbilang jasa dan pengorbanan tu.Tak ikut perjalanan perhimpunan memang la kau tak perasan. Keluar berita terang-terang malam tu lepas ucapan terakhir Ketua Pemuda. Tak ada pon dia takut-takut nak keluarkan keris Pancasila. Kita mmg tak peduli apa diorang kata. Kalau mereka tuntut minta maaf, kita bagi la.Lepas tu kita terus buat lagi, terus perjuangan ye tak?
Simbol adat, budaya, agama Islam setakat ni nampaknya UMNO yang pertahan. PKR dah jadi rasuah seks. PAS dah kene jolok belakang dek DAP di Perak.
Orang macam kau tak gheti bahasa dah naik atas meja londeh seluar, hulur ....memang la tak faham konsep. Orang mcm kau je akan samakan 1Malaysia dengan fahaman pakatan jahat tak rasmi kau DAP. Berapa kali terang da...1Malaysia jamin hak rakyat terutama pribumi Melayu dan bangsa lain melalui Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Ini semua dipersetujui melalui kontrak sosial.
Malaysian Malaysia DAP, cuba nak buat sama rata untuk SEMUA bangsa kat Malaysia. Bila dah sama rata, sapa yang kaya sajalah boleh idup, sapa yang belum sempat kejar lantak sama lu la...
Scholarship JPA dikaji balik. Dikurangkan kuota Melayu, diberi pada mereka yang layak dari bangsa lain. Sikit-sikit tongkat ditarik ikut rancangan PM. Kau jugak taknak Ketuanan Melayu kan? Kita tengok sapa bersedia atau tak bila tongkat DEB ditarik balik. Jangan nanti menangis mintak itu ini tapi depa kata sikalang sula sama lata la..lu mana mali?
Mantot,
Quote kau:
"Pada aku,Ketuanan Melayu ni digunakan majoritinya untuk memastikan Pemimpin-Pemimpin Melayu ni terus berkuasa,memastikan diorang masih kat atas.Nak jaga kuasa."
Komen aku: Ya, seterang - terangnya aku dah eksplen kat komen aku yang first skali kat atas, memang Konsep Ketuanan Melayu utk pastikan pemimpin Melayu Terus Berkuasa. siapa yang kata ada agenda atau tujuan lain?
Aku tak rela PM ata TPM M'sia dari bangsa lain bro. Kau nak 5 bangsa majoriti satu hari nanti, kita tunggu la waktu tu tiba. Orang melayu kita ni suka dengan menda2 tingkat kemampuan batin ni. Tak tau la itu menyebabkan kurangnya populasi orang melayu lagi kat mesia lagi 30 tahun sampai hilang bilangan majoriti penduduk.
ANOTHER MALAYSIAN
prett....preettt.....petttt pettt!!!! BFK 1254 merempit laju!
BalasPadampettt!!!! pett!!!!
hehe..sori Tot!
Semue yg diatas bercakap pasal ketuanan Melayu....tapi orang Melayu lemah sebab agama yang dianuti pun dipandang rendah, remeh temeh dan cincai. Kite hanye anggap agame tu sebagai pelengkap hidup org Melayu tp kite sendiri tak menggangkat Islam sebagai addin. Dalam Islam takde ketuanan Melayu tapi sejarah pernah membuktikan orang Islam kuat kerana agame, bukan sbb bangse atau darjat atau apepun. Pade pendpt aku, org Melayu lemah sebab kurangnya iman di dada, tdk menganggap diri sebagai org Islam yg menjalankan perintah Allah s.w.t. Sebab itu bangsa lain menganggap kite lemah dan mudah dikuasai krn hakikatnya memang kite org Melayu Islam yg lemah. Jika kita tak berubah kerana ALLAH s.w.t, selama-lamanye kite dipijak oleh bangsa lain. Kite yg kene berubah bukan bangsa lain. Aku Melayu Islam dan aku tak kisah sekirenye PM dan TPM kite adalah bangsa asing satu hari nanti selagi mereka adalah org Islam yg menjalankan perintah tuhan.
BalasPadamBile pulak tu nak jadinye PM & TPM bangsa lain selain melayu tapi tegakkan Islam? DAP lakhanat Lim Kit Siang janji akan tegakkan negara Islam dan Hukum Hudud PAS.
BalasPadambukan melayu di malaysia sinonim agama rasminya Islam ke?
salam...
BalasPadamketuanan melayu mmg perlu tot. tp pendekatan die yg kena diperbaiki dan diperhalusi. Kalau kita didik anak, tapi anak x jadi hantu jugak, mak bapak kena kaji la cara tu btul ke x. klu dh btul, mngkin perlu diperhalusi lg. kalau x jadi gak, mngkin mak bapak tu kena kaji, pe yg xbtul die buat (xikut Islam ke, xsmayang ke, etc). x smua anak sama, jadi cara didikan pun x sama. klu melayu yg tau menghargai, yg btul2 gigih, xbtul kt tarik smua bantuan yg kt beri.
yg penting, ketuanan melayu ttp perlu. sbb ada segelintir melayu yg lemah, kurang mampu, tp dlm diri die ada semangat yg gigih utk berusaha, kt patut bagi peluang utk die.
AKU SETUJU DENGAN DUA ANONYMOUS KAT ATAS.walaupun nama aku pun anonymous...best betul anonymous..hahahaha...betul apa yang ko kata tu gak tot,but then kenapa question bila melayu dah memang pegang tanah ni?lagi lagi plak dah takda apa lagi yang boleh pegang...percayalah...ko marah-marah cam ni pun ada baik dia...buat melayu yang dah takda apa ni lebih naik atas...kesian per melayu..kesiannya aku..cuma ko mungkin tak puas hati org atas asik pegang benda sama dgn senang lenang...mungkin apa yang diperlukan adalah penukaran orang ini kepada yang itu(melayu juga).
BalasPadamgila la mantot...gempak blog ko ni kalu letak isu politik...semua orang orang nak komen gamaknya...hehehehehe
SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN
BalasPadamDaripada Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta'ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:
1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. an tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
3. an tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta'ala.
4. an tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. an apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"
no.5 tu asal dia no.2....
BalasPadam"Aku suka pendakwah hipokrit ala-ala mat sabu, arwah bunyamin gaya kau ni"
BalasPadam.....
Pendakwah hipokrit kata,
Skang ni, "orang cina kena support UMNO beb".
Sebab, lepas ni dah takde dah ketuanan melayu dah..
Tongkat pun akan ditarik pelan2 tu..
DEB mansuh lah..
Maybe tanah lagi senang la nak dapat.. Tak cukup 999 tahun, 1000 tahun pun bole dapat kot..
Tu PM nak pegi China maybe nak kowtim something tu.. Last month dia dah pegi singapore dah, kowtim2 lak nak increase accessibility - siap tambah jadi 3rd bridge... sambil2, ambik gambar dia yang dia hantar cuci dulu dah siap kot... hehe
Come on ah Ngeh, Ngoh, DAP sekalian.. join BN!!
Demi 1Malaysia..
Ironically,
Bukankah Chin Peng tu 'jahat'? Dan, bukankah China lah pendokong gerakan PKM?
Skang ni, Chin Peng takyah la susah2 nak balik Malaysia, walaupun AirAsia ada tambang murah... Malaysia boleh hantar PM dia pergi lawat negara komunis, naik jet first class, enn?
Hmmm...?
UMNO ini benarlah seperti kata pepatah,
"Pepat di luar, rencam di dalam, kelingking berkait..." Kalah pendakwah2 hipokrit u'ollss...
:-)
Macam ni la dude, read carefully and take it as it is.
BalasPadamAku yakin warga yang waras nakkan:-
1. Support system yang kukuh
2. Ekonomi rakyat yang stabil
3. Kualiti hidup yang baik
4. Tiada rasuah / penyelewengan
5. 0 kemiskinan
6. Pentadbir yang telus (aku takkan guna perkataan pemimpin)
7. Pengamalan agama yang tidak diperkotak-katikkan
8. Sistem pendidikan yang berkualiti
9. Struktur ekonomi makro yang konsisten dan kompeten
10. Suasana harmonis sesama warga
bla.bla.bla Listnya panjang...
(maybe kalau ada warga yang suka rasuah/penyelewengan berleluasa, pentadbir yang tidak telus, kuallti hidup yang sampah, support system yang barai... itu aku tak tau la, enn.. dah taste orang tu camtu.. and generally speaking aku tak kata PR sahaja yang mampu buat semua wish list rakyat tu.. tapi apa yang terbukti setakat ni, BN lah yang perintah negara sejak dulu, enn..)
Macam mana ni?
Merdeka dah lama dah ni...
Salam,
BalasPadamIya, memang saya merasa inferior terutama sekali dengan adanya pembangkit-pembangkit semangat Melayu yang menyediakan khas ruang-ruang untuk menyemarakkan lagi industri xxx rated Melayu...walaupun ia bercorak mengkritis, namun ia juga dianggap sebagai satu publisiti yang bergeraksama menjatuhkan anak bangsa.
Inevitably, our readers or listeners will be influenced by what we say or what pictures we show. This will have consequences. Some of these consequences we will see in our lives, some other consequences will continue to be seen by generations after us. Because of this, the expression of knowledge is a delicate art.
Hope Mantot take this as a constructive criticism. No hard feeling.
peacebuy at GEMPAMELAYU.COM
Hanya 45 peratus pengundi yang berdaftar di Semenanjung Malaysia puas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Najib Razak ketika negara berdepan dengan krisis kewangan global dan kemelut politik di Perak.
BalasPadamDalam tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan Merdeka Centre dari 6-15 Mei lalu - membabitkan 1,067 pengundi berdaftar - ia bertanya secara khusus pandangan mereka terhadap prestasi Najib dalam bidang politik, ekonomi dan isu-isu sosial selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri keenam.
Memeranjatkan bahawa masyarakat India memberi sokongan terbesar - dengan 64 peratus puas hati dengan prestasi Najib - selepas mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi.
Ini diikuti oleh pengundi Melayu dengan 53 peratus puas hati dengan prestasi Najib.
WOW!
"Memeranjatkan bahawa masyarakat India memberi sokongan terbesar - dengan 64 peratus puas hati dengan prestasi Najib - selepas mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi"
BalasPadamKetuanan Hindraff?? ge he he
Aku tak nampak pun Melayu jadi Tuan for all these years.in fact,those yang kecoh nak mempertahankan 'Ketuananan Melayu' pun jadi hamba Cina.Tunggu suap je.
BalasPadamPada hemat aku,Ketuanan Melayu is just a political illusion .a propaganda that been feed into our head for so long.
Walaubagaimanapun, kita mesti beringat.Chinese will always be Chinese.They have these mentality of "..Fair skin is superior over Dark skit.."
Im not racist but if the Chinese are racist towards the Malays(or to anyone),let them be. The Malays shouldnt be racist.Its not our way.Korang mesti ingat ,kita ni species yang terbuka,adaptive dan suka berkawan.Let's fight Fire with water. Kita Lawan Muka Masam dengan Perangai Kurang Ajar orang Cina dengan Adat Sopan santun dan muka manis Orang Melayu.
Dengan adanya Malay Youths yang berpikiran macam ko,we can make it work.kita boleh tunjuk yang without those 'tongkat' we can beat them..Economy and socially.Yang penting,kita kena unite,think outside the box dan dun be selfish.
Sorry kalau comment aku panjang.Otak aku ni suka bercakap.
Keep it up,bro.
http://mybraintalks.wordpress.com/2008/08/27/i-am-a-traitor-of-my-tribe/
bro -- "tongkat" ke tak ke chinese tetap atas kita rite??ekonomi diorang pegang,pelajaran diorang pegang..dari sejak kecik lagi aku skola campur then kena saing ngan orang cina.. diorang tetap menang?? nape?? itu yang perlu dianalisa.. bukan "tongkat" ke ape haram ke... if kerajaan bagi tongkat then amik pakai jalan benar.. yang korang nampak melayu rempit , melayu dadah .. sebab melayu mmg ramai bro.. aku yakin ngan melayu... orang bagi tongkat amik!!! guna tongkat untuk ke menara... bile dah dok kat atas.. hulur tongkat kat orang bawah.. jgn amik tongkat simpan dalam stor
BalasPadam---------------------------------
" UMNO,BN, DAP , MIC , PKR , KEadilan n etc... semua ada kepentingan sendiri.. if takde kepentingan then takde sape nak masuk politik kan??baik cucuk tanam ke, meniaga ke..."
bro -- "tongkat" ke tak ke chinese tetap atas kita rite??ekonomi diorang pegang,pelajaran diorang pegang..dari sejak kecik lagi aku skola campur then kena saing ngan orang cina.. diorang tetap menang?? nape?? itu yang perlu dianalisa.. bukan "tongkat" ke ape haram ke... if kerajaan bagi tongkat then amik pakai jalan benar.. yang korang nampak melayu rempit , melayu dadah .. sebab melayu mmg ramai bro.. aku yakin ngan melayu... orang bagi tongkat amik!!! guna tongkat untuk ke menara... bile dah dok kat atas.. hulur tongkat kat orang bawah.. jgn amik tongkat simpan dalam stor
BalasPadam---------------------------------
" UMNO,BN, DAP , MIC , PKR , KEadilan n etc... semua ada kepentingan sendiri.. if takde kepentingan then takde sape nak masuk politik kan??baik cucuk tanam ke, meniaga ke..."
Apa ke ?????
BalasPadamKorang semua ni generasi sah nak kene pelempang dengan mak bapak atau atuk nenek ni.
Sapa ajar kau orang jadi liberal sampai kata Ketuanan Melayu ni gimik politik ni?!!!
Kau nak salahkan UMNO,cabar mereka terang-terangan. Tapi aku tak nampak PKR perjuangkan nasib TEGAR melayu. PAS, keliru dengan Melayu atau Islam. Baik aku ikat bendera roket dengan DAP sebab tak bodoh sangat, mereka tau nak bersama atau lawan melayu di tanah air mereka sendiri.
Kita boleh duduk diam tak cakap, tak jerit pasal ketuanan. Tapi dalam segala perkara kita tetap mahu melayu tak hilang semua sekali yang dia ada.
Tapi ada pulak budak-budak zaman sekarang yang sebut 'orang-orang yang kuat semangat melayu ni sengaja bangkitkan sebab nak kekal kuasa'. Ada pulak yang guna pendekatan konon berdakwah untuk tolak pengertian perjuangan bangsa ni.
Mcm ni bila dah jadi rusuan kaum yang dianjur kaum bukan Melayu nanti, aku akan tepuk tangan kalau Askar Melayu Diraja tembak atau tertembak 'budak-budak Melayu Over Liberal' ni yang duk pertahan kaum sana. Dah mereka tembak, aku sendiri pulak ambik parang pancung kepala orang macam kau orang yang lagi haprak dari kacang lupa kulit ni.
http//:politica-net.blogspot.com
Tapi aku tak nampak PKR perjuangkan nasib TEGAR melayu. PAS, keliru dengan Melayu atau Islam. Baik aku ikat bendera roket dengan DAP sebab tak bodoh sangat, mereka tau nak bersama atau lawan melayu di tanah air mereka sendiri.
BalasPadam______________________________________________________
aku baca paper 'keadilan'...'harakah'...'siasah'....terang-terangan aku paham apa yang diperjuangkan. FYI...tulisan dan isi ceritanya sangatlah mudah difahami (kalo tak paham gak, mmg lembab la ko)...ataupun kalau rasa membazir duit beli paper tersebut di atas.....silalah berkunjung ke laman web mereka...lagi pantas dan cepat untuk anda mendapat kefahaman berikut
Apa ke ?????
BalasPadamKorang semua ni generasi sah nak kene pelempang dengan mak bapak atau atuk nenek ni.
_____________________________________________
"mak bapak atau atuk nenek aku akan lempang aku if ikut ketuanan melayu nihhh...." ha ha ha
stakat mak bapak atuk nenek ko jer yang melempang.....ko akan terima pulak 10+++++ kali lempangan kawan-kawan aku nyer MAK BAPAK ATUK NENEK... he he he
AMACAM...BRANI?
Apa ke ?????
BalasPadamKorang semua ni generasi sah nak kene pelempang dengan mak bapak atau atuk nenek ni.
_____________________________________________
"mak bapak atau atuk nenek aku akan lempang aku if ikut ketuanan melayu nihhh...." ha ha ha
stakat mak bapak atuk nenek ko jer yang melempang.....ko akan terima pulak 10+++++ kali lempangan kawan-kawan aku nyer MAK BAPAK ATUK NENEK... he he he
AMACAM...BRANI?
Budak-budak kalau nak jawab, jawab isu. Setakat nak ulang pasal hal lempang-lempang nenek kau aku,baik pegi cakap dengan burung kakak tua.
BalasPadamMana nenek atau mak bapak yang nak lempang atau tak setuju pasal erti nasib bangsa dan kesusah mempertahannya sejak sebelum merdeka, zaman jepun, datang pulak komunis, mari biar aku pancung sekali. Keturunan sampah macam ni tak layak waris pon ada yang ada pada tanahair kita.
Mcm manalah nak cari jalan penyelesaian generasi mcm ni, "bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut" punya status.
Cakap pasal inferior pon tak sedar diri boleh compete atau tak dengan kaum lain secara fair & square. Cermin - cermin diri, dah lepas diri sendiri, tengok pulak saudara-mara, lepas tu kawan-kawan, lepas tu segala susur galur masyarakat. Boleh ke mereka timbul kalau dah tak ada polisi yang pertahan nasib mereka di tanah sendiri? Atau terus tenggelam?
kau terlupa sesuatu yang amat penting..mungkin kerana kekurangan iman pada diri kau.kau menulis lebih kepada emosi berbanding akal .aku tak tahu apa masalah kau dgn orang melayu.tapi bukan semua org melayu sprti yg kau fikirkan.apa pentingnya ketuanan melayu.ko baca dan fikir secara rasional.bknkah orang melayu itu dalam perlembaggaan menyebut melayu itu mestilah beragama islam.kalau cina dah naik ko ingat diorang nak memertabatkan agama islam.tengok ajela kat selangor baru pkr naik dah nak buat pusat petenakan babi.yg anehnya buat kat tmpat majoriti org melayu.itu yg ko nak?tak nampak ke diorang ni pijak2 org melayu kerana kebaikan orang melayu sendiri yg mnerima mereka sbgai warganegara.ko tngok di srilanka adakah etnik tamil(keling) diterima olh pnduduk pribumi.di indonesia kau tngok ada tak sekolah cina kat sana.jadi bukankah org melayu itu satu bangsa yg mulia.ini kerana org melayu itu beragama islam.berpandukan Al Quran dan As sunnah.jgn fikir dari satu sudut tpi semua sudut.
BalasPadamhehehe..Brader yang BANYAK IMANNYA,
BalasPadamBang,
bila kita bercakap pasal MELAYU boleh tak kita jangan bercakap pasal ISLAM sebab itu dua benda yang berbeza.Satu tu bangsa ciptaan manusia dan satu lagi Agama.Dan kalau kau nak jugak memperkatakan mengenai Islam,kenapa Pemimpin2 Melayu kita yang ISLAM ini nampaknya lebih mementingkan perjuangan bangsa berbanding perjuangan agama?
Dan bila ko berkata mengenai Hak Kewarganegaraan,seolah2 orang Melayu yang sahaja yang paling layak duduk di bumi Malaysia,seolah2 Melayu takut orang Cina berkata sama "Malaysia ini tanah air aku"
Ko kata orang Melayu kena pijak?Kenapa orang Melayu kena pijak?
Aku tak mempersoalkan Ketuanan Melayu.
Aku mempersoalkan kenapa Orang Melayu yang hidup dalam Negara Melayu dan dilindungi oleh Ketuanan Melayu..tapi masih lagi kena pijak dengan orang bukan Melayu yang tak ada ketuanan mereka sendiri.
Kau yang baca pakai emosi kot.
First sekali,kalau kau nak memperjuangkan bangsa,kau kena sedar kelemahan bangsa kau dulu.Bila kau dah berani mengaku "bangsa aku lemah tang sini tang situ.." baru la dapat dibangunkan benda2 yang terkebelakang tu.
Tapi kau cuba bukak mata ko sendiri dan tengok,50 tahun bawah UMNO,Melayu masih sama macam zaman British dulu.Masih ramai yang berharap masuk kerja gomen,masih ramai yang bergantung suap dengan "Ketuanan Melayu" mereka.
Aku tak mempersoalkan benda ni tapi kalau Ketuanan Melayu tu adalah satu cara untuk mempastikan orang Melayu hanya mampu memerintah tapi hal2 lainnya kita makin terkebelakang,maknanya ada la benda yang tak kena dengan Kerajaan sekarang ni.
Bang,
kita tak perlu iman bila bercakap pasal Melayu.Sebab melayu tu bangsa.Kalau betul melayu itu Islam,aku harap aku akan nampak benda tu dari UMNO.
Tapi masalahnya makin lama negara kita makin kurang Islamnya.Nak salahkan orang Cina ke pasal tu?
Kalau nak kata UMNO itu Islam,first sekali yang Kerajaan kena buat adalah suruh bini Perdana Menteri dan menteri2 pakai tudung.
Bila diorang buat camtu baru la ko boleh ceritakan pasal Iman bila ko sebut pasal Melayu.
Fundamental Islam tu takde camne nak perjuangkan bangsa Melayu yang kuat?Kalau Najib melolong "Hidup Melayu" sampai tercabut anak tekak tapi Rosmah kat sebelah duk tayang rambut kat satu negara yang majoritinya Islam (mengakibatkan rakyat2 pun berkongsi dosa) habis,camne nak bercerita pasal Islam?
agree with mantot..
BalasPadamjom korang tgk link ni....
http://malaysianunplug.blogspot.com/2009/06/melayu-babi-blogger-aka-barking-magpie.html
http://serimenanti-solok.blogspot.com/
http://barkingmagpie.blogspot.com/2009/06/when-will-malays-learnthe-chinese-will.html
melayu macam ni kot yang diorang nak pertahankan....racis gile bile bercakap pasal melayu, tapi anak dia tu nak panggil melayu gakk kke...menantu tu melayu gakk ke....bini tok sahh cite laaaa ahahahha nonsense...UMNgOk betul
apakah definisi melayu mengikut perlembagaan? apakah si babeng nih memenuhi definisi melayu tersebut... dan dia menyalak pasal ketuanan melayu ...panggil orang lain yang tak sehaluan dengan UMNgOk sebagai babi....
kakhkah kah kah kah cermin la muka sendiri tu dulu...ada iras porky je
First sekali,kalau kau nak memperjuangkan bangsa,kau kena sedar kelemahan bangsa kau dulu.Bila kau dah berani mengaku "bangsa aku lemah tang sini tang situ.." baru la dapat dibangunkan benda2 yang terkebelakang tu.
BalasPadammantot cakap
ape kes if selama aku masuk laman ni dok meruntuh2kan orang melayu jek.. takde pon yang memartabatkan.. dok canang keburukan sampe nanti sok lusa anak anak kita dah takde integriti sebagai seorang melayu.. rase hina jadi melayu... helloo... setakat tengok kekurangan orang mmg semua orang pandai.. if dah nampak kekurangan ape lagi tak pandai pandai nak bagi jalan supaya kekurangan ditutup.. ini tak... sorang bagi kekurangan.. .tambah yang masuk iyakan n perangatkan lg..if la bebudak sekolah baca ini ... sebarkan fahaman korang nie.. ape jadi?? kefahaman mereka tak cukup tinggi nak tgk korang nie cuba "perbaiki" kelemahan..
ape benda???
if = kalau atau jika
BalasPadamkih kih kih melayu habes
mengelabah la mamat2 yg sebuk dgn "ketuanan melayu" ni..aku pon melayu jgk tp jgn la taksub sgt smpi jadi buta, even yg Hitam putih pon dah tak reti nak bezakan..Jgn la nak kecoh psl cite org2 lame cam datuk nenek kite yg nak pelempang psl generasi melayu skg ade yg xsebulu ngan UMNO.. kene ingat, UMNO dulu & UMNO skng lain..skg ni rata2 rakyat nmpk pemimpin melayu yg mengaku islam kat ats tu bkn nye ikhlas sgt...masing2 pk poket sendiri..mmg btul la ade ciput lagi yg ikhlas kat situ..tp klao dah kepala pon xbtul..camne??!!rasuah toksah cite la..lagi nak bising kononnye,"Simbol adat, budaya, agama Islam setakat ni nampaknya UMNO yang pertahan."
BalasPadamsembang kuat smpi air liur tersembur2 keluar!!kalo bab2 rasuah, xyah la nak compare ngan parti lain..yg pegang negara skg ni parti mane?bangsa ape(majority)?tp rasuah tak ingat...tahap hidup rakyat cam haram lagi even dah merdeka for few dekad..pada aku org yg taksub sgt ngan bangsa dah same level ngan regimn zionist...YAHUDI..kalo masing2 ikut ajaran sebenar ISLAM, insyaallah xde jadi porak poranda camni...
-Sabariah-
'Wahai Manusia! Tuhan kamu itu esa dan dan kamu semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada orang Arab yang lebih mulia dari orang bukan Arab atau orang bukan Arab lebih mulia dari orang Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih), selain daripada belas kasihannya. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.'
BalasPadam- Sabda Nabi Muhammad s.a.w (Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi.
-sabariah-
kita dah sama2 bersetuju untuk tidak bersetuju.kita adalah generasi melayu yang telah dan sama2 akan bangunkan melayu.dari sejarah,bangsa melayu baru berusia ratusan tahun sedangkan bangsa cina,india dan lain2 dah ribuan tahun.ribuan tahun diperlukan untuk membina bangsa yang mantap.fikirlah sendiri.jadi teruskan usaha untuk membina bangsa melayu.-pawi
BalasPadamI am glad you said that?!
BalasPadamJason
Jangan salahkan ketuanan melayu. Ketuanan melayu tu tak salah, tu menjamin hak kita sebagai orang melayu dan lebih penting, sebagai orang Islam. Yang ko cakap tu lebih kepada behaviour, bukannya semua orang yang berbangsa dan beragama Islam tu teruk sgt. Bapak aku selalu ckp..ko boleh baik dengan bangsa lain, tapi jangan percaya sgt dengan diorang ni. Ketuanan melayu memastikan orang melayu masih lagi ada kepentingan dalam semua perkara.
BalasPadamBy the way...sekarang ni...orang melayu tak teruk sgt hokey! aku keje kompeni bos cina..but the truth is..yang pekerja melayu lagi rajin dari bangsa lain.sapa ckp bangsa melayu ni malas rasanya otak dia letak kat lutut kot agaknya. tak pun otak dia kecik. Fikiran sempit. Aku tak nafikan org melayu ni ada kelemahan..tapi dlm kelemahan tu..korang lupa satu benda yang takde satu pun bangsa lain kat dunia ni ada. Tolak ansur! cuba kalau bangsa lain kat msia ni duk kat amerika. Ada ke diorang diangkat sampai jadi warganegara kat msia ni? kena buli dan bunuh lagi adalah. sekarang..ibarat senjata nak makan tuan plak...nak kacau ketuanan melayu? agak2 ar.Org melayu sekarang bukan pathetic sgt mcm yg ko fikir la mantot..pikir sikit na..