Disember 31, 2008

Sekadar Peringatan

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya?.!!!
Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

AMARAN DARI PIHAK POLIS
BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )


Sedarlah semua! Tolong sebar2kan?.. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Komen - Entah betul ke tak tapi at least kita beringat. sebab benda tu nasihat.Aku dapat dari forum.

Sebelum tu aku dah tengok satu video kat YouTube.Perompak ni (kat Amerika) dia ikat tin banyak2 pakai tali..pastu dia ikat kat besi nak tow kereta tu.Perempuan ni masuk kereta dan start.Jalan je dengar bunyi bising belakang,turun kereta tak mati enjin pintu terbukak pegi belakang kereta.

Laju je perompak tu masuk kereta dan jalan.


3 ulasan:

  1. haah, memang tak terfikir pun dek kepala otak aku akan ada cara jahat macam tu. Yelah bila nak gostan x berapa nampak sbb ada kertas lekat kat cermin belakang, memang sapa pun akan turun dan buang sebab nak pandu dengan selesa. Perangkap rupanya....

    Jadi dengan ini aku mintak izin nak copy post ini dan sebarkan maklumat ni agar lebih ramai orang akan dapat baca dan lebih berhati2.

    Terima kasih daun keladi.....

    BalasPadam
  2. hahahha..takde masalah bro.sebar2 kan

    BalasPadam
  3. salam tuan blog minta izin sebarkan info nie. masuk akal gak sebab kita masuk keta terus masuk jer. ada apa tak kena kita kuar balik.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.