November 27, 2008

Salesgirl Camel Active Perangai Macam Unta


Nama pengadu: Busy Bee
Mangsa aduan: Salesgirl (x tau nama)
Lokasi: Camel Active Butik, One Utama

Peristiwa ni dah lama sebenarnya, dalam dua tahun lepas. Adik aku ni ada membercard holder Camel Active. Since dia member, dia dapat la discount up until 30% bila birthday month dia. So sebab dia discount ni, kita org mmg slalu shopping dekat camel active dalam quantity yang lumayan gak la untuk butik tu. Setiap kali birthday dia, kita orang adik beradik memang akan amik kesempatan shopping kat sana banyak2 untuk abang2 ipar, boipren, ayah dan jugak adik aku sendiri la.

Pastu 2 thn yg lepas di bulan Julai, aku dgn adik aku ni pi la Camel Active OU ni. Memang dah bawak budget dan order list dr sibling2 aku untuk shopping kat sana. Since bukan mood berdating, kita orang kuar xde la melawa sgt tp xde la selekeh pun cuma aku xde la bermekap tebal2 atau bawak handbag besar2 mahal2.. Just pakai biasa2 je la.

Masa kat sana tu ada la salesgirl pompuan ni, cara nk layan x layan je. Maybe cause tengok aku ngan adik aku cam muda je agi, dia budget kita orang x mampu la kot. So sambil2 belek baju tu, mesti la kena bukak2 gak baju2 berlipat kat atas rak tu utk pilih since butik ni cam kecik sket, so x banyak mende derang hang untuk display.

Muka salesgirl ni memang toye giler dah. Pastu sebab akak2 aku dah bagi size baju utk laki derang, aku just tengok size yg cantik tu terus amik2 je.

Pompuan salesgirl ni ala2 cam nak marah plak sebab adik aku dok belek2 gak jeans kat situ. Pastu seme plak jenis berlipat, nak x nak kena aa bukak satu2 tengok pattern cantik ke x. Memang dah berdengus masa kita org belek2 tu.

Baju yang aku dah amik tu dia cam nk simpan balik. Aku cakap la aku nak. Muka dia cam x caya je. Aku macam nak je cakap, ko apahal. Kot semalam bergaduh ngan bf xyah aa bawak gi tempat keje. Tapi memandangkan mulut aku xde la jahat, aku sabarkan aje. Pastu plak memang masa tu xde salesman/girl lain. So xleh la aku nk berurus niaga ngan org lain.

Bila aku nak bayar tu, dia cam tanya, memang nk semua ni ke? Yala kan, bistu xde keje aku nk punggah2 semua kan, sah2 plak seme baju laki, mesti la nak beli. Kalo baju pompuan menarik gak la aku nk shopping.

Bila dia cakap harga tu, muka semacam, cam nk tengok aku ada duit ke x la kan. Pastu aku bayar je la kan, tp still muka salesgirl ni cam muka taik. Aku rasa pompuan ni memang ada masalah, either cam dengki kat aku … hehehe … atau mmg PMS terlebih.

Pas ari tu, aku sekeluarga memang anti aa butik tu, memang x pernah dah beli kat situ. X tau la pompuan tu ada lagi atau dah berhenti.

Komen - Hehehe...no komen.Aku selalu gak perasan,bila aku pakai kemeja,orang layan baik aje.Bila aku pakai tshirt,seluar jeans dengan selipar,huh...rasa macam diorang suruh keluar kedai je tak bagi beli.Ada sekali aku pakai kot jalan2 saje (hahaha) salesgirl cakap orang putih dengan aku.Dia ingat orang pakai kot ni reti cakap orang putih ke?

Kalau jadi camni,cara paling baik panggil manager dia.Cuma takut2 dia kena fired ke,kesian lak dia.Kang kita tengah marah tu jadi rasa bersalah pulak.Bawak bersabar lah.

Mungkin dia tengah gaduh dengan boifren sambil pms,pastu kena marah dengan mak sebab tak basuh pinggan.

3 ulasan:

  1. hahah mantot pakai kot mcm mat salleh...hahaha...macam abang raymond kot? ho ho ho

    BalasPadam
  2. salesgirl unta..??
    ini sudah ajaib..
    sama la cam kedai camel kt squeensbay mall..
    salesman cam anak unta..
    kalu pkai slipar tobat dia x layan..
    la nie tatau ad ka x..

    BalasPadam
  3. menyampah dgn salesgirl yang berlagak..cam kita tak mampu beli jek..huhu..sebenarnye dorang yg keje kat situ yg tak mampu beli..sbb tu dorang jeles..huhu..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.